I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Dipinggirkan Kawan

Salam…

Ustaz Love menerima komen daripada manusia (beliau guna nickname manusia.. belum pernah ada lagi jin yg bagi komen kat blog ni.. kihkih) :

sy ni mcm2 msalah tp sy pendam,sy sendirian kwn2 smua ketepikan sy,sy xde cacat cela pon,sy rase x guna bg diri sndiri.Kadang2 sy terguris hati dgn diorang,sy muda lg,tp x de kwn,mak ayah pon mcm xde je.smua krja sy buat x kena,Disebabkan itu,sy x pernah bergaul dgn orang pon,setakat pergi dan balik sekolah,pendirian dah hilang,Saya x tahu ape ptot sy buat,fikiran sntiase berkecamuk,stiap mlm sy menangis tp lpas tu sy x tahu knape sy menangis,pleaseape ptot sy buat

Ustaz Love kadang2 tersenyum sorang2 bila Ustaz Love teringatkan zaman sekolah dulu. Zaman sekolah rendah dulu, ada satu ketika Ustaz Love terasa begitu dibebani masalah.. terlalu beratnya masalah itu sehingga rasa macam tak tertanggung. Agak pelik dalam usia yang masih dara, Ustaz Love telah menghadapi masalah yg begitu berat.. sampaikan mengalir air mata bila memikirkannya. Lalu kakak Ustaz Love pun bertanyakan apa masalahnya? Dengan jujurnya, Ustaz Love bagitau memang masalah betul hidup Ustaz Love ni.. tak macam orang lain. Balik sekolah rendah je (sesi pagi), terus campak beg.. boleh tengok tv, main dengan member, tido dsb.. tapi, Ustaz Love plak keluar gi sekolah daripada Subuh2, dah Maghrib (kadang2 sampai dah masuk Isyak) baru Ustaz Love sampai rumah balik. Begitulah rutin harian sepanjang hari persekolahan. Ustaz Love sekolah biasa sesi pagi, lepas tu terus sambung sekolah agama sesi petang.. jadi, memang takde masa nak rehat ke, tengok kartun ke, main dengan member ke.. sbb balik rumah pun dah penat.. lepas mandi sibuk siapkan kerja sekolah, lepas tu tido. Sedih sungguh Ustaz Love mengenangkan masalah itu suatu ketika dulu.

Kakak Ustaz Love yg mendengar cerita tu rasa macam nak tempeleng je kepala sebab ingatkan apa la masalah yg besar sangat tu.. kihkih.. Ini cuma selingan saja..

Pada pandangan Ustaz Love, masalah adik ni takde la besar sangat.. mungkin adik akan membaca dengan mencebik bibir sambil mengatakan “Ustaz Love mana faham.. sbb Ustaz Love tak rasa apa yg saya rasa!!” (dialog ni Ustaz Love saja buat menambah perisa).. memang masa zaman kecik2 dulu, Ustaz Love takde masalah nak kawan2 ni.. sbb Ustaz Love tak kisah pun kalau takde orang nak kawan.. Ustaz Love akan gi cari kawan pempuan.. bila member2 lelaki tengok Ustaz Love kawan dengan pempuan (kebetulan kawan pempuan Ustaz Love tu plak cun), maka member2 lelaki pun ‘terpaksa’ berkawan dengan Ustaz Love sebab nak suruh kenenkan dengan budak pempuan tu.. bijak tak Ustaz Love? kihkih πŸ˜€

Nak cari kawan ni sebenarnya ada skill2 tertentu.. kalau kita terlalu sangat nak berkawan, kadang2 orang berasa rimas lalu menjauhkan diri daripada kita. Adalah lebih baik kita tak beria2 nak cari kawan, kelak kita akan berasa letih untuk memuaskan hati kawan yg kita kejar2 tu. Adalah lebih baik kita mempersiapkan diri kita untuk perkara2 yang lebih penting.. contohnya kita belajar sungguh2 sampai jadi top student ke.. masa tu, walaupun ketiak kita busuk sekalipun, orang akan terkejar2 nak kawan dengan kita.. sbb nak dapatkan aura kepandaian kita (konon2nya la).

Ada beberapa kategori orang yang ramai kawan ni.. ada yang jenis hensem (mcm Ustaz Love ni.. ini contoh je.. kihkih), maka ramai la orang nak kawan dengan Ustaz Love disebabkan kehenseman Ustaz Love menjadi daya tarikan ramai gadis.. mana la tau, gadis2 tu sibuk ushar2 (tenung2) Ustaz Love, maka gadis2 yg ramai itu akan terperasan kehadiran budak2 lelaki kat sebelah Ustaz Love.. jadi, orang hensem dan cantik ni kebiasaannya ada ramai kawan, bahkan ada yg sanggup jadi balaci (orang suruhan) kepada budak2 hensem dan ayu jelita ni.

Ada juga yang ramai kawan disebabkan beliau popular di sekolah.. sama ada popular sebab jenis di atas (hensem / ayu jelita) atau popular sebab jadi best student dan cemerlang dalam akademik ataupun popular sbb mewakili sekolah dalam sukan ke, debat ke, solo nasyid ke dsb..

Kalau adik kata yang adik takde cacat-cela, maka adik ni ada kemungkinan seorang yang ada rupa juga.. maka, adik kena fokuskan pada perkara lain yg boleh menjadi kelebihan buat adik, spt cemerlang dalam pelajaran, aktif dengan aktiviti sekolah dsb. InsyaAllah, bila kita menyediakan diri kita menjadi seorang yang terbaik, maka sebenarnya kita akan memberi daya tarikan kepada orang lain untuk mendekati dan berkawan dengan kita. Sebagai contoh, kalau kita menjadi bunga yang harum mewangi, maka banyak kumbang2 yang akan singgah bertanyakan khabar.. dan gadis2 sunti pun akan tertarik untuk meletakkan di celahan telinga mereka (feeling ala2 wanita zaman Hang Tuah dulu). Berbeza kalau kita menjadi tahi, mungkin juga kita akan didekati, tapi hanya lalat dan kumbang tahi saja yg sanggup mendekati kita.

Adik tak perlu risaukan pasal kawan dan kesunyian ni.. kalau adik fokuskan pada pelajaran, insyaAllah, adik takde masa nak fikir pasal kawan2 ni.. buat serabut kepala je.. ada masanya, kadang2 kita plak yang terpaksa mendengar masalah mereka, sedangkan masalah kita sendiri pun banyak tak selesai lagi.

Bukanlah niat Ustaz Love untuk menggalakkan adik menjadi seorang yang individualistik (mementingkan diri) atau jadi kera sumbang, sebaliknya Ustaz Love cuma nak nasihatkan agar kita tak terlalu fokus sangat nak mencari kawan sehingga menjejaskan emosi kita sendiri. Dengan bantuan teknologi moden (facebook, twitter, chat dsb), maka peluang untuk berkawan ni sebenarnya sangat terbuka luas.. bahkan kita boleh pilih2 lagi sapa yg kita nak add sebagai kawan, sapa yg kita nak block dsb. Yang penting, kita kena pandai memilih kawan terutama kawan2 yang kita tak kenal (cuma kenal melalui internet).

Jadi, tetapkan fokus adik pada pelajaran dan aktifkan diri dalam aktiviti luar kelas.. insyaAllah, benda yg kita tak cari itu biasanya akan datang sendiri. Macam kita cari benda hilang atau benda yg kita nak guna, biasanya susah nak jumpa.. tapi, masa kita tak perlukan pun benda tu, elok je terletak depan mata kita..

Berkenaan dengan masalah mak dan ayah selalu takde tu, maka adik kenalah banyak bersabar. Fahamkan diri bahawa mak ayah mungkin sedang bekerja kuat untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat adik. Tapi, tak salah adik nak luahkan pada mak ayah.. kadang2, orang tua ni pun selalu terlalai juga.. jadi, bila anaknya sendiri bercakap meluahkan perasaan, insyaAllah, mereka akan tersedar. Cuma, adik kena berhati2 semasa meluahkan perasaan.. jangan sampai menyakitkan hati mak ayah.

Akhir sekali, kalau adik betul2 tak tahan dan rasa nak menangis, cepat2 la adik amik wuduk dan solat hajat 2 rakaat. Masa tu nak menangis pun takde masalah.. itu lebih berbaloi (menangis di hadapan Allah), berbanding menangis di depan komputer ke, depan kucing ke dsb.

Ustaz Love doakan semoga adik terus tabah dan akan mendapat ramai kawan yang dapat menghiburkan hati adik. Banyakkan senyum πŸ™‚

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz. lama x komen hehe….

    Waduh2. hensem rupanya ustaz Love ni. Duk gelak je dr td ekeke…. Tp info yg bermanfaat. Semua bermula dgn niat. Kalau niat berkawan kerana nk glamour, tak kemana. Niat la kerana Allah. Pasti berjaya ^^. WA

    1. Salam Kamarul..

      Betul tu.. niat itu yg paling utama.. insyaAllah, pekerjaan yg dimulakan dengan niat yg baik, sentiasa dimudahkan oleh Allah πŸ˜‰

    1. Ustaz Love dah agak dah.. dalam banyak2 yg Ustaz Love tulis, yg hensem tu juga yg kebanyakan orang nampak (walaupun mereka tak nampak yg Ustaz Love cuma bagi contoh je.. bukan realiti semasa :D).. kihkih

    1. kihkih.. Ustaz Love tengah mencari formula agar pengunjung lelaki semakin bertambah di blog Ustaz Love ni.. πŸ˜€

  2. Assalamualaikum…kali ni saya baca entri ustaz dengan gelak ketawa yang tak henti-henti sampaikan ibu saya cakap yang saya ni syok sendiri….ustaz ni memang berbakat menjadi pelawak…..hahaha…

    1. Waalaikumussalam..

      Laa.. baru tau ke? Ustaz Love ni memang kelakar.. dah la kelakar, hensem plak tu.. kihkih πŸ˜€

  3. Assalamualaikum…

    “memang masa zaman kecik2 dulu, Ustaz Love takde masalah nak kawan2 ni.. sbb Ustaz Love tak kisah pun kalau takde orang nak kawan.. Ustaz Love akan gi cari kawan pempuan.. bila member2 lelaki tengok Ustaz Love kawan dengan pempuan (kebetulan kawan pempuan Ustaz Love tu plak cun), maka member2 lelaki pun β€˜terpaksa’ berkawan dengan Ustaz Love sebab nak suruh kenenkan dengan budak pempuan tu.. bijak tak Ustaz Love? kihkih ”

    hahaahah..bijak tui ustaz ni..memang bijak hahahaha..haiya..

    1. Waalaikumussalam…

      kihkih.. masa kecik2 Ustaz Love jarang sangat berkawan dgn bebudak lelaki, sbb diorang suka main ganas2.. main tumbuk2 la, tendang2 la.. last2 Ustaz Love berkawan je dgn budak pempuan.. boleh main lompat getah, main masak2.. kihkih πŸ˜€

  4. terima kasih banyak2,smua ayat ade makne bg diri sy sndiri,sy akn mengejar impian nk mencapai prestasi yg gemilang,psal mak ayah, x kisah lh,diorg2,sy hal sy,k.assalammualaikum

    1. waalaikumussalam..

      alhamdulillah.. semoga saudari berjaya dalam segala bidang yang diceburi.. jangan simpan dendam dengan mak ayah tau.. apa yg penting, kita berusaha menjadi yg terbaik.. insyaAllah, Ustaz Love yakin, itu juga harapan ibu bapa saudari πŸ˜‰

      1. rasa tenang dlm hati,apabila ibubapa mengucapi anak adalah rezeki yg diberi,tetapi rasa sayu tak terperi apabila ibu bapa mengucapi anak adalah satu beban dlm diri, andai ibu bapaku x memperlakukanku sperti itu,syukur aku kehadrat ilahi,tetapi sudah suratan,nsib ku walau anak sndiri tetapi aku rasa aku anak angkat yg menyusahkn,kdang2 terpikir di fikiran darah aku yg mengalir ni drah mereka atau darah org lain,setiap bait2 kata2 mereka tak dpt aku lupakn selama-lamanya,ustaz love sy x brdendam tp mereka yg buat sy berdendam

        1. siapa juga yg menjadi punca, itu tak penting.. yg penting, jangan simpan dendam dengan ibu bapa.. sakit mcm mana pun hati kita, takkan dapat menyaingi kesakitan ibu semasa mengandung dan melahirkan serta membesarkan kita dr kecik.. kena ingat kemas2 bab tu πŸ˜‰

          1. macam mana nak ingat sedangkan waktu tu kita tak boleh berfikir lagi? mungkin selepas kita dah jadi ibu, baru kita akan memahami perasaan seorang ibu..

            WA

  5. dlu kecik2 sy suke gile pergi sek agama…pas balek sek pagi trus tukar kain warna hijau g sek agama pulak…xpnh rase penat…sgt teruja nk g sek agama…blaja smbhyg etc…sbb myb dlu cita2 nk jadik ustazah kot..tu yg teruja lebih…siap pk syurga neraka…haha…lgpon sy lg terer kt sek agama dpd sek pagi..sy xpnh dpt bhsa arab selain dpd A..haha…kdg2 myesal jugak xsambung blaja agama…lau x mst da jadik ustazah sehati…hehe

    1. boleh je jadi protazah.. professional + ustazah.. mahir ilmu dunia dan juga punya ilmu akhirat.. yg penting adalah keinginan kita sendiri πŸ˜‰

  6. assalam, saya nak berkongsi masalah saya pd ustaz love.. kawan baik saya yg dahulu rapat dgn saya semakin lama kami jd agak renggang disebabkan ada orang ketiga. saya rasa terpinggir sangat, diabaikan sangat. disebabkan mereka, otak saya makin lama makin rumit. saya sanggup ponteng kelas semata2 tknk bersemuka dgn mereka. sbb mereka jugalah saya nk sangat pindah sekolah. kononya masalah ni dpt selesai, otak jd fresh balik. adakah cara ini dpt menyelesaikan masalah saya? atau menambahkan lg masalah saya? saya hrp ustaz love dpt bg nasihat :’)

    1. Nasihat Ustaz Love, hadapilah masalah dalam hidup ini dengan berani.. jangan lari daripada masalah, sbb masalah takkan selesai… bahkan mungkin akan timbul masalah baru. Ada baiknya saudari berjumpa sendiri dengan kawan baik tu dan berterus-terang akan perasaan saudari dengannya. Mungkin beliau tak perasan.

      1. Assalamualaikum, saya nak share dgn ustaz love mengenai suasana baru di tempat saya belajar di ipt. . saya agak nervous stiap kali p kelas.. mugkin disebabkan saya pun takde kwn lg. . saya dgn kwn yg dok brsebelahan pun cm x rapat sgt sebab dia pun dh ada geng dr sekolah lama. . disebabkan itulah,dia jarang dengan saya sndri..ibarat kami renggang. .saya mula hilang keyakinan diri. . saya jd pendiam skrg. . sukar saya lalui. . ape yg perlu saya lakukan ustz love?

  7. mcm mna nk fokus blajar ustaz bila balik bilik xprnah rumet anggap dri nie wujud..sakit jatuh xprnah dipedulikan..lg sakit bla diorg boleh bersuka ria, mkn sama2 tp sy xpernah diajak dduk sekali..nk fokus pn emosi trganggu..dilayan ibarat halimunan..smua trpksa pndam sndri..nk mgadu kt family xnk bg family susah hati

    1. apa kaitan room mate dengan belajar? Room mate tu lecturer ke? Room mate itu pun sama2 datang ke situ untuk belajar. Jadi, jangan jadikan alasan orang sekeliling menyebabkan kita hilang fokus nak belajar.

      Kalau orang tak nak kawan dengan kita, kita berkawanlah dengan orang yang nak berkawan dengan kita. InsyaAllah, tak mati pun kalau takde kawan, lebih lagi kalau kawan dengan orang yang tak ikhlas dengan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme