I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suami Minta Gugurkan Kandungan

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada she :

salam,

sy baru berkahwin selama 6 bulan. pada 3/1/12 sy disahkan mengandung 5 minggu. sya rasa amat gembira tetapi sebaik shaja sy memberitahu suami sy, dia menyuruhkan sy menggugurkan kandungan tersebut. dgn alasan dia tidak bersedia dr segi masa n tenaga(kerja n belajar serentak) dan kesihatan tak menentu(masih menunggu keputusan darah). hal ini membuatkan sy sedih dn kecewa hingga membuatkan sy sentiasa menangis dan bergaduh. hinggakan sy gagal mengawal emosi dn meminta dia menceraikan sy kerana tdk tahan dgn sikapnya yg memaksa sy menggugarkan kandungan. alhamdulillah, suami sy memaafkan sy selepas sy terlajur kata2.

akibat hal ini km sering berselisih pendapat hinggakan kerana marah dia menghisap rokok, sy telah pun menghisap rokok(satu sedutan) dihadapannya.hal ini membuatkan sy bimbang jika apa2 terjadi pd kandungan sy( eg;cacat). dan suami telah berpesan jika apa2 terjadi dia tidak akan menerima sy n zuriat ini. sy amat takut ustaz. sy tersepit antara kehendak suami dan keinginan sy. dia menyuruh sy memakan nenas muda untuk menggugurkan kandungan ini.
adakah hal ini dibenarkan. sekarang ini kandungan sy 5minggu 4 hari.

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ni, Ustaz Love nak kaitkan satu perkara.. berita gembira (disahkan mengandung) itu jatuh pada tarikh yang sama dengan kelahiran Ustaz Love.. kihkih.. saja nak tumpang gembira ๐Ÿ˜€

Kadang2, susah nak faham sikap manusia ni.. bila tak diberikan anak, macam2 usaha dilakukan (termasuk kahwin satu lagi.. kihkih).. tapi bila dah diberikan anak, sibuk nak gugurkan, nak buang, nak dera dsb. Begitulah sikap manusia yang boleh menjadi lebih tinggi martabatnya daripada malaikat, atau lebih rendah tarafnya daripada haiwan. Kalau betul suami tu tak nak anak, kenapa sepanjang 6 bulan ni, beliau tak memakai protection (kondom contohnya) atau inzal luar (mengeluarkan mani di luar faraj)? Time buat, nak sedap je kan.. tapi time dah kena bertanggungjawab, macam2 alasan diberikan.

Ustaz Love minta maaf sbb terpaksa membebel macam ni.. Ustaz Love sangat terkilan dengan mereka2 yg sesuka hati nak menggugurkan kandungan / meminta isteri menggugurkan kandungan (tanpa alasan yang kukuh dari sudut syariat) seolah2 tak bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Ustaz Love punya pengalaman berkawan dengan seorang ustazah (ni bukan aweks Ustaz Love tau, tapi satu opis dulu).. dah macam2 usaha dilakukan untuk mendapatkan anak.. suami isteri sihat dan subur, takde penyakit.. 10 tahun (masa tu la.. skrg tak pasti beliau dah beranak ke.. sbb dah lost contact) beliau berusaha sehinggakan nampak betul tekanannya.. Mujurlah suaminya jenis yang setia.. kalau tak, dah lama guna alasan tu nak tambah ‘cawangan’.. tapi itulah yg dinamakan rezeki.. kalau Allah bagi, adalah.. kalau Allah tak izin, usaha la macam mana pun, memang takkan berhasil. Itu konsep meyakini takdir la.. bukannya nak suruh berhenti berusaha, cuma nak ingatkan bahawa rezeki itu Allah yang tentukan.. termasuk juga rezeki mendapat anak ni.

Pada pandangan Ustaz Love, alasan suami yang tidak bersedia itu adalah alasan yang sangat lemah dan tak bertanggungjawab.. kalau tak bersedia nak menimang anak (sbb kerja atau belajar), kenapa tak nikah gantung je dulu? Atau lagi baik tak payah nikah dulu.. dah tak nak bertanggungjawab sangat kan? Sedangkan pernikahan ini bukanlah semata2 bertujuan nak menghalalkan seks semata2, bahkan lebih daripada itu adalah untuk memikul tanggungjawab dan amanah Allah.

Sebagai seorang lelaki, Ustaz Love memahami perasaan puan (puan jangan pelik plak, walaupun Ustaz Love lelaki, tapi hati Ustaz Love ni sangat lembut seperti kapas.. mudah tachingg :D). Tiadalah yang lebih membahagiakan bagi seorang wanita itu apabila melalui pengalaman menjadi isteri dan ibu. Bahkan ada yang beria2 nak jadi ibu walaupun belum lagi bersuami (amik anak angkat.. macam yg artis2 kita selalu buat tu). Inikan pula puan yang dah diberikan rezeki untuk mengandung dan insyaAllah akan melahirkan seorang baby yang sangat comel.

Sikap tak matang seorang suami sangat jelas bila menyelesaikan masalah dengan masalah.. yang nak gi merokok tu kenapa? Kalau dah rasa tertekan sangat, gi la main bola ke, main sorok2 ke, main masak2 kat dapur ke.. ada jugak hasilnya.. kan dah menjadi pengaruh buruk kepada isteri (even hisap sesedut). Bab hisap sesedut ni, Ustaz Love teringat ada sorang member kena tangkap merokok kat sekolah dulu. Dia hisap sesedut je, itu pun kena paksa dengan member lain.. last2, kena jugak tindakan tatatertib.. Cuma sama ada satu sedutan itu membahayakan baby dalam perut atau tak, Ustaz Love tak dapat nak menjawabnya. Kalau ikutkan logik, takkan la sesedut pun boleh bagi kesan (apatah lagi sedutan seorang wanita yg tak pernah merokok.. mungkin tak lepas pun asap tu masuk ke kerongkong), namun jika difikirkan balik, banyak je masalah yang besar2 tu bermula dengan punca yang kecik.. contohnya sebatang rokok yang dah habis dihisap, dicampakkan ke dalam hutan yang akhirnya membakar hutan tersebut (walaupun bara api rokok tu kecik je). Itu mungkin puan boleh dapatkan penjelasan daripada pakar.

Berbalik pada persoalan puan, adakah boleh menggugurkan kandungan ketika usia kandungan 5 minggu 4 hari (39 hari)? Pada pandangan Ustaz Love, harus menggugurkan kandungan sekiranya berusia kurang daripada 40 hari. Namun, jika sudah lebih 40 hari (berdasarkan tarikh yg puan berikan iaitu 3/1 itu bersamaan 5 minggu dan tarikh Ustaz Love menjawab ini, maka dah lebih 40 hari), maka ada ulamak seperti Imam al-Ghazali dan ibn al-Jauzi mengharamkannya kerana ia merupakan suatu jenayah terhadap baby yg bakal hidup (walaupun mungkin dosanya tidak sebesar menggugurkan kandungan setelah berusia 4 bulan iaitu selepas ditiupkan roh). Ini kerana, selepas 40 hari itu, janin akan mula terbentuk sehinggalah ia lengkap sebelum ditiupkan roh :

Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya.ย  Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), โ€˜Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?โ€™ Maka Allah kemudian memberi keputusan” (HR. Muslim)

Walaupun jumhur ulamak mazhab mengharuskan pengguguran sebelum usia 4 bulan, namun apabila melihat realiti kehidupan sekarang (banyaknya kes buang anak, zina dsb) maka mencegah pengguguran itu adalah lebih utama. Apatah lagi bila alasan yang diberikan bukan bersifat dharurat (spt membahayakan nyawa ibu yang mengandung, atau dirogol atau anak cacat dalam kandungan spt jantung di luar tubuh, mengandung luar rahim dsb yang disahkan oleh pakar perubatan sebagai berbahaya untuk meneruskan kandungan).

Nasihat Ustaz Love, puan dapatkan bantuan ibu bapa atau ibu bapa mertua untuk menasihatkan anak menantu mereka. Mungkin mereka lebih tahu cara nak menasihati suami puan. Puan jangan risaukan pasal perkara akan datang (dia tak nak terima anak tu ke dsb), sbb jangan kata masa akan datang, seminit lepas ni pun kita tak tahu apa akan terjadi. Jangan sampai suatu masa nanti, waktu puan suami isteri betul2 dah bersedia dan memerlukan kehadiran anak, Allah tak bagi plak anak.. Ustaz Love tak pasti tentang risiko menggugurkan anak pada trimester awal ni, tapi Ustaz Love pernah baca kisah mereka yg menggugurkan anak, kemudian tidak mampu mengandung lagi selepas itu.. Wallahu A’lam.. mungkin itu kes terpencil.. mungkin juga ada yg berkali2 menggugurkan anak, elok2 je mengandung lepas tu..

Apa pun keputusan yang puan nak buat, jangan lupa istikharah, minta petunjuk daripada Allah. Dan jangan lupa bermesyuarat dengan ahli keluarga dan mendapatkan pandangan orang yang lebih tua seperti ibu bapa mahupun mertua. Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik buat puan dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. pjg lebar penerangan ustaz tp tetap nak baca smp noktah terakhir…

    sebagai wanita saya dpt rasakan tekanan adik yg bertanya ni…simpati rasa..bak kata ustaz, ada baiknya cari la org tengah yg boleh dipercayai utk nasihatkan…banyak2 berdoa & solat (jgn lupa)..adik pun boleh pakai kaedah psikologi…slowly la ‘masuk jarum’..tunjukkan bgmana gembiranya pasangan2 yg memiliki cahaya mata..semoga Allah bukakan pintu hati beliau utk menerima rezeki dari Allah itu..amin!!

  2. knape jd mcm ni,tp btol juga ckp ustz tu,ada yg nk anak,tp x dpt,ada plak yg x nk tp dapat,itulah rezeki namanya.tp apa2hal msti wat berbincang,btolkn ustz,tp klau xde penyelesaian,jgn smpai bercerai berai,gegar arasy hnya disebabkn pertelingkahan kamu berdua.tp ustz antara bercerai dengan menggugurkn kandungan yg dah cukup sifat,mana satu yg lebih terkutuk?

    1. pada pandangan Ustaz Love, menggugurkan kandungan itu lebih berat situasinya berbanding bercerai.. ini kerana, bercerai itu termasuk juga antara syariat agama yg dibenarkan untuk dilakukan sekiranya menepati kaedah2 perceraian yg ditetapkan syarak.. dah cerai, boleh nikah lagi. namun, menggugurkan anak tanpa sebab2 yang dibenarkan, bukan saja telah membunuh satu jiwa yg bakal dilahirkan, bahkan menyebabkan tekanan kepada isteri yg dipaksa menggugurkannya tanpa sebab2 yg munasabah.

  3. salam, ust. perkara seperti ini berlaku pada saya bulan lalu, waktu tu kandungan saya lebih kurang puan yg bercerita nilah. suami suruh gugurkan. mmglah saya ada mengalami kesukara waktu melahirkan ketiga2 anak saya sblm ni, dn doktor juga melarang sy hamil dlm 5 thn ni. tp disebalik penggunaan kaedah pencegahan sy hamil jiga. sy x setuju , sbb sy rasa Allah lebih tahu. Tp suami berkeras juga dn bawa sy berjumpa pakar utk gugurkan kandungan saya. pakar beri dua pilihan , kalau sy teruskan, sy perlu special care. tp suami susruh juga gugurkan. sampai ke hari ni, sy rasa sgt berslah, hingga menjejaskan kerja saya. sy rasa sgt berdosa. ustz wajar kah tindakan suami dan saya menggugurkan kandungan itu? sy rasa guilty sgt.

    1. salam mama..

      pada pandangan Ustaz Love, memang wajar suami puan menyuruh supaya puan menggugurkan kandungan, kerana telah disahkan oleh pakar perubatan akan bahayanya jika puan berkeras untuk meneruskannya. Allah s.w.t. izinkan perkara yg baik berlaku, juga perkara yg buruk.. maka, pandai2 la kita menggunakan ilmu dan akal kita untuk menentukan mana yang terbaik untuk dilakukan.

      puan tak perlu rasa bersalah, kerana tindakan pengguguran itu memang dibenarkan kerana membahayakan nyawa jika meneruskan kandungan. Apa yang perlu puan lakukan adalah bertenang dan tidak menyalahkan mana2 pihak (sama ada diri sendiri, mahupun suami).. sebaliknya terimalah ia sebagai takdir.. insyaAllah, itu akan lebih menenangkan hati puan. jangan terlalu difikirkan tentang perkara yg telah berlaku, sebaliknya puan kena lebih fokus pada anak2 yang ada di depan mata puan.. mereka lebih memerlukan perhatian puan ๐Ÿ˜‰

      1. terima ksih, UL. alhmdulillah. mungkin perasaan keibuan sy yg menybabkan sy rasa mcm tu. betul tu, anak2 lebih memerlukan perhatian sy drp sy nak mengenang perkara yang dh takde.

        1. alhamdulillah.. perasaan ibu2 ni memang sensitif terutama berkaitan anak ni.. Ustaz Love punya seorang kakak yang sama2 mengandung dengan kawannya.. tapi kawannya tu kematian anak dalam perut, sedangkan anak sulung kakak Ustaz Love selamat dilahirkan.. Sampai sekarang (walaupun dah berbelas tahun), kawan tu tak boleh nak tengok wajah anak sulung kakak, sebab dok teringatkan anaknya yang meninggal dalam perut tu.

          Ustaz Love harap puan jangan terlalu ikutkan perasaan. Jika datang perasaan sedih itu, ambillah wuduk dan tunaikanlah solat sunat atau membaca al-Quran atau berzikir.. insyaAllah, itu lebih menenangkan hati berbanding melayan perasaan berterusan ๐Ÿ˜‰

      1. salam ustaz, saya sudah hampir 3 thn menikah, dan selama 3 thn ini saya selalu makan pil perancang untuk mencegah kehamilan (ini kemahuan suami, kalau saya terasa ingin sangat jadi ibu…tapi suami berkeras agar saya tidak hamil) tidak ada masalah kesihatan, tidak ada masalah kewangan, ustaz berdosakah saya sekiranya saya sengaja untuk tidak lagi memakan pil tersebut tanpa kebenaran suami saya, yang mungkin saja boleh menyebabkan kehamilan ??? wassalam ustaz… mohon jawapannya… (dari seorang wanita yang teringin jadi isteri dan ibu)

  4. As”salam ustaz… saya pn ad 1 ptanyaan .. berdosakah seseorg itu mgugurkan kandungan berusia 3 minggu?? disebabkan jarak kehamilan yg rapat… ank bungso br 8 bulan & mgalami komplikasi swaktu mlahirkan… doc suruh jarakkan kehamilan kerana takut komplikasi berlaku jika jarak antara ank dekat.. komplikasi yg dimaksudkan ialah tumpah darah yg ketara pd usia kdungan 8 bulan disbbkan uri tcabut awal dr rahim… da komplikasi tu juga yg buat sya takut utk besalin lg… berdosa ke ustaz???

    1. as salam ustaz..
      saya sekadar ingin meminta pendapat dari uztaz..saya bercadang untuk menggugurkan kandungan yg baru berusia 4minggu,krana kesempitan wang dan sukar untuk mencari baby sitter..saya mempunyai seorang bayi berusia 1 thn 5bulan,dan agak awal jika saya hendak hamil semula..adakah berdosa jika saya meneruskan niat saya kerana jika d fikirkn memang alasannya tidak konkrit..tp saya juga tidak mahu masa depan anak2 tidak terjamin dek kerana kesempitan hidup di bandaraya besar ini..sekian

  5. as slam uztaz,

    kes saya berbeza sedikit dr yg ni…
    saya sendiri ingin gugurkan kandungan saya..
    saya dh mempunyai 2 org cahaya mata..
    seperti yg semua sedia maklum hidup di bandar banyak perbelanjaan nye…
    saya dengan suami berkerja..
    tapi kami x mampu nak tambah ahli keluarga lagi…
    suami tidak mahu saya gugurkan kandungan ni..(klu confirm saya mengandung)
    tp saya berkeras jugak untuk menggugrkan kandungan..
    ketidakstabilan taraf hidup membuatkan saya nekad dengan keputusan ni…
    tapi ustaz..sebagai seorang ibu…saya rase ustaz faham perasaan saya..
    keputusan yg saya buat ni terlalu sukar…tp saya terpakse…

    1. jangan membunuh anak kerana takutkan kemiskinan.. takutlah ancaman Allah yang jelas dalam al-Quran :

      โ€œDan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan. Kami lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar” (al-Israa’ : 31).

      Yakinlah bahawa anak itu adalah rezeki daripada Allah.. jika benar nak merancang keluarga, rancanglah dari awal. Gunakan protection ataupun kaedah2 lain yang boleh menghalang kehamilan. Jangan gugurkan kandungan.

  6. Assalamualaikum,

    Saya mengalami masalah yg sama..sy sudah mempunyai 4 org cahaya mata..
    saya mmg ada mengamalkan perancang keluarga dengan memakan pil..baru2 ini sy dapati saya telah mengandung dalam seminggu Ada kah sy berdosa menggugurkan kandungan saya di sebabkan saya risau kami tidak mampu memberikan yang smpurna kepada mereka..
    dan tanggungjawab/amanah yang allah telah letakkan kepada kami berdua.
    Memandangkan kami mmg menghadapi masalah kewangan yang agak kritikal.Hakikatnya saya juga tidak mahu menanggung dosa dengan melakukan pengguguran kandungan.APa yang perlu saya buat ustaz.Berdosakah saya?

    1. Anak itu hak suami.. mak ayah takde hak nak paksa apa2 pun pada anak perempuan yg sudah bersuami, termasuklah paksaan untuk menggugurkan kandungan..

      1. klu kandungan usia 5minggu 6 hari dan saya gugur kan..bedosakah ustaz?? sy dah mkn ubat putus hormon utk kandungan ..tp xtau la yg dah gugur atau belom..sy sgt menyesal..klu belom gugur sy ,mahu terus kn kandunggan..tpi klu sudah…atau klu teruskn merbahaya pada kandungan mcm mana ustaz??bedosa kah saya ustaz?

        1. Ada pandangan yang mengharuskan pengguguran anak sekiranya belum berusia 4 bulan dalam kandungan, tetapi alasan pengguguran itu perlulah alasan yang dibenarkan syariat seperti ada kaitan dengan keselamatan nyawa ibu, kecacatan serius pada bayi yang tak memungkinkan beliau hidup lama selepas dilahirkan (seperti dilahirkan dengan tiada jantung dsb). Jika tanpa alasan yang dibenarkan syarak, seperti takutkan kemiskinan dsb, maka haram menggugurkan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme