I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Himpunan Madah Pujangga Ustaz Love – Part 2

Salam…

Bagi yang belum mengikuti bahagian pertama madah pujangga Ustaz Love, boleh baca kat sini..

1. “Apabila kentut dilepaskan, maka bersedialah untuk dibahan”.. maksudnya : Apabila kita melakukan kesalahan, maka bersedialah untuk dikutuk dan dihina serta dicaci-maki.

2. “Itik tidak mati kelemasan, ular tidak mati kekenyangan”.. maksudnya : Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan mengikut keupayaan dan kemahiran kita, insyaAllah, kita dapat mengurangkan risiko kegagalan.

3. “Sedap sungguh hidung dikorek, tapi tahinya ditempek2”.. maksudnya : sekalipun kita bergembira menikmati hasil, bahan buangannya jangan dibiarkan merata2.

4. “Sekalipun kentut tidak berbunyi, ia tetap akan berbau”.. maksudnya : suatu keburukan sekalipun tiada orang yg tahu, ia tetap merupakan suatu yg buruk.

5. “Selepas berak flushlah jamban”.. maksudnya : Selesaikanlah sesuatu kerja sampai habis, jangan buat separuh jalan.

6. “Untuk membakar sebuah bangunan yang besar, hanya memerlukan api sebesar mancis”.. maksudnya : masalah yang besar kadang2 berpunca daripada sebab yang kecil.

7. “Panas setahun bisa dihapuskan oleh hujan sehari, hujan setahun tak mampu dikeringkan oleh panas sehari”.. maksudnya : melakukan amalan berpahala boleh menggugurkan dosa2, tetapi dosa2 tidak akan menghapuskan pahala.

8. “Dinamakan kentut hanya bila keluarnya angin di bawah, tetapi bila sudah keluar sekali dengan isi, ianya dinamakan berak”.. maksudnya : persepsi manusia selalunya dikaitkan dengan pandangan yg paling buruk. Jika ada 2 keburukan, selalu dilihat yg paling buruk. Jika ada 2 kebaikan pd seseorang, biasanya dilihat kebaikan yg paling kecik.

9. “Dalam masa itu ada masanya”.. maksudnya : setiap org diberikan masa yg sama (24 jam) tapi dalam masa itu, ada yg terasa lama, dan ada yg terasa singkat. Umpama seorang yang nak mati, kita tengok betapa mudah kematiannya.. sedangkan hakikatnya hanya dia yg mengetahui betapa lama masa dia bertarung sebelum nyawa dicabut. Kes ini boleh difahami juga bagi ibu2 yg nak beranak.. suami tunggu kat luar mungkin dalam 15 minit dah bersalin, tetapi ibu yg merasainya mungkin terasa macam 15 jam.. terasa lambatnya jarum bergerak.

10. “Kucing semalam pasti akan datang lagi hari ini”.. maksudnya : kebaikan yang kita lakukan, juga kejahatan yg kita buat pada orang lain, pasti akan diingati sampai bila2.

11. “Tahi lalat tidak dikategorikan sebagai najis”.. maksudnya : Label dan panggilan itu belum tentu memberikan maksud yg sebenar.. maka, perlu diperhatikan kebenarannya sebelum mempercayainya.

12. “Terlalu asyik menggaru kurap hingga tak sedar darah sudah bercucuran”.. maksudnya : biasanya kita tak sedar bila dah asyik melakukan sesuatu, hinggalah bila dah rasa pedih dan terluka, baru kita rasa menyesal melayan keasyikan itu. Ini kerap terjadi kepada pasangan yg bercinta.

13. “Jika terbersin ke muka orang, mohonlah kemaafan sekalipun itu tak disengajakan”.. maksudnya : sekalipun kita tak sengaja melakukan sesuatu kesalahan, ia tetap memberikan kesan kepada orang yang terlibat.. maka wajarlah kita memohon kemaafan.

Sekian πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
    1. yg no. 9 tu, Ustaz Love pun sekadar mendengar cerita orang (pengalaman org bersalin.. bukan pengalaman org mati.. kihkih).. hanya mereka2 yg pernah melahirkan anak saja yg memahami.. Ustaz Love ni setakat mengandung je, tapi tak lahir2 gak πŸ˜€

  1. ustaz , perlu ke mengulangi akad nikah bagi situasi di bawah..

    laki nie dea sedang akad nikah , n untuk part yg last , dea senyap dalam 30saat ke 1 minit stgh minit mcam tu .. baru dea sambung sampai habis akad nikah dia .. wali kata sah , n imam kata sah ..

    1. tak perlu ulang.. sbb akad nikah itu tak tertakluk pada kelancaran lafaz atau nafas (satu nafas ke, 10 nafas ke).. bila saksi dah sahkan, insyaAllah sah la pernikahan itu πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme