I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ulasan Khatib Khutbah Jumaat

Salam…

Hari ni lama jugak dengar khutbah Jumaat.. 2.15pm baru habis khutbah.. Ini antara khutbah Jumaat paling lama dan paling mengancam jiwa yang pernah Ustaz Love dengar. Rasanya khutbah tu disampaikan oleh khatib jemputan, sebab nampak gaya macam orang yang tengah keluar berdakwah (jemaah tabligh).

Permulaannya agak slow dengan batuk2 ala Dato’ Seri.. suara khatib pun serak2 basah.. tapi makin lama makin bersemangat sehingga semangatnya meresap masuk ke dalam dada Ustaz Love nan syahdu ini. Memandangkan tak berapa lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul, maka tema khutbah itu juga berkaitan Rasulullah sebagai contoh ikutan (bukan tokoh seks suci okeh).

Walaupun khatib memberi khutbah tanpa membaca teks, namun susunan ayatnya begitu teratur (Ustaz Love suspek beliau bukan Ustaz sbb ada beberapa kali beliau tersalah menyebut ayat al-Quran dan hadis.. tapi bukan itu yg Ustaz Love nak fokuskan). Terasa meremang bulu dada ini mendengarkan khutbah yang begitu bersemangat sekali, dengan susunan ayat yang teratur dan maksud yang sampai tepat kepada pendengar.

Khatib yang berkhutbah itu bukanlah orang muda, dan bukanlah orang tua sangat.. tapi mungkin disebabkan beliau tawajjuh (fokus) terhadap khutbah yang nak disampaikan, menyebabkan ia nampak teratur. Bermula dengan kisah Nabi s.a.w. dan para sahabat, masuk kepada isu Yahudi, Kristianisasi, Liberalism, Syiah dan segala manhaj2 yang berkaitan akidah yang menunjukkan kefahaman beliau yang tinggi dalam persoalan manhaj tersebut. Biasanya, orang yg faham sesuatu perkara itu akan menyampaikan kefahaman itu kepada orang lain, dan orang yg mendengarnya juga akan turut faham. Kalau kita sendiri tak faham apa yg nak disampaikan, macam mana kita nak bagi faham kepada para pendengar, ye tak?

Sebab itu para khatib yang bersedia dengan khutbahnya (tak kira la khutbah dengan teks atau tanpa teks), akan nampak persediaannya itu.. dan para jemaah juga akan puas mendengar khutbah yang disampaikan.. berbanding kalau khatib tak bersedia menyampaikan khutbah (tak sempat nak semak teks dsb) sehingga penyampaian jadi terganggu.. apatah lagi teks khutbah ditulis dalam tulisan jawi, yang boleh tersilap sebut sekiranya tak memahami konteks ayat. Itu belum masuk dengan ayat al-Quran yang tersilap baris, hadis yang tersilap riwayat, bacaan khatib tak sama dengan khutbah multimedia yang dipancarkan di dinding dsb.

Jangan ingat mudah2 je nak naik minbar dan terus boleh baca khutbah.. 1st time Ustaz Love baca khutbah Jumaat 10 tahun nan lalu, menggeletar habis kepala lutut dan kepala otak ni.. mujur getaran suara masa baca khutbah tak kedengaran disebabkan telah dialihkan ke kepala lutut. Tapi lepas2 tu ok dah, cuma mula2 tu je.

Ada juga member2 Ustaz Love yang setiap kali nak naik mimbar baca khutbah, setiap kali itulah rasa berdebar2 dan rasa nak pitam.. bahkan ada juga member yg jadi imam dah bertahun2, tapi masih tak berani nak naik mimbar baca khutbah.

Itulah antara cabaran khatib dalam membaca khutbah ini (itu belum masuk bab jemaah komplen lepas khutbah pasal bacaan tak betul ke dsb).. Jadi, Ustaz Love sangat respek pada khatib terutama yang berkhutbah tanpa membaca teks, sebab bukan senang nak berkhutbah.. lebih mudah nak menyampaikan kuliah atau ceramah, berbanding menyampaikan khutbah. Jadi, kalau tersilap sikit2 tu, pejam mata je la.. fokuskan pada isi khutbah tersebut yang tentunya memberi banyak manfaat sekiranya kita dapat fokus tanpa memejamkan mata (tido).

Alhamdulillah, Ustaz Love bersyukur kepada Allah kerana dapat mendengar khutbah yang sungguh bermanfaat pada hari Jumaat yang mulia ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. bukan.. kat surau jumaat je (kalau masjid besar, mana boleh simply2 bagi orang lain baca khutbah) πŸ˜€

    1. mungkin sebab audience yang terlalu ramai.. kalau kuliah maghrib ke, boleh lagi alihkan pandangan kat dinding dan tiang masjid (sbb jemaah yg dengar kuliah pun tak berapa ramai) πŸ˜€

    1. ia memerlukan bakat, tapi bakat itu boleh diasah.. kalau bercerita pasal bola boleh tak berhenti dengan idea mencurah2, maka cerita agama juga sama kisahnya.. yg penting ada minat dan pengetahuan πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme