I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Temple Grandin : Autisme Yang Genius

Salam…

Ustaz Love tak dapat menahan perasaan sehingga akhirnya mengalir juga air mata kopi jantan ini bila menonton sebuah movie bertajuk “Temple Grandin”.. kisahnya diambil daripada kisah benar mengenai seorang Professor di University of Colorado bernama Temple Grandin.

Beliau dilahirkan dengan kecacatan otak dan disahkan menghidap penyakit autisme. Ustaz Love pun tak tahu nak cerita macam mana, tapi  di kalangan keluarga Ustaz Love sendiri ada anak yang menghidap autisme ini. Cuma apa yang Ustaz Love dapat kongsikan (yg ni Ustaz Love dapat drp movie tu) yang pesakit autisme ini memahami secara visual.. iaitu dia melihat dan terus melekat dalam kepala macam rakaman filem.. itu mungkin bagi pesakit autisme yg punya keupayaan otak yg tinggi.

Ustaz Love nak kata ini review pasal movie, tak jugak. Cuma nak berkongsi sesuatu yang Ustaz Love rasakan sangat bermanfaat, terutama bagi mereka2 yg punya anak atau saudara-mara yang berpenyakit autisme. Bila membaca kisah Temple Grandin ini, kita dapat mengetahui bahawa sokongan orang sekeliling itu sangat diperlukan. Kita yang sihat anggota dan tanpa penyakit ini pun kadang2 memerlukan sokongan orang sekeliling bila dilanda masalah, apatah lagi mereka2 yg dah memang hidup dalam masalah (bukan setakat dihinggapi).

Temple Grandin suatu masa dulu diejek oleh kawan2nya sebagai “tape recorder” kerana suka mengulang2 cakapnya.. Bila mengimbau kembali kenangan tu, beliau berkata :

“I could laugh about it now, but back then it really hurt.”

Memang sedih.. tapi keazamannya untuk terus melalui ‘pintu’ masa depannya, menjadikan beliau seorang yang sangat berjaya. Sehingga mampu mencipta sistem rumah sembelihan yang diguna pakai oleh hampir separuh daripada rumah sembelihan di U.S.

Untuk biografi beliau, boleh rujuk sini.. Untuk sinopsis filem, boleh rujuk sini.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. setiap manusia ada kelebihan masing2.. sekalipun dia cacat keseluruhan badan termasuk otak, tetap punya keistimewaannya, iaitu diangkat kalam (tidak dicatatkan dosa) 😉

  1. salam ust..
    nak tanye (sblum ni banyak kali dah tanye pun)..
    saya ni mempunyai bulu roma yang agak byk mewah termasuk la atas bibir dan sikit2 kat pp(halus)..kdg2 dijadikan bahan lawak oleh kengkwn sbb pompuan bermisai..jd,ari tu sy g buat threading iaitu buang bulu roma di atas bibir dan sikit2 kat bhgn pp sy…niat asalnye nak buat sekali je..

    soalan sy: ape hukum sy buat threading tu..adekah smpi jatuh ke tahap haram..
    *utk pengetahuan,sy tak buat kat kening dan kaki sbb sy tau tak boleh

  2. ‘dia melihat dan terus melekat dalam kepala macam rakaman filem’
    photographic memory
    xramai yg ade memory begini

    autisme dan org yg ade schizophrenia pon boleh berjaya
    apatah lagi insan yang dilahirkan sihat

    1. benar.. bila kita berusaha, insyaAllah akan terima hasilnya.. pesakit autisme biasanya sangat fokus pada benda2 yg dia lakukan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme