I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Gunting Rambut Dengan Non-Muslim

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada momo :

Assalamualaikum ustaz,

boleh kupaskan sedikit aurat muslim dgn non-muslim ? bolehkah muslim pergi gunting rambut dgn non-muslim ? kalau di Malaysia x mengapa ada option yg byk, bagaimana pula dgn di negara yg muslim adalah minoriti ? adakah dikira sebagai terdesak dan harus hukumnya ? boleh ustaz perjelaskan sedikit beserta dgn hukum hakam ? Terima kasih..

Secara umumnya, apa yang kita belajar di sekolah (terutama di sekolah agama atau dalam matapelajaran agama), kita diajarkan bahawa aurat wanita Islam di hadapan wanita non-Muslim adalah seperti auratnya di hadapan lelaki bukan mahram iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie. Tapi kenapa pulak sesama wanita Islam, aurat adalah pusat sampai lutut, sedangkan di hadapan wanita non-Muslim, rambut pun tak boleh tunjuk? Ini sebenarnya berdasarkan athar (kata2 Sahabat spt Umar dan Ibn Abbas r.anhuma) yang melarang wanita2 Islam menunjukkan aurat kepada wanita bukan Islam. Ini demi menjaga maruah wanita Islam, kerana ditakuti wanita bukan Islam itu akan menceritakan aurat wanita Islam kepada orang lain seperti kawan lelakinya atau suaminya.

Namun, persoalan aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ini sebenarnya ada khilaf. Malah menurut jumhur ulamak (termasuk pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie), sebagaimana wanita Islam boleh melihat aurat wanita bukan Islam kecuali antara pusat sampai lutut, maka begitulah juga aurat wanita Islam boleh dilihat oleh wanita bukan Islam, kecualilah antara pusat dan lutut. Pendapat ini lebih memudahkan terutama bagi negara majmuk macam Malaysia ni.. kadang2 terpaksa berkongsi satu bilik hostel dengan bukan Islam contohnya.

Namun, sekalipun ada pendapat yg lebih ringan, sepatutnya kita berpegang pada pendapat yg lebih ketat demi menjaga maruah diri.. cuma bila dah tak dapat nak elak, maka tiada masalah nak bertaqlid pada pendapat yg lebih ringan.

Berbalik pada persoalan saudari momo, jika berada di Malaysia, maka berguntinglah di kedai rambut kepunyaan wanita Islam.. sbb memang bersepah2 salun yang dimiliki wanita Islam dan pekerjanya juga Islam.. cuma kalau di luar negara (negara bukan Islam), memang agak sukar untuk mencari salun kepunyaan wanita Islam. Maka, tiada masalah nak bergunting di sana, dengan syarat ia bukan salun uniseks (lelaki dan wanita datang bergunting di situ).

Keperluan untuk gunting rambut ni sebenarnya takde la mendesak sangat bagi wanita Islam.. sbb mereka diwajibkan menutup aurat (termasuk memakai tutup kepala atau tudung). Kalau rambut ada kutu, beli je mesin rambut kat Mydin tu.. guna yg paling nipis dan botakkan je kepala.. kihkih.. takpun mintak tolong kawan ke guntingkan..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Comments

Add a Comment
    1. Kalau boleh, carilah salun wanita Islam di tempat lain.. mungkin boleh rujuk pada kawan2.. kita kena usaha dulu πŸ˜‰

  1. Assalamualaikum Ustaz,
    Bagaimana pula bagi mereka yang bersalin di klinik2 yang telah diketahui doktor2nya terdiri daripada doktor wanita dan lelaki bukan Islam?

    1. Waalaikumussalam..

      Dalam hal ini, kena mencari dulu klinik / hospital yang doktornya adalah wanita Islam.. kalau takde, baru cari doktor wanita bukan Islam.. kalau takde, baru pergi kepada doktor lelaki Islam dan akhirnya doktor lelaki bukan Islam..

      kalau ada duit lebih, memang mudah nak memilih hospital terbaik untuk bersalin.. tapi kalau takde duit, maka pilihan adalah hospital kerajaan.. cuma hospital kerajaan ni ikut nasib la.. doktor mana yg bertugas pada masa tu, dia la yg akan menyambutnya..

      Sebab itulah kalau boleh, 1st check-up dekat klinik swasta (yg doktornya wanita Islam).. kemudian buat hubungan baik dan minta beliau rekomen kawan doktornya (doktor wanita Islam) di hospital kerajaan.. 8 kali check-up, insyaAllah dah boleh jadi kawan dah dengan doktor tu.. jadi, boleh la nak buat special request agar doktor wanita tu yg sambut kelahiran anak.

    1. skrg ni, ada salun yg ada bilik khusus untuk muslimah.. tapi salun cina.. Ustaz Love tak ingat tengok kat mana (dia tulis kat signboard.. bukan Ustaz Love masuk menyiasat ok :D)

  2. kihkihkih….ada plk bekutu….(ingat bebudak lg ke)….pas tu suh botak chin lak tu…..(mcm2 je lah UL niii…)..

    1. kutu ni bukan menyerang budak2 je kakjem, mak budak pun ramai yg ada.. kalau tak, takde la sesi mencari kutu sambil mengumpat di tangga rumah dilakukan oleh para surirumah.. kihkih πŸ˜€

      1. itu waktu jaman dlu2(UL kecik lg tu) sbb bekalan air bersih x de…skrg ni kan dh maju….., x de mandi air perigi @ sungai…….apa mcm…leh terimbau nostalgia dolu2…hihik

    2. disebabkan kakjem mencetuskan bab kutu ni..teringat satu kesah dlu2..dia memng byak kutu(kecik lg around 5 years old),duduk sje2 bila garu skit kpala tu,kutu jatuh cm bertih jagung masak.. si ibunya memng risau tengok keadaan anknya..pegy klinik amik ubat kutu(dah la mahal tp x la mahal sgt..hehe) x jugak berkesan..ttp ader jugak mak ayah kutu tu..tetiba si ibu tu dpt satu idea.. dia amik ridsect(yang gna utk bunuh nyamuk tu),trus spray kat kpla anak dia pastu serkup kpla ank dia ketat2 dgn serkup kpla( yang gna utk ttup rambut msa mandi supya rmbut x bsah tu.) dia punya pndpat sb apa dia terpikir mcm tu snng je..sb spray tu digunakn utk bunuh serangga(ktanya kutu sejenis serangga)..dia biarkn bbrpa jam,bla buka tu,mmng bau gila kuat la ridsect tu smpi skit ank tekak,dn usha dia mmng berjya.. belum sempat dia sikat rambut ank dia ngn sikat buluh,kutu jatuh(yang mati)punyala byak mcm buah rambutan ggur ke tanah(ader ke smkan kutu ngn rmbutan)..mmng lpas tu ank dia dah x dijangkiti dgn makhluk halus yg bernama kutu lg.. tapi ader risiko nak kna trima,kalu wat kaedah mcm si ibu tu berkemungkinan si anak akn mengalami penyakit rambut gugur plak..tp kesah ni ank dia sihat walafiat malah rmbut tmbuh lebat lag..

      1. bahaya jugak tu.. sbb ridsect ni bahan kimia merbahaya.. kalau baca kat label botol tu, dia ada bagitau kalau terkena kulit, cepat2 basuh.. lagi baik la kalau jenis berkutu tu, botakkan saja kepala.. jangan bahayakan diri dgn buat yg bukan2 tanpa pengesahan daripada pakar πŸ˜‰

        1. memng bhya… yang mndngar ni pun terlopong..aptah orng yang mengalami tu.. apapun x der la smpi nak ikut jejak…dia bercerta kmbli saat2 kritikal anknya tu..mgkn si ibu dah smpi thap geram kali..itu yang amik tindakn mcm tu…

          1. bela monyet pun ok jugak.. biar dia tolong carikan kutu kat kepala πŸ˜€

  3. syukran 4 all answer that been published it helps me recall back da knowledge but can u xplain why lady’s foot (from toe to ankle)reconsider as aurat, because i feel as same as MOMO’s though.

    1. because it is stated in Islamic sources (al-Quran, as-Sunnah, Ijmak and Qias) that the aurat of the Muslim Women is whole body (including toe to ankle) except face and palm πŸ˜‰

      1. erm..tp ustaz mcm maner kita dah terbiasa pergi gunting rambut kat wanita bukan islam..dari kecik smpi besar la kat dia..smpi dia dah kenal ahli keluarga orng islam tu..agaknya kita dah taruh sepenuh kepercayaan pada dia la..dia un dah kenal latar blankg suma

        1. kepercayaan terhadap seseorang itu pertama sekali dikira dari sudut akidah.. kalau dia tak percaya pada Allah (beriman dgn Allah iaitu dgn menjadi Muslim), macam mana kita nak letakkan kepercayaan kepadanya terutama dalam bab2 aurat yg merupakan sebahagian drp agama.. sebab itu, kita kena buang kebiasaan dan mengutamakan apa yg disuruh dalam agama πŸ˜‰

      2. salam ustaz,

        terima kasih atas penjelasan.. nmpknye byk yg kene ubah lah.. saya pun dah bersalin 2 org anak ke non-muslim doktor.. sbb dah selesa dgn doktor tu.. die sgt professional dan expert..berdosa kah saya ustaz ? gunting rambut pun selalu pergi ke non-muslim salon, sbb mereka sgt professional, berbanding dgn salon melayu yg suke bising2 kalau rambut saya ada masalah.. tp insyaAllah sy akan usahakan cari yg muslim punye.. *dgn harapan mrk tak bising2* haih..

        1. salam puan momo…

          itulah yg terbaik.. benda yg lepas yg dilakukan dalam keadaan tidak mengetahui, maka akan dimaafkan πŸ˜‰

      3. sory sbb gune eng, tgh practice da lame x wat ayat2 eng. anyway sbenar mmg sy tau toe to ankle tu aurat sbb byk org ckp perkara nh termasuk ibu & makcik tp deme x penah nk terangkan. jd kalo bole sy nk memahami maksud disebalik perintah tersebut xnk ikut secara membabi buta. sy ader bace bab2 aurat tp xpenah satu pn menerangkan secara detail bagi setiap perincian aurat. cm cth rambut dan lengan kenapa ianya aurat sbb itu menunjukkan warna kulit yg sebenar yg mungkin mendatangkan keinginan lelaki untuk mendekati wanita (yg nh sy ade bace termasuk ikut mazhab). tp dalam hal (toe to ankle) ape pandangan ustaz la sbb sy x jumpe sbb musabab yer. ader ker org tgk kaki akan timbul perkara x baik. hope ustaz dpt terang kan.

  4. Salam, saya ada menyediakan perkhidmatan dandanan rambut, make up dan manicure & pedicure di rumah di kota damansara. Harganya, Children cut RM5. Wash, cut & blow RM 15. Henna/ Colouring RM30-RM88. Perming/ Rebonding RM88-RM128. Treatment RM38. Sesiapa yg berminat bolehlah call Zura 012-208 4048. Atau layari laman myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih Ustaz.

  5. ustaz, saya mohon pandangan ustaz apabila ada kem di luar sekolah di mana para pelajar perlu tinggal bersama kumpulan yg terdiri dari lain-lain agama, adakah lebih baik pelajar muslim memakai tudung atau tidak? maksud saya, pada sebelah malam semasa tidur.

  6. Assalamualaikum ustaz,
    memandang kan ini adalah isu aurat, boleh x non-muslim sentuh muslim ketika dalam keadaan berwuduk (yang sama jantinanya) adakah wuduk itu terbatal atau tidak ??

  7. Asalamualaikum. Bagi memenuhi keperluan semasa, SALON MUSLIMAH kini beroperasi DI WANGSA MELAWATI (sebelah wangsa maju). Lawati page kami di ZARA SOFEA utk maklumat lanjut. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme