I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ustaz Azhar Idrus : Suatu Fenomena

Salam…

Dalam sejarah artis, seingat Ustaz Love ada beberapa fenomena yg melanda umat sedunia khususnya rakyat Malaysia.. fenomena artis ini menyebabkan orang ramai nak meniru gaya artis tersebut.. antara artis yg telah mencetuskan fenomena di kalangan peminat adalah P. Ramlee, A.R. Badul, Michael Jackson, Wardina, Mawi dan banyak lagi. Waktu zaman P. Ramlee, apa saja yg dipakai dan digayakan olehnya menjadi ikutan masyarakat ketika itu.. Begitu juga fenomena lawak Badul yang menampilkan lawak2 spontan dan loyar buruk (Ustaz Love antara yg meminati lakonan A.R. Badul melalui filem2Β  Badul spt Prebet Badul, Panglima Badul, Darah Satria dsb).

Begitu juga bila fenomena artis realiti melanda masyarakat.. semua orang nak jadi macam Mawi.. sehinggakan ada satu lagu yg dicipta khas (nyanyian Bandi Amuk) bertajuk Tsumawi (Tsunami + Mawi) yang menggambarkan betapa kehadiran Mawi telah menjadi suatu fenomena terhadap masyarakat.

Pada pengamatan Ustaz Love, sebelum ini, belum ada lagi di kalangan para Ustaz / Ustazah (atau ringkasnya ahli agama) yang menjadi fenomena kepada masyarakat khususnya golongan muda (bukan kaum muda aka salafi). Zaman kecik2 dulu, Ustaz Love minat jugak ceramah Dato’ Dr. Haron Din, Dato’ Ismail Kamus, Pak Yazid, Ustaz Shamshuri Arshad dsb.. tetapi para ustaz ini cuma ada kelompok tertentu saja yg menyukai ceramah mereka..

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus yang tak pernah pun keluar TV hatta siaran berita sekalipun (seingat Ustaz Love), telah mencetuskan satu fenomena baru di kalangan masyarakat mengalahkan populariti ustaz dan ustazah otai yang telah lama ‘bermain’ di arus perdana. Ustaz Love pun kenal Ustaz Azhar melalui member yang banyak download video youtube.. sekali tengok video Ustaz Azhar, memang terus tertarik hati dengan auranya penyampaiannya.

Penyampaiannya sangat santai.. Ustaz Love juga sukakan ceramah Ustaz Dr. Asri yang padat dengan ilmu, kuliah Ustaz Zul Ramli, Ustaz Zahazan dsb, tetapi kuliah Ustaz Azhar ini sangat menarik apabila bermulanya sesi soal jawab. Masa sesi baca kitab, macam biasa2 je.

Ustaz Love teringat jaman kecik2 dulu.. Ramai orang datang surau dan masjid untuk mendengar pengajian daripada ustaz, bukan semata2 nak dengar pengajian kitab, sebaliknya sesi soal jawab yang akan berlangsung selepas selesai sesi syarahan kitab. Kebiasaannya soalan2 akan dibuka berkaitan dengan topik perbincangan (sbb lebih memudahkan Ustaz menjawabnya). Ada juga soalan yang terkeluar dari topik, sama ada dijawab dalam majlis itu juga, atau ditangguhkan ke kuliah akan datang. Jadi, ini menyebabkan orang tertanya2 dan mempunyai keinginan untuk mengetahui jawapan kepada persoalan itu. Jadi, kuliah minggu akan datang pun akan penuh dengan jemaah yg nak mengetahui jawapan kepada soalan itu.

Berbeza dengan kuliah zaman sekarang, kebanyakannya adalah kuliah umum.. kalau yang semangat2 ni, biasanya ada masuk bab politik.. merah2 muka penceramah semata2 nak kata orang tu kafir, orang ni fasiq dsb. Kalau kuliah kitab sekalipun, biasanya sepenuh masa untuk bagi syarahan kitab.. sehingga menyebabkan orang awam jadi tersiksa jiwa raga menunggu habisnya kuliah (sbb tak faham satu hal.. boring satu hal.. kihkih) sedangkan penceramah dok syok sendiri.. buat lawak gelak sendiri.. kihkih..

Amat jarang kuliah2 pada masa kini yg membuka ruang kepada ahli jemaah untuk bertanyakan soalan.. sama ada kuliah umum atau kuliah khusus (syarahan kitab dsb). Hanya penceramah saja yg bercakap, jemaah pulak terangguk2 sambil memejamkan mata.. kemudian habis dengan doa dan penceramah menjadi imam solat dan ada program makan2. Masa tu baru jemaah ada peluang nak tanya dekat Ustaz, itu pun terpaksa tengok2 dulu takut2 mengganggu Ustaz nak makan, atau mungkin Ustaz nak cepat sbb ada program lain.

Sebab itu, bila Ustaz Azhar muncul di youtube (hasil usaha team rakaman kuliah beliau), maka nama Ustaz Azhar Idrus meniti dari bibir ke bibir. Bukan takde Ustaz lain yang muncul di youtube, tapi Ustaz Azhar membawa pendekatan yang berbeza. Sebelum ni, bila sebut je nama Ustaz, akan terbayang la janggut panjang, muka serius, takde sense of homour, muka nak makan orang (begitulah gambaran Ustaz Love terhadap Ustaz2 masa kecik2 dulu). Ustaz Azhar, walaupun beliau juga mempunyai janggut yang panjang dan bukanlah di kalangan orang muda remaja, tetapi gaya penyampaian beliau mampu diterima oleh semua peringkat umur, baik orang tua mahupun orang muda.

Beliau selalu mengadakan sesi soal jawab selepas sesi syarahan kitab. Ada orang kata, Ustaz Azhar ni semua benda dia boleh jawab, takde yg tak boleh jawab, sedangkan Imam Malik rahimahullah pun ada cakap ‘tak tahu’ pada orang yg bertanyakan soalan (dengan nada perli dan jaki).. tapi bagi Ustaz Love, itu menunjukkan keluasan ilmu yg dimiliki oleh Ustaz Azhar. Bukan semua Ustaz mampu untuk menjawab soalan secara spontan. Bukan sebab tak pernah belajar, tapi ingatan tu tak berapa kuat.. berbanding dengan Ustaz Azhar, ingatan beliau sangat kuat sehingga mampu menjawab segala persoalan dengan spontan.

Beliau memberikan jawapan yg sesuai untuk masyarakat awam (yg kebanyakannya nak tahu pasal hukum sah tak sah, halal haram dsb.. berbanding nak mengetahuinya dengan lebih mendalam berkaitan dalil, perbahasan khilaf mazhab dsb). Masyarakat awam yang kurang asas ilmu, memerlukan jawapan yg sesuai dengan tahap pemikiran mereka.. bukannya jawapan panjang lebar, sehinggakan mereka terpaksa bertanya lagi walaupun jawapan dah diberi.

Satu lagi kelebihan Ustaz Azhar ini adalah kemampuan beliau untuk berlawak secara spontan. Beliau tak memerlukan lawak2 double-meaning, lucah, membodohkan diri dsb untuk membuat orang terhibur, sebaliknya secara spontan daripada soalan yang beliau sedang jawab. Tak semua Ustaz ada kemampuan seperti ini, even telah mencuba bersungguh2 nak buatkan jemaah ketawa, jemaah senyum pun tak. Walaupun ketawa itu bukanlah matlamat ceramah, tetapi ceramah yg mempunyai variasi dari sudut penyampaiannya memang menarik perhatian orang.

Maka, tak hairanlah walaupun malam tahun baru, ada orang2 muda yang lebih rela memakai kopiah dan menghadiri program bersama Ustaz Azhar, daripada menghadiri program sambutan anjuran pihak lain. Fenomena terbaru ini dah tentunya menyebabkan adanya mereka2 yang tak berpuas hati. Lalu dibuatkan fitnah dan adu-domba dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Azhar.

Dari satu sudut, ia merupakan suatu penghinaan terhadap ulamak.. dari sudut yang lain pula, ia memberi gambaran yang jelas bahawa untuk melakukan dakwah ini, memang akan diuji sebagaimana ujian yg diberikan kepada para pendakwah (Nabi2 dan para sahabat). Sebab tu tak ramai yang sudi berdakwah.. lebih selesa beribadah sendiri2 daripada mengajak orang lain untuk sama2 melakukan kebaikan.. sbb tak sanggup menghadapi ujian dakwah ni.

Apa pun, Ustaz Love harapkan agar kita semua menyokong kebaikan yang dibawa oleh alim ulamak. Jangan menjadikan mereka musuh, sebaliknya bersahabatlah dengan mereka. Agar kita dapat mempelajari akhlak dan amalan mereka. Sekalipun kita tak jadi penumpang yang duduk dalam keretapi yang dipandu alim ulamak, sekadar menjadi debu yg melekat di pintu keretapi itu pun, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yg sama yg dituju oleh kepala keretapi yg dipandu alim ulamak.

Tetapi janganlah sampai terlalu taksub dan bertaqlid membuta tuli.. sehinggakan tidak boleh nak menerima pandangan yg berbeza daripada apa yg Ustaz Azhar sampaikan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tak rugi belajar ilmu daripada ramai Ustaz.. insyaAllah, pengetahuan kita akan semakin luas dan bertambah, dan dapat beramal dengan lebih yakin dan tenang.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

Add a Comment
  1. Salam ustaz….

    Betul tu ustaz, kite suka dgar ust azhar ni, tgk utube… Pastu terkekeh2… Mmg sempoi ceramah dia….hehehehe

    1. Salam melati..

      begitulah kelebihan yg Allah kurniakan kepada beliau.. dikenali walaupun tak pernah masuk TV πŸ˜€

  2. tahniah ustaz love sebab buat entry nie.mmg btol sngt2. cara penyampaian ustaz azhar memang senang buat anak muda sekarang ini tertarik dengan dakwah islamiah. btol kata doktor love.. bila ada yg berjaya nie,mmg akan ada orang yg dengki. tp sama2 kita doakan dia jd baik balik. amin.

    1. orang jahat ke, orang baik ke, sentiasa ada orang yg tak suka.. orang yg hatinya baik, akan benci melihat perlakuan jahat.. begitu juga dengan orang yg hatinya jahat, akan benci melihat perlakuan baik..

      bila orang dah buat baik, tapi hati kita membencinya, maka nilailah siapa yg jahat sebenarnya πŸ˜‰

  3. salam.
    Alhamdulillah.rmaja2 smkin berminat utk mgikuti prgram ilmu.,pndekatan yg d buat ustaz Azhar begitu sesuai dgn jiwa remaja..cara ustaz love berdakwah pun ckup mnarik:)

    1. salam cik senyum..

      begitulah gayanya.. namun, ada juga yg tak suka pendekatan Ustaz Azhar.. apa pun, yg penting kita kena saling berlapang dada.. dan jangan terlalu taksub dengan satu2 pandangan atau Ustaz..

      Ustaz Love ni mengarut je banyak πŸ˜‰

      1. kakjem stuju btul klau UL nk tulis novel,sbb kakjem rasa jln citer UL mmg dh ada…..”apa mcm?”…mna lah tau novel tu nnti leh jd top…(kita x tau rezeki yg Allah nk bg…)hihihi

        1. jalan cerita macam2 ada.. cuma tak tau nak mulakan dari mana.. kakjem doakan la semoga Allah mudahkan πŸ˜€

          1. tergelak kakjem d buatnya..ialahh…asyik nk suh org lain je yg tlg doakan…..”jgn lupa UL…diri sendiri pun kena doa lebih2 jugak..”hehhehe…:)

          2. sendiri pun kena doa.. dan meminta orang lain tolong doakan pun kena juga.. bila semua orang saling doa mendoakan, insyaAllah, rahmat akan tersebar ke seluruh alam πŸ˜‰

  4. Salam Ustaz Love
    Najah pun suka ceramah Ustaz Azhar Idrus..Jawapannya xberatkan kepala nak terima..means org yg kurang ilmu pun boleh JELAS n FAHAM..
    cth masa malam tahun baru tu..Ustaz jawab soalan: xwajib pakai tudung..tapi wajib tutup Aurat..klu serkup ngan baldi pun boleh..buat lubang bg nampak mate je..hehe
    skrng ni pown rmi keliru..mereka lbh mementingkan pemakaian tudung drpd menutup aurat..YA,ramai yg bertudung..tp mereka masih blom sempurna menutup aurat dengan berlengan pendek & berbaju ketat menampakkan bentuk tubuh badan..#

    1. Salam najah…

      Beza antara ustaz dan orang awam dalam memberi hukum :

      ustaz : beri faham asas dan usul sesuatu hukum

      org awam : beri hukum walaupun tak faham asas dan usul hukum.

      πŸ˜‰

  5. suka sgt2 UAI, Ustaz Love dan Ustaz Kazim..huhu

    sng phm, x boring, menghiburkan jugak πŸ™‚ dan yg plg penting menginsafkan diri saya..

    Alhamdulillah semakin suka agama dgn adanya ustaz2 yg disebut di atas..huhu

    1. aikk.. Ustaz Love pun masuk? tak sesuai la Ustaz Love diletakkan sebaris dengan Ustaz Azhar dan Ustaz Kazem.. Ustaz Love ni masih banyak lagi nak kena belajar πŸ˜‰

      1. Pengorbanan Ustaz Azhar yg dapat menarik semua golongan terutama golongan muda sungguh mengkagumkan. Berbeza guru agama lain yg agak statik. Ustaz Azhar yg mempunyai kreativiti yg tinggi dlm pendekatan cara ceramah terkini dan kemahirannya dlm music, fotographi dan it membuatkannya senang mendekati org muda. Yg paling aku terharu sekali kembalinya remaja lepak, rempi ke arah agama Allah menunujukkan betapa sayangnya Ustaz ini kpd golongan yg masih hanyut! Semoga Allah terus memberkati beliau.Aminn

        1. Kita tengok Ustaz Azhar, kita rasa seronok, terhibur dsb.. bayangkan kalau kita yg jadi Ustaz Azhar.. betapa ruang masa bersama keluarga, waktu rehat dan banyak lagi terpaksa dikorbankan demi memenuhi tuntutan dakwah.. betapa besarnya pengorbanan Ustaz Azhar, besar juga pengorbanan keluarganya yg terpaksa berkorban demi melicinkan perjalanan dakwah Ustaz Azhar.. sebab itulah kita kena hargai alim ulamak, bukan semata2 sebab mereka berilmu, sebaliknya pengorbanan mereka itu yg belum tentu kita sendiri mampu untuk menanggungnya πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme