I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Alkisah Sejadah

Salam…

Entry ini bukanlah berkaitan dengan surah as-Sajdah. Ia berkaitan dengan sejadah, iaitu alas yang kita gunakan untuk solat. Sejadah ni bukannya wajib.. kalau solat tak pakai sejadah pun takde masalah.. berbeza dengan solat tak pakai seluar, tak sah solat sbb antara syarat sah solat adalah menutup aurat.. kalau solat pakai spender semata2 pun tak sah juga solat, walaupun spender juga adalah sejenis seluar (seluar dalam), kerana tidak menepati kaedah menutup aurat. Jauh bebenor melencongnya.. kihkih πŸ˜€

Apa yang hebatnya pada sejadah ini? Takde hebat apa pun berkaitan sejadah ni.. sama juga tak hebat apa pun kain pelikat atau telekung yang digunakan untuk solat.. sbb semua itu hanyalah material yang digunakan untuk menyempurnakan solat. Namun, ia seakan telah menjadi fenomena yang menggemparkan bila sejadah itu bersujud.

kredit : Sinar Harian

Ustaz Love takde niat nak memperlekehkan mereka2 yang tergamam dan tergempar dengan berita ini. Memang la agak mengejutkan bila dapat melihat sejadah dalam keadaan sujud, lagi terkenjut kalau sejadah tu ikut sekali bersolat secara berjemaah (ikut imam qiam, rukuk, sujud dsb).. mau berterabur jemaah melarikan diri ketakutan.. kihkih..

Dalam menangani keadaan seperti ini, kita kena mengambil sikap bersederhana.. jangan terlampau taksub atau takjub dengan perkara ini.. apatah lagi, berita ini dikhabarkan oleh budak. Kalau benar, takpe la.. macam mana kalau tak benar?

Bukti kekuasaan Allah bukanlah pada sejadah yg bersujud.. kenapa nak highlight perkara ini, sedangkan Allah dah nyatakan bahawa pada diri kita sendiri menunjukkan bukti kekuasaan Allah? Patutnya kita melihat diri kita, betapa hebatnya Allah menciptakan diri kita.. bagaimana angin yg keluar dari badan, ada yg berbau busuk, ada yg berbau makanan.. bagaimana kat ketiak ada bulu, tapi di pelipat kaki takde plak bulu.. bagaimana otak berada dalam tempurung kepala dan tak berada di tempurung lutut.. dan banyak lagi boleh difikirkan untuk menambahkan keyakinan kita terhadap Allah.. Bukanlah dengan takjub dengan berita2 yang dikatakan ‘ajaib’ ini.

Manusia memang sukakan keajaiban.. Sebab itu watak pari2, jin super power, puteri bunian, nenek kebayan dsb mendapat tempat dalam masyarakat kita. Itu belum masuk bab2 makhluk halus lagi.. jadi, berita2 ajaib spt sejadah sujud, sejadah terbang dsb memang akan mendapat perhatian masyarakat. Namun, sebenarnya yg lebih ajaib drp itu adalah betapa banyaknya sejadah di sebuah masjid, tak semua digunakan oleh jemaah (sejadah lagi banyak daripada ahli jemaah solat). Perkara ini yang patut diberikan perhatian yg lebih.. soal sejadah tu sujud ke, rukuk ke dsb takde kaitan pun dengan soal dosa pahala mahupun syurga neraka, sbb yang bertanggungjawab untuk beribadah bukanlah sejadah, tetapi manusia.

Pada pandangan Ustaz Love, isu2 sebegini tak perlu diberikan liputan meluas dalam masyarakat.. sbb agama ini bukan diasaskan dengan benda2 ajaib, sebaliknya dengan dalil dan nas yg jelas. Sama ada sejadah itu terbentang atau terlungkup sekalipun, ia tidak boleh dijadikan hujjah agama.

Sejadah sedang diberi tazkirah (ini lawak je.. kihkih :D).. sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. bila ada kejadian seumpama ini, satu jer dlm fikiran saya…
    peringatan dr Allah swt barangkali,dunia akhir zaman ramai umat manusia yg lalai..termasuk la diri sendiri ni,selalu terlalai dgn hal duniawi πŸ™

    1. memang tak patut pun.. tak kira la nak kaitkan dgn amaran Allah ke, nak kaitkan soal petunjuk ke dsb.. sbb kehebatan Allah itu pada mencipta benda2 hidup dan benda2 yg tak mampu dicipta oleh manusa, sedangkan sejadah itu adalah ciptaan manusia.. seekor lalat pun manusia tak mampu nak cipta.. itu baru la betul kalau nak sebut subhanallah.. bukannya pada sejadah yg boleh dilipat2 mcm kat atas tu πŸ˜€

      p/s: tak semestinya yang berjanggut itu Ustaz, tapi Ustaz Love memang berjanggut.. kihkih πŸ˜€

        1. hanya Allah dan mereka yg terlibat saja yang tahu kebenaran atau penipuan berita sejadah ini πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme