Gigi Emas Lebih Berharga Daripada Gigi Palsu!!

14 Langkah Memperbaiki Diri Dalam Masa 14 Hari!!

Para Gamers Meh Tengok Sini!!

Forex Haram – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Salam…

Ustaz Love baru terbaca berita ni daripada Bernama.. jadi terasa nak berkongsi :

KOTA BAHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA

Ustaz Love pernah cuba nak main forex (guna ada satu sistem internet..tapi demo punya la.. kihkih).. selama 3 hari Ustaz Love cuba, akhirnya baru tersedar dah 3 hari tak mandi (sbb terlalu khusyuk memerhatikan pasaran saham turun naik). Lepas tu, Ustaz Love stop.. sekadar nak tahu perjalanan sistem forex ni.. akhirnya modal beratus ribu, tinggal beberapa ringgit je.. Jangan silap faham.. duit tu virtual money.. ada kat skrin je.. kihkih :D

Jadi, bagi sesiapa yang bermain forex, berhentikanlah. Banyak buruknya daripada manfaat.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

109 Comments

Add a Comment
  1. kenapa forex haram tetapi kenapa bank bank dan bursa saham pun untung dan rugi pun kita tahu dari mana sumber duit itu datang , dan juga bursa saham juga mendapat keuntungan pun tak menentu ikut spekulasi dan keadaan semasa . lebih kurang sama macam forex tetapi tak haram pula . kenapa jadi macam ni ?????? saya pening , keliru dan majlis fatwa fatwa ni .

    1. forex haram kerana memperdagangkan tukaran matawang secara tunai.. sedangkan saham itu berbeza, sbb ia melibatkan aset2 dan komoditi2 tertentu yg diperdagangkan. jangan pening dan keliru, ikut je fatwa kebangsaan.. sbb yg duduk dalam majlis fatwa itu adalah para mufti dan alim ulamak, bukannya orang jual ikan kat pasar ;)

      1. majlis fatwa ni mcm x faham bagaimana urusniaga forex sebenarnya, kita x bole amik bulat2 apa yg di kata, kena kaji dulu, kalu fatwa kata wajib mkn taik …nak kena makan ka?
        ustaz ckp memperdagangkan urusniaga tukaran matawang secara tunai , abis tu bank money changer, non bank money changer tu ape…org tukaq duit nak pi mekah mcm mana?. jgn jdkan islam tu sempit dan kolot. Negara islam lain takde la mcm kita ni
        ni la tujuan kerajaan nak sekat kemajuan org melayu..sbb depa x bole collect income tax drp trader

        1. fatwa mana yg akan kata wajib makan taik? hanya mereka2 yg tak tahu bagaimana sesuatu fatwa itu dikeluarkan saja, yg akan mengeluarkan statement2 sebegini.. fatwa dikeluarkan atas sesuatu perkara baru yg tiada dalil yg putus dalam agama.. kalau bab makan babi tu, tak perlu dah nak keluar fatwa sbb dalam al-Quran memang jelas2 diharamkan.. yang perlukan fatwa ini adalah isu2 baru, macam forex..

          asalnya lagi Nabi s.a.w. dah mengharamkan pertukaran matawang dgn matawang untuk tujuan keuntungan.. sedangkan matawang itu hanyalah alat.. cuma dlm situasi yg tak dapat nak elak menggunakan matawang, maka ulamak mengharuskan pertukaran wang dengan nilai berbeza (yg mungkin di situ ada keuntungan dan kerugian) atas illah (sebab) yg berbeza..

          apa pun, kita sama2 tunggu siapnya kertas penyelidikan untuk fatwa forex ni.. lepas tu baru boleh tengok hujjah2 yg ada di dalamnya boleh dibahaskan lagi dsb..

          WA

          1. yg keluarkan fatwa bukannya menteri kewangan, tapi para mufti yg takde konflik kepentingan dalam urusan ini..

          2. saya rasa itu semua mufti kerajaan yang nak jaga aset kerajaan. semua bank pun main kenapa tak haramkan semua jer

      1. forex haram untuk individu.. untuk bank2 takper.. **bank pun ada membuat urus niaga utk keuntungan dari nilai tukaran wang
        mufti malaysia…banyak ikut ckp pemimpin je.. undang2 islam pn x tegak betul2 kt malaysia nih

        sebelum saya trade forex..sy ada buat gakla kajian secara kecil-kecilan..
        dari pandangan ulamak2 yang tahu pasal forex…dia ada menyatakan begini..

        forex boleh jadi harus, atau haram…ada 2 keadaan..

  2. Soal untung rugi dlm perniagaan terutama forex atau saham adalah perkara biasa. Berniaga forex bukan macam beli nombor ekor, ustaz baru 3 hari buat forex, rugi…bukanlah salah forex, tetapi kita yang ngok. Macam perniagaan biasa juga, kalau hari hujan, musim tengkujuh, kau jual air tebu tepi jalan, ada ke orang nak beli ??bukan salah perniagaan air tebu itu haram tapi kau yang ngok , tak tahu pilih bisness. Saya musykil kenapa ianya di haramkan kerana forex semacam aje dgn saham, sama aje, ada untung dan rugi, kenapa forex diharamkan tetapi saham dibenarkan ?? kedua-duanya tak jelas untung ruginya, macam jual air tebu tengah hujan tadilah, kau yang ngok tak tahu pilih bisnes atau matawang, maka kau haramkanlah jual air tebu sebab tak untung.

    Majlis fatwa ni, pada tahun 2005 dia kata forex harus, tahun 2012 ni dia kata HARAM, aku tak tahulah tahun mendatang ni dia nak kata apa pula…wajib kot ?? tetapi kenapa Majlis Fatwa Indonesia yg juga berfahaman Ahli Sunnah bermazhab Syafie…kata HARUS…tak caya cek laman web depa , kenapa Al-Quran yang sama, Hadis yg sama, satu kat Harus satu kata Haram ?? mana nak pakai.

    Apakah Majlis Fatwa Malaysia lebih berkredibiliti dlm mengeluarkan fatwa, kalau gitu kelakar pulak bunyinya, sebab depa ni dulu kata tarian poco-poco haram, tapi majlis fatwa negeri-negeri lain kata harus, Indonesia kata harus…depa ni betul-betul tahu ke apa yang depa cakap ??. Fikirkanlah.

    Saya memang main forex dan saya nak dengar dulu kata-kata dari mufti negeri lain juga Fatwa Antarabangsa dari Arab Saudi, kalau semu akata Haram, baru saya stop, macam poco-poco dulu, macam kelakar bunyinya, Fatwa kebangsaan kata Haram, mufti negeri-negeri kata Harus, Arau Saudi tak kata apa sebab depa menari lain…sampai sekarang tak ada kata sepakat, ni ulama macam mana ni??

    Satu hal lagi, dlm Forex ni ia diharamkan sebab kerajaan tak dapat nak kutip cukai, sebab tu di haramkan tetapi yang herannya Majlis fatwa yg sama memfatwakan Rokok haram pada tahun 2005, tapi tak kecoh pun, sebab kerajaan dapat cukai…ni dah pelik. Itu lagi isu besar sebab semua kedai runcit,pasaraya, petrol kiosk ada jual rokok, taukenya Islam, jadi apa hasil dari bisnes itu tak bercampur ke halal dan haram, duit yg sama bawa pergi haji, sampai sekarang majlis Fatwa dan Ustaz-ustaz glamour tak kecoh pun, sedangkan isu itu lebih besar dari isu forex, kerana yg berniaga forex sekitar 5000 org sahaja, itupun tak pandai, tapi yang terbabit dgn rokok…masyaallah…20 juta….depa diam aje. Pelik-pelik negara aku ni.

    Mungkin korang tak tahu yang bank islam dan Bank Mualmalat pun main forex, semua bank main forex malahan bank negara pun main forex…yang itu Depa kata HARUS, lagi pelik.????

    Wassalam.

    1. wakakaka…bila orang NGOK berkata2 tentang agama. NGOK kuasa seploh laa ko nih samsuri. NGOK macam baru terminum samsu. kahkahkah

      baru ada satu hukum feqh kata HARUS dan HARAM, dah konpiusss…tu la NGOK namanya.

      Ulamak punya ijtihad, qias dan segala tak nak amik tahu, abis kuat sebut NGOK. NGOK laa ko…

      1. susah mau cakap.. fatwa haram merokok pun dah berbelas tahun dikeluarkan, tapi ramai je yg hisap rokok.. jangan salahkan agama kalau kita sendiri yg tak mampu nak beramal ;)

        1. untuk kebaikab diri saya sendiri.. saya lebih senang refer pada fatwa ulamak2 indonesia sebab mufti2 ngan ulamak yg berpayung kepada kerajaan malaysia ni sebenarnye LALANG!!!!… 2004 harus… 2005 harus… 2012 haram… ape kejadahnye!! urusniaga forex dikhususkan untuk org2 yg berilmu dlm forex.. mmg ia terbuka untuk semua org.. mcm riba.. haram kerana ia menzalimi/menyusahkan seseorang… kalau ustaz berpeluang membaca buku2 forex.. kebiasaannya disebut oleh penulis yg forex ini utk yg berpengetahuan sahaja utk mengelak drpd trader2 ni menzalimi diri sendiri… macam ustaz main demola… modal beratus ribu.. dihabiskan dlm mase 3 hari sahaja.. kalau xsilap.. ustaz zaharuddin ada tulis mengenai forex ni… kl xsilapla… hukumnye harus kalau trader2 nie menuntut ilmu tentang forex dah tahu akan risiko yg bakal ditanggung jika tersalah trade… haram utk org yg membuta tuli main forex mcm yg ustaz main… seperti yg dinyatakan oleh sedara samsuri… ape2 perniagaan pun ustaz… sapa yg leh tentukan untung rugi dimasa depan??? ustaz boleh? kalau buka kedai jual air tebu pagi nie… ustaz leh jamin ke keuntungan yang sama akan diperolehi seperti hari sebelumnye?? katakan.. buka kedai jam 9 pagi… pukul 10 pagi hujan lebat… bolah habiskah air tebu tersebut dijual??? tolongla jangan sangka rakyat malaysia ni terdiri dr org yg bodoh!!!! pd pendapat sayala… hukum forek ni jd haram sbb kerajaan xdpt mengambil cukai dr trader2 nie sbb urusan adalah secara langsung diantara trader di malaysia dgn broker diluar negara tanpa melibatkan bank negara… lagi satu… fatwa haram rokok… kalau betul majlis fatwa serius tentang haramnye merokok.. kenapa rokok tidak dikawal jualannye seperti arak??? selagi mufti dan ulamak kerajaan nie tidak berani menegakkan hukum dihadapan pihak berwajib… saya ttp merokok dan trade forex… sbb saya tahu akan risiko yg bakal sy hadapi… dan persediaan rapi telah sy ambil sekira risiko tersebut datang… mintak maafla kalau ade terkasar bahasa….

          1. Ustaz Love takde masalah jika saudara nak refer pada fatwa ulamak Uganda sekalipun.. cuma, dalam saudara memilih pandangan yg sesuai dengan keinginan saudara, tak perlu saudara nak merendah2kan ulamak yang lain. saudara tak faham tentang perkembangan ilmu fiqh, jadi tak adil saudara menuduh dengan mengikut perasaan. Ustaz Love tak nak sebut perkataan bodoh pada saudara, cuma Ustaz Love harap saudara akan lebih bijak dalam melontarkan pendapat.

            Ustaz Love cadangkan, ada baiknya saudara jinakkan diri dengan masjid dan duduk dalam kuliah agama.. insyaAllah, saudara akan lebih memahami akan perkembangan hukum fiqh itu yang berkadar dengan masa dan situasi, dalam keadaan masih lagi berpaksi kepada usul drp al-Quran dan as-Sunnah.

    2. Salam ustaz, apa pandangan ustaz pula tentang simpanan emas (bukan fizikal) iaitu membeli/menyimpan emas via buku simpanan emas? kita pergi bank, cakap nk beli 5g emas, pastu kita dpt buku yg tulis kita beli 5g. tiada fizikal gold yg kita pegang. Apakah hukumnya?

      1. Salam khairul..

        Pada pandangan Ustaz Love, tiada masalah.. sbb kita bersetuju membeli emas yg disimpan oleh pihak bank dan pihak bank menguruskan segala yg berkaitan. cuma kena pastikan pihak bank memang mendapat kelulusan dan kebenaran Bank Negara untuk menjalankan urusniaga emas.

        1. terima kasih ustaz atas feedback ustaz. mungkin sekadar cadangan, ustaz love leh kupas isu ni sbb ramai kawan2 sy ragu2 kerana mereka kata, kita tak pegang emas tu. mereka takut ada unsur riba disitu. wallahualam

          1. pegang atau tak, sama saja.. sbb ia masih lagi emas milik kita.. isu emas ni, insyaAllah, Ustaz Love akan cuba kupaskan.. cuma mungkin akan mengambil masa yg agak lama, memandangkan Ustaz Love perlu melalukan kajian, dan banyak lg soalan2 yg belum berjawab ;)

        2. Salam ustaz… saya jenguk2 blog ustaz… jawapan ” saya rasa @ pada pandangan saya” rasanya kuranglah tepat… elok kita cari bukti dan hujah… melalui pemahaman saya yang saya kutip dalam.. internet.. diskusi dlm forum internet… beli emas buku nie.. ada yang tak ikut syarak dan ada yg ikut syarak… apa yang saya baca.. ada bank.. emasnya dalam bentuk penyataan saya.. ditulis dlm buku.. ada bank yang penyataan dlm buku saving emas dan ada simpanan emas fizikalnya… seingat saya Kuwait Finace House…
          Isu mereka yang tak nak beli emas fizikal adalah bimbang utk menyimpanya… jika beli banyak 1 kg ke.. takut nak simpan..bimbang.. itu sebab mereka beli emas saving book… so nasihat saya.. carilah bank yang mematuhi syarak… dan hukum hakam… rajin2 lah baca diskusi mereka yang arif tentang pelaburan emas….

          maaf jika ada khilaf dan terkasar bahasa…. sama2 kita berpesan pada kebenaran…

          wassalam

          1. Salam pokju..

            Ustaz Love mmg suka menggunakan frasa sebegitu.. tiada salahnya.. bahkan di laman2 web soal jawab yg dikendalikan oleh alim ulamak pun kebanyakannya menggunakan frasa “Pada pandangan kami” dsb.. nampak lebih berhati2 dan tidak menutup ruang pada pandangan lain yg mungkin berbeza.

            Apa pun, terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan ;)

      2. jika betul bank tersebut mempunyai emas okla… jika bank tersebut tidak mempunyai emas mcm mane ustaz? jika bank tersebut mempunyai emas secara fizikalnya bernilai lbh kurang RM200,000.00 (1kg). maka diagihkan beratnye mengikut pelaburan yg diterima.. pada saya bagusla… jika tidak mempunyai emas secara fizikal.. bersandarkan nilai ape yg membolehkan bank tersebut menerima pelaburan dr pelabur2 yg berminat? jika saya yg hanye bermodal air liur menyatakan sy menyediakan pelaburan emas yg boleh memberi pulangan yg baik.. berhak kah saya utk menerima pelaburan dr pelabur2??? contoh senangla… sekarang nie kalau nak nikah… duit/cek mas kahwin perlu ada secara fizikal semasa akad hendak dimulakan…. kecuali mas kahwin tersebut dipersetujui oleh kedua2 pihak secara hutang… pengalaman saya… kadi enggan menikahkan pasangan tersebut selagi pihak lelaki belum mengadakan mas kahwin seperti yg telah ditetapkan… macam mane ustaz… lagi sekali… maaflah jika ade tersilap/terkasar bahasa…

        1. bercampur2 persoalannya..

          1. Ustaz Love bukan orang bank.. cuma apa yg Ustaz Love tahu, setiap bank yg nak menjalankan urusniaga berkaitan emas perlu mendapatkan kebenaran daripada BNM. Maka, di sini, kita bertaqlid saja yg BNM telah menjalankan tanggungjawabnya untuk mengenalpasti keupayaan sesebuah bank itu untuk menjalankan urusniaga emas. Soal modal air liur mahupun air hidung, itu sekadar teori konspirasi semata2.. hanya akan digunakan oleh mereka2 yg memang daripada awal lagi berniat nak melakukan penipuan ;)

          2. pengalaman saudara sebagai apa? sebagai jurunikah? wali? saksi? saudara tahukah illah perlunya ada duit fizikal semasa akad nikah? jika tak tahu, biarlah Ustaz Love bagitau.. ini kerana semasa akad nikah itu, pihak lelaki ingin menyebutkan akad mahar sebagai tunai, dan di dalam borang yg diisi sebelum akad nikah itu juga pihak pengantin mahukan ditulis tunai.. maka, perlulah ada wang tunai.. even kalau pakai cek / bank draft / banker’s cheque sekalipun, tetap akan ditulis sebagai hutang (sekalipun cek tu ada depan biji mata jurunikah).. walaupun dlm istilah perbankan, banker’s cheque itu sendiri adalah merupakan wakil kepada wang tunai (bawak gi bank, boleh masuk dlm akaun), tetapi menurut hukum ianya tetap dikira sebagai bukan tunai, kerana adanya illah2 lain spt cek itu boleh dibatalkan dsb. Jurunikah takkan memulakan majlis akad nikah jika tak lengkap didatangkan mahar secara fizikal sbb tak nak susah di kemudian hari.. terutamanya bila berlakunya perceraian dan tuntutan mahkamah. Dan bukanlah jurunikah tak nak menikahkan pasangan itu sbb membawa mahar secara fizikal itu termasuk dlm rukun nikah, sebaliknya ia merupakan prosedur jabatan agama.

    3. salam ustaz…. boleh ker saya nk tanya soalan pada ustaz kat sini ?? saya tak tau kat mana nak tanya soalan dekat blog ustaz neh :) ustaz apa hukum wanita memakai pewarna kuku semasa dalam haid… dan pewarna kuku yang dipakai senang ditanggalkan … itu aje..tq

      1. salam farhana..

        tiada masalah nak pakai pewarna kuku.. ia kembali kepada niat.. jika bertujuan nak menunjuk2, maka hukumnya haram.. jika pakai untuk suami, maka ianya harus ;)

    4. semua ni kerana desakkan BNM….BNM tak dapat apa faedah dan tak dapat nak tax traders2 forex dan broker luar…..percayalah….tak lama lagi BNM akan ujudkan satu istitusi atau mungkin akan jadi broker seperti broker2 luar supaya kita akan trade dengan dia…senang dia nak pantau senang dia nak tax…sekarang ni BNM tak boleh nak tax sumber pendapatan traders forex…jadinya ia satu kerugian buat BNM…BNM kata suruh labur dengan syarikata kewangan yg berlesen baru tak salah dari segi undang2…..tak dinafikan forex boleh jadi haram tapi bila akaun tu bukan akaun islamic lepas tu ada swap…..kebiasaannya. traders islam akan jaga semua aspek….akaun islamic, takder swap, broker yg dipercayai bukan scam …urusan jual beli adalah tunai bukan kredit….takder penangguhan dalam setiap urusan jual beli…..saya dah baca semua isu forex dekat web UZAI….so far apa yg dikata sehingga forex boleh dijatuhi hukum haram takder berlaku pada broker sesetengah trades….masuk market perlukan ilmu…ilmu analisa….bukan MAIN2….main forex haramlah sebab ilmu takder tapi sengaja mencuba nasib masuk market itu dah sama macam berjudi….traders yg sejati dia akan pergi belajar ekonomi…belajar asas….ikut time sesuai untuk buka kaunter….( traders yg ada ilmu juga tak akan menghadap komputer sampai 3 hari semata hanya untuk tengok graf….hehehe ) bukan buka kaunter secara melulu…. trade forex tak perlu bersusah payah itu tak benar… trade forex untung atas angin tak benar….. insyaAllah tak lama lagi adalah jalan penyelesaiannya…..lagipun apa yg di highlightkan ialah MAIN FOREX HARAM …BUKAN… TRADE FOREX HARAM….sekian terima kasih

      pas ni saya akan mengikuti blog dan penulisan ustaz love….insyaAllah dapat manfaatnya pada perkongsian yg lain…

      1. teori dan konspirasi sebegini, bagi Ustaz Love perlu didatangkan dengan bukti.. sbb fatwa agama tak dikeluarkan berdasarkan khabar2 angin.. sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan, ia melalui proses perbincangan yang mendalam.. kadang2 memakan masa berbulan2 untuk dikeluarkan satu fatwa.. dan pakar2 dalam bidang terlibat juga dipanggil untuk memberikan penerangan. Selepas berpuas hati dengan penerangan pakar2 terbabit (melalui sesi soal jawab), barulah pihak mufti akan berbincang di kalangan mereka untuk memutuskan perkara itu dari sudut prinsip2 ilmu agama.. begitulah lebih kurang perjalanannya sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan..

        tak perlu para mufti untuk menjadi forex trader untuk memahami dan mendapat ilmu tentang ini. Sebab sedalam mana pun ilmu itu, akhirnya nanti ia akan berbalik kepada basic dan asas agama itu sendiri.. jadi, nasihat Ustaz Love, sebelum mendalami ilmu perniagaan / pelaburan, dalami dulu ilmu muamalah.. agar kita boleh melihat dan menyedari muamalah yg mana yg bertentangan dan berbetulan dgn agama, dan bukannya membetulkan serta membenarkan apa yg dilarang dalam agama.

        buat masa ini, fatwa kebangsaan mengharamkan forex.. maka itulah fatwa yg kita kena pegang sekarang ;)

        WA

    5. Perbezaan pendapat selalu menyebabkan umat Islam bergaduh, sedangkan rasulullah mengatakan terdapat hikmah pada perbezaan pendapat itu. Elakkan dari bergaduh jika perkara tersebut memang tiada bukti jelas halal, haramnya dan memang kontroversi hujah-hujahnya. Hikmah perbezaan pendapat ialah kita mempunyai lebih banyak pilihan dalam membuat keputusan, bukan bergaduh. Belajar untuk hormat pendapat orang lain melainkan kalau perkara itu jelas haram/halalnya contoh arak, babi, syirik dsbnya. alcohol dalam minyak wangi, samakah dengan arak? jadi kalau hati kita kuat mengatakan haram, janganlah terlibat tapi janganlah pulak membenci orang lain yang terlibat. serah kan pada allah, harap-harap akan diberi petunjuk.
      you2 recently posted..Entri Pertama Di Bulan DisemberMy Profile

  3. alasan yg dikemukan majlis fatwa mmg tidak tak kukuh dan menggambarkan depa x tau forex trading ni mcm mana

    1. para mufti mungkin di kalangan orang2 tua yang tak pernah main saham, tak pernah melabur dsb, tapi mereka itu punya asas ilmu yg mantap dalam bab muamalah.. dan fatwa ini bukanlah dilakukan di kedai2 kopi dengan meminta pendapat pelanggan2 kedai atau tokeynya.. jadi, tak perlu nak meremehkan para mufti disebabkan kita tak bersetuju dengan pendapat mereka ;)

      1. ustaz tak perlu le nak berdebat dgn mereka2 yg mmg kaki forex ni. sama je mcm smoker. mcm2 helah yg digunakn utk menghalalkn wpun fatwa dh kata haram pasal rokok.

        biasa le ustaz, mcm msykt arab jahiliyiah yg menentang Rasulullah, salah satu sbb mereka terpaksa tinggalkan benda2 yg mereka buat yg sgt disukai sprt riba, perempuan etc…

        jd utk golongan kaki forex ni pn sama jgk. dalam islam, bila sesuatu kata haram, ada halalnya..byk lg instrumen pelaburan yg halal. sistem forex pn sama jgk… yg mana prosesnya haram, tinggalkan..ikut proses yg halal…

        p/s mcm sembelih ayam, ada yg proses halal, ada yg proses jd haram…

        1. Bukanlah hajat Ustazz Love nak berdebat, cuma sekadar menjawab kritikan2 yg dilemparkan.. jika ada kesalahan, maka menjadi tanggungjawab Ustaz Love untuk membetulkannya ;)

  4. Saya rasa elok Uztaz Love kaji selidik lagi dengan lebih mendalam tentang forex trading ini. Bagi saya setakat 3 hari bergelumang dengan forex trading sangat tidak cukup untuk merumuskan tentang baik buruknya forex trading itu. Ada orang mengkaji forex sahaja berbulan-bulan dan ada yang bertahun, itulah orang kita kurang perihatin tentang research macam mana maju

    Saya juga ingin mengesyorkan kalaulah kerajaan asyik nak hentam forex trading sahaja adalah tidak adil, apakata berpakat dengan pakar pelaburan, tokoh ugama dengan pakar-pakar lain yang ada dan yang reliable dan cuba buat forex trading yang berlandaskan hukum syarak seperti insurans yang telah ditakafulkan dan bank yang telah diperban Islamkan. Seeloknya bank-bank kita sendiri membuka syarikat untuk forex trading melalui internet secara mengikut hukum syarak, kan lebih senang dan duit pun masuk tak gaduh duit kita pergi kenegara lain dah. Yang lebih seronok duit negara lain masuk kenegara kita.

    1. Macam Ustaz Love jelaskan, apa juga penyelidikan mahupun pembelajaran kita dalam apa juga bidang, kena disandarkan pada asas2 muamalah Islam. Jadi, sebelum nak main forex, kuasai dulu ilmu muamalah.. baru la tak tersilap mengkaji dan membuat rumusan.. apatah lagi bila melibatkan bab2 duit dan keuntungan ni, manusia akan mudah rambang mata.

      kaji punya kaji, tapi tiada asas muamalah.. itu yg dok hentam ulamak dan mufti tak pasal2 tu ;)

      1. Saya agak confius kenapa baru sekarang dikeluarkan fatwa ni sedangkan forex wujud jauh lebih lama sebelum fatwa rokok diharamkan. Dan saya percaya terlalu ramai pemain forex di Malaysia dan ramai juga yg melakukannya secara full time. Harap pihak berwajib dapat bentangkan dengan lebih jelas tentang fatwa ini supaya tidak menimbulkan lagi keraguan di kalangan pemain forex.

        1. hanya mereka2 yg terlibat secara langsung saja yg akan ragu2.. kenapa Ustaz Love tak ragu2? Sbb Ustaz Love tak terlibat dgn forex ;)

      2. sebenarnya..yg dipersoalkan adalah tentang gambaran perniagaan forex oleh majlis fatwa tidak sama seperti yg sebenarnya..mungkin pihak majlis fatwa telah disalah fahamkan oleh pihak tertentu..lebih2 lg pada 2004 dan 2005 majlis fatwa mengatakan HARUS..rujuk e-fatwa. Jadi adalah wajib kita mencari kebenaran bukan terus menuduh sesorang itu menolak fatwa atau jahil ilmu muamalah yg dibangga-banggakan..

        1. ini juga satu lagi spekulasi.. tiada masalah pada perubahan sesuatu fatwa kerana fatwa itu tidak bersifat tetap.. ia boleh berubah bila berubahnya illah sesuatu hukum.. sama seperti air mutlak yg asalnya suci, tetapi berubah menjadi mutanajjis, mustakmal, musyammas dsb disebabkan perubahan sifat pada air itu.

          jangan menganggap bahawa fatwa itu sesuatu yg boleh kita buang dalam tong sampah, mahupun sesuatu yg akan kekal sampai kiamat.. cuma, kita perlu memahami yg fatwa oleh para mufti adalah fatwa yang boleh diterima pakai disebabkan ia dibuat dengan syura di kalangan para mufti, dan bukannya pendapat peribadi.

          jika nak cari kebenaran, maka jangan prejudis dgn beranggapan para mufti adalah org yang tak tahu apa2 pasal ekonomi dan membuat keputusan hanya atas dasar mendengar cakap2 orang.. sbb itu Ustaz Love tekankan pasal menguasai asas muamalah itu.. bukan tujuan nak suruh berbangga, tapi nak suruh jangan jadi bodoh sombong. ;)

    2. btl tu…wujudkan trading platform yg mengikut hukum syarak…sejak dari dulu islam telah menguasai semua aspek ekonomi….org islam bakal kehilangan satu cabang ekonomi yang bakal dikuasai oleh org bukan islam..org bukan islam bakal mengusai perdagangan matawang di dunia..

      1. Assalamualaikum…
        baru 2 ke 3 hari lepas ada kawan tanya pada seorang ustaz tentang forex ( FOReign EXchange )masa gi ceramah…..ustaz tu kata HARUS…. ulamak dan mufti pun tak tahu dan tak kaji pasal forex dari sisi lain…ustaz pun kata mana diorang ada masa nak kaji bebenda forex ni….so jelas2 MFK di hidangkan dengan penerangan yg salah oleh org2 yg berkepentingan…..
        MFK dipengaruhi oleh BNM dan bankers2 yg ada kepentingan….kaji dulu….FATWA perlu diWARTAKAN kalau betul haram….kena ada hujah dan bukti yg kukuh juga…walaupun dah diterangkan dah ditunjukkan ada sistem dan broker yg menggunakan sistem islamic tetap2 juga BNM nak MFK WARTAKAN HARAM….haram hanya disisi undang2 malaysia jer bukan disisi agama islam….ada sebab kenapa forex boleh jadi haram dan harus….MFK ambil keputusan bedasarkan siapa dan kuasa….saya masih percaya MFK akan ubah pendapat dan akan mengkaji lebih mendalam tentang isu ini…..

        1. Waalaikumussalam..

          Jika diberi pilihan, maka Ustaz Love lebih tekankan untuk menerima pandangan para mufti sbb mereka itu lebih berautoriti.. berbanding cakap2 yang majhul (tidak diketahui sumbernya.. seorang anonymous yg menggunakan nick tertentu, mengatakan dia mendapat tahu drp kawannya, yg kawannya itu bertanya pada seorang ustaz.. ketiga2 watak ini dikira majhul kerana susah nak menentukan kebenaran sumbernya.. lain la jika diberitahu Ustaz sekian2 yg bagitau, mudah nak sahkan kebenaran cerita tersebut).

          Ustaz Love sebenarnya malas nak berbahas.. sbb bila orang dah suka sesuatu benda tu, cakap la apa pun, memang susah nak terima.. kebanyakan mereka yg menentang fatwa ini adalah mereka2 yg bergiat cergas dlm forex, sedangkan mereka yg tak terlibat dlm forex, takde masalah pun nak terima.. samalah juga dgn fatwa2 yang lain spt fatwa pengharaman yoga.. hanya mereka2 yg terlibat secara langsung je yg tak boleh nak terima dan cuba untuk mencari2 jalan untuk membuat spekulasi atas fatwa yg dikeluarkan.

          soal pewartaan, itu tugas majlis agama islam negeri2.. dah berbelas tahun fatwa rokok haram itu dikeluarkan, tapi hanya beberapa buah negeri sahaja yg mewartakannya.. jadi, warta atau tak diwartakan, bukan penentu kepada betul atau tak betul sesuatu hukum.

          jika saudara masih percaya yg forex itu harus dan halal, maka terpulanglah pada keyakinan saudara.. Ustaz Love sendiri tiada hak nak memaksa saudara menerima keputusan fatwa tersebut.. Ustaz Love hanya menyampaikan saja.. soal nak amal atau tak, itu terpulang pada individu itu sendiri ;)

      2. sbb itu Ustaz Love sarankan supaya belajar dulu asas muamalah Islam.. baru tahu sama ada aspek ekonomi yg nak dikuasai itu bertepatan dgn kehendak syarak atau tak.. ;)

  5. Assalamulaikum..

    Bismillahirrahmanirrahim….
    Ustaz.. saya ingin bertanya sekiranya perniagaan forex adalah haram mengikut majlis fatwa kerana dikatakan bahawa untung rugi yang tidak menentu.. Bagaimanakah mereka yang menjalankan perniagaan trading komoditi seperti emas, perak dan minyak..
    Jika diamati sistem yang digunakan adalah sama di mana individu akan menggunakan terminal untuk melaksanakan urusan jual atau beli pasaran berkenaan.. Ini disebabkan saya ada mendapat satu link daripada sahabat saya berkaitan perniagaan emas yang menggunakan konsep yang sama…
    http://gold.on9biz.info/profit/profit-3/..
    Diharap penjelasan lanjut dapat diberikan kerana saya adalah merupakan salah seorang forex trader dan saya tidak mahu menyangkal apa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kerana isu halal dan haram ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main…
    Sehubungan itu diharapkan Ustaz dapat memberikan pandangan adakah perniagaan komoditi ini tidak haram kerana ianya majlis fatwa hanya menyatakan bahawa perniagaan Forex adalah Haram da tidak kepada komoditi.. Sekian

      1. Assalamulaikum… ada tak jawapan kerana saya cuba untuk mengajukan soalan ini kepada majlis fatwa tetapi dari tarih berita forex haram dikeluarkan sehingga ke hari ini website tersebut langsung tak boleh dibuka untuk diajukan persoalan..mohon jasa baik ustaz

        1. Waalaikumussalam..

          Ustaz Love cadangkan, jika mahukan jawapan yang cepat, adalah lebih baik saudara telefon sendiri ke bahagian penyelidikan JAKIM yang mengendalikan urusan berkaitan fatwa ini. Ustaz Love perlu jawab soalan ikut queue ;)

    1. senang je nak faham, jika ada fatwa yang mengatakan haram dan ada fatwa mengatakan harus maka jadilah ia masalah khilafiah. apabila ia tergolong khilafiah maka siapa nak ikut yang kata haram ikutlah dan siapa nak ikut yang kata harus ikutlah. tak perlu gaduh2 Wallaahu A’a-lam.

      1. haramkan penjualan arak n rokok..bru haramkan forex..pantang tgok org senang ada ja nk mengharamkan itu ini.heran toi..kadang2 pndapat ulama bkn leh ikot sgt.yg pnting semua atas kita.klu ulama mghalalkan bnda yg haram mcm mna??jenuh la nk ikot…main la forex tu..mcm kita mlabur kan asb n lain la jgak.Allah yg tntukan itu haram atau tk..bkan depa..

        1. hebat ko…bercakap direct ngan Allah ke nak tanya bab halal haram? wakakaka

          tak yah ikut Nabi, tak yah ikut ulamak…ikut Allah je. cerr citer ngan aku, macam mana gaya ko ikut Allah tu? kuangkuang

        2. jgn ckp camtu bro.. kita ni x belaja agama dalam2 macam ulama2.. sbb tu kena ikut panduan yg diberikan…

          kalau ulama tu halalkn mend haram..itu dosa diorg la sbb da mengkhianati tanggungjawab yg diberikan…

          1. dalam menangani hal ini, sebenarnya memang ulamak berkhilaf (dah namanya fatwa, semua itu hasil ijtihad).. cuma, sikap kita itu yg perlu diperhalusi, agar dapat bertolak-ansur dan bersangka baik dengan pendapat yg kita tak nak pegang.. tak perlu sampai mencerca serta memfitnah alim ulamak ;)

      2. pilihlah pendapat yg terkuat dr sudut dalil dan hujjah, dan bukan terkuat dari sudut keinginan nafsu kita sendiri ;)

  6. kelakar ko ni ustaz.. forex orang tak main orang trade forex… ko trade takde ilmu tuh pasal sampai 3 hari tak mandi.. orang lain bertahun tahun study pasal forex .. ramai je yg kaya dgn forex ustaz.. mmg tak di akui la ramai jugak yg rugi,.. adat ler tuh dalam bisnes untung rugi.. aku rasa fatwa keluarkan fatwa forex haram lebih kurang pemerhatian dia mcm ustaz love jugak rasanya.. bukak demo, lepas tuh tgk pasaran 2-3 hari tanpa analisis dan akhirnya rugi. terus buat kesimpulan forex banyak buruk nya.. dan di jatuhkan haram.. kah kah..

      1. Nabi2 pun byk diberi tentangan ketika berdakwah…biasalah…

        terima kasih ustaz kerana kongsi…sekurang2nya ustaz sudah menjalankan tanggungjawab ustaz sbg org islam…

        moga2 ustaz bawak bersabar dgn komen2 hamba2 Allah di sini…

        1. alhamdulillah.. Ustaz Love tak terkesan pun dengan kritikan2 mereka itu.. ia sebenarnya menjadi pemangkin semangat kepada Ustaz Love untuk terus membongkarkan kesesatan forex ini. InsyaAllah, entry ini takkan berakhir di sini saja ;)

  7. Salam,

    Kesian kt ustaz kita ni dok kena hentam sorang2 bertubi2 dengan trader yang mngatakan mereka tu semua memang telah arif sgt dgn dunia equities/spot forex/ future/option/ commodities/spread betting dan byk lagi yang ditawarkan oleh broker2 forex yang dikatakan bertauliah tersebut. Tak pa lah ustaz mungkin kerana tempoh masa 3 hari itu mungkin tidak mencukupi untuk ustaz mengkaji dan menepis fakta yang mereka kemukan. Jika ada kelapangan saya akan cuba mengupas realiti fenomena sebenar dunia forex dimalaysia ini demi kebaikan semua pihak. Mungkin pengharaman dari pihak Majlis Fatwa telah menguris perasaan segelintir kelompok pedagang2 yang tidak paham erti ” Pengharaman” tersebut. Setelah mengkaji pembentangan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa saya merumuskan masih terdapat terdapat percangahan fakta yang masih boleh dipertikaikan, akan tetapi sya akur dan menyokong pengharam tersebut khusus bagi kelompok2 pedagang yang termasuk didalam kategori yang akan saya huraikan dari semasa kesemasa jika punya kelapangan.Untuk pengehtahuan Ustaz dan semua sahabat di luar sana saya adalah seorang remiser di salah satu syarikat sekuriti di Malaysia dan Juga pengurus dana bertauliah untuk pasaran forex dan berpengalaman lebih dari lebih dari 15 tahun di dalam bidang ini. Apa yang saya akan kongsikan disini mungkin akan keluar dari imaginasi yang kita semua sangkakan selama ini moga2 ianya dapat memberi sedikit penilaian secara rasional dan ilmiah agar lebih jelas tentang permasalahan ini. Bagi trader2 diluar sana dialu alukan untuk mengemukan soalan atau tajuk bagi kita huraikan sama2 disini.

    1. Salam Sitrader..

      Alhamdulillah, peluang spt ini sangat Ustaz Love tunggu2. Ustaz Love tak kisah pun kena hentam dgn trader2 tersebut, kerana mulut mereka, mereka punya suka nak kata apa pun.. cuma Ustaz Love harapkan agar dapat peluang untuk berinteraksi secara ilmiah dan fakta berkaitan forex ini, dan bukannya melalui sindiran dan serangan peribadi terhadap mana2 institusi agama. sbb para mufti adalah mereka yg ahli dalam bab hukum hakam agama, manakala para forex trader adalah mereka2 yg ahli dlm forex.. jadi, oleh kerana agama itu adalah asas kepada kehidupan, maka apa juga yg kita lakukan (termasuk berniaga, melabur, berforex dsb) perlu didasarkan kepada agama.. dan bukanlah hukum hakam agama itu yg nak kena ikut peraturan forex.

      Jadi, Ustaz Love mempersilakan dengan segala hormatnya agar saudara sitrader dapat berkongsi sesuatu.. mungkin Ustaz Love akan buatkan entry khusus hasil perbincangan di sini nanti ;)

  8. tanda2 akhir zaman dh semakin jelas… benda haram jd satu kebiasaan… semoga kita dihindari dr semua ini…

      1. Takkanlah ulama Indonesia yang memfatwakan harus bagi forex mengikut nafsu pula. siapa mahu ikut yang harus ikutlah dan yang mahu ikut yang mengatakan haram ikutlah, tak perlu nak berkeras dengan pegangan masing2.

  9. apa lah negara ni yg benda haram duit masuk dok diam yg tak masuk duit jadi haram… hangpa pikiaq sendiri!

    1. hukum agama tak berpandukan kepada amalan mahupun logik manusia.. ia berdasarkan dalil dan hujjah.. dan hujjah “haram sbb tak masuk duit kepada negara” itu adalah hujjah yang tak terpakai untuk disabitkan pada hukum agama ;)

      1. assalamualaikum ustaz saya ingin bertanyakan sesuatu benarkah forex itu haram….? disebabkan apa dia haram… adakah disebabkan pertukaran matawang…. sebanarnya ustaz forex merangkumi kesemua aset2 didunia…. yang diperdagang kan…. ustaz pergi membeli kasut itu pun forex…. ustaz pergi beli kereta itu pun forex….. cuma ustaz kena selidik lebih sedikit…. nak tahu apa itu forex bukan mudah ustaz…. forex cuma dari mata kasar ustaz nampak tukaran … tapi kami membeli matawang euro …. mengunakan dolar … bukan atas dasar semta2 uwang eur tetapi atas dasar economi… dalam penjualan market yang bergerak pada hari tu…. kaji dulu ustaz baru keluarkan fatwa…..

        1. saya hendak ustaz tengok di reture.com atau forexfactory.com atau searh di google.com 1.2 terillion diperdagangkan atas setiap hari ats sebab apa…. dan mengapa…?

          1. jika ia halal ….. yang boleh jadi haram kerana broker nyatakan berocker yang mana …. yang hram … dan berocker mana yang halal?

          1. ustaz love , trade demo lama skit, rasakan tang mana haramnya. 1) spot…. on the spot basis.. ada hadith tuuu
            2)takde spekulasi, trader sebenar takkan buat spekulasi
            3)leverage: Konsep leveraj yang disediakan oleh broker forex sebenarnya wujud dalam Islam. Islam
            tidak pernah mengharamkan sesuatu perkhidmatan yang tiada unsur penindasan (gharar)
            meskipun ianya disediakan oleh orang bukan Islam.
            Leveraj forex merupakan jaminan (pertolongan)sementara yang diberikan oleh broker
            forex. Ianya boleh dikatakan juga kontrak sementara antara pemain forex dan broker
            selagi pemain tersebut masih mempunyai ekuiti dalam akaun mereka. Pemain hanya
            boleh memegang kontrak berdasarkan ekuiti mereka sahaja dan mengikut yang mereka
            persetujui dengan broker mereka. Bagi akaun Islamik, broker forex tidak mengenakan
            atau memberikan apa-apa faedah atas jaminan mereka. Dengan jaminan mereka kita
            dapat memasuki pasaran matawang mengikut kemampuan kita.
            Broker forex adalah orang tengah antara bank-bank antarabangsa (institusi) dan pedagang
            kecil (retailer). Mereka membeli (qoute) dari institusi dan menjual balik (reqoute) kepada
            pedagang kecil. Biasanya jualan balik adalah munasabah antara 3-10 mata sahaja. Di sini
            lah mereka membuat keuntungan. Proses ini adalah dibenarkan oleh Islam. Ianya bukan
            riba
            4)kat mana haramnya, bank halal la plak., klu haram tetap haram , halal tetap halal , tak de 50-50. ini perkara agama kena serius, bukan bleh keluarkan fatwa ikut undang2 sendiri, keluar fatwa ikut agama islam. klu haram mesti semua haram. takde sana bleh , sini haram.

          2. soalan yg berulang2.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry lain ;)

  10. Salam,
    Saya tak faham , kenapa orang kita tak percayakan majlis fatwa nih, ironiknye berbahas dengan tidak ilmu menggunakan pengetahuan. yang heran nye dalam bab lain die dengar plak mcm bayar zakat fitrah menggunakan duit untuk gantikan beras. wahai kawan2 sekalian, kerajaan persekutuan dgn majlis fatwa adalah dua perkara yang berbeza. Tidak seperti dalil kot ‘i’, dalil zonni memerlukan ulamak untuk menentukannya seperti pengharaman rokok dll. Kawan2 saya yang hidup mewah dengan forex pun dah berhenti dan dgr pendapat majlis fatwa kita, tinggal yg baru2 ni je masih degil, maklum lah masih panas2 dgn forex. satu lagi jgn keliru, kita sedang bercakap tentang forex trading yg online ni, yg duit beli duit untuk buat duit, bukanya forex yg diharuskan seperti di money changger( duit kita mana laku kat luar bro, kene tukar dulu inilah kemaslahatanya) mana2 yg mane degil tu, Buatlah solat istikharah, jgn bercakap selagi tak buat solat istikharah, dan jgn nak memandai-mandai bermain hukum, kalau ade yang ikut, bro yg kene tanggung dosa secara multilevel gak, org invest pahala die invest dosa. ke mmg nak leverage kan dosa tu pada 1:500? dgn modal dosa yg kecil kita boleh janakan dosa yg besar, mcm tu?

    1. Salam azez..

      Manusia ni akan percaya apa yg dia nak percaya.. kadang2 bukti dah ada depan mata pun, tapi dia tak nak percaya, memang tak boleh nak buat apa.. cuma dalam bab ni, Ustaz Love suka membandingkan fatwa pengharaman forex dengan fatwa pengharaman rokok.. iaitu penerimaan yg sungguh berbeza.. walaupun seseorang itu masih merokok, tapi jarang kita dengar mereka mempertikaikan fatwa merokok itu haram (walaupun ada negara Islam yg memfatwakan makruh).. sangat berbeza dengan fatwa forex ini.. bukan setakat tak nak terima, bahkan sanggup menghina dan mengutuk alim ulamak seolah2 mereka lebih alim daripada ulamak..

      Berbeza pandangan tak salah, cuma jangan melampaui batas dalam berpandangan ;)

        1. kenapa dengan mereka? kalau bank mengamalkan riba, adakah itu menandakan riba juga halal untuk kita amalkan? ;)

          1. bank main forex untuk kesenangan kerajaan.kalau personal yang main akan merugikan kerajaan. sbb tulah keluar fatwa haram.kalau adil bank pun tak boleh main forex sbb haram macama mana tu ustaz

      1. teringat aku dalam satu drma, satu ungkapan ” adapun ulamak-ulamak itu ular dalam semak” hati hati , semua org percaya pada ulamak, ada ulamak palsu. ulamak palsu, dia punya fatwa bleh pakai ka? boleh kenal ka mana ulamak palsu , tapi ulamak malaysia tak palsu.

        1. bukan saja ulamak, azazil dah jadi imam malaikat pun , last sekali kantoi. ada akal fikir, jangan baham jaaaaa

          1. kalau ulamak yg berfatwa forex haram itu ada kemungkinan ulamak palsu, adakah ulamak yg berfatwa forex itu harus takde kemungkinan dia juga ulamak palsu? sape yg kantoi skrg? :D

  11. Salam ustaz..
    Saya nak tanya apa hukum nyer kalau gunakan halia yang diperam lama (ginger wine) yang digunakan sebagai treatment untuk kulit kepala.. Sah ke solat sebab ginger wine tu meresap dekat kulit kepala

    1. Salam Nurul..

      Ustaz Love tak pasti ginger wine itu boleh diminum atau tak.. jika ia boleh diminum dan memabukkan, maka ia termasuk kategori arak.. haram memakainya sebagai treatment kulit kepala dan tak sah solat jika tak dicuci sbb ia dikira najis.. kalau dah cuci bersih, sah solat sekalipun telah meresap ke dlm kulit.

      Jika ia memang dibuat untuk tujuan hair treatment dan bukan untuk diminum (sebagai fungsi sampingannya.. cthnya bukan mcm arak yg boleh digunakan untuk mencuci luka dan dalam masa yg sama boleh digunakan untuk diminum), maka ia tidak najis dan sah dibawa solat. sama kaedahnya mcm perfume beralkohol yang tidak boleh diminum tetapi boleh dipakai.

      WA

  12. saya pom nk btanya. kalo kita invest ..lepas 2 dpt income stiap bulan. .10%/bulan..income pasif..bleh ke dlm islam..

    1. boleh dengan syarat peratusan income itu bukan secara tetap drp jumlah modal kita.. contohnya kita invest RM50k, maka tiap2 bulan kita akan dapat income RM2k secara tetap. Hukum investment sebegini adalah haram. WA

  13. Saya bekas forex traders..dah 7 tahun memorex…berpuluh system dan teknik…beratus indicator…kursus dah banyak kali…berguru dah lebih dari satu..namun tiada satu pun memberi kesenangan dan ketenangan hidup buat saya…sifu sifu..banyak cakap lebih ..tapi akaun habuk pun takda…banyak angat geng yang kena tipu…ib tipu ..broker tipu…ada banyak cara penipuan dalam trading secara online..jika forex diharamkan rasanya memang padan dan sesuai sangat…demi kesejahteraan umat islam ..jauhkan dari perkara ini..sekarang hidup saya lebih tenang tanpa forex..

  14. assalamualaikum ustaz,

    Ramai ustaz mengatakan bahawa hukum melabur di dalam ASB tu adalah haram. Kenapa kerajaan masih meneruskannya dan pula memperkenalkan ASB2??

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site