RSS
 

Memang Sah Itu Adalah Fitnah

28 Feb

Orang Malaysia Memang Suka Benda2 Separuh Harga Ni!!

Menyesal Dulu Pendapatan. Menyesal Kemudian, Cukai Pendapatan!!

London Bridge Is Falling Down!!


Salam…

Bagi sesiapa yang belum membaca kenyataan pihak wanita yang terlibat dalam kes fitnah khalwat Ustaz Badrulamin, boleh baca dulu :

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Wanita dalam kes khalwat Dr Badrolamin Bahron menafikan mereka berkhalwat sebagaimana yang didakwa.

Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

Pengakuan wanita itu dibuat kepada wartawan Sinar Harian sebagaimana yang dilaporkan hari ini. Akhbar berkenaan berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya.

Wanita berkenaan didakwa berkhalwat dengan Badrolamin di sebuah hotel di Kuantan baru-baru ini. Laporan berkhalwat berkenaan dibuat oleh suami beliau kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Ekoran itu, Badrolamin dinasihatkan bercuti sebulan dari jawatan Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar kerajaan negeri Selangor.

Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain. Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini. Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya“, katanya sebagaimana dilaporkan oleh akhbar berkenaan.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan. Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.”

Sumber.

p/s: alhamdulillah.. Allah telah menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Kadang2, orang suka membuat tuduhan kepada pihak lain demi menutup kesalahan dan kelemahan diri sendiri. Ini baru di dunia.. bagaimana agaknya di akhirat nanti? Masa tu semua orang akan menuntut pahala daripada orang lain.. atau sekurang2nya dosanya itu diambil oleh orang lain.. dan mereka2 yg terlibat dalam perkara fitnah ini akan terpaksa membayar ‘sesuatu’ di akhirat nanti. ;)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , ,

Leave a Reply

 
CommentLuv badge
 
  1. Mama Zharfan

    28/02/2012 at 8:38 pm

    berani kerana benar :) dari awal saya sgt yakin ustaz badrul amin difitnah

     
    • insan zuhud

      29/02/2012 at 8:40 am

      Ya Allah, Demi kemulian perwaris nabi yang engkau telah utuskan. jika benar ustaz difitnah , hancurkanlah para pemfitnah itu seperti engkau hancurkan kaum yang terdahulu sekeras-kerasnya. amin

       
      • Ustaz Love

        29/02/2012 at 12:39 pm

        semoga kita dan mereka sama2 beroleh hidayahNya ;)

         
    • Ustaz Love

      29/02/2012 at 1:20 pm

      sekarang ni, orang yg bersalah pun ramai yg berani sampaikan orang yg benar pulak berasa takut ;)

       
  2. aisha

    29/02/2012 at 1:35 am

    org skrg tak takut langsung.. insyaAllah yg benar akan menang

     
    • Ustaz Love

      29/02/2012 at 1:21 pm

      insyaAllah ;)

       
  3. anna

    29/02/2012 at 1:41 pm

    salam ustaz,
    tidak dinafikan zaman sekarang kemelut politik sering dikaitkan dengan isu keagamaan. Sekiranya ini adalah fitnah, semoga Allah sahaja yang membalasnya kerana sebaik2 pembalasan hanyalah daripadaNya. Semoga kita semua dilindungiNya. Aminnn…

     
    • Ustaz Love

      01/03/2012 at 11:51 am

      insyaAllah, amin ;)

       
  4. Sidratul Muntaha

    29/02/2012 at 2:02 pm

    salam ustaz
    since nowaday it’s become political.
    politic tu tak salah,tpi org yg menyalah gunakan.
    mmg tahu dah ustaz badrul amin ni tak salah
    amin.
    takperlah..
    org yg tertindas,Alalh selamatkan dia.
    yg memfitnah?!
    kat akhirat nnti cubalah jawabklu mulut tu boleh jawab.

     
    • Ustaz Love

      01/03/2012 at 11:50 am

      Salam sid..

      memang jadi isu politik, sbb yg terlibat adalah ahli politik.. mereka memandang dari sudut politik tanpa melihat dari sudut keilmuan.. sbb itu mereka terlalu berani menghina dan mencaci maki ulamak ;)

       
 

Switch to our mobile site