I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Salam Maulidurrasul

Salam…

Tiada apa yang Ustaz Love nak tuliskan.. melainkan untuk mengajak diri Ustaz Love dan para pembaca sekalian untuk sama2 kita memperingati sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w.. Semoga kita dapat menjadikan Maulidurrasul pada kali ini sebagai suatu titik tolak perubahan dalam diri kita untuk mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. dan bukan semata2 memperingati kelahiran sahaja.

Tanamkan azam dalam diri kita agar kita dapat mempelajari hadis, mengamalkan sunnah dan menyampaikannya kepada orang lain. Mungkin kita boleh mulakan dengan amalan yang paling utama iaitu solat berjemaah di masjid bagi lelaki, dan bagi wanita, bolehlah usahakan agar dapat menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah, dengan memulakan langkah pertama ke arah kebaikan, insyaAllah, Allah akan memudahkan langkah seterusnya agar kita dapat berusaha mengamalkan ajaran Nabi s.a.w. keseluruhannya.

Tugas Nabi s.a.w. untuk menyampaikan risalah agama ini telah selesai, sedangkan tugas kita untuk beramal dan menyampaikan ajaran Baginda s.a.w. masih lagi belum selesai. Maka, usahakanlah agar kita dapat selesaikannya sebelum kita mati, semoga kita tak malu bertemu dengan Rasulullah s.a.w. di akhirat nanti untuk mengaku sebagai umat Baginda s.a.w.

Lafazkanlah selawat sebanyak2nya, dan amalkankanlah ajaran Baginda. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga kita semua mendapat syafaat Baginda s.a.w. di akhirat nanti.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
    1. amin

      صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
      صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
      يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
      يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
      يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
      صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

    1. Waalaikumussalam..

      Tiada masalah.. yg penting, niat mandi wajib dan air sampai ke seluruh badan.. nak menyanyi masa mandi pun takde masalah 😀

      1. Salam Ustaz Love,

        Apa pendapat ustaz tentang golongan yang mengatakan sambutan maulid nabi itu bid’ah / haram menyambut maulid?

        1. Salam nortek..

          Ustaz Love lebih suka pendapat pertengahan tanpa terlalu keras membid’ahkan orang yang menyambutnya, atau menyatakan ianya sebagai sesuatu yg dituntut. Asalkan tidak melampaui batasan agama, maka tiada masalah untuk mengadakan sambutannya.. sbb sambutan maulidurrasul yg diadakan tidaklah spt sambutan harijadi anak kita (ada kek, ada parti dsb), sebaliknya ia lebih kepada program mengingati kisah perjuangan Nabi s.a.w. selepas menjadi Rasul, menceritakan sunnah Baginda dsb. Sama ada yang menyambutnya, atau tak menyambutnya, kedua2nya mendapat manfaat daripada Maulidurrasul dgn pengisian program2 kerohaniannya 😉

  1. salam maulidur rasul…

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
    يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
    يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
    صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

  2. Assalamualaikum Ustaz.

    Seperti kita tahu, jubah, serban, kayu sugi dan sebagainya adalah sunnah Nabi S.A.W.

    Jika kita tegur cara pemakaian atau perlaksanaan perkara sunnah seseorang, adakah dikira juga sebagai menghina Sunnah? Niat memperbetul bukan mempersenda.

    Syukran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme