I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kawan Menjadi Idola Buruk

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada JG :

Ustaz, saya ada masalah la ustaz. Saya dah cuba muhasabah diri saya, beristighfar, tapi sekejap je saya ok pastu saya k.o balik.

Saya bermasalah dgn kawan saya. Sampai rakan2 lain perasan dan mula menyindir saya. Alhamdulillah ada bagus gak sindiran tu sbb telah membuka mata saya yg selama ni saya tidak nampak (x perasan).

Kawan saya ni baik org nye ustad, yg tak baik nya dia ni mudah terpengaruh dgn perbuatan saya. Dulu time saya tak perasan tu saya sokong je bila dia nak ikut apa saja aktiviti saya or perbuatan saya.

TAPI sejak kena sindir, ibarat mcm baru kena tamparan baru lah saya flash back balik dan apa yg disindirkan oleh kawan2 saya tu benar belaka.

Rakan2 menyindir sy dgn mengatakan, apa saja yg sy buat pasti kwn sy itu akan ikut. Sy ni ibarat idola dia la konon nye. Itu yg disindirkan oleh rakan2 sy.

Sejak tu saya mula jarakkan diri sy dgn kwn sy ni, maksud nya kalo dia ajak sy ke mana2 ke sy akan bg alasan, kecuali kalo ada rakan2 lain yg join baru sy join.

Rakan2 sy kata kwn sy ni byk habiskan duit sbb ikut perangai sy yg ‘boros’. ok sy ngaku itu.

Tapi bila sy dah mula jarakkan diri saya, makna tanak dia ikut penyakit sy ni dia still buat juga. Sampai ada satu hari dia marah sy sbb x bg tau dia dan dia terus memboroskan diri dia di depan mata sy sampai terngaga mulut sy time tu (serius ni).

Tu part yg buruk sy dia ikut part yg sy ajak kebaikan dia tak plak ikut ustad. kalo betul sy ni idola dia kan patut dia ikut la 100% aktiviti sy. Pernah rakan lain sound sy kerana tak bimbing or nasihat kawan sy ni. Sy lagi gak ke yg salah???

Sy dah ajak ke surau dia bg alasan period tak kan sy nak sport check period dia plak kan dia bukan budak2 lg. Sbb rakan2 sy tu kata tak kan la semenjang dia period. Betul gak tu tp sy nak ckp camne dah tu alasan dia bg pd saya tak kan la sy nak rotan dia plak.

Baru2 ni sy beli al-quran digital, tah mcm mana dia ternampak dan marah sy sbb tak bagi tau dia. Sbb dia nak beli gak kata nya.

Hati jahat sy jwb dlm hati “eleh ko tu semenjang period bila masa ko nk sentuh quran” <— time tu sy betul2 bengang ustad sbb tu terjwb mcm tu dlm hati tp depn dia sy senyum x jwb apa2.

Pagi td dia sms sy tanya lg pasal quran tu, ikut kan hati sy malas nk lyn tp istighfar balik dan mungkin ini masanya dia nak berubah kan so sy layan la dia cite pasal quran tu. TAPI bila dia ckp dia nak beli gak sy terus jd jahat balik ustad, terus sy x jwb sms dia dan sy ckp sy bz.

camne ni ustad sy rasa dlm hal ni sy yg bermasalah kot. susah nye nk jadi baik.

Serius Ustaz Love bagitau, ini antara entry yang agak susah Ustaz Love nak jawab.. dah agak lama soalan ni tersimpan dalam draft, tiap kali Ustaz Love cuba nak jawab, otak jadi blank.. kihkih.. adakah soalan ini berpenunggu? Sila jangan percaya..

Sebenarnya, Ustaz Love punya pengalaman yg hampir sama dengan pemilik soalan ini.. tapi jaman muda2 dulu la.. jaman tu Ustaz Love ni hot stuff.. kihkih.. dah macam makanan plak rasanya.. Ustaz Love jenis yang tak berapa suka nak ada kawan rapat.. sbb Ustaz Love takut suatu hari nanti, Ustaz Love akan diuji dalam persahabatan sehingga sahabat karib bertukar menjadi musuh ketat.. tapi Ustaz Love tak dapat nak elak bila ada orang nak kawan rapat2 dengan Ustaz Love.. kisah ini merujuk kepada kawan lelaki, bukan teman wanita tau..

Disebabkan tak sampai hati, maka Ustaz Love pun berkawan la dengan beliau.. sehinggalah suatu masa Ustaz Love rasa rimas bila setiap masa beliau ada dengan Ustaz Love.. nak gi makan pun dia ada, nak study pun dia lepak skali.. sehingga Ustaz Love bertindak menjauhkan diri dari beliau.. Ustaz Love tak sampai hati, tapi rasa rimas sangat sehingga terganggu aktiviti yang nak buat. Ustaz Love pakai jubah, dia pun nak pakai jubah.. Ustaz Love pakai janggut, dia pun nak pakai janggut.. dia siap cakap nak nampak hensem mcm Ustaz Love (Ustaz Love rasa dia ada ckp macam ni.. kihkih). Walaupun terpaksa, Ustaz Love berharap beliau memahami bahawa ada masanya kawan itu (tak kira la kawan rapat ke, BFF ke) perlu diberikan ruang dan masa untuk diri mereka sendiri. Bukan setiap masa kita nak ada di sisinya sehingga mengganggu rutin harian kawan itu.

Ada kaitan ke dengan soalan di atas? Takde kaitan sangat.. tapi Ustaz Love terpaksa ikut ‘jalan jauh’ sampai la terjumpa jalan sebenar.. kihkih.. harap maaf..

Berbalik pada persoalan saudari JG, salahkah menjadi baik? Sebenarnya takde salahnya menjadi baik, juga mungkin kalau terlalu baik, kita akan jadi serba-salah (ada jugak perkataan ‘salah’ tu). Persoalan kawan2 yang nak tiru segala perbuatan kita, asalkan kita tak menunjukkan (memberi panduan) jalan jahat atau mempengaruhinya dengan sengaja supaya mereka melakukan kejahatan yg kita buat, maka masing2 la tanggung dosa kejahatan itu. Jadi, tak sepatutnya jika member meniru perbuatan kita, kita pulak yang dipersalahkan. Itu dari sudut hukum dosa pahala.

Dari sudut lain, inilah hikmahnya kenapa kita kena sembunyikan segala aib atau keburukan kita.. ada orang kata, itu namanya hipokrit.. kat depan baik, kat belakang busuk.. tapi sebenarnya, itu adalah perintah agama.. segala aib hendaklah disembunyikan.. agar aib itu tidak menjadi ikutan kepada orang lain.. bayangkan, kalau setiap hari kita dihidangkan dengan berita2 seks, cara2 melakukan zina (melalui cerpen2 lucah), video2 zina dsb (walaupun niat asalnya nak mendatangkan kesedaran kepada masyarakat), akhirnya ia telah menjadi ‘pengajaran’ berguna buat anak2 muda mempraktikkan seks bebas. Dalam kaedah amar makruf nahi munkar juga, jika seorang itu melakukan maksiat secara berterangan, maka kaedah menegurnya juga adalah secara berterangan (supaya menjadi panduan kepada mereka2 yg melihatnya secara jelas). Jika maksiat itu dilakukan secara sembunyi, maka kaedah menegurnya juga adalah secara sembunyi2.. supaya ia dapat menjaga aib dan tidak terlibat dalam aktiviti menyebar aib sehingga maklumat itu disalahguna oleh pihak tak bertanggungjawab.

Jadi, kalau kita ada sisi negatif (setiap orang ada sisi negatif tersendiri yg dipanggil aib), maka janganlah zahirkannya di hadapan orang lain.. kalau korek hidung yg tak berapa nak aib itu pun kita malu nak melakukannya di hadapan orang lain, apatah lagi aib2 yang melibatkan dosa dan menjatuhkan maruah kita.

Ustaz Love teringat ada seorang member Ustaz Love dulu.. teringin betul nak main snooker (sbb dah lama tak main).. tapi, takut pulak mendatangkan fitnah, sebab beliau buat dakwah tabligh (sedangkan main snooker bukannya haram, kecuali kalau melibatkan pertaruhan). Mungkin bakal menjejaskan kerja dakwahnya. Dipendekkan cerita, beliau gi jugak main snooker.. tapi, beliau main snooker pakai helmet full face bagi melindungi wajahnya.. macam la orang tak kenal.. kihkih

Berbalik pada persoalan seterusnya, bila kawan nak buat baik, kita pulak terasa malas sangat nak tolong. Kita judge dia awal2 dengan pelbagai judgement. Pada pandangan Ustaz Love, ini ada kaitan dengan perasaan kita terhadap kawan itu.. tak pasti sama ada ianya perasaan benci, atau marah, atau geram dsb. Bila dah bengang dengan seseorang, dia buat jahat pun kita tak suka, dia buat baik pun kita mengata. Itu lumrah manusia.

Jadi bila kita dah jumpa penyakitnya, insyaAllah kita akan cuba mencari penawar yg bersesuaian. Kalau kita tahu punca sakit perut kita adalah disebabkan dah lama tak berak, maka kita akan memilih untuk makan julap berbanding makan panadol. Kita juga takkan memilih untuk menampal koyok (plaster berubat) kat perut tu..

Begitulah juga dalam hal ini.. puncanya (pada pandangan Ustaz Love) adalah disebabkan kita bengang dengan kawan tu.. maka, ubatnya adalah kita memaafkan segala kesalahannya dan menerima beliau seadanya.. insyaAllah, selepas penyakit hati kita dapat disembuhkan, maka interaksi kita akan menjadi konsisten dengan keinginan hati itu (paham ke apa Ustaz Love tulis ni? kihkih).

Kadang2 kita tak tahu amalan kita yg manakah yg akan diterima untuk menjadi asbab kita masuk ke syurga.. mungkin juga amalan2 kita yg kecik2.. mungkin juga dengan bantuan kita membelikan / memberikan maklumat tentang al-Quran itu, kemudian kawan itu terbuka hati untuk membeli dan membacanya sehinggalah beliau mati, ada kemungkinan pahalanya itu sampai kepada kita juga (disebabkan kita menjadi pembuka jalan kepadanya untuk beramal). Jadi, ikhlaskan niat kita kerana Allah.. insyaAllah, perkara seterusnya akan dimudahkan oleh Allah s.w.t.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz.. dh lm ld x berkunjung santai d sini..

    ustaz.. btllah kt ustaz tu.. bila kita dah benci kat seseorang.. semua die buat tu asyik x kene je.. mende yg baik kite lekehkan.. mende yg buruk kite hinekan.. pdhl x hine mane pun.. lady la tu ustaz.. kalau benci kat org mmg mcm tu lah jdnye walapun dalam hati jer.. kutuk ttp kutuk..

  2. assalamualaikum ustaz…
    saya mnglami masalah skarang ni…
    ntah nape smnjak dua mnjak ni…saya rse khilangan sangat2…
    saya x tau la nk kate ni cinta k ape…tp..
    gni…saya minat sorang ni…dia baik dan soleh sangat…sy x prnah pom brckap ngan dia…
    sy x tau la dia knal x sye tp ktorang prnah la stu kelas tutor…tapi tu pon smnggu skali…
    satu hari..sya dpat tau dia bleh smbung study kat tmpat laen…overseas…
    bayangkan ustaz.. saya menyimpan perasaan kat dia..kagum ngan dia…sya sedih sangat2…x tau nk cite camne..
    then satu malam lpas 2 3 ari tu… lpas sya smayang hajat, tba2 saya rase sdih sangat2….rase rindu kat dia..
    saya x nak prasaan tu.. sya nk study lagi…nk struggle…dah la tngah exam…
    then saya pon smayang la istikharah…
    then hajat d ati nk smbung study trbantut sbab tba2 datang prasaan yang amat sedih sangat2..
    saya da try istighfar… dada saya sakit sangat2… sedih ustaz…
    sya x prnah alami prasaan ni…
    sakit….sedih…pedih….
    kalau stakat alami prasaan tu ok…ni x, sampai saya nangis…x boleh nk brenti…n tdo pon camtu j…
    saya x prnah menangis kerana lelaki…
    saya x tau nape saya nangis tapi yang sya tau..
    saya sedih..kehilangan dia…
    tolong saya ustaz…
    saya x tau nk buat cane lagi ni…
    rse sya nak sangat kawin ngan dia..
    tapi mustahil ustaz…dia x knal sangat saya….n dia pon nak pg da….
    mmang saaaaaakit ssaaanagt…tolong saya ustaz….
    saya x dapat byangkn lpas ni dia da x de dpan mata saye lagi ustaz….

  3. assalamualaikum ustaz..
    saya ada member yg mmg pandai pun,dan sebab dia rapat dengan saya,mestilh saya tercabar dan jadi’y kami masing2 asyik tunjuk pandai..
    pergh! parah ustaz.

    tapi serius saya sayang dengan persahabatan kami dan berkali2 saya nasihatkan diri ni untuk ‘jangan cepat t’cabar’ sebab (maaf cakap) sahabat saya tu kadang2 asyik dia je nak betul macam dia seorang yg pergi sekolah.kalau dah salah,dia pukul saya pulak.macam perempuan jek.
    .
    lagi satu yang saya agak (sangat!) pelik ni bila pernah sekali tu kami sama2 x hantar keje sekolah,dan cikgu hanya denda saya tapi dia senang2 dapat duduk! ok,mungkin sebab tu memang kelebihan budak pandai,.saya x marah la sebab bukan dia yg mintak di ‘istimewa’kan.mungkin ada hikmah

    kesimpulan dari bebelan saya ni ustaz..
    memang dalam persahabatan boleh mewujudkan perasaan tidak senang apabila x de tolak ansur dan ‘ikhlas’ dalam relation ni..betul cakap ustaz, PUNCA perlu dikenalpasti untuk di UBATkan! terima kasih ustaz! tolong doakan kami sama2 dapat result cemerlang SPM ni dan mendapat ‘u’ yg lain2 biaq x bergaduh lagi..hua3..

    1. waalaikumussalam..

      kalau rasa tercabar tu dari sudut persaingan ilmu, maka itu takde masalah. ia akan membangkitkan lagi semangat untuk belajar dan ianya persaingan yg sihat. Ustaz Love dulu pun selalu gak jadikan member yg pandai2 sebagai pembakar semangat untuk bersaing.. walaupun tak dapat nak kalahkan beliau dalam kelas, tapi sekurang2nya, Ustaz Love dapat tingkatkan prestasi berbanding sebelum tu..

      apa pun, Ustaz Love doakan semoga akuhero berjaya dalam pelajaran.. SPM bukanlah segalanya, tapi ia boleh memudahkan jalan selepasnya 😉

  4. “Dipendekkan cerita, beliau gi jugak main snooker.. tapi, beliau main snooker pakai helmet full face bagi melindungi wajahnya.. macam la orang tak kenal.. kihkih”

    betul ke u$taz? ker u$taz $e$aja melawak ni? hikhikhik..ada plop macm tu?

    ana pun ader m$lah mcm akhi/ukhti akukehero tu.. u$taz doakan ana cemerlang jgak ya dlm pelajaran..$ejujurnya memng ra$a geli$ah tunggu hari re$ult nanti..hermm..

    p/$..afwan,urup.. ro$ak,$o ana gantikan dgn”$”

    1. ini kisah benar.. member Ustaz Love tu skrg dah jadi pensyarah kanan kat sebuah U di pantai timur 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme