I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pergi Tanpa Pesan

Salam…

Pagi2 ni Ustaz Love melayan suatu entry yang sangat mencucuk perasaan ini. Hampir menitis air mata lelaki nan syahdu ini bila membacanya. Ustaz Love membaca dengan penuh emosi kerana teringatkan kisah yang sama yang pernah menimpa Ustaz Love berbelas tahun nan lalu.

Tajuknya sama, mungkin skrip agak berbeza.. namun hakikatnya, perasaan itu sungguh sukar untuk digambarkan sekalipun ia telah ditelan zaman.

Kehilangan orang tersayang khususnya seorang ibu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk ditelan. Apatah lagi pemergian mengejut tanpa apa2 tanda mahupun pesan.

Ustaz Love masih ingat lagi saat2 duka itu, tanpa apa2 berita, Ustaz Love dijemput dari sekolah untuk melihat arwah mak untuk kali terakhir. Beberapa minggu sebelum tu, Ustaz Love ada balik bercuti (Ustaz Love sekolah asrama), tapi takde apa2 pun yang pelik (cerita2 pelik sebelum meninggal ni, biasanya Harian Metro memang suka sangat la nak tau.. kihkih). Cuma ada satu benda yang Ustaz Love masih ingat sampai sekarang.. iaitu suatu kertas fotostat yg mengandungi doa, mak Ustaz Love bagi kat Ustaz Love tolong terjemahkan (sbb doa tu dalam bahasa arab). Rupanya, itu doa husnul khatimah (bukan doa khatimah cinta, tapi doa nak meninggal dalam keadaan baik). Tanpa apa2 syak wasangka, Ustaz Love bagitau la terjemahan doa itu dan bagitau memang bagus kalau dapat amalkan doa ni. Mak Ustaz Love berlalu tanpa kata. Itu je yang Ustaz Love paling ingat.

Bila dah meninggal, arwah ayah Ustaz Love memang tak dapat nak tahan perasaan. Beberapa kali beliau hampir jatuh pingsan, apatah lagi dengan keadaan beliau yang lumpuh separuh badan (masa tu ayah Ustaz Love masih hidup lagi la.. takkan roh boleh pingsan2 plak kan?) Ustaz Love sendiri tak terkata apa2. Cuma duduk di sisi jenazah lalu baca yasin, lepas tu tido.

Esoknya lepas Subuh, abang Ustaz Love sampai dan menangis2 (abang Ustaz Love ni memang ciwek sket.. ciwek dlm bahasa jawa yg bermaksud kuat menangis kalau tak silap). Masa tu baru Ustaz Love macam dah tersedar yang memang mak Ustaz Love dah betul2 meninggal. Kononnya, harap2 bangun tido tu, semuanya hanyalah mimpi.

Saat tu memang sedih.. waktu nak kafankan jenazah, Ustaz Love tak dapat nak tahan perasaan (apalah yang diharapkan dari seorang anak dara yang baru baligh).. memang sungguh2 tak dapat nak tahan perasaan. Saat ditalqinkan, walaupun mata ini ditutup rapat2, namun masih lagi air mata itu berjaya mencari jalan keluarnya, lalu mengalirlah ke pipi nan gebu ini.

Selepas itu kehidupan memang berubah.. Ustaz Love lebih berdikari (kalau masa arwah mak ada, semua beliau yg buat.. sbb Ustaz Love ni anak bongsu yang sangat pemalas.. kalau dia tengok Ustaz Love malas nak makan, dia akan bawak pinggan nasik dan suapkan ke mulut Ustaz Love). Ada hikmah di sebalik pemergian arwah tanpa apa2 pesanan.

Apa yang Ustaz Love nak highlightkan di sini bukanlah sekadar kisah peribadi Ustaz Love semata2, sebaliknya nak berkongsi sesuatu. Bahawa kematian itu akan datang tanpa kita dapat menduga bilakah kedatangannya. Bila dah tiba masanya, pasti takkan dilewatkan atau dicepatkan walaupun sesaat. Jadi, sementara masih hidup, perbanyakkanlah amal buat bekalan kita dalam perjalanan yang jauh nanti.

Juga buat anak2 yang masih punya ibu, berbaktilah kepada ibu sementara mereka masih ada. Tak kira la walau macam mana sakit pun hati kita dengan perlakuan ibu, sekurang2nya kita masih lagi punya tempat untuk dicurahkan bakti dan kasih sayang. Bagi yang dah kehilangan ibu (atau bapa), berusahalah untuk menjadi anak yang soleh, yang sentiasa mendoakan keampunan ibu bapanya..

Semoga Allah memasukkan kita di kalangan orang2 soleh yang doanya untuk kedua ibu bapa dimakbulkan Allah, juga menjadikan anak cucu kita daripada kalangan orang2 yang soleh yang bakal mendoakan kita suatu hari nanti.. InsyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
  1. agak terasa gak la perasaan drpd citer ustaz..syukur alhamdulillah sy msh ada kedua ibubapa..insya-allah sya akan berusaha menjadi anak yg soleh..ajal maut di tangan tuhan…kita pun tak tau bila tiba masanya kita plak yang pergi…semoga roh ibu bapa ustaz dan juga kaum muslimin dan muslimat yang dah pergi di rahmati dan di tempatkan dengan org2 yg beriman…amiiinn..

  2. πŸ™ sedey πŸ™

    wpun me dh tak ada ayah, me masih ada seorg ibu…selalu rasa berat hati nak tinggalkan mak kat kg–adik bongsu me jaga mak…mak tak nak tinggal kat KL ..cuma sekali-sekala dtg KL utk berjln2 tu pun beberapa hari ajer

    selalu risau utk menghadapi perpisahan abadi wpun me tau harinya akan tiba jua cuma kita tak tau bila…:(

    1. jika terlalu risaukan perkara yg belum berlaku, kita akan tenggelam dalam kerisauan itu.. adalah lebih baik kita tumpukan sisa2 yg ada ni.. sebab kita tak tahu lagi, masa akan datang, siapa yg akan pergi dulu.. adakah ibu kita, ataupun kita dulu?

      maka, jadikanlah sisa2 masa yg ada ni untuk dimanfaatkan untuk ditukar menjadi pahala yg berpanjangan di akhirat nanti πŸ˜‰

  3. ustaz tolonglah jangan campur2 cerita sedih dengan ayat2 lawak. saya nih tak sampai hati nak gelak tapi perut dah keras menahan gelak tau. kesian saya tau sebab menangis2 sebab sedih dan sebab gelak. rasa berdosa sangat. kijam betul ustaz ni.

    1. kihkih… Ustaz Love cuma menulis apa yang terlintas je.. bagus la gelak2 sket, itu tandanya gembira.. sedih2 sangat nanti cepat tua πŸ˜€

  4. sakit.
    sakit bile kite kehilangan sesuatu yang tak dijangka..
    ingat lagi.. mak hanya sempat ckp suruh belajar elok2..
    bile saya suruh mak tunggu saya balik esok… mak hanya mampu angguk saje..
    bile mlm.. abg call mak dah nazak..
    mase tu otw balik..
    pas uh dpt mcg dr abg cakp mak dah takda..
    sedih sgt..

    1. peristiwa kematian memang tiada yg menggembirakan.. hatta kematian kucing pun mampu menyebabkan kita bersedih, apatah lagi kematian ibu tersayang. Namun, kesedihan yang berpanjangan tidak memberi apa2 manfaat kepada arwah.. tukarkan kesedihan itu menjadi semangat agar kita dapat menjadi anak yg soleh dan sentiasa mendoakan keampunan buatnya πŸ˜‰

  5. Samalah kita..dgn tetiba je tanpa ada sakit apa2 mak kakjem meniggal,kebetulan msa tu 17 hari pd bulan ramadhan…ce byangkan mcmana perasaan kmi skluarga..huhuhu

    1. alhamdulillah.. kakjem masih lagi punya bapa untuk diberikan khidmat bakti.. bahkan arwah ibu kakjem pastinya bersyukur mendapat anak sebaik kakjem

    1. alhamdulillah.. lahirkanlah kesyukuran itu melalui jalan menjadi anak yg soleh dan mentaati ibu bapa.. senangkan hati mereka sementara mereka masih hidup agar kita tak menyesal di kemudian hari πŸ˜‰

  6. sedeyhnya la haih T_T

    al-fatihah untuk arwah mak ustaz…

    ermm apa maksud ustaz dlm ayat nie?

    (apalah yang diharapkan dari seorang anak dara yang baru baligh).

    1. err.. Ustaz Love suka membahasakan diri sebagai anak dara.. lebih supan rasanya.. kihkih πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme