I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Sedih Dengan Sikap Ayah

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada (Ustaz Love lupa plak nak letak nama.. susah nak cari balik.. tapi takpe la kan) :

Salam, ustaz sy nk luahkan masalah sy, sy mempunyai seorang ayh….ayh sy x solat, x puasa, bole dikira berapa kali sy nampak ayh sy solat. Sy sgt sedih.. dah macam2 cara, daripada nasihat baik2, smpai la perli..sy malu. Ayh sy x mcm ayh org lain. Dah la khidupan kami sekeluarga bukanlah senang sgt, mak yg byk membantu. Mak yg keje keras. Sy x kata ayah sy x kerje, cume nampak mak yg lebih kuat mambanting tulang 4 keratnya. Lagi 2 thn umo ayah sy akan cecah 60 thn, sy pernah dengar org kate kalo selepas 40 thn x bertaubat, maka hati dh tertutup kearah kebaikkan. Tiap2 kali lps solat sy akan doakan Allah bg hidayah kt kedua ibu bapa sy. Sy dah kata, ayah kene blajar solat, nanti mcm mana nk jadi wali kalau x tunaikan apa yg wajib. Nampak mcm usaha sy sia2.
Even kalau kami sekeluarga berjalan2 mkn angin pon, bile berhenti kat masjid utk solat.. ayah sy lebih rela lepak kt perkarangan masjid.betapa sedih nya sy tgk keadaan keras nya hati ayh sy. Ustaz ada x cara nk selesai kan ni, sy sedih kalau tgk muka ayh sy gelap mcm x bercahaya, keruh… ayh sy jugak seorg yg pemarah, kdg2 kasar bahasa percakapan nya, juga pernah mengeluarkan kata2 yg x elok. Skrg menjadi masalah bile sy tegur adik2 sy, adik sy akan ckp buat apa nk solat. Ayh pon x solat…sobsob .. sgt sedih. Bulan pose pon ayah sy selamba mkn nasik, hari jumaat x pergi solat jumaat, sy bukan nk bukak keburukan atau kekurangan ayh sy, tp sy sgt sedih, risau, malu. Knp mcm besar sgt dugaan kami..membesar dgn keadaan yg agk susah, ketua kluarga pula x tunaikan suruhan Allah. Tapi ayh sy bertanggungjwb jugak kdg2..Cuma bab solat, puasa dan lain2 kearah keagamaan dia kurang. Macam mana ni ustaz, mcm mana ayh sy nk jadi wali kalau dia x solat. Sy berangan angan, nk kumpul duit, pergi umrah or haji same2 mak dan ayh sy, tp tiap kali sy sebut psl tu, ayh sy mcm x berminat pon. Sedih la ustaz, bila pk psl ni sy akan menangis. Sy selalu fikir apelah nasib mak ayh sy kt sane nnt, sy selalu doa supaya Allah bls jasa n kebaikkan yg sy buat kpd mak ayh sy..boleh ke mcm tu ustaz?contoh sy nk sedekah sy akn niat dlm hati,ya Allah blsla pahala sedekah ni kpd mak dan ayh sy..tp sy tahu, belum cukup,sebab sy pon bukan la ank yg baik sangat,cume sy tengah berusaha nk menjadi anak yg baik….ustaz tlg la bg tips..doa atau cara..ustaz tlg doakan ayh dan mak sy juga yer….sgt sedih T_T

Kebelakangan ni kerap pulak Ustaz Love menerima pertanyaan berkaitan konflik anak dengan ibu bapa. Kebanyakannya lebih kurang sama dengan masalah2 sebelum ni. Tapi, Ustaz Love tak dapat nak nafikan, memang banyak berlakunya konflik kekeluargaan ni.. kalau tak, takde la bertambahnya kes2 lari dari rumah, kes zina, kes buang anak, kes lari ikut kekasih dsb.

Konflik ni biasanya berlaku disebabkan pertentangan 2 zaman.. 1 nak masuk ke zaman tua, 1 lagi baru nak masuk ke zaman remaja / dewasa. Masing2 rasa masing2 betul.. yg anak dok rasa dia betul sbb kononnya dia dah dewasa, dah matang dan gantang, boleh berfikir sendiri dsb.. sedangkan ibu bapa juga rasa diri mereka betul sebab mereka dah banyak pengalaman dan lebih dulu makan nasik. Sedangkan hakikatnya, belum tentu yg muda itu mentah (tak tahu apa2) dan belum tentu yang tua itu banyak santannya (ilmu pengetahuan).

Memang menyedihkan bila ahli keluarga kita sendiri tak taat perintah Allah terutama dalam perkara2 fardhu ain (yang menjadi kewajipan setiap individu untuk menunaikannya). Terutama bila kita sendiri ada kesedaran agama (kalau takde kesedaran agama, mungkin kita tak kisah pun ahli keluarga solat ke tak solat ke). Atas kesedihan itulah, maka kita akan selalu berusaha menggunakan apa juga cara supaya beliau berubah.. dan tak putus2 berdoa semoga Allah memberikan hidayah serta melembutkan hatinya.

Bab selepas 40 tahun, kalau tak berubah, hatinya tertutup ke arah kebaikan, maka kata2 itu tiada asasnya dalam agama.. walaupun ada hadis yang menyatakan tentang perkara ini :

من أتي عليه أربعون سنة فلم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka.

Ibn Al-Jauzi rahimahullah menyatakan bahawa hadis ini tidak sahih (لا يصح). Maka, tidaklah ia boleh digunakan untuk menegakkan hujjah dengan mengatakan bahawa umur 40 tahun itu adalah umur penamat untuk menentukan seseorang itu bakal menjadi ahli syurga atau ahli neraka. Akibat salah faham, maka kita selalunya melihat orang2 tua (yg melepasi umur 40 tahun) sebagai tiada harapan untuk berubah ke arah kebaikan, sedangkan hakikatnya hidayah Allah itu tak mengenal usia. Berapa ramai orang2 yang dah pencen, telah kembali mendekatkan diri kepada Allah (walaupun dah berumur 60 tahun lebih).. Jadi, usia 40 tahun itu bukan penentu hidayah.. selagi seseorang itu belum sampai nyawanya ke halkum (nazak), maka selagi itulah peluang untuknya berubah masih terbuka luas.

Walaupun umur ayah saudari nak cecah 60 tahun, saudari sepatutnya bersangka baik dengan Allah dan tak putus harap dengan rahmat Allah. Itu sajalah yang mampu saudari lakukan yang mana memberi manfaat kepada ibu bapa.. iaitu dengan menjadi anak yang soleh dan mendoakan hidayah serta keampunan terhadap ibu bapanya.

Setiap daripada kita ni tak tahu bagaimana penamat kehidupan kita.. adakah kita mati dalam keadaan Islam, ataupun hidup saja sebagai Islam, tapi mati sebagai kafir dsb, hanya Allah saja yang mengetahuinya. Tenangkanlah hati saudari dengan melihat segala kebaikan ayah dan teruskan berdoa setiap masa supaya ayah berubah. Soal macam mana dia nak jadi wali ke, muka dia keruh dan takde cahaya ke, itu bukan kerja saudari untuk menilainya. Buruk macam mana pun rupa ayah kita, itu tetap ayah kita. Walau hensem dan bercahaya pun muka ayah orang lain, itu tetap ayah orang lain.. terimalah keadaan ini seadanya, insyaAllah, hati kita akan tenang dan redha.

Berkenaan dengan doa, maka sebaik2 doa adalah doa yg kita minta daripada hati yg tulus.. bukan semata2 menghafal doa dalam bahasa arab, tapi kita tak faham makna. Seumpama burung kakak tua yang bercakap, tapi tak faham apa yang dicakapkan.. ataupun seumpama orang yang mengigau dan bercakap dalam tidurnya. Doa saja dalam Bahasa Melayu dan mintalah apa2 saja yang kita nak daripada Allah.. Allah Maha Mengetahui permintaan hambaNya.

Cuma kalau boleh Ustaz Love cadangkan doa yang terbaik (daripada al-Quran), maka bolehlah cuba mengamalkan doa ini selain daripada doa رب اغفرلي ولوالدي daripada surah al-Ahqaf ayat 15 :

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)“.

Banyakkan berdoa kepada Allah terutama pada waktu2 mustajab doa seperti pada waktu sahur, sebelum masuk Maghrib, semasa tahajjud dsb.. juga ketika selesai melakukan apa juga ibadah seperti lepas berzikir, lepas membaca al-Quran dsb, jangan lupa berdoa untuk ayah.. dan lakukanlah ikhtiar dengan cara paling berhikmah, jangan sampai menyinggung hati orang tua. Kata seorang Maulana (ulamak India yang Ustaz Love pernah dengar ceramahnya), kalau seorang anak nak berdakwah kepada ibu bapanya, maka dakwahlah dengan akhlak, dan bukannya menjadi mufti menyatakan itu haram, ini wajib dsb. Tunjukkanlah akhlak yang baik kepada ayah, insyaAllah, ia lebih memudahkan matlamat dakwah.

Dengan akhlak yang baik juga, akan menjadi contoh kepada adik2 yang lain.. bukan semata2 dakwah lisan saja, tapi kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik, macam mana adik2 nak ikut. Usaha dakwah ini bukan untuk sehari dua je, tapi untuk dibawa sampai ke akhirat.. sbb itu, kita tak boleh mengharapkan hasil itu sekelip mata saja.. tapi, percayalah, setiap dakwah yg kita lakukan, insyaAllah, akan ada hasilnya. Cuma mungkin saja mata zahir kita ini tak mampu nak melihatnya.. Umpama kita menambahkan sekilo garam dalam lautan.. walaupun kita tak dapat memastikan air bertambah masin ke tak, namun yang pastinya telah bertambah sekilo garam kemasinan dalam air laut itu.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan hidayah kepada kita dan mereka dan memasukkan kita semua di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum,ustaz .Bagaimana jika seseorang itu mengetahui ayahnya bermain judi,dia takut untuk memberitahu maknya yang ayah bermain judi kerana takut ibu bapanya becerai.Dia takut untuk menasihati ayahnya kerana takut dimarahi.Apakah harus dia lakukan???

    1. Waalaikumussalam Aina..

      Tak perlu takut menyatakan kebenaran.. dan jangan takut menerima realiti akibat kebenaran.. bukan kita yg menentukan natijahnya (keputusan sesuatu perbuatan).. kita cuma bertanggungjawab melakukan amar makruf nahi munkar.. natijahnya, serahkan saja pada Allah.. kemungkinan hasilnya tak seburuk yg kita sangkakan. Apa pun, mohonlah petunjuk daripada Allah agar diberikan panduan cara mana yang terbaik untuk menyelesaikannya 😉

  2. Assalamualaikum ustaz,
    Saya ada masalah yang sama dengan saudari ni, tapi masalah saya sekarang, saya tidak lagi berdoa supaya ibu bapa saya berubah. Atas apa yang mereka lakukan pada kami sejak kecil, saya mula hilang rasa sayang pada mereka. Nasihatkan saya ustaz, saya tahu berdosa berperasan begitu.

    1. Waalaikumussalam..

      Segala yg saudari lakukan, akan kembali kepada saudari sendiri.. saudari doakan kebaikan untuk ibu bapa, maka kebaikan itu juga yg saudari akan dapat.. saudari doakan keampunan untuk ibu bapa, maka saudari juga akan dapat keampunan..

      tak rugi pun berdoa.. bukannya nak kena keluarkan modal.. sekurang2nya dengan berterusan berdoa untuk ibu bapa itu menunjukkan yg kita tak berputus asa dengan rahmat Allah.. mungkin juga suatu hari nanti, kita akan memerlukan doa ibu bapa.. atau kita memerlukan doa anak2 untuk kebaikan kita.. bak kata pepatah “what u give, u get back”..

      WA

  3. Assalamualaikum, ustaz
    macam mana nak nasihatkan seorang ayah yang suka bermain judi dan suka sangat mencuri??? ayah sering mencuri duit kami sekeluarga.. mcam mana saya nak tegur?? kalau tegr nanti dia jadi ego.. lepas tu, dia selalu balik lewat malam.. 2 – 3 pagi baru nk balik.
    tolong bantu masalah saya

  4. salam ustaz. maaf bertanya lari dari topik, cuma saya musykit tentang waktu sahur yg sepatutnya. saya try cari di web tapi tak jumpa. soalan saya, betul ke waktu sahur adalah lebih kurang jam 4 pagi hingga belum imsak? sebelumnya dikira tidak bersahur? lagi satu, ustaz ada fb/twitter?

    1. waktu bersahur yg paling afdhal adalah beberapa minit sebelum masuk waktu imsak (tapi masih boleh makan sehinggalah sebelum masuk waktu Subuh). Jika makan pukul 1 pagi pun masih dikira bersahur, tetapi bukan pada waktu yg afdhal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme