I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Fitnah Semakin Berleluasa, Ustaz Menjadi Mangsa

Salam…

Ustaz Love membuat entry ini bukanlah atas kapasiti menyebelahi mana2 pihak, sebaliknya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat terhadap isu yang agak hangat diperkatakan, apabila seorang Ustaz dituduh berkhalwat dengan isteri orang (rasa macam skema je ayat.. layan je la.. kihkih).

Ustaz yang dimaksudkan adalah seorang yang sangat dihormati, yg mana alunan zikir munajat yang selalu kita dengar sangat menyentuh hati sehingga ke lubuk ikan yang paling dalam. Sangat menginsafkan bila mendengar alunan zikir daripada Ustaz ini. Namun, berita semalam sangat mencalar perasaan. Ustaz Love mengambil sikap tawaquf dan tidak ingin memberikan sebarang komen sebelum yang dituduh itu memberikan penjelasan. Alhamdulillah, akhirnya penjelasan yang ditunggu2 telah tiba.

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr Badrulamin Bahrom

sumber.

Ustaz Love agak terkilan apabila membaca di blog dan forum, terutama mereka2 yg memberikan komen2 yang mengutuk Ustaz Badrulamin sehingga ke tahap menuduh beliau berzina dengan isteri orang.

Bagi Ustaz Love, ini adalah ujian buat seorang pejuang agama. Setiap orang pasti akan diuji, sedangkan ujian pendakwah adalah lebih berat kerana mereka meneruskan kerja Nabi s.a.w. menyebarkan dakwah.. maka ujian yg mereka terima adalah seperti ujian para Nabi.

Jika kita menelusuri (bahasa entry ni agak berbunga sket.. kihkih) sirah para Nabi alaihimussalam, kita akan menjumpai kisah bagaimana Nabi Yusuf a.s. difitnah dengan seorang isteri pembesar, bahkan isteri Nabi s.a.w. sendiri (Aisyah r.anha) tak terlepas daripada fitnah sebegini. Kisahnya lebih kurang sama, Aisyah r.anha dibantu oleh seorang sahabat lain kerana tertinggal daripada rombongan, akhirnya sahabat itu difitnah oleh puak munafik diketuai oleh Abdullah bin Ubay bin Salul (kesannya lebih besar kepada Aisyah r.anha kerana beliau adalah isteri Nabi s.a.w.) sehingga Allah menurunkan ayat yg menyatakan kesucian Aisyah daripada perkara fitnah itu.

Bukanlah kita nak mengatakan bahawa para Ustaz dan alim ulamak itu maksum (terpelihara daripada dosa), sebaliknya sebagai seorang Muslim yang bersaudara dengan Muslim yang lain, kita kena mengambil sikap bertabayyun (melakukan siasatan) sebelum melakukan sebarang spekulasi apatah lagi yang boleh menjurus kepada fitnah.. tak kira la kepada Ustaz ke, orang awam ke.

Tetapi, kesan fitnah terhadap para Ustaz ini lebih teruk, kerana ia menghilangkan kepercayaan orang terhadap mereka sebagai pemegang amanah agama dalam menyampaikan risalah Nabi s.a.w.. orang akan memandang hina kepada ulamak, dan agama akan semakin jauh daripada masyarakat.

Kes ini juga boleh menjadi iktibar bagi kita agar berhati2 dalam setiap perbuatan dan tingkahlaku kita. Kita mungkin tak dapat nak membaca niat orang lain, tetapi kita boleh mengelakkan diri kita daripada terjebak dalam perkara2 yang boleh menimbulkan fitnah. Inilah yang disebut dalam pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.. jerat tak pernah melupakan pelanduk, tetapi pelanduk selalu terlupa akan jerat.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Ustaz Badrulamin dapat bersabar dengan ujian yang melanda. InsyaAllah, segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan bagi kita sebagai pemerhati, peliharalah lidah dan tangan kita daripada menyimbahkan petrol ke bara api. Serahkan saja pada pihak berkuasa, jika benar beliau bersalah, maka biarlah pihak berkuasa yg menjatuhkan hukuman.. selagi beliau tidak dibuktikan bersalah di mahkamah, maka selagi itulah beliau dianggap tidak bersalah.

Semoga Allah memelihara Ustaz Love dan kita semua daripada fitnah2 yang menjatuhkan maruah sebegini.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. salam..
    jika beliau benar Allah bersamanya..
    pengalaman dan pengajaran buat
    beliau..malam-malam jangan bersama
    isteri orang walau sesak bagaimanapun
    langkah terbaik nak selesai masalah
    rumahtangga orang.. lapor polis dulu..
    sebagai ahli politik beliau perlu peka
    dengan kemungkinan di fitnah…

    realiti saya cukup sedih dengan fenomena
    politik fitnah di negara kita terkini..

    1. susah juga nak memahami bila kita tiada dalam situasi yg dimaksudkan.. Ustaz Love selalu tgk filem Tamil, bagaimana hero selalu difitnah sbb nak buat kebaikan.. dalam hal ini, Ustaz Love lebih curious dgn wanita tersebut berbanding Ustaz Badrulamin.. sbb wanita itu yg datang ke hotel tempat penginapan, sedangkan jaraknya itu sangat jauh dgn tempat tinggalnya 😉

  2. saya sgt mengagumi ustaz badrul amin, dan aya amat yakin beliau di pihak yg benar. saya mendoakan agar Tuhan akan menunjukkan pihak yg benar..amiin

    politic is dirty..esp in Msia..

    1. salam nortek…

      banyak isu di sebalik perkara ini.. kadang2, kita tak mengetahui situasi mereka yg terlibat.. semuanya masih lagi dispekulasikan.. persoalan paling utama adalah, jika benar ditangkap khalwat, maka pasangan (bermaksud lelaki dan perempuan) itu yg akan ditangkap, dan bukannya tangkap sorang2 (sbb mana ada org berkhalwat sorang2). Tak kira la tangkapan dilakukan oleh penguatkuasa jabatan agama ke, atau ditangkap oleh orang lain kemudian penguatkuasa datang untuk melakukan tangkapan semula, kedua2 lelaki dan wanita itu akan dibawa ke jabatan agama untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan. Dan bukannya bawak yg lelaki, yg perempuan suruh balik rumah mak dia dulu 😉

      apa pun, kita tunggu saja hasil siasatan 😉

  3. salam ustaz , maaf klomen xikut topik lagi , boleh tolong terangkan maksud “jam” pada hadis di bawah?

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Jumaat, pahalanya serupa dengan berkorban dengan seekor unta gemuk dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya seakan-akan pahala berkorban seekor sapi dan yang pergi jam tiga, pahalanya seperti berkorban seekor domba dan yang pergi jam keempat, pahalanya seperti berkorban seekor ayam dan yang pergi pada jam lima, pahalanya seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-Malaikat untuk mendengarkan khutbah.
    (HR Muslim)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme