Kenapa Kebanyakan Penggemar Nasi Lemak Berbadan Besar??

Anda Memang Layak Untuk Mendapatkan Kereta Percuma!!

Kisah Cinta 20 Sen Yang Sangat Mengujakan!!

Soal Jawab : Hukum Memakai Rantai Burung Hantu

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan ini daripada emanthehalia.. Ustaz Love pada mulanya agak kurang faham persoalan ini, adakah ia membawa maksud ada orang yg memakai rantai yg diperbuat daripada burung hantu (guna tulang burung hantu / binatang mcm orang asli Kepulauan Amazon selalu pakai tu) atau memakai rantai kepunyaan burung hantu (yg ni tak logik.. sbb mana ada burung pakai rantai.. hantu pun takde yg pakai rantai.. kihkih). Bila Ustaz Love melakukan sedikit carian gambar, maka barulah faham yang maksudnya adalah rantai dengan loket berbentuk burung hantu.

kredit gambar : unikversiti.blogspot.com

Sebenarnya, dalam isu ini perlu tengok 2 perkara.. iaitu hukum memakai rantai dan hukum menyimpan patung. Bagi lelaki adalah diharamkan memakai rantai.. manakala untuk hukum menyimpan patung pula, boleh rujuk di sini (http://ustazlove.com/blog/2011/05/soal-jawab-hukum-menyimpan-patung/)..

Bermakna, adalah haram bagi seorang lelaki itu memakai rantai tak kira la rantai burung hantu ke, rantai kucing hantu, kacang hantu dsb.. asalkan namanya rantai, maka haram dipakai oleh lelaki.. sbb rantai adalah alat perhiasan wanita.

Jadi, hukum memakai rantai burung hantu ini lebih khusus kepada golongan wanita.. jika diperhatikan dalam entry yg Ustaz Love link kan di atas, keharusan menyimpan patung binatang hanyalah pada patung permainan kanak2. Jika menyimpan patung pun dah tak boleh, apatah lagi memakai patung itu dengan cara menjadikannya loket, key-chain, aksesori henfon dsb.

Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)

Patung burung hantu / loket yg menyerupai bentuk burung hantu adalah tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia termasuk dalam jenis patung (dan bukan patung permainan kanak2) dan ditakuti ia boleh menjadi objek pemujaan.

Bab objek pemujaan ni, kadang2 ramai yang tak perasan.. ada yang menyangka, mana mungkin dia akan menyembah patung2 tersebut.. tetapi konsep pemujaan ini bukan semata2 pada sembahan (sujud pada patung, pasang colok dsb), sebaliknya ia boleh terjadi melalui percakapan (yg kadang2 kita tak sedar telah melakukan pemujaan) dan juga iktikad (kepercayaan).

Perkara ini kerap berlaku terutama kalau kita perhatikan dalam filem2 hantu omputeh.. bila takut hantu tu datang ke, takut kena cekik atau kena bunuh ke, maka dia akan pegang rantai salib yg dipakai sambil menciumnya dan berdoa semoga nasibnya menjadi baik. Walaupun rantai salib itu memang difahami umum bahawa ianya adalah simbol khusus agama Kristian, tetapi konsep berlakunya pemujaan itu tetap boleh berlaku pada rantai2 yg bersimbolkan benda2 ni.

Apatah lagi pada patung2 / objek yang menyerupai patung (binatang dsb) yang memang ada larangan khusus dalam hadis. Ustaz Love lebih suka mengambil manfaat hadis yg lebih pasti berbanding mengaitkannya dengan lambang Freemason, Illuminati dsb (walaupun mereka banyak menggunakan simbol burung hantu) sbb terlalu banyak sangat propagandanya.. sehingga menyebabkan umat Islam jadi takut tak tentu pasal.. kononnya dah tak boleh buat apa sbb semua benda dah dikuasai Freemason daripada ekonomi, politik, ketenteraan dsb sehinggakan terlupa ada yang lebih berkuasa daripada mereka, iaitu Allah.

Jadi, Ustaz Love nasihatkan bagi sesiapa yang memakai rantai atau apa2 juga objek berbentuk binatang pada henfon ke, key-chain sangkut kat zip bag ke dsb, buanglah (walaupun nampak sangat chumel meletakkan key-chain berbulu2 lembut itu). Malaikat pun tak nak dekat nanti.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

Add a Comment
  1. kalau loket/rantai tgn bentuk kartun mcm mana pula, contohnya loket watak disney mcm mickey mouse? sbb bukan haiwan dlm erti kata sebenarnya tapi dh jadi watak kartun (asal watak tu adalah haiwan)…rasanya tak apa kan ustaz?

  2. trend skang pkai rntai panjang bentuk burung hantu…b4 nih xtau pulak xleh pkai…sbb igat mcm rntai bese jek kan…cuma skang byk jenis loket…

  3. Ustaz,sy ade patung pooh sebesar genggaman tgn…sbb nmpak comel,sy gantungkan kt dlm kerete sy?? erm ape hukumnya ustaz?? konpius lak… niat di hati nk biar kerete nmpak comel n ceria… ermm… =( reply cepat ustaz…

    1. tak kira kecik ke, besar ke, buanglah patung tu.. adalah lebih baik gantung tasbih ke.. kalau tgh2 jem, boleh guna tasbih tu untuk berzikir.. biar penuh nur dalam kereta ;)

  4. ustaz love, kalau pemakaian rantai yang ada teknologi nano tu untuk kelancaran peredaran darah mcm mana pula, boleh ke lelaki memakainya dgn tujuan kesihatan.

    1. adakah dibuktikan secara saintifik khasiatnya itu? adakah itu satu2nya alternatif melancarkan darah?

  5. assalamualaikum ustaz…saya ada patong bear yg sebesar baby,camner tu ustaz?? nk kna buang ker??coz tu org bagi….reply a.s.a.p ye ustaz….

  6. Asalamualaikum ustat..adik saya membeli cincin permainan pastu die masukkan rantai besi lalu memakainya Di leher …patutkah saya biarkan atau menghalangnya?

    1. cincin yg dibuat loket takde masalah.. sbb ia tak membentuk apa2 makhluk.. tapi pastikan adik yg memakai rantai tu adalah adik perempuan, dan bukan adik lelaki.

    1. isu di sini adalah hukum pemakaian loket burung hantu bagi perempuan.. kalau lelaki, jangan kata loket burung hantu, rantai tu sendiri mereka tak boleh pakai..

  7. Assalamualaikum ustaz. Tentang rantai burung hantu ni, saya dah berjaya menepis segala godaan utk membelinya. Aaa sebab pakai rantai tu, terpaksa lah dipendekkan tudung utk tayang loket comel tu.
    Tapi, baru-baru ni, saya terjumpa keronsang burung hantu pula. Ya, saya beli. sebab comel sangat T__T
    Apa yg saya nak tahu, takpa ke? atau tak boleh ke?
    Dan macamana pulak denga keronsang berbentuk rama2, kumbang, burung, kucing dan sebagainya? Mohon pencerahan. saya betul-betul ingin tahu.

    terima kasih :)

    1. sebarang ukiran binatang adalah dilarang dalam agama.. sama ada dijadikan perhiasan, digantung di leher, di dinding dsb.. jauhkanlah daripada memakai loket2 sebegitu..

  8. ustaz , saya nak tanya . saya pernah terdengar dalam satu surah yg menyatakan jika perempuan memakai perhiasan , hendak lah d sorokan perhaisanya dari bukan mahram . tapi trend sekarang ramai yg memakai rantai panjang hingga melepasi tudung . apakah hukumnya ustaz ?

  9. ustaz, bagaimana pula dgn key chain/poster artis? mcm sekarang ni, ramai remaja yg pakai key chain bergambar artis2 korea. mohon penjelasan

    1. sama juga.. benda2 itu bakal melibatkan pemujaan terhadap manusia dan tidaklah membawa kepada mengingati Allah.

  10. kalau dipakai sewaktu solat rantai ni,sah ke solat?atau hukum sama macam memakai pakaian bercorak haiwan dalam solat??

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site


Active Search Resultswidgets,  tips, tutorials and SEO[Valid RSS]