I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suami Disihir Wanita Seberang

Salam…

Ustaz Love menerima komen daripada Ham :

suami disihir dan tanpa sedar bernikah dengan perempuan indon dan lahir anak, apakah taraf anak atau sememangnya anak haram? dan bagaimana hendak jauhi dari gangguan sihir tersebut dan suami seperti orang yang binggung. sila berikan nasihat.

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ini, Ustaz Love ingin menjelaskan yang Ustaz Love bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang ilmu sihir ni.. Ustaz Love bukanlah Merlin mahupun Emrys yang mempelajari ilmu sihir secara rasmi. Jadi, apa juga jawapan Ustaz Love dalam entry ni nanti, diharapkan agar mendapatkan 2nd opinion (pandangan kedua daripada pihak lain) yang mungkin lebih tepat.

Berkenaan dengan isu terkena sihir ini, Ustaz Love harapkan agar pihak puan dapat memastikan dengan teliti akan kebenaran dakwaan itu dulu (sama ada berjumpa dengan pengamal perubatan Islam dsb). Jangan terlalu percaya sangat bab2 ni, sebab sihir ini mainan syaitan, dan syaitan ini adalah makhluk yang paling licik tipudayanya.

Banyak juga kes suami yg kantoi bernikah lain, takde jalan nak selamatkan diri, maka digunakan idea disihir dsb supaya dirinya tak dipersalahkan. Bila berlaku begitu, maka wanita (isteri baru) yang tak tahu apa2 itu pula disalahkan kononnya mengamalkan sihir. Tak pasal2 kena fitnah dan aniaya, sedangkan itu cuma alasan suami nak menyelamatkan diri.

Namun, tak dinafikan juga akan kewujudan sihir dan masyarakat ini. Bukan saja masyarakat Melayu, bahkan masyarakat Afrika pun ada sihirnya (vodoo), bahkan dalam al-Quran sendiri menceritakan tentang sihir yang menukarkan tali dan tongkat menjadi ular (kisah perlawanan ahli sihir Firaun dengan Nabi Musa a.s.) :

Nabi Musa menjawab: “Campakkanlah kamu (dahulu)!” Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menipu mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).” (al-A’raf : 116)

Jadi, memang wujud sihir itu dengan bantuan syaitan. Namun, untuk mengesahkan kewujudannya, kena berjumpa dengan mereka2 yang pakar yg mengetahui tentang perkara ini.. sbb ianya adalah bersifat halus dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Umpamanya sihir santau yang menyebabkan muntah darah.. bila dirawat, maka keluar segala jenis benda berbisa (spt jarum, miang buluh, rambut dsb) sedangkan orang yang terkena santau itu tak pernah pun makan lemang, apatah lagi nak menelan miang buluh.

Berbalik pada persoalan puan tadi, sekiranya benarlah dakwaan yang suami itu terkena sihir dan tidak mengetahui apa yang dilakukannya, maka suami puan boleh bawa perkara ini ke pejabat agama untuk mengetahui prosedur untuk mengesahkan pernikahan (untuk mengetahui sama ada pernikahan itu sah atau tidak) serta memfaraqkan (memutuskan) perkahwinan dengan wanita itu. Daripada situ baru boleh nak buat penentuan tentang nasab anak tersebut, sama ada dikira anak luar nikah atau anak sah taraf.

Tapi sebelum itu, puan harus berusaha untuk memulihkan keadaan suami puan yang nampak kebingungan itu. Kebiasaannya, gangguan jin ini (sama ada gangguan biasa atau sihir) akan menjadikan kepala otak kita tak berapa waras nak memikir. Bukannya gila, tapi semacam buntu.. hatta masalah yg mudah pun dirasakan terlalu susah untuk menyelesaikannya. Maka, ketika inilah khidmat bakti dan bantuan puan sangat diperlukan supaya dapat menyokong proses pemulihan suami.

Kalau ditanyakan amalan tertentu untuk mencegah sihir ini, Ustaz Love cuma boleh bagitau sekadar yang Ustaz Love mampu. Antaranya :

1. Sentiasa kekal dalam keadaan wuduk.. Kalau terkentut, maka ambil wuduk.. bahkan kalau masih ada wuduk pun (contohnya wuduk masa solat masih ada), boleh memperbaharui wuduk.

2. Mengamalkan bacaan ayat al-Kursi selepas solat fardhu.. jadikan sebagai zikir selepas solat.

3. Mengamalkan adab tidur. Antara adab tidur yang patut kita amalkan adalah tido dalam keadaan berwudhuk. Sebelum tido, luangkan masa membaca al-Quran sekurang2nya baca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk. Kemudian membaca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x. Kemudian membaca 3 Qul (al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) lalu ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan. Kemudian tidur mengiring rusuk kanan ke bawah.

4. Baca Manzil (buku kecil yg mengandungi ayat al-Quran dan doa pelindung) setiap pagi selepas Subuh. Boleh didapati daripada kedai2 buku agama.

5. Banyakkan berdoa khususnya ketika Qiamullail. Berdoa bersungguh2 pada Allah, kerana Allah itu juga adalah Tuhan kepada makhluk jin dan syaitan. Semuanya berlaku dengan izin Allah, dan Allah juga yang akan menyembuhkan segala penyakit.

6. Dengar bacaan rukyah. Kalau boleh dengar 3x sehari iaitu selepas Subuh, selepas Asar dan selepas Isyak. Cuma jangan pasang dalam kereta, sbb ia mungkin menyebabkan mengantuk dan membahayakan pemanduan.

Semasa suami melakukan proses pemulihan, puan juga perlu menjaga amal (spt solat fardhu dan sunat serta memperbanyakkan membaca al-Quran serta zikir). Semoga dengan ibadah dan doa puan, Allah menjadikannya sebagai asbab kesembuhan buat suami puan.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberi jalan keluar buat puan sekeluarga dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. sihir ni berkaitan dgn benda tak nampak (benda halus).. maka, penilaiannya tak boleh la nak gunakan pandangan mata zahir 😉

  1. Ustaz mak sy berubah bila poan2 indon ni masuk dlm umah, mak dh tk dgo kata ank,1 ari dik terserempak dgn poan2 indon tu dlm bilik berdua2an, mak kt bilik sbelah mak diamkn sja.nk djadikan crita mak alik sbyg isyak dri surau marah dik sy apalagi dik sy jwb mak ni nape asyik nk marh2 tk tntu pasal mak biarkan poan indon tu duk dlm bilik nape tk marh..mk trus ckap dik sy kau jgn pgil aku mak kau ank drhaka,& mk kata nti akan bwt kami adik bradik,slps pristiwa tu mk jdi bnci kat kami ank poan je ni,bila cal dia dgo suara dia ltk,dtg umah dia kesaruk & mengungkit tk tntu psl.sy dh tgokkan kt byk ustz & org yg pdai2 sdara sdiri ktanya mk kna bodoh kte tk leh bwa mk brubt mk marah,mcm2 sy dh bgi mak curi2 bgi air dri ustaz, simbah kemenyan tpi ati mk msih keras,mk memg org kuat sbyg,baik orgnya & lmbut skrg dh jdi kasr..cmne ustaz dik brdik da 10 smua dh jdi bodoh tgl kte br3 je yg sedr,yg lain tk dalh nk nsihatkn mak npe mk ni mrh dik mcm tu makin api2kn mak pulk.dik yg mak marh dh duk gn kami.skrg poan2 indon tu dh kawin dh kuar dri umah,tpi kuar umah brg2 prabut dlm umah klu leh smua di nk akt mak pon kta tkpe biarlh. itu ke btul mak dh kna sihir ustaz.sy skrk tgh cri ustaz2 yg leh dtg umah mak tgokn mak tpi tk jupalh..mala pasir gudang.jb

  2. Salam ustaz, bagaimana kalau perempuan ygdisihir oleh lelaki, kemudian dinikahi secara rahsia dan dicurigai? Waktu nikah ada 2 saksi dan jurunikah yg yg dicurigai tanpa sebarang dokumen, si perempuan hanya sedar pada hari kedua selepas pernikahan dan berasa pelik bagaimana dia boleh menikah dgn org yg dia kenali 2 hari sebelumnya. Perempuan itu pula seorang janda, apakah taraf hubungan tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme