I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : MLM Prepaid

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada SAFWAN :

Assalamualaikum UL (chewah) bagaimana pulak macam ini yer? ini berkaitan topup. ada satu syarkt mnwarkan promosi bayaran ahli murah untuk jadi egen bisnis topup.Dan ada prngkatnya jika contoh sya jadi General Manager atas sekali la kelebihan ini ialah % jual topup lagi tggi dri packge Manager atau lain2.Antara kelebihan General Manager ialah saya boleh mndftar agen dibawah sya jika sya genaral manager sya boleh daftar manager, asstin manager hgga bawah sekali.Dan sya boleh tntukan sndri harga yuran perlu setiap pangkat yang nak join boleh kah mcm tu? dan kiranya dy jadi bawah sya dan sya akan dapat komesyen dari agen yang menjual sedikit dri jualan agen. contoh dapat 2.00% dari jualan agen,jika agen jual 6000 ~~ 2.00% darpda 6000 ialah RM120? bolehkah mcm tu?

Persoalan ni sebenarnya dah settle dah. Cuma, Ustaz Love merasakan adalah lebih baik sekiranya Ustaz Love buatkan dalam bentuk entry supaya jika ada manfaatnya, maka dapat dikongsi dan disebar2kan.

Ustaz Love nak ulas tentang perniagaan prepaid yang menggunakan sistem MLM, dan tidak berhajat nak mengulas percentage pembahagian keuntungan, pakej Manager ke, pakej GM ke, CEO dsb. Sbb konsepnya lebih kurang sama je, yg beza cuma nama syarikat penganjur dan nama pakej2nya.

Asal sesuatu adalah harus.. ini termasuklah perniagaan, hukum asalnya adalah harus. Sehinggalah datang dalil atau sebab2 tertentu yg mengubah hukum itu menjadi wajib, sunat, makruh dan haram. Jadi, meletakkan awal2 perniagaan MLM di tempat haram adalah tidak tepat dengan asasnya, kerana MLM itu juga satu perniagaan yg sah dan diiktiraf oleh undang2. Cuma, bila dah berubah kaedah perniagaan yg dilakukan sehingga melanggar batasan yg ditetapkan syarak, maka berubahlah juga hukumnya kepada haram.

Berkenaan MLM Prepaid ni, ia bukanlah satu perniagaan yg baru 2 3 tahun bertapak, tapi dah agak lama berada dalam pasaran. Ustaz Love sendiri pernah menyertainya suatu ketika dulu. Bermula dengan guna manual kertas (nak tau cara2 nak jual top-up) sehinggalah ia semakin canggih dengan sistem2 terkini yang boleh dilakukan melalui website. Tapi, disebabkan kemajuan teknologi, agak susah nak melakukan jualan prepaid ni, sbb internet banking pun boleh beli top-up secara online, kat 7Eleven pun ada, kat stesen minyak pun ada.. jadi, peluang nak jual top-up dalam jumlah yg besar tu agak terhad (sbb kalau nak beli drp internet banking, minimum top-up RM10 rasanya).. jadi, para penjual top-up secara online atau yg join MLM Prepaid ni mungkin sekadar boleh jual top-up yg nilainya lebih rendah iaitu RM5 dan RM3. Margin untung pun agak rendah, kena jual banyak2 baru boleh untung lebih sikit.

Jadi, cara mudah untuk dapatkan pendapatan yg banyak dalam masa yg singkat (atau tak perlu tebalkan muka jual top-up) adalah dengan cara mencari downline. Sbb bila cari downline ni, cakap kita akan jadi ribu2, bukan ringgit2 lagi.. bila cakap ribu2, nampak la hebat sikit.. takde la rasa malu sangat berbanding nak jual top-up yg harga ringgit2 je tu..

Kita pun akan bukak la file, tunjuk marketing plan, tunjuk untung, tunjuk cek komisen dsb dengan tujuan untuk mempengaruhi prospek menjadi downline kita.. maka, ketika inilah hukum MLM itu telah berubah daripada harus kepada syubhah dan haram. Ini kerana, pada ketika ini, perniagaan tidak lagi berasaskan penjualan produk (prepaid top-up) sebaliknya fokus hanya pada mencari downline dan mendapat pendapatan daripada yuran downline.

Pelan pemasaran yang ditawarkan biasanya dikaburi dengan keuntungan yang belum lagi jelas.. tapi dinyatakan bahawa kalau kita melabur sekian2 akan dapat keuntungan sekian2 (contohnya amik pakej CEO, bayar yuran RM1000, maka untung dapat RM250 setiap bulan). Maka, kita pun kelabu mata tengok pada keuntungan itu, sedangkan hakikatnya ia bertentangan dengan asas2 muamalah Islam (sebarang perniagaan atau pelaburan yang ditetapkan keuntungan tetap daripada jumlah modal, maka ianya adalah riba).

Memang susah nak jual prepaid ni (kecuali bagi yg ada kedai henfon, kedai runcit dsb). Kalau setakat nak buat bisnes sampingan, maka takde masalah nak mencuba (mungkin ada rezeki kat situ). Cuma yang takutnya, kita dah gunakan semua simpanan untuk join MLM ni, kemudian bila tak dapat jual barang, kita pulak terpaksa ikat perut.. itu belum masuk yg buat loan sbb nak join MLM ni.. barang tak laku (sbb biasanya barang2 MLM ni dijual dengan harga yg jauh lebih mahal drp harga pasaran), tiap2 bulan nak kena bayar installment.. akhirnya, terpaksa mengubah strategi daripada menjual produk, kepada mencari downline. Bila company MLM tutup bisnes, kita pulak hilang kawan2 dan bergaduh dgn sedara mara yg join jadi downline kita, sebab modal hangus macam tu je.

Oleh itu, kalau ada orang yang tanya ok ke tak ok bisnes prepaid ni, Ustaz Love cuma akan cadangkan cari bisnes yang lain. Apa2 je bisnes yg takde kaitan dengan MLM. Ustaz Love bukan anti-MLM, tapi Ustaz Love cuma tak nak tersalah bagi panduan. Ingat betul2 dalam kepala, kalau nak berniaga, kena ada penjual, pembeli dan aktiviti jual beli produk. Jangan fikir yg selain daripada itu (nak dapatkan komisen jualan orang lain ke, nak dapatkan untung tanpa jual produk ke dsb).. πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. xabis2 lg ke MLM nih…ade ke lg org yg percaya ngan MLM…pelik kan…sume org nk jadik kaya…tp nk cara senang…harta bukan boleh bawak mati pon….sederhana tu kn lg bagus…

    1. belladiea….MLM xsalah cuma org dlm MLM tu salah…mksdnye,,MLM sebuah perniagaan jgk.cma kdg2 org2 dlm MLM ble dh dikaburi dgn wang.ia nye akn bersifat rakus dan mula,xikhlas@jujur.bg sy MLM byk membantu menigkatkan ekonomi umt islam jgkk.tp,bergantung kpd MLM tu sndiri..skrng ada byk jenis MLM.bezanye hanya MLM TU HALAL ATAU HARAM..antara yg halal yg sy knl pasti diMLAYSIA nie sdh byk.cntohnye HPA,STOMREADER,SCOREA…jadi..xsemua MLM tu hram dan xbaik.semuanye atas usaha sndiri.konsepnye lbih krg.kite beli sumtin.dan sumtin tu elok,kite perknl kpd org.dsn org tu pun berminat..drpd situ kite dpt komisyen…dan berkenaan dgn syariah byk lg…

      sekadar perkongsian~~harap blh diterima

      1. disebabkan terlalu meluasnya ‘salah’ peniaga2 MLM inilah, maka kena lebih berhati2 apabila terlibat dgn perniagaan jenis ini.. terutama bagi perniagaan2 baru yg menawarkan ‘tempat terawal’.. maka, awal2 lagi tujuannya dah lari πŸ˜‰

        1. means siasat @ kaji @teliti btol2 sblom memulakan perniagaan ini..sy adalah slh seorg ahli MLM,..dunia MLM adalah sgt menarik…=)

          1. apa2 perniagaan pun kena kaji dan teliti betul2 sebelum memulakannya.. masalah yg biasa melanda bisnes MLM ni bukan pada awalnya, tapi bila dah lama berniaga.. kalau awal2 dulu sibuk jual produk, tapi bila dah lama2 dah tak rasa penting menjual produk, lalu ditumpukan pada mencari downline.. maka, ketika inilah yg menjadi masalah kepada mana2 pun MLM πŸ˜‰

  2. Ini pandangan saya… Kebanyakkan kedai telefon (termasuk kedai telefon saya) sekarang mengunakan sistem e-reload utk berniaga top up kerana margin keuntungan e-reload lebih besar berbanding menjual reload kad.

    Dan majoriti sistem e-reload sekarang adalah berbentuk dua cabang iaitu agent boleh menjual produk (ereload) dengan keuntungan yang tinggi dan juga agent boleh mencari downline.

    Kedai2 topup berminat mencari company yang menawarkan margin keuntungan yang tinggi dalam menjual ereload. Mereka tidak berminat untuk taja downline lain. Sbb apabila mereka taja downline lain mereka sudah kehilangan seorang customer.

    Jadi pandangan saya…

    Jika saudara join MLM prepaid dan berniat nak cari keuntungan dengan cari orang lain sebagai downline. Baik anda lupakan sebab ia buat orang tak suka dengan anda.

    Tapi jika anda join MLM prepaid dan tujuan utama adalah memang nak dapat untung besar dengan jual prepaid. Bagus lah anda join bisnes ini sebab ia adalah bisnes yang bagus. Yg penting cari company yang menawarkan margin keuntungan yang tinggi. Downline tak payah cari… Klu ada orang minat nk join… kira Alhamdulillah… Sbb orang itu pun sememangnya berniat untuk membuka kedai top up seperti anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme