I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Membesarkan Payu Dara

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada addeen :

ustaz , nak tnyer hukum fiqh la ckt

hukum sorang pompuan membesar payu dara haram coz mengubah ciptaan Tuhan , so bagaiman dengan produk ombak besar dan lain2 yang berada di pasaran?adakah haram ?

apa bezanya produk ombak besar jika dibandingkan dengan cara menggunakan jarum bg mendapatkan hasil yang diinginkan dari segi hukum fiqh ?

tq

Serba salah Ustaz Love nak jawab soalan ni.. ia agak sensitif terutama di kalangan wanita (walaupun lelaki juga punya payu dara). Jadi bacalah entry ini dengan wajah dan pemikiran yang serius.. jangan larikan fokus pemikiran kepada perkara2 yang tak sepatutnya.

Secara umumnya, sebarang aktiviti yang mengubah ciptaan Allah secara kekal, maka hukumnya adalah haram (kecuali dalam kes2 khusus yg dinyatakan dalam hadis spt menyambung rambut, mencukur bulu kening dsb yang mana walaupun ia akan tumbuh kembali atau boleh diubah kepada asal, tetapi ada larangan khusus yg mengharamkan perbuatan itu). Bagi perkara2 yang tiada larangan khusus, maka kena lihat sama ada perubahan itu melibatkan perubahan kekal atau tidak.

Sebagai contoh, jika melakukan pembedahan plastik pada wajah, maka hukumnya adalah haram kerana ia mengubah wajah itu secara kekal. Begitu juga dengan jika melakukan pembedahan pembesaran payudara untuk tujuan kecantikan, maka hukumnya adalah haram. Ia berbeza jika ada isu perubatan di situ.. sebagai contoh, jika seorang wanita dewasa mempunyai payudara yang kecil (macam budak belum akil baligh), maka ia dikira suatu kecacatan dan ada maslahah tertentu untuk dibesarkan (supaya boleh menjadi wanita yg normal dan boleh menyusukan anak), maka ketika ini harus melakukan pembedahan pembesaran payudara. Ataupun jika payudara terlalu besar sehingga menyebabkan sesak nafas ataupun selalu nak tersembam (sbb terlalu berat), maka haruslah melakukan pembedahan untuk mengecilkannya. Kiranya, kalau ada maslahah dari sudut perubatan (dan disahkan doktor tiada kesan sampingan yg membahayakan), maka haruslah melakukannya.

Itu kalau bab pembedahan.. bagaimana pula dengan bab membesarkan payudara dengan cara suntikan atau pemakanan (makan ubat Ombak Besar ke, Ombak Rindu ke, Ong Bak ke dsb)? Bab suntikan dan pemakanan ini, harus melakukannya.. kerana perubahan itu bukanlah perubahan yg kekal abadi. Setakat pengetahuan Ustaz Love, produk2 pembesaran ini perlu diambil dalam skala dan tempoh tertentu untuk memperolehi hasil yang diinginkan. Walaupun pembesaran itu melalui proses penambahan hormon dsb, tetapi ia berlaku secara semulajadi dan alami.. bukanlah lepas2 makan, terus payudara berubah bentuk.. sebaliknya perlukan masa sikit2 untuk membesar.

Cuma, dalam keghairahan melakukan perkara ini, perlu diperhatikan beberapa perkara.. antaranya yang paling utama adalah niat.. sbb apa nak lakukan pembesaran itu? Adakah sebab supaya nampak seksi dan nak tunjuk kepada lelaki (selain suami)? Kalau itulah tujuannya, maka hukumnya adalah haram.. kerana niatnya itu tak menghalalkan cara.

Ataupun jika menggunakan bahan2 terlarang.. sebagai contoh, menggunakan silikon yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika payudara itu pecah (masa kemalangan ke, tercucuk jarum ke.. kihkih).. ataupun menggunakan bahan2 yg haram spt bahan2 yang mengandungi DNA babi dsb.

Jangan pula silap faham bila dikatakan harus melakukan suntikan hormon itu, maka para pondan2 pun mengatakan harusnya mereka membesarkan payudara.. itu dah masuk bab lain.. menjadi pondan tu pun dah haram, tak kira la suntik hormon ke, tak suntik hormon ke.. yg Ustaz Love cerita ni pasal wanita tulen, bukan tiruan.. kihkih..

Apa pun, dapatkan dulu nasihat pakar perubatan yang diiktiraf.. ada kemungkinan orang lain takde masalah nak makan, tapi kita ada masalah.. sebab tubuh badan kita ni tak sama.. ada yg sakit kepala, makan panadol 2 biji boleh hilang.. ada yg kena makan ponston baru boleh hilang..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 Comments

Add a Comment
    1. manusia terutama wanita memang susah nak puas hati dgn apa yg ada pada dirinya.. sbb tu tokey alat kosmetik boleh jadi jutawan.. kihkih πŸ˜€

  1. memang kaum hawa fitrahnya nak jd cantik (subjecktif sebenarya)
    me setakat tepek make up kat muka ajer tu pun setakat pakai bedak & lipstick ajer, sbb tak nak nampak pucat :p
    bab2 payudara segan plak nak komen hehheh

    1. lebih kurang je dengan lelaki.. cuma lelaki tak nak nampak cantik, nanti jadi jambu plak.. kihkih.. lelaki biasa nak nampak macho dengan tubuh badan yg gagah perkasa, dengan gadjet dan kereta dsb.. semua tu bagi segelintir yg obses dengan kecantikan.. kebanyakannya tak kisah pun pasal penampilan.. perut buncit, kepala botak, tapi duit lebat.. ada je orang nak follow πŸ˜€

  2. Assalamualaikum..adakah berpelukan sambil bercumbuan tanpa tusukan berlaku dikira zina?apakah maksud sebenar zina?yang saya tahu zina adalah memasukan zakar ke faraj perempuan.Bagaimana pula jika lelaki itu mencuba memasukan zakar secara paksa kerna tidak dapat mengawal nafsunya tetapi perempuan itu sedang memakai underware adakah itu dikira tusukan..maaf saya bertanya begini kerna kawan saya sedang bersedih dan hampir purus asa,dia menceritakan saya semua ini untuk mengetahui bahawa dia telah melakukan zina sebenar atahu tidak kerna teman lelakinya ingin mengugut kawan saya bahawa dia akan memberitahu kawan2 kami bahawa dia telah melakukan zina,hal ini kerana lelaki itu ingin mengajak persetubuhan dengan kawan saya tetapi kawan saya membantah saya ingin bertanya lagi, sudah lama saya ingin jawapan ini tetapi masih keliru..jika saudari/saudara sudi,boleh saya bertanya satu soalan lagi.Saya tahu bahawa Allah telah menegah kita untuk menjauhi zina apatah lagi melakukanya.Zina seperti berpegangan tangan dan bercumbuan adalah dalam kategori mendekati zina kan?(belum zina sebenar-benarnya).soalan saya ialah adakah zina seperti berpegangan tangan+bercumbuan tadi sama level dosanya dengan dosa zina sebenar.Saya pernah membaca artikel bahawa mendekati zina adalah haram apatah lagi zina sebenar.

    1. Waalaikumussalam..

      Zina adalah kemasukan zakar sehingga tenggelam hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj wanita yg belum dinikahi.. sekiranya tak tenggelam, tidak dikira zina. Jadi, ugutan lelaki itu tidak relevan dan boleh dilaporkan kepada polis kerana melakukan ugutan seks dgn paksaan (rogol).

      Zina hati, mata, telinga, mulut dsb itu adalah perumpamaan sahaja.. iaitu sebagai salah satu jalan yg boleh menyebabkan berlakunya zina (selalu tgk aurat wanita dlm video lucah, dengar cerita lucah dsb). Ia bukanlah zina spt yg dimaksudkan yg boleh dikenakan had (hudud 100 sebatan atau rejam). Dan peringkat dosanya tidak sebesar dosa berzina.

      Untuk tambahan, boleh rujuk kat sini dulu..

      1. Ustaz, kalo gitu, apa pula hukum makan collagen? Huuu. Ini yg sy copy dr satu blog pengedar slh satu produk collagen di Malaysia :

        GOLONGAN yang sesuai menggunakan COLLAGEN ******** ini ialah
        – wanita yang ingin berkahwin (mesti berseri-seri muka atas pelamin)
        -anak-anak dara yang nak masuk umur 20 -an (boleh mengekalkan keanjalan kulit)
        -ibu mengandung (untuk sentiasa kekal berseri-seri)

        KHASIAT MENGGUNAKAN ********* COLLAGEN

        – membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoarthritis
        – mengembalikan kesegaran & keremajaan kulit
        – mengatasi masalah kulit kusam,kering & berkedut
        – membantu melicinkan kulit merekah dan kuku malap
        – menyuburkan rambut agar kelihatan lebat & berkilau
        – membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima

        KESAN MENGAMALKAN ************ COLLAGEN

        – kulit tidak akan berminyak tetapi tidak terlalu kering
        – dapat mengurangkan masalah JERAWAT (akan hilang)
        – dapat mengurangkan PARUT-PARUT yang ada di kulit
        – minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan menjadi lancar
        – kuku tidak patah, rambut akan jadi lebih cantik

        APA ITU COLLAGEN?

        Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :
        Perekat dalam badan. Ia memberikan struktur kepada badan,
        Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkan dengan tulang badan
        Collagen dalam badan kita akan mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat kebiasaannya pada tahap 20-an dan ke atas
        Pengambilan supplement collagen perlu diambil dari segi pengambilan makanan yang terdiri dari sumber collagen/supplemen tambahan(********* collagen)

        KESAN-KESAN PENYUSUTAN KADAR COLLAGEN:
        kulit mula hilang keanjalan semulajadi&tanda2 awal kedutan mula jelas kelihatan
        menganggu bahagian badan lain terutamanya dalam penjanaan semula tisu2 lembut
        kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa
        menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi

        KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan ********** Collagen?
        Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
        Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
        Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
        Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut
        Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap&mudah patah
        Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau
        Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima
        Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
        Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik
        Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar
        Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga

        Adakah ini dikira merubah ciptaan yg kekal? Atau tidak kekal? Sebab yg ini pun perubahannya secara alimi..Wallahua’lam sbb tak pernah cuba..

        Hah, nama terpaksa dirahsiakan dulu. Kalau valid kang bole le diumumkan..Huuu..Mohon jawapan dr Ustaz..Syukran πŸ™‚

  3. Bukan shj wanita xpernah puas dgn apa yg ada pada diri.tp kbnyakkan punca dr laki2 juga.bnyk baca forum..perempuan nak besarkan disebabkan suami yg inginkan.suami complaint 24 jam.seolah2 hidup bgantung disitu shj.

  4. Klo org lain kata saya mcm borak ke,pondan ke muka jantan ke,saya tak kisah sgt,tp baru2 ni suami sya terlepas kata yg muka dan p****mcm pondan…sedih sgt,walaupun dia dah mta maaf tp hati rasa sebak,saya akui itu,tp apa perlukah saya mengubahnya atau terus sabar dan berdiam diri?dah mcm2 ubat saya makan tp hormon saya mmg tak normal,saya terfikir nak pi buat p***surgery tp saya takut kena laknat….apa saya kena buat?

    1. jangan buat benda yg haram semata2 nak memenuhi kehendak manusia.. teruskan berusaha dengan cara yg alami dan dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum mengambil apa2 preskripsi.

  5. asskum ust saya nak tanya..payudara saya kecil mgkin d sbabkan tulang dada saya agak kedepan.org ckap dada burung..n saya rasa malu dengan suami saya wlupun suami cakap tak kisah…soalan saya adakh saya boleh membesarkan payudara dgn niat untk sui saya.alhamdulillah jaza kaallahukhoiro

    1. boleh.. dgn syarat tidak melakukan pembesaran dgn cara2 yg tidak dibenarkan syarak spt memasukkan silikon.. juga menjaganya daripada pandangan lelaki bukan mahram..

      WA

    1. pembedahan bagi telinga capang tiada keperluan dharuriy dan tidak mendatangkan apa2 mudarat jika kekal bertelinga capang.. pada pandangan Ustaz Love, ia lebih hampir kepada hukum mengubah ciptaan Allah iaitu haram. WA

  6. ustaz nak tanya sikit. saya masih lagi kira seorang remaja umur 20-an. saya baru-baru terfikir nak lakukan pembedahan payudara untuk menegangkannya kembali kerana masa di sekolah dulu saya sangat aktif bersukan tapi tidak suka memakai baju dalam sokongan, lalu telah menyebabkannya jatuh. satu lagi faktor adalah kerana payudara saya adalah semulajadi besar dan berat maka keadaan bertambah teruk. hukum seperti ini bagaimana pula? saya sebenarnya berasa malu jikalau bakal suami nanti tidak suka atau salah anggap yang saya ini pernah dipegang ke apa.

    1. mengubah dengan cara melakukan pembedahan adalah haram. Ubahlah secara alami dgn cara memakan produk2 kesihatan tertentu yg ada fungsi yg khusus untuk payudara wanita. Tak perlu malu dengan bakal suami ke apa ke, sbb suami tu nanti berkahwin dgn seluruh tubuh dan hati seseorang wanita, dan bukannya bernikah dgn payudaranya saja.

  7. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya ingin bertanya adakah pengambilan pil utk membesarkan payudara boleh menyebabkan kanser?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme