RSS
 

Forex Haram – Penjelasan Lanjut

22 Feb

Orang Malaysia Memang Suka Benda2 Separuh Harga Ni!!

Menyesal Dulu Pendapatan. Menyesal Kemudian, Cukai Pendapatan!!

London Bridge Is Falling Down!!


Salam…

Isu forex yang telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) telah menimbulkan pelbagai polemik dan rasa tak puas hati khususnya kepada para pemain (sebut trader) forex sehinggakan ada yg menggunakan ‘lawak’ Ustaz Love tak mandi 3 hari duduk depan laptop itu sebagai hujjah menafikan pengharaman tersebut.

Perlu Ustaz Love jelaskan di sini, bukan Ustaz Love yg keluarkan fatwa itu.. jadi, tiada kaitan sama ada Ustaz Love mandi ke, tak mandi ke, main forex ke, tak main forex ke.. sebaliknya ia merupakan keputusan JFK setelah melalui kajian yang mendalam tentang hal ini. Sebab itulah, Ustaz Love nasihatkan agar belajar dulu ilmu muamalah agar kita dapat membezakan yg haq dan yang batil dan bukannya menggunakan logik akal dan teori konspirasi sendiri untuk menafikan keputusan JFK.

Mari kita teliti keputusan JFK yang telah dimasukkan ke web e-fatwa :

Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:

Syarat-syarat umum jual beli:

  1. Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
  2. Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
  3. Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
  4. Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:

  1. Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;
  2. Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
  3. Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.

Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.

Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverageqabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

p/s: Kalau ada benda tak faham, boleh tanya.. jangan jadi bodoh sombong ;)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
32 Comments

Posted in fatwa

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

 
CommentLuv badge
 
  1. integra9116

    22/02/2012 at 1:30 pm

    AFB adalah pakar dalam dagangan-dagangan yang berikut:

    Dagangan mata wang Forex
    Pengurusan dagangan Forex
    Akaun Swap Free
    Pelaburan Islam
    Pelaburan Perak
    Dagangan Besi
    Dagangan Minyak Mentah
    Dagangan Gas Asli
    Dagangan Jangkaan Kopi

    Pastikan anda membuat keputusan yang tepat, pilihlah AFB untuk strategi dan panduan Forex. AFB mengesyorkan bahawa semua khidmat nasihat pelaburan adalah sah dan halal. Ia di sediakan oleh broker komiditi beragama Islam yang pakar bagi semua perkara berkaitan komiditi termasuk dagangan minyak secara maya, dagangan jangkaan nilai emas, dagangan Forex dan dagangan jangkaan kopi.

    Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai bagaimana AFB boleh membantu anda, silalah menghubungi kami terus melalu e-mel untuk nasihat lanjut.

    :: SOALAN SAYA, BAGAIMANA PULA DENGAN FLATFORM INI. ADAKAH IA MENGIKUT SYARAK ATAU HANYA SEKADAR MENGATAKAN FOREX BERKONSEPKAN ISLAM?
    MINTA PENJELASAN DRPD USTAZ

    http://www.afb.com.kw

     
    • Ustaz Love

      23/02/2012 at 6:20 pm

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba tengok dulu ;)

       
  2. Sidratul Muntaha

    22/02/2012 at 3:22 pm

    duit ustaz..
    sbb duit
    manusia mudah gelap mata dan hati.
    jgnkan org miskin,org kaya apetahlagi…

     
    • Ustaz Love

      23/02/2012 at 6:19 pm

      ada kebenarannya di situ ;)

       
  3. mama zharfan

    22/02/2012 at 4:00 pm

    kdg2 logik akal tak leh justify everything yg melibatkan agama..public must follow those with expertise/ulama’. sekian

     
    • Ustaz Love

      23/02/2012 at 6:17 pm

      agama itu yg akan memandu akal, dan bukanlah akal itu yg memandu agama ;)

       
  4. rasopariso

    22/02/2012 at 6:26 pm

    Terima kasih ustaz kerana mewujudkan entry ini… saya turut merasa kecewa kerana ada sesetengah mereka yang menganggap bahawa apa yang dinyaakan oleh majlis fatwa kebangsaan adalah seperti main-main dan memperbandingkan hukum dengan logik akal.. yang menyedihkan ada yang sanggup melebelkan ulama yang dilantik tak boleh pakai.. diharapkan pihak ustaz dapat mengesyorkan kepada pihak yang berwajid agar memperjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut melalui rancangan telivisyen seperti forum perdana ehwal islam … P/S>> ada setengah trader tu baru bukak akaun demo tapi bising macam modal berpuluh juta.. hahahah

     
    • Ustaz Love

      23/02/2012 at 5:59 pm

      itu lumrah manusia zaman sekarang.. orang lebih dihormati jika punya duit yang lebat serta pangkat yg tinggi.. para mufti dan alim ulamak pula kerap dijadikan bahan persendaan, sedangkan mereka2 itu pewaris para Nabi (dari segi ilmu). Sangat berbeza jika dilihat dgn fatwa yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di negara jiran.. tiada secebis pun kritikan mahupun hinaan terhadap fatwa yg dikeluarkan oleh JFK.

      sangat berbeza sekali akhlak mereka2 yg berilmu ;)

       
  5. addeen

    23/02/2012 at 2:49 pm

    “Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)

    Salam… bleh bgi penerangan skit ayat atas nie ngan suasana Politik di malaysia.. Pakatan rakyat la.. cthnyo.. ore2 hebat sajo dlam nie ..

     
    • Ustaz Love

      23/02/2012 at 5:46 pm

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry ;)

       
      • addeen

        24/02/2012 at 2:31 am

        stu lagi ustaz , ade kawan saye kata , tok iman bgtau dia , kita nak buat solat tasbih nie stahun sekali je , itu yang terbaik ,, betul k?

         
        • Ustaz Love

          24/02/2012 at 11:36 pm

          solat sunat tasbih ini tidak kuat dari segi dalilnya kerana kebanyakannya adalah dhaif dan ada yg maudhuk (palsu). Pada pandangan Ustaz Love, kalau nak buat takde masalah sbb ianya solat sunat saja. Kalau tak nak buat pun lagi baik, sbb banyak lagi solat sunat yg memang warid melalui hadis yg sahih spt solat tahajjud.

          berkenaan kenyataan tok imam itu, Ustaz Love tak dapat nak jelaskan mana yg terbaik.. sbb dlm hadis cuma menyatakan tentang kesanggupan seseorang.. kalau mampu, boleh buat tiap2 hari.. kalau tak mampu, buat seminggu sekali.. kalau tak mampu, buat sebulan sekali.. kalau tak mampu, buat setahun sekali.. kalau tak mampu jugak, buat seumur hidup sekali.

          WA

           
          • addeen

            27/02/2012 at 1:35 am

            tq ustaz…

             
          • Ustaz Love

            27/02/2012 at 2:04 pm

            u r welcome ;)

             
  6. Ahmad

    24/02/2012 at 4:49 pm

    hukum Qabdh pada matawang emas dan perak dahulu adakah boleh diguna pakai pada matawang kertas sekarang, kerana umum mengetahui transaksi pertukaran matawang kertas bernilai berbillion dan trillion hanya melibatkan kredit dan debit kedalam akaun secara electronic dan online, dan tidak melibatkan wang kertas sebenar secara cash, adakah hukum Qabdh disitu dipatuhi?

     
    • Ustaz Love

      24/02/2012 at 11:23 pm

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry yg lain ;)

       
  7. cikgu aswan

    25/02/2012 at 7:22 am

    Sekadar Renungan,

    Pandangan Forex oleh Ustaz Sobri…

    Dalam perniagaan samada online atau offline, target utama seseorang itu adalah untuk mendapat profit atau keuntungan lagi banyak lagi bagus. Kadang-kadang dek kerana keghairahan untuk memaximumkan keuntungan ramai antara kita tidak meletakkan Islam sebagai landasan utama penilaian serta kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada membuat kebajikan.

    Dalam menentukan halal dan haram sesuatu perkara bukan hanya dengan congakan dan agak-agak saja. Sejak akhir-akhir ini pelbagai bentuk perniagaan dan peluang pendapatan muncul dalam bentuk online antaranya hyip, autosurf, matrix sistem, forex dan sebagainya. Dalam usaha untuk memberi pandangan terhadap sesuatu sistem baru maka ‘alim ‘ulamak terpaksa membuat kajian terhadap nas-nas umum dari al-quran dan hadis serta melihat apakah ada di sana sebab kiasan yang boleh disandarkan untuk menetapkan sesuatu hukum.

    Saya ringkaskan dahulu supaya mudah difahami.
    Forex adalah suatu perniagaan berbentuk pertukaran nilai sesuatu mata wang dengan mata wang yang lain. Nilai sesuatu mata wang bertukar menjadi tinggi dan rendah atas beberapa faktor termasuk ekonomi, politik dam kestabilan sesebuah negara. Kecanggihan dunia IT dan telekomunikasi hari ini menjadikan perniagaan mata wang adalah yang tersibuk didunia. Sebab itu kadang-kadang dalam masa beberapa saat saja nilainya boleh berubah dan memberi kesan untung/rugi kepada pedagang/trader.

    Beberapa perkara perlu dilihat sebagai asas penilaian kita terhadap forex:

    1. Akad. Dalam islam akad jual beli perlu antara kedua-dua pihak. Bentuk persetujuan ini sebaiknya melalui lafaz antara keduanya. Walaubagaimanapun dengan perkembangan hari ini bebrapa pendekatan yang diharuskan dalam Islam sebagai tanda persetujuan seperti penerimaan resit dan no id payment yang menunjukkan pengesahan berlakunya akad jual beli antara kedua pihak. Dalam forex ini secara asasnya semasa sell/buy telah berlakunya akad jual beli ( real time ) seperti yang terpapar kat akuan info dalam bentuk no id payment. Maknanya sudah berlaku jual beli disitu dan tidak ada keraguan lagi ianya adalah real time dalam perniagaan pertukaran mata wang ini. Adapun sell dulu adalah merupakan istilah saja. Sebenarnya sell juga bermakna kita membeli tapi pada nilai harga yang rendah untuk kita jual nanti bila berlaku kenaikan nilai mata wang tersebut.

    2. Berkaitan keuntungan yang diperolehi dikategorikan sebagai riba nasiah ( disebabkan penangguhan ). Kat forex ni keuntungannya bukan disebabkan oleh penangguhan tetapi disebabkan oleh perubahan nilai. Riba nasiah bermaksud anda memberi pinjaman kepada seseorang dan orang tersebut perlu membayar balik dalam tempoh tertentu dengan ada penambahan beberapa persen atas kadar pinjaman tersebut seperti yang berlaku dikebanyakkan bank di Malaysia hari ni. Jadi hujah menyatakan forex ini adalah haram kerana ada unsur riba nasiah yg berpunca kerana penangguhan adalah tidak tepat.

    3. Berbalik kepada open pending nak disamakan dengan seperti membeli ikan di air atas alasan suatu yang tak pasti adalah juga kurang tepat. Open pending stop/limit adalah seperti kita mem’booking’ pada price tersebut kerana kita ingin membeli diwaktu tersebut. Maknanya ianya hanya tempahan dan jual beli yang sebenarnya berlaku ketika touch price tersebut barulah kita akan mendapat id payment dalam akaun kita menunjukkan tika dan saat itu sudah berjalan jual beli tersebut.

    4. Berkaitan kenyataan yang menyatakan pendapat fatwa majlis agama Islam negeri Perak dibawah pimpinan Datok Harussani hanya pada forex yang ada panel syarak saja. Rasanya pendapat itu perlu diperhaluskan. Secara asasnya tidak ada dalil atau nas yang menyatakan bahawa perlu ada panel syarak barulah sesuatu perniagaan itu sah dan halal. Tidak ada. Dalam Islam ada 2 asas utama untuk menentukan sesuatu muamalah atau perniagaan itu sah. Pertama tidak melanggar syarak dan kedua niat yang ikhlas. Di Malaysia terbentuknya panel syarak adalah desakan daripada rakyat untuk memastikan setiap urusan perniagaan perlu diawasi supaya menepati syarak. Berkaitan forex ni platform kebanyakkannya adalah orang barat mana nak ada panel syarak. Kalau macam tu kita tak boleh niaga langsung dengan orang barat sebab mereka tak ada panel syarak. Bukan niat untuk mempermudahkan sesuatu perkara. Tanggungjawab kita sebelum berurusan dengan orang samada Islam atau belum Islam ialah memastikan apa yang kita nak berurusan tu adalah tidak melanggar syarak. Kalau ada di sana panel syarak bagi syarikat tersebut lebih baik dan kalau tidak ada bukan bermakna tak boleh, cuma teliti dulu. Saya rasa cukup dulu untuk kali ini.

     
    • Ustaz Love

      26/02/2012 at 12:25 am

      terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi pandangan ;)

       
  8. basyirah

    27/02/2012 at 9:49 am

    Salam ustaz. Forex ni menjanjikan kekayaan disunia je. tapi diakhirat tidak. sama2 kita hindarinya. :)

     
    • Ustaz Love

      27/02/2012 at 2:00 pm

      Salam basyirah..

      Segala harta dunia memang tak boleh dibawa ke akhirat.. tak kira la forex ke, gaji ke, harta pusaka ke.. kalau ditukarkan kepada pahala dgn cara bersedekah, zakat dsb, insyaAllah boleh dijadikan harta di akhirat ;)

       
  9. malik

    29/02/2012 at 4:07 pm

    salam,

    ini sekadar pandangan dari saya. InsyaAllah, boleh adakan perbincangan lanjut tentang isu ini.

    1. Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);

    Pandangan saya: Adakah yang dimaksudkan di sini Islam merupakan satu syarat untuk seseorang mempunyai kelayakan untuk melakukan kontrak? Dalam proses jual beli, akad dilakukan dengan pelbagai cara, samada secara lisan atau bertulis. Bagaimana proses jual beli dengan orang bukan Islam? Contohnya, Salim ada wang 1 usd. Dia ingin menjualnya kepada Ah Chong, dan Ah Chong bersetuju untuk membelinya dengan harga RM3.30 iaitu harga semasa pertukarang mata wang asing MYR/USD pada waktu itu? Tukarkan Ah Chong pula yang menjual. Cuba bincangkan.

    2. Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;

    Pandangan saya: Harga pasaran dalam forex adalah mengikut harga pasaran semasa sesuatu matawang. Jadi pembelian seperti pending order atau instant execution adalah harga yang diketahui dengan JELAS oleh kedua belah pihak. Tidak dinafikan, ada broker yang menawarkan urus niaga matawang secara online yang melakukan penipuan dalam pergerakan nilai matawang. Kesalahan ini bukan dilakukan oleh trader tetapi broker tersebut. BUKAN SEMUA, tetapi segelintir sahaja. Sama seperti, peniaga yang menjual barang pada harga yang 100x ganda tinggi dari harga asal. Tak haram jika pembelinya tertipu, tetapi salah peniaga itu menganiaya pelanggannya.

    Nombor 3 dan 4, anda boleh berfikir dan bertanya. InsyaAllah saya akan cuba beri pandangan saya kemudian hari. Mantiq juga digunakan dalam bab memberi hukum sesuatu hal. Tetapi mungkin ada segelintir yang tidak menerima hal ini, pendapat masing-masing, Wallahualam.

    5. Perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian.

    Pendapat saya: Rollover Interest hanya berlaku dalam swap account. Leverage bukanlah hutang. Definisi Hutang: Wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain. Contoh hutang, Salim ada RM100. Ah Chong meminjam RM50 daripada Salim, jadi baki wang Salim adalah RM50. Dalam data cashflow, Salim ada RM50, manakala Ah Chong pula RM-50 (negatif 50). Jika Ah Chong tidak membayar hutang tersebut kepada Salim, maka pengiraannya akaunnya adalah defisit RM50. (negatif RM50).

    Pengunaan leverage dalam forex: Jika leverage yang anda tetapkan dalam akaun forex adalah 1:1. Contoh: Harga semasa AUD/USD adalah 1.8050, maka margin yang diperlukan untuk membuka satu order adalah USD18050. Anda buka satu order dan close order tersebut samada untung atau rugi, tiada apa yang anda hutang sehingga baki anda menjadi defisit.Tiada istilah baki negatif dalam online individual spot forex. Tiada hutang yang perlu dibayar.

    Jika leverage yang anda tetapkan 1:1000. Contoh: Harga semasa AUD/USD adalah 1.8050, maka margin yang diperlukan untuk membuka satu order adalah USD18050/1000 iaitu USD18.05. Anda buka satu order dan close order tersebut samada untung atau rugi, tiada apa yang anda hutang sehingga baki anda menjadi defisit.Tiada istilah baki negatif dalam online individual spot forex. Tiada hutang yang perlu dibayar.

    Jika seseorang itu rugi walau kesemuanya dalam urusniaga tersebut, atas sebab kebodohan diri sendiri dalam ilmu pergerakan pasaran matawang, anda TIDAK BERHUTANG dengan broker tersebut. Tiada BAKI NEGATIF.

    Dalam sesuatu perniagaan, kita bukan speculate, tapi kita anticipate apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keuntungan. Contoh anda ingin menjual pakaian muslimah di Malaysia, dengan teknik jualan dan pemasaran yang bagus, anda akan mendapat keuntungan yang banyak, InsyaAllah. Banyak faktor yang mempengaruhi keuntungan dan kerugian dalam sesuatu perniagaan, semua atas kebijaksanaan kita dalam mengANTICIPATE di mana target market yang boleh menguntungkan anda. Dan begitu juga sebaliknya.

    Kalau ada yang, tak faham boleh bertanya. Kalau ada pencerahan dari hujah asal anda, harap menerima juga. Jangan jadi bodoh sombong. Sekian.

     
    • Ustaz Love

      01/03/2012 at 11:45 am

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulaskan pandangan saudara pada entry lain ;)

       
  10. rizal

    06/03/2012 at 12:53 pm

    Salam,

    Apakah pandangan Ustaz mengenai lama web ini ;

    http://www.panglimahitam.com

    http://www.alamghaib.com

     
    • Ustaz Love

      06/03/2012 at 10:17 pm

      Salam…

      Pada pandangan Ustaz Love, sebaiknya dijauhkan daripada mengunjungi laman web sebegitu.. banyak perkara yg meragukan ;)

       
      • mr.forex

        07/03/2012 at 8:45 pm

        salam,
        pada pendapat saya,kita kenalah rasa simpati terhadap trader yang sekian lama bergiat kini tergugat. bukan kita makin maki2 diowang. Yang aku maksudkan,ni semua salah fatwa yang mengeluarkan forex ni harus pada tahun 2004,2005. sekarang dah Haram plak. Cubalah korang pkir ada 4 soalan nak kowang yang rasa bijak,jwab:

        1) pinjaman berinterest
        cuba kowang tunjukkan aku sunnah mana yang kalau pinjam,mesti kena ada kadar bunga,contoh,aku pinjam ali RM50,tapi aku kena pulang RM100..Tapi pihak bank mengamalkannya. sama BSN yang dipromote fatwa 2.Sebab apa tidak DIHARAMKAN? sebab DATANGKAN HASIL PADA KERAJAAN.

        2) Dunia hiburan tidak diharamkan?
        Cuba korang tengok2 filem,anak2 gadis mudah2 dipegang laki sana sini. Sunnah nabi mengatakan pegang babi lagi elok dari pgang perempuan bukan muhrim,,Nape fatwa ttup sebelah mata?xharamkan umat islam menyertai? Sebab DATANGKAN HASIL PADA KERAJAAN.

        3) Barang2 israel tidak disekat?
        kutuk bukan main,sekatlah,haramkanlah penggunaan barangan israel,KFC,MCD ttup semuanya.Kenapa xttup?Sebab DATANGKAN HASIL PADA KERAJAAN.

        4) Para ulama tidak patut dibayar gaji.
        Nabi tidak pernah dibayar gaji keluarkan sunnah,pimpin umat dia, ulama xptot dbayar gaji kerana kebarangkalian dia menyebelahi sesetengah pihak,tinggi. Buat dakwah,ikhlas. Bukan sebab pekerjaan.

        5 ) Kenapa xbincangkan hal ini satu dunia?
        Kenapa Majlis Fatwa tidak membincangkan hal ini satu dunia padahal semua umat islam adalh sama?Apa kata orang islam dari luar negara datang ke Msia,forex kat Msia haram,tp kat tempat dia, Halal.Sebab negara dia berfikiran terbuka. Kasi pluang broker 2 beroperasi.Kalau memudaratkan,ttuplah,habiz cter.

        6) Apa guna Badan2 kerajaan seperti NFA,FSA dan CFTC?
        kan diowang nak kawal kewangan broker…

        cubalah kowang pkir2kan…kjap harus,kjap haram…kalau macam swisshcash 2 yela penipu sebab kita xnampak duit kita. dia yang laburkan.

         
        • Ustaz Love

          07/03/2012 at 11:18 pm

          salah fatwa pulak? kihkih :D

           
          • mr.forex

            08/03/2012 at 10:51 am

            npe xjwab 5 soalan 2?ko an ustaz..jwblah.

             
          • Ustaz Love

            08/03/2012 at 10:55 am

            harap bersabar.. semuanya kena ikut queue ;)

             
          • INSAN

            20/03/2012 at 11:38 pm

            sabar la bro .kita hanya menyatakan pendirian masing2

            . mcm fatwa merokok adalah haram tapi ramai jugak yang hisap rokok. alasan sebab rokok merosakan kesihatan.

             
          • Ustaz Love

            22/03/2012 at 12:02 am

            kita tak nak terima, itu masalah kita.. cuma jangan sampai kita menghina dan merendahkan pendapat alim ulamak yg berbeza pandangan dgn kita ;)

             
  11. miza

    15/05/2012 at 4:10 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    Bagaimana pulak dengan negara lain? Saya pernah terbaca di negara luar seperti indonesia tidak mengharamkan spot forex? Bagaimana pula dengan pekerja yang bekerja di service company untuk forex trading ye ustaz? harap ustaz dapat berikan pandangan mengenainya.

     
    • Ustaz Love

      17/05/2012 at 12:34 pm

      Waalaikumussalam..

      Perkara khilaf seperti ini, terpulang kepada kita untuk mengikut pendapat yg mana satu. Tetapi bagi Ustaz Love, adalah lebih baik kita keluar daripada khilaf iaitu dengan berpegang pada pendapat yg mengatakan haram.. itu lebih baik.. bersesuaian dengan kaedah usul (al-khuruj min al-khilaf mustahab)

       
 

Switch to our mobile site