I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Waktu Sepertiga Malam Untuk Tahajjud

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cikgu :

assalam ustad…………….saya baru nak berjinak2 solat tahajud. soalan saya bilakah mulanya sepertiga malam. kalau saya solat tahajud pukul 5 pagi, boleh tak? minta sangat ustad ulas. tq

Kalau ikutkan, Ustaz Love nak jawab boleh saja.. tapi sebab nak minta ulasan, jadi kena la terangkan sikit.. lagipun rasanya Ustaz Love belum pernah buat entry pasal tahajjud lagi (rasanya).

Pertamanya, Ustaz Love mengucapkan tahniah kepada cikgu kerana berjinak2 untuk melakukan solat tahajjud. Solat tahajjud ini sungguh besar ganjaran dan nilainya, sehinggakan disebut dalam al-Quran :

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)

Solat tahajjud ini asalnya diwajibkan ketika permulaan Islam.. bahkan para Nabi dan Rasul alaihimussalam diwajibkan untuk menunaikan solat tahajjud ini. Ia sangat penting terutama kepada para da’ie (pendakwah) dalam memperkuatkan dalamannya bagi membantu usaha dakwahnya. Tanpa kekuatan dalaman (kekuatan iman dan amal), maka usaha para pendakwah biasanya akan tamat separuh jalan (hangat2 tahi ayam).. masa kat sekolah, giat dengan aktiviti agama, ceramah, kuliah, dakwah dsb.. bila dah tamat sekolah, jangan kata nak berdakwah, orang datang bilik nak berdakwah pun dia boleh lari ikut pintu belakang.. kihkih..

Berbalik kepada persoalan, bilakah bermulanya sepertiga malam itu? Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh.. dibahagikan kepada 3 bahagian.. kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Malaysia), kira2 pukul 3 pagi itulah waktu 1/3 akhir malam.

Maka, nak solat tahajjud 1/3 awal pun boleh, 1/3 pertengahan pun takde masalah, 1/3 akhir malam pun ok.. cuma digalakkan solat tahajjud itu dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu itu merupakan waktu sahur dan digalakkan supaya banyak berdoa dan memohon keampunan :

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)

Dan melakukan solat tahajjud pada 1/3 akhir malam lebih memudahkan kita.. sbb lepas Isyak kita boleh tido dulu, dan bangun sekitar 4 pagi ke.. buat solat tahajjud, solat witir.. lepas tu ada masa terluang, boleh gunakan untuk study ke, baca al-Quran ke.. dan dapat menunggu masuk waktu Subuh.. berbanding kalau kita buat 1/3 awal ke, lepas tu kita mesti nak tido balik.. tengok2 dah terlajak Subuh.. punya nak jaga yg sunat sehingga terabai yang fardhu.

Kalau nak mudah bangun tahajjud, maka amalkanlah qailulah (tido sekejap sebelum masuk waktu Zohor.. jangan belasah tido sampai Asar plak) pada siang hari.. insyaAllah, pada malamnya, akan lebih mudah nak bangun tahajjud.

Dan akhir sekali, jangan lupa doakan Ustaz Love dalam tahajjud cikgu.. 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

54 Comments

Add a Comment
    1. mulakan dengan seminggu sekali dulu.. kemudian naik sikit2 sehingga mampu nak buat setiap hari (dan tak mengantuk di siang hari) 😉

    1. sbb itulah ganjaran untuk solat Subuh berjemaah itu besar, sbb susahnya manusia ni nak bangun waktu pagi 😉

  1. bangun 1/3 mlm time nak exam je.. tapi rasanya kalau buat hari2 1/3 akhir tuh pn masih sempat buat revision utk student.. SubhanaALLAH, same2la kita meningkatkan amal ibadak padaNya

    1. tiada masalah nak buat hari2, tapi kena pastikan jangan sampai menjejaskan kehidupan (masalah kesihatan, tido dalam kelas dsb) 😉

      1. assalamualaikum..erm ada x tips or cra yg boleh diamalkn bg mudah utk bngun 1/3 malam tu?mohon share..

        1. waalaikumussalam..

          insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry.. sementara tu, jika ada yg nak berkongsi, sangat dialu2kan.. boleh Ustaz Love masukkan dalam entry nanti 😉

  2. assalamualaikum ya muslimin,muslimat..ermm..ada tips or cra x nak bg snang bgnun utk solat tahajjud..mohon share..

    1. salam cik senyum…

      tahajjud adalah solat sunat yg dilakukan pada 1/3 malam selepas bangun tido. Kalau berjaga sampai tengah malam (tak tido), maka boleh melakukan solat sunat yg lain spt solat sunat hajat, witir dsb.

  3. Ya! plg afdal buat waktu sahur..boleh solat subuh terus..

    ada ustaz lain ckp..makruh bg org yg selalu buat amalan sunat meninggalkan amalan tersebut..WA

    solat sunat tak perlu qada’ kan ustaz? huhu

    (kebelakangan ni ssh nk bgun tahajud..alahai)

  4. terima kasih usatd atas ulasan yang panjang lebar……….alhamdulillah, sudah mula berjinak2 dengan solat tahajud…………..dan juga solat dhuha………kalau tak keberatan boleh tak ustaz ulas pasal solat dhuha pulak…..waktu yang afdhal……….tq

      1. Assalam ustaz & semua pembaca… baru baca entry ni sbb selalu terjaga malam tp tak pasti waktu tepatnya 1/3 mlm tu hehe terima kasih ustaz sudi share… sy nk share skt utk mudahkan bangun mlm ni… kami anak-beranak suka tido dkt hall… bentang toto yg agak nipis… then dlm pkl 2-4 pg pasti terjaga utk beralih tempat tidur ke dlm blk sebab skt badan hehe… so waktu terjaga tu bolehlah buat tahajjud… terpulang kpd ‘kekuatan’ dalaman sama ada nak smbung tidur atau tahajjud huhu 😀

        1. Assalam..

          terima kasih kerana sudi berkongsi petua.. cuma pada pandangan Ustaz Love, ia agak berbahaya untuk jangka masa panjang.. tidur yg terganggu macam tu boleh menyebabkan kelesuan waktu siang.. adalah lebih baik tidur dengan selesa di bilik dan kunci jam untuk bangun tahajjud.

          WA

  5. Alhamdulillah..istiqamah. Tunaikan 2 rakaat tahajjud ditutup dengan witir 3 rakaat..menjelang subuh..gi solat berjemaah kat surau. Kul 8:15 tunaikan pula dhuha.

    Hanya mereka yang beristiqamah sahaja dapat merasakan kelebihan bertahajjud dan dhuha ini. Insya-Allah.
    Abi Luqman recently posted..Super Fast Weight LossMy Profile

  6. Assalamualaikum ustaz. saya nak tnya soalan . harap sgt ustaz bg respond kpd saya. Saya nak tanya, betulkah kucing itu tidak najis? sekiranya berwudhuk dan memeluk kucing, mencium bulu kucing, mulut terkena bulu kucing tidak batal air wuduk kah? dan adakah kucing mendoakan kebaikan atas kebaikan kita lakukan, mendoakan balasan utk kejahatan yg kita lakukan?

    1. bulu kucing tak najis.. yg najis hanyalah tahi kucing.. memegang tahi kucing, tangan akan bernajis.. tapi tak membatalkan wuduk.. sbb terkena najis itu tak membatalkan wuduk, sebaliknya membatalkan solat. Boleh rujuk di sini juga..

      Berkenaan doa kucing atas kebaikan dan kejahatan kita, itu Ustaz Love tak pasti.. yg pastinya ada sebuah hadis yg mafhumnya menyatakan semua makhluk di lautan dan di daratan akan mendoakan mereka2 yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Sekalipun tiada doa drp mereka, setiap kebaikan mahupun kejahatan yg kita lakukan, pasti mendapat balasan daripada Allah s.w.t.

      WA

  7. assalamualaikum ustaz, saya nk bertanya sedikit mengenai solat tahajjud.. saya ada terdengar bahawa klu kta tdo dahulu then terjaga di awal pagi lalu menunaikn solat isya (klu tertinggal) ia juga dikira solat tahajjud kerana ia dilakukan selepas tidur & di tengah mlm.. apa pendapat ustaz?

  8. assalammualaikum ustaz … saya ada kemusykilan berkenaan pasal solat witir nie. .Kalau kita berniat hendak solat tahajud pada 1/3 akhir malam, namun dikuatiri kita tidak dapat bangun untuk bersolat 1/3 malam tersebut . Jadi selepas solat isyak tu saya terus solat sunat witir 3 rakaat sebagai penutup kerana dibimbangi tidak dapat bangun 1/3 malam. Apabila dapat bangun bersolat tahajud pada malamnya , adakah perlu ditutup dengan witir lagi..?

  9. As salam nk share kalau nk mudah bangun solat tahajud atau qiamulail…hendaklah istiqamoh dari siang hari…jgn banyak makan …banyakkan mengaji atau zikir dari hati….dan sebelum tidur pastikan solat taubat dan witir…dan berzikir dan bertahmid sehingga terlelap mata …niatkan dalam hati nak banngun tahajud pukul 4am InsyaAllah dengan sendirinya akan terjaga waktu tersebut dan mudah serta ringgan untuk bangun tahajud….cuba lah …sebab saya dah mengamalkannya memang ada keberkesanan nya….

  10. Assalamualaikum ustaz.
    Saya nak tnya.. apakah hokum solat istikarah yang memohon ptunjuk daripada kertas yg diletakkan dibwah sejadah..setelah selesai solat, amik mana2 satu kertas tersebut..dan itulah jwpan yg terbaik utk kita.. itu benar ke? boleh percaya ke? ada kawan yg bercerita cara mcm tu. Dan sy nak tnya, petunjuk istikarah dating dgn cara yg macam mana?
    Eena Arrina recently posted..Bisnes Cepat UntungMy Profile

  11. Salama ustaz, saya ada baca majalah Islam di PERKIM aritu…adakah perlu kita mesti tidur dan kemudian baru bangun menunaikannya? Bagaimana mereka yang bekerja syif malam yang ingin melaksanakan solat sunat tahajud ni? Adakah ia dikira sebagai solat sunat Tahajud juga atau sekadar solat sunat biasa sahaja kerana mereka tidak tidur malam? Sedangkan mereka tidur siang hari.
    KERJA KOSONG TERKINI recently posted..KEKOSONGAN JAWATAN KERANIMy Profile

    1. Ia dikira solat malam.. pada waktu itu, lakukan saja solat sunat kerana yang penting bukan niat tahajjudnya, tapi waktu solatnya iaitu pada waktu tengah malam yang sunyi ketika orang lain tidur, ada hambaNya yang sibuk beribadah kepadaNya. Itulah yang memberikan nilai tambah berbanding solat sunat yang lain.

  12. Salam. Kalau kita berada di negara yang waktu solat isya’ nya pd pukul 10.30 mlm dan subuh pukul 2 pagi mcm mana ye ustaz? Mohon pencerahan.

  13. Ustaz.. kalau saya tertido pastu terbangun pkul 4 pagi tapi saya x solat isyak lagi.. Then saya solat Isyak pastu trus sambung bt solat sunat boleh x ustaz? Sebab ada org kata kena tido balik lepas solat isyak pastu bru bgun bt tahajud..

  14. assalam ustaz. sy nk tnye, slalu ad yg ckp byak ciri yg bleh kita knal pasti utk mngetahui jodoh kita.misalnye wajah seiras lah, muka adik bradik dy ad yg sma dgn kita la dn mcm² lgi la. betul ke tu ustz? dn klau bleh ustaz gtau ap lgi ciri²nya klau ianye betul.

  15. Ustaz.. kalo tidur slepas solat isyak.. then bangun pukol 12.30 pagi, pukul 2 atau 3 pagi baru buat solat tahajud boleh ke? Atau kena buat terus sebaik sahaja setelah bangun dri tidur?

  16. assalamualaikum ustaz… nak bertanya… untuk buat solat tahajud sekiranya kita bekerja d waktu malam tanpa tidur bolehkah kita solat tahajud… wlau pun pda hakikatnya solat tahajud adalah solat 1/3 malam seteleh kita bangun Dari tidur… harap dapat pnjelasan Dari ustaz…

  17. Salam ustaz,..sy ada dgr org kata,..solat tahajjud kalau kita x terbangun 1/3 mlm kita boleh qada’ pada siang hari dengan syarat sebelum masuk waktu zohor,..betul ke ustaz,..sila beri pencerahan.

    1. Solat sunat (kecuali solat gerhana, solat minta hujan dan solat jenazah) tidak pernah dilakukan secara berjemaah oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat secara dirancang daripada awal.. oleh itu, solat tahajjud itu lebih afdhal dilakukan secara berseorangan, tetapi boleh dilakukan secara berjemaah dengan mengambil kira perbuatan sahabat yang mengikuti Nabi s.a.w. bersolat tahajjud di belakang.

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme