I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Riak Pun Dapat Pahala?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Muhammad Iqbal :

Saya ada soalan. Baru-baru ni, saya ada mendengar bahawa berselawat dalam keadaan riya’, sum’ah, menunjuk-nunjuk dan sebagainya juga mendapat pahala daripada Allah, insyaAllah. Betul ka?

Agak susah juga Ustaz Love nak pastikan, sebab sumbernya tidak dinyatakan. Mungkin juga ada diceritakan dalam kitab tertentu oleh ustaz tertentu. Namun, setakat pengetahuan Ustaz Love, apa juga amalan yang dilakukan kerana riak (menunjuk2 kepada manusia untuk mendapat pujian), maka ia bertentangan dengan konsep ikhlas (iaitu melakukan sesuatu amalan kerana Allah dan meninggalkan sesuatu perbuatan juga kerana Allah).

Ustaz Love sendiri tak pasti apakah yang dimaksudkan dengan selawat dalam keadaan riak itu sebenarnya.. adakah ia dimaksudkan dengan selawat secara jahr (nyata / kuat) seperti dalam program marhaban yang biasanya diakhiri dengan selawat atau yang jenis macam mana.

Kalau dimaksudkan dengan selawat yang dilakukan secara jahr, maka ia tertakluk pada beberapa perkara. Sebagai contoh, selawat dalam tahiyyat akhir, tidak disunatkan membacanya dengan kuat.. Kalau dibaca secara kuat maka hukumnya makruh, bahkan boleh menjadi haram sekiranya mengganggu jemaah yg lain.

Namun, persoalan di atas bukanlah persoalan hukum, sebaliknya adalah selawat itu mendatangkan pahala sekalipun dilakukan dengan niat riak?

Sebagaimana kita sedia maklum, selawat itu sendiri adalah merupakan sebahagian daripada ibadah.. ia dinyatakan secara jelas dalam al-Quran dan hadis. Cuma bab pelaksanaan itu (sama ada dilakukan dalam majlis, secara individu, berjemaah, isu2 bid’ah dsb) itu Ustaz Love tak nak ulas dalam entry ini. Yang penting ianya memang ibadah.. berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan Ahlul Bayt memberikan pahala dan sebagai tanda kecintaan kepada Nabi s.a.w. dan keluarga Baginda.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzab : 56)

Dalam hadis daripada Abu Hurairah r.anhu, Nabi s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat” (HR. Muslim)

Walaupun di dalam ayat al-Quran serta hadis di atas tidak dinyatakan sama ada selawat yg ikhlas, atau selawat dengan riak, namun kita memahami setiap amalan itu perlu dilakukan dengan ikhlas sekiranya ingin mendapatkan ganjaran dan diterima oleh Allah sebagai ibadah.

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.” (az-Zumar : 2)

Dalam hadis, Nabi s.a.w. menyatakan :

إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان خالصا

Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali apa yang padanya ada keikhlasan” (Hadis ini isnadnya sahih menurut al-Hafiz al-Munziri)

Sedangkan amalan yg paling utama iaitu jihad fi sabilillah pun ditolak jika tak ikhlas (sedangkan dah mengorbankan nyawa), apatah lagi amalan2 lain. Jadi, jelaslah keikhlasan itu penting bagi mereka yg melakukan amalan itu.

Cuma dari sudut logiknya, jika kita tak ikhlas atau ikhlas sekalipun, ia tak memberi kesan kepada penerima amalan itu (dalam kes selawat ini, kita berselawat kepada Nabi s.a.w.. sedangkan kalau kita tak selawat kepada Baginda sekalipun, darjat Baginda takkan turun di sisi Allah).. kita sendiri sebenarnya yg memerlukan amalan itu. Sebagai contoh yg mudah, kita memberi sedekah kepada fakir miskin, fakir miskin akan dapat manfaat sedekah itu walaupun kita ikhlas ke tak ikhlas ke, tapi kita sendiri la yang rugi kerana sedekah dah bagi, tapi tak dapat apa2 pahala sbb kita riak (tak ikhlas). Jadi, selawat kita kepada Nabi s.a.w. itu sebenarnya akan memberi manfaat kepada diri sendiri.

Berbalik kepada persoalan di atas, Ustaz Love secara peribadi tak bersetuju yang amalan selawat dalam keadaan riak itu memberikan pahala. Kenyataan itu jelas bertentangan dengan dalil al-Quran dan Hadis yang menyatakan akan kepentingan ikhlas dalam amalan dan menjauhkan perbuatan riak.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. “Buatlh apa saja kbaikan sjak sblum fajar hingga trbenam matahari..ikhlas atau tidak, jgn diperkirakan dlu. Jgn kita ukur ksempurnaan di garis prmulaan amal. – Beramallah wlau hati trganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yg menanti masa utk mnyusup..! sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme