I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Membuka Aib Bekas Kekasih Kerana Tekanan

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada serabut :

assalamualaikum ustaz, saya ad soalan. sy penah terlanjur dengan kekasih, dan dah bertaubat. saya sudah meninggalkan pekara tersebut. saya dan kekasih berpisah kerana ingin sama2 bertaubat. masalahnya sekarang, saya ingin bekas kekasih mengahwini saya. namun bekas kekasih bertunang setelah berpisah dgn saya dan menyuruh saya melupakannya serta bersabar dengan dugaan ini. saya pula tidak dapat menerima tindakan bekas kekasih yg terburu2 akan berkahwin. saya merasa tertekan dengan keadaan ini dan bertindak menganggu hubungan mereka dengan mengaibkan bekas kekasih saya tentang ketelanjuran saya. saya rasa berdosa kerana saya telah bertaubat namun masih lagi membuka aib orang. namun setiap kali saya tertekan saya terus2 menggangu hubungan mereka. apa yg patut saya lakukan ustaz. saya ingin berkahwin, malangnya tiada siapa yang sudi berkahwin dengan saya, tambahan pula saya merasa rendah diri dengan keadaan diri saya. saya seperti putus harapan ustaz. salahkan saya berusaha untuk dijodohkan dengan bekas kekasih walaupun caranya membuka aib kami berdua?

ustaz saya tak boleh kawal emosi saya. sy dah pun membuka aib kami kepada keluarganya. sy sampaikan melalui facebook. setiap hari sy buka blog ustaz dgn harapan ada entry pasal pekara ni. sy terlalu sedih ustaz. sy juga membuka aib kami kepada rkan2 tunang bekas kekasih. bekas kekasih meminta sy menghentikan perbuatan saya, namun saya nekad. saya juga bersumpah akan menggangu mereka sekiranya mereka akan berkahwin nanti

Pertamanya Ustaz Love ingin memohon maaf kerana lambat menjawab persoalan saudari.. Ustaz Love tak sangka sampai macam tu sekali saudari mengharapkan entry pasal perkara ni.. Walaupun sebenarnya pertanyaan saudari ni agak urgent, tapi jika saudari rajin explore entry dalam blog Ustaz Love ni, insyaAllah saudari akan menjumpai betapa banyaknya entry berkaitan kes zina dan terlanjur ni.

Seingat Ustaz Love, sebelum ni Ustaz Love ada buat satu entry berkaitan kes ugutan buka aib ni juga.. tapi lelaki yg tension sbb bekas teman wanita nak buka aibnya.. kebetulan pula saudari pula mempunyai masalah tekanan yg terlampau sehingga bertindak membuka aib bekas teman lelaki. Kira dua sudut yg berbeza la ni.

Ustaz Love ada bertanyakan kepada saudari, apakah hasilnya yang saudari dapat bila membuka aib teman lelaki itu kepada keluarga beliau? Tapi saudari tak balas pun pertanyaan Ustaz Love. Sebab Ustaz Love pun nak tahu juga sejauh mana ‘kejayaan’ yg saudari capai bila mengikut perasaan ni. Adakah teman lelaki itu kembali jatuh cinta kepada saudari, ataupun semakin membenci saudari?

Sebab itulah dalam apa2 juga tindakan, sangat memerlukan pemikiran yg waras.. manusia boleh hilang kewarasan (walaupun mereka bukan drp pesakit mental) bila mempunyai perasaan yang melampau.. terlampau gembira sampai melompat2 macam monyet (itu juga nampak mcm tak waras pada orang lain), terlalu sedih sampai histeria, terlalu marah sampai berasap lobang hidung (yg ni imaginasi Ustaz Love je.. kihkih), terlampau takut sampai langsung tak berani nak keluar rumah dsb.. sikap2 terlampau sebegini boleh menghilangkan kewarasan akal untuk berfikir. Bila tak boleh nak berfikir, kita akan buat apa yang kita rasa nak buat.. tak peduli dah buruk baik natijahnya.. yang penting, perasaan kita dipenuhi.

Bagi seorang yang dalam kesedihan, tiadalah tempat yang lebih layak untuk beliau menumpahkan air mata darahnya kecuali di atas tikar sejadah.. Hamburkan segala perasaan kita dan mengadu pada Allah.. Allah pasti akan mendengar segala aduan hambaNya. Bila dah menangis, maka perasaan akan menjadi reda (walaupun mungkin sekejap je). Masa tengah reda ni la baru berfikir, apa yang sepatutnya dilakukan. Sebab bila kesedihan atau kemarahan dah reda, akal fikiran akan kembali berfungsi untuk mencari jalan penyelesaian.

Namun, ada di kalangan wanita yang terlalu mengikutkan perasaan.. waktu tengah2 marah tu la dia nak bercakap, nak bertindak dsb.. akhirnya, keluarlah perkataan2 dan tindakan2 yang bakal disesali oleh beliau mungkin untuk seumur hidupnya.

Bila saudari membuka aib bekas teman lelaki itu, tidak lain dan tidak bukan, sebenarnya saudari telah membuka aib sendiri. Orang biasanya tak nampak lelaki itu sebagai rendah martabat (walaupun berkali2 hilang teruna sebelum bernikah secara sah), tetapi bagi wanita yang kehilangan dara disebabkan berzina, maka sampai dah beranak pinak esok pun orang akan mengungkit2 lagi.. Ini tidak adil (seperti kata S. Kadarisman), namun itulah hakikatnya pandangan masyarakat kita.

Saudari kata saudari nak kawin, tapi takde siapa yang nak.. agak2, bila saudari buka aib ni (aib zina), makin luas ke prospek perkahwinan saudari? Ataupun orang makin pandang rendah pada saudari? Bagaimana pula dengan penerimaan ibu bapa dan keluarga saudari sendiri? Mereka tak kisah ke kalau kisah perzinaan anak perempuan mereka diketahui umum?

Banyak pihak saudari nak kena fikir.. jangan terlalu fikirkan diri sendiri.. fikirkan juga maruah keluarga saudari..

Perkara yang dah berlaku itu, biarkanlah berlalu. Tak guna saudari menagih simpati pada orang yang tak sudi.. kelak saudari juga yang makan hati lalu menggigit jari (cewahh).

Bila bekas teman lelaki itu bertindak sebegitu, itu petanda bahawa dia dah tak sukakan saudari.. Saudari jangan mengikat sebuah perhubungan atas dasar kesian, terpaksa dsb.. Nanti (kalau ditakdirkan ada jodoh saudari) lepas kahwin, mungkin semua rasa kesian, terpaksa, takut dsb itu hilang.. yang timbul adalah dendam.. maka akan jadilah rumahtangga yang saudari impikan sebagai sebuah mahligai bahagia itu berubah menjadi seperti lubang neraka.

Saudari dan bekas teman lelaki berpisah kerana nak bertaubat.. jadi, saudari teruskan saja taubat saudari itu. Orang yang telah bertaubat, akan menyimpan kemas2 aibnya di dalam lipatan kenangan.. bukannya menyebarkannya tak kira la atas apa juga alasan.. Bila Allah dah tutup aib kita, kenapa kita sendiri sibuk2 nak membongkarkannya?

Alangkah baiknya jika saudari bulatkan keazaman (yg asalnya berazam nak mengganggu pasangan itu) kepada mengubah azam itu untuk memperbaiki diri sendiri. Bertaubat dengan taubat nasuha bersungguh2.. banyakkan ibadah.. banyakkan bersedekah dsb, insyaAllah, Allah akan hantar lelaki yg baik untuk menjadi pembimbing (suami) saudari.

Nasihat Ustaz Love, saudari hubungi bekas teman lelaki itu, tunangnya dan keluarganya, minta maaf pada mereka kerana bertindak keterlaluan.. dan saudari maafkanlah segala kesalahan bekas teman lelaki itu.. ingatlah kata2 Aishah : “Kemaafan Dendam Yang Terindah” (ini Aisyah penyanyi tu.. kihkih).. kemudian, saudari teruskan proses islah (memperbaiki) diri.. insyaAllah, saudari akan mendapat ketenangan hidup dan tidak lagi menagih cinta seorang lelaki semata2 untuk tujuan nafsu, sebaliknya semata2 kerana Allah s.w.t.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik buat saudari dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
  1. memang kesian dgn pihak perempuan…tapi nafsu tak parallel dgn cinta….so masa bersedap2 tu hanya nafsu, bukan atas dasar nak kawin or jdkan perempuan tu isteri yg sah pun…

      1. memang kesian.. sbb itulah kena jaga diri betul2.. jangan terjebak dengan pergaulan bebas.. kelak, pelbagai masalah akan timbul.. agak susah nak merawatnya..

        mencegah itu lebih baik drp mengubati..

  2. Assalamualaikum,ustaz, maaf lari topic..ader pertanyaan.. mohon pandangan:

    “apakah hukum seorang penyanyi memberi derma kepada rumah anak yatim dan rumah anak yatim itu mengambil derma itu..”

    terima kasih..

  3. assalammualaikum..maaf lari tajuk..

    mhon bantuan ustaz.. seorg shbt ada brtanya:
    1. apakah yg hrus dlakukan ke atas tlkung, kain & sjdah yg ada bulu kucing?
    2.apakh yg hrus dlkukan apabla ktka solat dn kucing itu bdri dhadapan (tmpat sjud)?
    3.apa yg hrus dlakukn apbla mhu solat ttapi bkas njis anak kcil hny dilap (xmngikut syarat yg ptt utk mbrsihkn njis)?
    soaln sbnr adakh solat tika itu sah mnurut tiga situasi di ats. trm ksh atas respon smua. sbrg pndpt amt dhargai.

    1. waalaikumussalam…

      1. bulu kucing itu perlu dibuang.. tetapi jika susah nak buang (sbb bulu kucing tu halus dan melekat), maka dimaafkan (termasuk dlm perkara umum al-balwa).

      2. ketika nak turun sujud, tolak atau alihkan kucing itu.

      3. bekas najis tu di mana? kalau di telekung, maka solat itu tak sah dilakukan dengan memakai telekung yg bernajis.. kalau di sejadah, tiada masalah dengan syarat kawasan najis itu tak mengenai anggota / telekung ketika solat.

      WA

        1. takpe.. lepas bagi salam, terus gigit kepala dia balik.. buat mcm tu dalam 3x jumaat keliwon, dia takkan berani dah buat mcm tu.. kihkih πŸ˜€

          1. najis pada anggota dan pakaian itu menyebabkan solat terbatal.. sedangkan memegang najis tidak termasuk dalam perkara yg membatalkan wuduk (kalau terkeluar najis baru batal wuduk) πŸ˜‰

  4. jauhkn la bende2 mcm nih…sy pon bkn alim nau…sblm sah kawen xyah la nk manja2 sgt…laki bkn pk mcm org pmpn pk…dorg pk lebih2 jek…hohoho

    1. tak tunggu nak alim baru boleh jauhi perkara ni.. yg lebih penting adalah kesedaran.. lelaki umpama kucing yg menunggu di luar balang ikan, manakala wanita ibarat ikan yang berangan2 nak keluar drp balang dan menghirup udara yg segar bersama sang kucing πŸ˜€

  5. yg lpas biar lah lpas.kawin dgn dia pun dara tu xdpt blik.yg pnting taubat nasuha.Insyaallah akn smpai masa nye nnti kawin gak.dgn sape wallahhuaklam bisawab.la tahzan.bdoa lah byak2

  6. salam ustaz..saya mohon pertolongan ustaz..saya hamba Allah yg hina..yg penuh dgn dosa..Ustaz,saya sering melakukan onani..tp saya x memasukkan apa2 ke dlm faraj..saya cuma menggesel kedua2 paha..dan apabila saya melakukan tersebut kdng kala ada darah yg mengalir..sejak drp itu saya tlh tidak berbuat demikian..dan saya juga membaca bahawa hukum onani itu haram..skrng ni saya sering melakukan solat sunat taubat..tp masalahnya saya takut apabila berkahwin saya dituduh perempuan yg tidak suci..sedangkan saya tidak pernah berzina ustaz..saya hnya melakukan onani..tolong saya ustaz..apa yg perlu saya lakukan..

    1. jangan risau.. dosa saudari semasa sunyi diri, siapa pun tak tahu kecuali diri saudari dan Allah.. bertaubatlah kepada Allah.. insyaAllah, Allah akan menerima taubat hambaNya. Jangan risau pasal dosa yg lalu.. apa yg penting, saudari jangan teruskan perbuatan tersebut sehingga melarat. Nafsu kalau dilayan, ia akan jadi semakin parah. Banyakkan amal ibadah serta doa dan jangan bersendirian.. masuk bilik hanya untuk tido je..

  7. senanglah bercakap yang menangung wanita jugak yang si jantan dah pandai berjanji nak nikah bagai sampai sama sama dah berzina tak bolehkah nikah jer dengan perempuan tu..lelaki tak bertangungjawab boleh lepas gitu jer yang nak merana wanita masa tak dapat pujuk rayu macam bersungguh nak nikah dah dapat guna dua tiga kali buang cam sampah..kalau dah berani rosakkan anak dara orang berani la tangung kalau betul dah bertaubat selesaikan lah masalah yang kau cipta wahai lelaki wanita nie memang akal pendek bila dah sayang macam lembu kena cucuk hidung…awk tu kaum lelaki sepatutnya bimbing wanita buka rosakkan..

  8. Assalamualaikum Ustaz,sye seorg ibu tunggal.ustaz sye dh pernah terlanjur dgn sorang lelaki yg berjanji utk mngahwini sye..Tp smpai skrg Masih tidak mengahwini sye atas bermcm alasan.Sye dh mula jatuhkan diri sye Dr kekasih sye sedekit demi sedikit.sye juga mempunyai ramai kenalan leaki yg bnyk menolong sye dlm segi kewangan.Baru2 Ni sye telah berkenalan dgn seorang lelaki yg mnyatakan hasrat utk berkwin dgn sye.Sye mnceritakan hubungan sye bersama bekas kekasih sye .Tp sye smbunyikan ketelanjuran sye sbb sye rse tak perlu sye buka aib sye kpada seorang lelaki yg Bru hadir dlm hidup sye.Tp lelaki ni pun yelah meniduri sye dn berjanji utk berkahwin dgn sye.Skrg ustaz dia cri smua crita kisah silam sye Dan mempersoalkan know sye smbunyikan ketelanjuran sye.Dia buka smua aib sye dia godam HP sye Dan persoalkan sye.Dia lelaki yg rajin smbhyang ,ckp bab agama nom Stu.Dia beritahu smua yg dia buat sbb dia sayang saya sbb tu dia cri smua kesalahan saya.Adakah perlu sye crita smua kisah silam sye kpada seorang lelaki yg ingin mengahwini saya.

    1. Hati2 lah. Awak dah kenapa senang sgt nak bagi maruah kat lelaki. Lelaki ni kebanyakkannya nak sedap je. Lebih2 lagi dgn ibu tunggal. Dah dapat mcm2 alasan tak nak kawin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme