I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Terima Kasih Fivio Hosting

Salam…

Alhamdulillah, setelah beberapa jam menumpukan perhatian untuk memindahkan data ke server lama (Exabytes) dari server sponsor (Fivio.com), akhirnya kesemua data telah berjaya dikemaskini.. Ada beberapa pengurangan dan penambahan di blog Ustaz Love. Tapi template masih guna yang lama, cuma berpindah hosting saja.

Ustaz Love sebenarnya tak berhajat nak menerangkan lebih lanjut kenapa Ustaz Love membuat keputusan berpindah hosting walaupun ada orang yang nak tolong sponsor hosting. Ustaz Love bukan nak berlagak sombong, apatah lagi berhidung tinggi (walaupun hidung Ustaz Love memang mancung.. kihkih), sebaliknya Ustaz Love buat keputusan demi kebaikan kedua2 belah pihak.

Jadi, pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Fivio.com kerana sudi menaja hosting untuk blog Ustaz Love selama setahun (walaupun baru sempat guna dalam 4 bulan). Ustaz Love takkan lupakan jasa baik yang pernah dicurahkan oleh team Fivio.com selama blog ini beroperasi.

Semoga Allah membalas segala kebaikan yang dicurahkan oleh team Fivio.com serta diberikan keberkatan dan kemajuan dalam perniagaan hosting mereka. Jazakumullahu khairal jaza’.

Bermula hari ini, blog Ustaz Love beroperasi menggunakan hosting Exabytes.com.my.. semoga semuanya akan berjalan lancar.. insyaAllah, amin. Terima kasih juga kepada para pengunjung blog Ustaz Love yang setia mengunjungi blog ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme