I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tips Bangun Tahajjud

Salam…

Ustaz Love nak sambung sikit daripada entry solat tahajjud sebelum ni.. takut kalau biar lama2, tak ingat plak nak buat.. Ustaz Love nak berkongsi serba sedikit tips untuk bangun tahajjud. Walaupun kadang2 kita selalu terbangun akibat terkejut (sbb mimpi ke, bunyi bising ke dsb), tapi bangun terkejut belum tentu lagi menjamin kita dapat melakukan tahajjud.. kihkih..

Bila kita dengar kehebatan tahajjud dan kehebatan mereka2 yang menjaga tahajjud ini, kita pun terasa nak melakukan solat tahajjud. Tapi disebabkan kita tak mengikuti tips2 yang betul, solat tahajjud dan qiamullail telah mendatangkan fitnah pula kepada kita kerana prestasi kerja / pelajaran kita merosot disebabkan tidur terganggu. Maka, amat penting untuk melakukan persediaan sebelum menunaikan solat tahajjud. Walaupun solat tahajjud itu sunat, tetapi ganjarannya memang besar.. dan untuk melakukan perkara yg besar, persediaan juga kena dilakukan dengan teliti.

1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor

Qailulah ini bukanlah sejenis makanan mahupun minuman, sebaliknya ia adalah sejenis perbuatan yg dinamakan tido sebentar (quick nap) sebelum Zohor. Contohnya waktu Zohor masuk pada pukul 1.15 pm, maka rehat untuk makan tengahari lebih kurang pukul 1.00 pm itu boleh digunakan untuk qailulah. Kalau nak makan, maka makan la lepas Zohor.. takyah berebut2 lelaki pompuan nak beli makan kat kafe. Kelebihan qailulah ini dapat memberi sedikit kerehatan kepada badan sbb dah beberapa jam duduk bekerja / belajar. Bila badan cukup rehat, maka mudah nak berjaga dan bukan asyik nak terlelap je mata. Bila cukup rehat, lepak kat katil pun tak terasa nak tido.. tapi kalau badan dah penat, tengah berdiri dalam bas pun boleh berdengkur.. kihkih

2. Tidur Awal

Konsepnya mudah.. kalau nak bangun awal, maka tidolah awal.. tapi banyak juga yg menyalahi konsep.. iaitu tido awal, tapi bangun lewat jugak. Namun, kebiasaannya, kalau kita tido awal, maka kita akan bangun awal dalam keadaan puas hati. Kalau tido lewat, biasanya kita akan bangun lewat dalam keadaan badan lesu. Kalau tido lewat, tapi bangun awal, kejap2 mata nak terpejam (ini biasa berlaku kat student.. jadi burung hantu malam2 layan FB, lepas tu tido dalam kuliah.. bila lecturer tanya kenapa mengantuk, boleh plak dia kata sbb bangun tahajjud.. kihkih). Tidurlah seawal mungkin iaitu selepas selesai solat Isyak. Makruh sebenarnya bercakap2 perkara lagha selepas Isyak.. sbb lepas Isyak itu adalah waktu untuk berehat (dan bukannya waktu untuk ziarah ke, gi makan kat mamak ke dsb). Bayangkan, kalau kita tido pukul 9 malam (dah tentu ada orang tegur dah buang tebiat ke.. kihkih), kita biasanya akan terbangun pada pukul 3 pagi (sbb tido yg cukup paling kurang 6 jam). Jadi, kita pun akan bangun dengan gembira ria untuk menunaikan solat tahajjud, kemudian beberapa jenis solat sunat lagi, baca al-Quran, zikir dsb.. kemudian boleh sambung study dalam sejam dua sementara masuk waktu Subuh. Hidup akan jadi lebih berdisiplin dan teratur.

3. Niat Nak Bangun Tahajjud

Pengalaman Ustaz Love sendiri, kalau sebelum tido kita dah niat nak bangun tahajjud pada sekian2 waktu, maka kita akan terbangun (mcm dikejutkan) pada waktu yg kita nak bangun tu. Ustaz Love pun tak pasti ada kaitan dengan saka ke tak (kihkih), tapi bila kita dah berazam, kemudian bertawakkal kepada Allah, insyaAllah, Allah akan memakbulkan azam kita itu.

4. Kunci Jam Loceng

Kita jangan berharap kosong saja (harap nak bangun.. tapi takde apa2 ikhtiar). Salah satu ikhtiar adalah dengan mengunci jam loceng. Bagi mereka2 yg duduk hostel (sebilik dengan kawan) sebaik2nya dapatkan dulu persetujuan roommate untuk kunci jam.. agar bunyi jam tu tak mengganggu tido beliau. Jangan pulak kita pandai2 nak bagi dia terkejut kononnya nak suruh dia bangun tahajjud jugak. Kita yang nak bangun tahajjud, kenapa kita nak susahkan orang lain pulak? Kena jaga2 bab ni.. jangan sampai disebabkan perbuatan kita, orang jadi menyampah nak amal agama. Kalau member tak setuju kunci jam (atau nampak mcm dia keberatan), maka kunci la henset.. tapi buat mode vibrate (getar).. simpan dalam poket seluar.. biar kita sorang je yg bergetar bila dah tiba waktunya..

5. Amalkan Adab Tidur

Antara adab tidur yang patut kita amalkan adalah tido dalam keadaan berwudhuk. Sebelum tido, luangkan masa membaca al-Quran sekurang2nya baca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk. Kemudian membaca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x. Kemudian membaca 3 Qul (al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) lalu ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan. Kemudian tidur mengiring rusuk kanan ke bawah. InsyaAllah, mudah je nak bangun berbanding kalau tido terlentang.. silap2 cicak pun boleh masuk dalam mulut yang ternganga.. kihkih..

6. Tutup Mata

Memang la kan.. mana ada orang tido bukak mata.. sang kancil je yg tido mata terbuka ni (sang kancil bukanlah sejenis orang.. kihkih). Maksud Ustaz Love, boleh guna spek mata kain yg besar tu (biasa ada dalam kit penerbangan).. supaya mata kita tak terganggu dengan silau lampu ke (kalau tiba2 member bukak lampu). Sebab tido yang terganggu (kejap2 terjaga) boleh menyebabkan keletihan pada badan dan mata akan jadi mengantuk (walaupun dah tido 6 jam). Jadi, sebaiknya elakkan gangguan pada mata dan telinga (elakkan tido sambil mendengar mp3) dan dapatkan tido yang berkualiti.

7. Pesan Kat Member Suruh Kejut

Yang ni antara kaedah yang paling berkesan.. nak lagi sadis, boleh pesan kat member, kalau nampak mcm liat je nak bangun, amik spray air, spray je kat muka.. kihkih..

Bagi yang baru berjinak2 nak solat tahajjud, buatlah slow2.. seminggu sekali ke dulu, kemudian naik sikit jadi seminggu dua kali.. sampai la boleh istiqamah tiap2 hari.. kalau kita tak biasa buat, lepas tu buat kerap2, nanti akan menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan (sbb tubuh manusia perlukan penyesuaian). Even orang yang nak berhenti hisap rokok pun kena slow2.. kalau tak nanti akan mendatangkan mudarat kepada tubuhnya lebih cepat sekiranya dia berhenti merokok serta-merta.

Sebab itu, bagi yang dah istiqamah solat tahajjud, maka hukumnya makruh jika meninggalkan solat tahajjud itu.. manakala makruh juga bagi yang tidak biasa bangun malam untuk solat tahajjud, melakukannya secara istiqamah setiap hari.. kerana ia akan mengganggu kesihatan tubuh badan.

Macam yang Ustaz Love pesan sebelum ni, jangan lupa doakan Ustaz Love okeh? Macihh.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
    1. alhamdulillah.. semuanya bermula dengan niat.. insyaAllah, niat yg baik pun akan mendapat pahala 😉

  1. tq ustaz bg tips2 ni..tak lupa ustaz dlm doa..kihkih (tiru gelak)

    lagi satu ustaz..tips susun atur solat bila bgun tahajud..
    mula2 buat solat taubat, pastu solat tahajud, solat hajat dan last solat sunat istikharah..(semua 2 rakaat je)

    tp skrg sy berjinak2 nak buat solat witir..boleh tak sy kurangkan 4 solat sunat di atas? hukum makruh jugak ke sbb dah istiqamah mcm tu

    1. dalam ibadah ni, kita ikut keutamaan.. dalam ibadah sunat juga, ada ibadah yg lebih utama berbanding yg lain (dikira berdasarkan kelebihan, ganjaran dsb yg dinyatakan dalam al-Quran dan hadis). kalau ikut ranking, maka solat tahajjud yg pertama sekali diikuti dengan witir, solat istikharah (ini ketika nak buat pilihan) kemudian baru solat hajat. Maka, lebih baik mendahulukan yg lebih utama iaitu tahajjud dan witir.. dan melebihkan bilangan rakaat padanya.. berbanding buat banyak jenis solat sunat, tapi solat sunat yg utama (spt tahajjud) tidak dibuat dengan lebih berkualiti. Tingkatkan kualiti tahajjud sehingga mampu menunaikan 8 rakaat dengan bacaan surah yang panjang2 😉

      kemudian last sekali, jangan lupa doakan Ustaz Love 😀

      1. owh mcm tu..faham dah..tak mampu nak bt smpai 8 rakaat lagi..mmg respect la pd org yg mampu bgun mlm dan buat tahajjud byk rakaat..

        Insya’Allah.. boleh doakan ustaz..kihkih (tiru lagi)

        1. 2 rakaat yg panjang itu lebih baik daripada 8 rakaat dengan bacaan surah lazim 😉

          tau tak nak doakan apa? doakan semoga Ustaz Love diberikan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.. insyaAllah amin (Ustaz Love aminkan awal2 :D)

  2. -kihkihkih…baik btul saka tu kan…boleh plk tolong kejutkan….
    -Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x…(kenapa plk Allahu Akbar 34x)….
    -Insya Allah klau ada kesempatan dan kerajinan kakjem akan doakan UL….hihihi

    1. saka ni pun kadang2 ada sisi baiknya juga.. makhluk Allah belaka.. kihkih..

      “Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (HR. Muslim)

  3. Ustaz, saya nie jenis susah nak sedar nak2 tgh malam..selalu kunci jam kat enset bunyi tu menyebabkan kawan saya sekali terbangun..die plak jenis susah nk tido balik lepas tu..kalaulah lepas tu die tarik muka masam sebab kita ganggu die tido, kira kita berdosa gak ke ustaz.?? tak ada niat pon nk buat mcam tu…macam ustaz cakap kat atas, bagitahu dia dulu or vibrate…lau bgtahu nti dia kata nak menunjuk lak…malu la ustaz, member lak jenis suka perli2…lau wat vibrate mmg compem2 la xsedar ustaz…
    saya baru berjinak2 nak wat solat tahajjud nie ustaz..doakan saya ye ustaz…=)

    p/s: saya sentiasa doakan Ustaz dirahmati Allah dunia akhirat…=)

    1. benar.. mengganggu orang lain hukumnya haram dan berdosa.. adalah lebih baik kita pesan kat member tolong kejut (jangan persoalkan pasal ikhlas dulu.. sbb tahap istiqamah pun belum lagi lepas lagi) terutama member2 yg jenis ‘kelawar man’. Waktu dia nak balik bilik nak tido, suh dia singgah bilik kita dulu tolong kejut. Kalau semua tak boleh, maka niat je la sebelum tido semoga dapat bangun tahajjud.. sekurang2nya dapat juga pahala niat.

      ibadah ni kita kena buat slow2.. jangan tergopoh-gapah.. sbb kita nak tingkatkan sampai boleh istiqamah, dan bukan sementara.. bak kata Mydin : “Naik tangga jangan berlari, nanti jatuh”.

      alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi mendoakan Ustaz Love.. patut terasa mcm berat je bahu kanan ni (Ustaz Love bergurau je.. kihkih) 😀

      1. Alhamdulillah ustaz.. syukron jiddan yap bg tips2..byak jugak ya tips2nya..hihii..insyaAllah akan ana lakukan..ustaz,maaf,mcm mana kalu kita x mampu nak bc surah yang pnjang2..x pa ka kalu solat kita hnya sekejap dsebabkn kita x hafal surah yng panjang2?adakh pahalanya kurang?kalu mcm tu mksudnya kena hafal Al-quran la ye? hehe..maafla ustaz bnyak plak soklan ana..:P

        1. kalau mampu nak hafal, maka hafal itu lebih baik.. kalau tak mampu lagi, solat tahajjud sambil pegang al-Quran pun takde masalah (sbb solat sunat) 😉

  4. kalo tidur lepas Zohor, bleh kira Qailulah ke..
    ye la.. Makan dlu, solat zohor then tido sekejap..

  5. Ustaz pasal saka pon nak kene sbut gak ek..huhu..ape pon time ksh atas p’kongsian..sy sgt2 memerlukan tips ni..

    1. Kenapa kita nak menangis? Kita digalakkan untuk solat tahajjud, bukannya digalakkan menangis dalam solat. Nak menangis, menangislah semasa doa. Jika kita muhasabah diri dan menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan, insyaAllah air mata itu akan mengalir sendiri tanpa perlu dipaksa2.

  6. Assalamualaikum,ustaz,sy nk tnya
    Pendapat ustaz, klau kite tngh solat tahajjud dirakaat yg terakhir. masih sah lg tk
    Solat tahajjud itu time waktu dh
    Azan subuh.Dh berkumandang azan subuh waktu tu. And time tu cuma nk
    habiskan rakaat yg terakir saje,
    Mohon pencerahan dr ustaz, syukran

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme