I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ibu Bapa Keras Dan Lembut

Salam…

Topik keibubapaan selalunya mendapat tempat dalam masyarakat.. sebab ia melibatkan semua golongan.. tak kira la yang masih punya ibu dan bapa, anak yatim, anak terbuang dsb.. kerana semuanya lahir daripada ibu bapa.. tanpa bapa (sama ada bapa yg sah atau bapa luar nikah), ibu takkan mampu mengandung (sekalipun ibu itu menggunakan sperma yang didapati daripada bank sperma – iaitu bank yang tidak menyimpan duit, tetapi menyimpan sperma drp penderma.. Ustaz Love tak highlight persoalan hukum halal haram di sini, cuma nak menyatakan bahawa sperma itu pun sebenarnya daripada seorang lelaki dan bapa). Begitu juga tanpa ibu, bapa itu tak mampu untuk mempunyai anak (sekalipun perut lelaki ada kalanya lebih besar drp wanita mengandung.. kihkih). Nyatalah, tiada anak yang dilahirkan daripada pokok buluh πŸ˜€

Kali ni, Ustaz Love nak bawa isu keseimbangan dalam keluarga.. iaitu sebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang lembut serta keras (maksudnya garang.. bukan keras kepala).

Ustaz Love dengar radio panas fm, Ustaz Love tertarik nak berkongsi cerita yang disampaikan oleh seorang dj iaitu Shy8 (atau lebih dikenali dengan Ucop Wilcha). Kata beliau (Ustaz Love tak berapa dengar sangat detailnya, cuma amik part2 penting je), waktu beliau kecik, bapanya sangat mementingkan soal ketepatan masa.. kalau bapanya suruh balik sebelum pukul 6, lewat seminit je maka bapanya akan rotan sekali.. Bayangkan kalau 15 minit lewat, maka beliau akan kena rotan 15 kali.

Kalau difikirkan, memang nampak agak kijam.. takkan la nak kira sampai macam tu sekali.. namun, bila Shy8 menyebutkan natijah hasil didikan bapanya yang sebegitu rupa, beliau telah menjadi seorang yang sangat menepati masa (punctual).

Sebab itu, dalam sebuah keluarga, sangat memerlukan seorang yang garang untuk mengimbangi sebuah kelembutan.. biasanya, sang bapa akan mengambil part garang tu.. sbb lelaki ni memang dilahirkan dengan sikap lebih keras dan kasar, berbanding wanita yang lebih lembut. Dengan kelembutan ibu, insyaAllah, ia akan menjadi tempat luahan masalah anak2.. namun, ada kalanya, anak2 akan naik lemak bila ibu terlalu berlembut.. buat salah pun berlembut, hingga akhirnya akan hilang rasa hormat anak kepada ibu.

Sang bapa pula biasanya akan bersikap keras bila anak2 melakukan kesalahan.. namun, jika asyik berkeras, maka anak2 akan berdendam dengan sang bapa.. sehingga akhirnya mereka akan memberontak dan bertindak meninggalkan bapa bila masing2 dah besar.. maka tinggallah sang bapa menyesali nasibnya terutama selepas kematian isteri (masa tu, bapa pun dah tua.. nak kahwin lagi, dah tak larat).

Jadi, dalam sebuah keluarga, sang ibu kena ambil part berlembut, tetapi dalam pada masa yang sama kena bertegas.. jangan sampai anak2 tidak hormat kepada ibu.. ibu juga sangatlah dilarang bergossip dengan anak2 berkaitan sikap sang bapa.. tak salah nak mendengar luahan anak tentang sikap sang bapa, tetapi jadilah seorang pendamai.. agar anak2 tidak bermusuh dengan bapanya sendiri (banyak kes2 permusuhan keluarga berlaku bila sang ibu mencetuskan punca permusuhan anak dengan bapa).

Bagi para bapa pula, kena amik part tegas dan garang itu, tetapi dalam masa yang sama kena juga berlembut kepada anak2.. gunakan kelebihan seorang lelaki (yg penuh dengan sense of homour) untuk menceriakan keluarga, dalam pada masa yang sama memberi isyarat kepada anak2 agar tidak melampaui batas.. Ini akan mewujudkan rasa hormat kepada sang bapa, dan bukannya rasa takut.

Bila bapa sedang memarahi anak, ibu jangan masuk campur (kecuali kalau sang bapa tu nampak mcm dah naik hantu, nak belasah anak dengan kayu besbol ke).. biarkan sesi pengajaran bapa itu habis dulu, kemudian barulah sang ibu ambil part untuk menasihatkan anaknya secara lembut.. InsyaAllah, gabungan 2 cara ini (keras dan lembut) akan lebih membantu dalam memberikan kesedaran kepada anak2.. jangan biarkan saja anak selepas dimarahi atau dirotan sang bapa.. panggil mereka dan pujuklah mereka dengan lembut sambil memberikan justifikasi kenapa bapa mereka melakukan perkara seperti itu (marah, rotan dsb).. dan bukannya psiko anak dengan mengumpat tindakan sang bapa.

Jika ibu pula yang memarahi anak, maka sang bapa pula kena amik part selepas itu.. gunakan segala skill diplomasi dan psikologi untuk menenangkan hati anak dan membuatkan anak sedar tentang kesalahannya dan kenapa ibunya patut memarahi anaknya.

Secara teorinya, nampak macam mudah.. tapi bila bab amalinya, memang susah..kadang2 ibu dan bapa sama2 naik bila memarahi anak (bapa tolong tempeleng anak, ibu plak tolong rotan kaki anak).. maka, ini memerlukan pemerhatian dan masa untuk melatih diri agar bertenang.. namun, dengan melakukan perbincangan suami isteri, insyaAllah, segalanya akan mudah dilaksanakan. Bila bapa nampak ibu tgh marah anak, bapa akan berusaha menenangkan diri untuk bersedia dengan peranannya selepas habis sesi pemarahan (ni istilah Ustaz Love.. jangan gunakan dalam exam tau.. kihkih) sang ibu.

Tiada salahnya berkeras dengan anak2, tapi kena ada yang ambil peranan untuk berlembut dengan mereka.. tukar2lah peranan itu kalau boleh.. jangan asyik2 sang bapa je yg nak kena garang.. pelakon drama pun bosan kalau asyik diberikan watak yg sama.. apatah lagi ibu bapa yang akan membawakan watak ini untuk suatu tempoh yg agak lama (selagi anak2 duduk sebumbung).

Bagi anak2 pula, mungkin tak berapa nampak hikmah kekerasan sang ibu atau sang bapa pada masa ini.. insyaAllah, suatu hari nanti, kita pasti akan menyedari betapa hikmahnya cara didikan ibu bapa kita itu.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. ohh..betul tu..

    arwah abh dulu sgt2 garang..ibu pulak diam jer..

    skg hasilnya..anak ‘menjadi’ kerana mesra dgn rentak & kehendak tarbiyah abahnya..ditambah berkat doa ibu..

    bkn nk berbangga..tp syukur dgn cr arwah didik kami.. πŸ™‚

  2. mak sgt lembut, susah nak marah, jrg membebel dan selalu train kitorang jd WANITA..hehe.. abah baik sgt, x pernah pukul kotorang, tp kalau abah marah (cukuplah dia tunjuk muka garang dia tu) kitorang dah faham. memang gerun sgt. tp hasilnya kitorang mmg sgt rapat dan hormat mak abah. hormat sgt2.

    1. Walaupun abah tu tak garang, bermuka garang pun boleh kira termasuk dalam kategori garang.. macam pelakon A. Galak.. walaupun beliau seorang yang lembut, tetapi dengan kewujudan misai melintangnya, menjadikan beliau nampak mcm garang πŸ˜€

  3. arwah ayah me sgt garang…anak2 semua berjaya dlm pelajaran

    susah me nak praktik keras lembut tu…me rase me jenis yg tak garang, tapi kuat membebel heheh

    1. Memang itu salah satu kelebihan mak2 ni.. kalau ayah yg kuat membebel, sangat tak sesuai πŸ˜€

  4. Kalau dalam kes Ibu Tunggal macam mana nak buat peranan garang dan lembut tu… Agak kena rotan lepas tu lembut pula… confius anak anak… he he he

  5. Bagaimana ye kalau parent yg suka cerita keburukan anak pada org luar? Confirm org luar dh pandang sinis je Dan mula mengata…selain itu, parent yg suka tegur tapi dlm cara seperti menengking Dan dihadapan khalayak..kalau budak kecik mungkin takpe dimarah sebegitu, tapi jika anak tu dah 20 tahun keatas…bukan ke cara tu sama macam memalukan ank sendiri or bukak aib org…sape yg salah dalam kes ni sbnanye Dan ape yg patutnye perlu dilakukan?

    1. Perbuatan ibu itu salah, tetapi perbuatan anak juga adalah salah.. tak mungkin parents akan menceritakan keburukan anaknya, jika anaknya itu berperangai baik, kan? Jadi, anak kena berusaha menjadi anak yang baik dan taat terlebih dahulu, sebelum mempertikaikan keburukan ibu bapa.

      Jika ada masa yang sesuai, berbincanglah baik2 dengan ibu bapa. Dapatkan bantuan orang yang lebih tua seperti atuk dan nenek, atau pakcik dan makcik untuk menasihati ibu bapa.

  6. Macam saya pula abah tak garang (unless dia dah marah sangat ha tu gerun) tp mak pula terlebih lebih garangnya plus bebelanπŸ˜‚ sampai teringin pula nak mak yang lembut mcm mak orang lain huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme