Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Soal Jawab : Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada little polipop :

assalamualaikum ustaz…
saya mnglami masalah skarang ni…
ntah nape smnjak dua mnjak ni…saya rse khilangan sangat2…
saya x tau la nk kate ni cinta k ape…tp..
gni…saya minat sorang ni…dia baik dan soleh sangat…sy x prnah pom brckap ngan dia…
sy x tau la dia knal x sye tp ktorang prnah la stu kelas tutor…tapi tu pon smnggu skali…
satu hari..sya dpat tau dia bleh smbung study kat tmpat laen…overseas…
bayangkan ustaz.. saya menyimpan perasaan kat dia..kagum ngan dia…sya sedih sangat2…x tau nk cite camne..
then satu malam lpas 2 3 ari tu… lpas sya smayang hajat, tba2 saya rase sdih sangat2….rase rindu kat dia..
saya x nak prasaan tu.. sya nk study lagi…nk struggle…dah la tngah exam…
then saya pon smayang la istikharah…
then hajat d ati nk smbung study trbantut sbab tba2 datang prasaan yang amat sedih sangat2..
saya da try istighfar… dada saya sakit sangat2… sedih ustaz…
sya x prnah alami prasaan ni…
sakit….sedih…pedih….
kalau stakat alami prasaan tu ok…ni x, sampai saya nangis…x boleh nk brenti…n tdo pon camtu j…
saya x prnah menangis kerana lelaki…
saya x tau nape saya nangis tapi yang sya tau..
saya sedih..kehilangan dia…
tolong saya ustaz…
saya x tau nk buat cane lagi ni…
rse sya nak sangat kawin ngan dia..
tapi mustahil ustaz…dia x knal sangat saya….n dia pon nak pg da….
mmang saaaaaakit ssaaanagt…tolong saya ustaz….
saya x dapat byangkn lpas ni dia da x de dpan mata saye lagi ustaz….

Ustaz Love ada terfikirkan tajuk yang lebih sesuai iaitu “Syok Sendiri”, tapi rasanya macam kasar plak bunyinya. Namun, itulah hakikat yang sebenarnya, walaupun pahit tapi kena terima. Tajuk “Bertepuk Sebelah Tangan” tak berapa sesuai dengan realiti, sebab maksud bertepuk sebelah tangan itu adalah cinta sebelah pihak dalam keadaan pihak lagi satu tu tahu, cuma tak dapat nak menerima cinta kita. Tahap yg ni sebenarnya lebih sakit, sbb kita dah bagitau, tapi dia tak terima.. masa tu rasa nak hempuk sebelah tangan, bukan tepuk lagi dah.. kihkih.

Tapi, sekurang2nya kita puas hati kalau kita bagitau isi hati kita pada orang yang dicintai itu. Soal dia terima ke, tolak ke, itu soal kedua.. Yang penting, kita dapat pastikan daripada awal akan perasaannya terhadap kita, sebelum perasaan itu subur dan mekar di taman nan indah, tiba2 dilanda air bah mencurah2.. habis rosak segala hasil tanaman yg kita siram dengan penuh kasih sayang. Kalau awal2 lagi dah tau dia tak suka kat kita, senang nak cari pengganti cepat2.. takyah buang umur dan masa menunggu orang yang tak sudi.. kihkih.

Berbalik pada kes saudari ni, Ustaz Love rasa saudari ni muda sangat lagi.. Ustaz Love tak rasa perasaan saudari itu dinamakan cinta, sebaliknya ia lebih kepada angau.. iaitu sejenis penyakit. Angau ini menyebabkan lahirnya suatu perasaan yang sukar dimengertikan. Nak kata cinta, kenal pun tak.. biasanya orang kenal dulu baru datangnya cinta.. Even cinta pandang pertama sekalipun, ia bermula dengan perkenalan.. yang cinta terpandang kat bus stop, lepas tu kejar sampai ke rumah.. guna mcm2 cara nak memikat dsb tu biasanya berlaku dalam drama.. jarang benda2 tu berlaku dalam realiti kehidupan.

Kalau orang yg tahap2 dah patut kahwin, memang Ustaz Love akan bagitau suruh berterus-terang je dengan orang yang disukai.. jangan simpan2, nanti bila ada orang lain masuk line, kita plak yang frust menonggek. Tapi dalam kes saudari ni, Ustaz Love takkan suruh saudari berterus-terang. Sbb waktu ni bukan lagi waktu untuk bercinta dan bermain perasaan. Waktu ini adalah waktu yang sepatutnya saudari tumpukan untuk pelajaran. Sebab itu yang lebih utama.

Memang tak dapat dinafikan, soal hati dan perasaan ini kita tak dapat nak tahan2.. cuma kita boleh belajar untuk mengawalnya agar tidak memburukkan keadaan hidup kita.

Sebaiknya, saudari alihkanlah perhatian saudari daripada perkara itu dan diletakkan di tempat yg sepatutnya.. Macam kaedah tai-chi, menggunakan kekuatan musuh untuk menumbangkan musuh.. salurkan segala kesedihan saudari itu menjadi satu gumpalan kekuatan untuk lebih kuat berusaha dan fokus kepada pelajaran.. Mungkin dengan kejayaan saudari nanti, saudari juga mampu untuk sambung belajar ke luar negara dan bertemu dengan jodoh yang lebih hensem serta lebih soleh daripada sebelum ini.

Saudari tak perlu risaukan persoalan jodoh.. bak kata pepatah, takkan lari gunung dikejar.. buat penat je lari2 ni.. kalau jalan kaki pun, insyaAllah sampai juga akhirnya. Jika telah ditakdirkan jodoh saudari dengan lelaki soleh itu, insyaAllah, berpisah macam mana pun, jauh mana pun, akan bersatu juga akhirnya.. seperti ikan yang bersatu dengan asam di dalam periuk, walaupun asalnya daripada tempat yg berlainan, akhirnya bertemu juga di dalam perut..

Kalau saudari memancing di kolam, seekor ikan pun mungkin susah saudari nak dapat.. tapi, kalau saudari menjala di tengah lautan, insyaAllah macam2 jenis ikan saudari boleh jumpa.. ular air pun ada, jaws pun ada.. masa sekarang ni, saudari punya pergaulan amat terbatas (setakat di sekolah / universiti).. bila dah masuk alam pekerjaan esok, lagi ramai orang yang saudari akan jumpa.. jangan kata yang soleh, yang mat salleh pun ada.. jadi, banyakkan bersabar dan jangan lari fokus. Setiap kali teringatkan wajah lelaki soleh itu, ingat balik wajah mak ayah yang mengharapkan kejayaan saudari dalam pelajaran.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan ketenangan hati kepada saudari dan dapat fokus kepada pelajaran.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. msuk bab hati dan perasaan ni macam2 bole jadi.. manusia yg bergelar remaja ni memang mcm2 situasi akn tmbul sbgai proses nak bergelar dewasa.. kesah ukhti ni memang byk dah ana dengar.. sjujurnya,ana snri pernah rasa,mungkin.. yela,prasaan sukakn seseorng ni bukan bole disekat2 tmbh umur2 sbya kitaorng ni yang msih blum afir tntng cinta kali.mcm ustaz kta gak kna pndai jga agar x merosakkn msa dpn kita.. bole dikatakn,semua orng x kira laki or pompuan mesty prnah rasa keadaan mcm ni,tp x kut smpi taasub..pndpat ana laa..

  2. tp xsalah kn ustaz admire seseorg…sy pon ade minat gak…ade sorg laki nih…da le ensem gileeeeeeeeeeee+alim(ade janggut comel)+keje pon bagus+pemalu…sape suh dia tu perfect sgt…hahahahaha..

  3. terbaik ustaz love bg kate2 smgt pd saudari tu..
    diri ini turut mgmbil ikhtibar :
    ske3x kata2 ni~~
    Memang tak dapat dinafikan, soal hati dan perasaan ini kita tak dapat nak tahan2.. Cuma kita boleh belajar untuk mengawalnya agar tidak memburukkan keadaan hidup kita.

    1. sbb itu orang tua2 selalu pesan.. ikut hati, mati.. ikut rasa, binasa.. ikut suka, mencuka.. kihkih :D

  4. cinta itu buta dan membutakan..
    dulu
    sebelum kwin
    kwn dgn 2 lelaki
    abis out..
    tpi sbb hat sorang tu segak
    sornag lagi hensem n tinggi
    tpi ape ade apda rupa?
    nak niat jitu takmo kwin sbb ras teruk kena main2 dgn jantan
    tpi last2 kwin jugak dgn member sendiri
    tak kucari,tpi dtg sendiri.
    itulah org ckp: jodoh yg baik mmg dtg tanpa dialu2kan..

    1. rupa ni sekejap je.. bila dah tua nanti, habis dah rupa tu.. hanya cinta sejati yg kekal sampai ke syurga :D

  5. ustaz lau kte ske kt kwn kte sndiri cm ne lak ustaz???? ptt ke sy bgi thu kt dy… p sy tkt lau dy tlak cinta sy, hbngan prsahabtn kte ak trjejas…..

  6. Assalamualaikum..
    Saya kenalkan diri saya sebagai A. Saya telah berkenalan dengan Z dua bulan yang lepas. Sejak dari itu dia sering mengajak saya keluar bersama berdua. Tapi saya kerap menolak ajakan untuk keluar bersama kerana saya tidak pernah bercinta dan tidak pernah keluar dengan lelaki.Tapi dalam masa yang sama kadang kala saya terserempak dengannya dan minum bersama. Dia sangat-sangat jarang bermesej dengan saya. Dan kalaupun dia menghubungi saya adalah untuk mengajak saya keluar sahaja. setelah diajak beberapa kali. Saya pun cuba untuk keluar bersama dengan dia.Dan sudah dua kali saya keluar bersama. Cuma saya pelik, kenapa dia tidak mesej saya pada hari lain-lain. Dia cuma akan call saya kalau dia mahu mengajak saya keluar? Adakah dia cuba mempermainkan saya?Dan kalau saya keluar dengan dia, dia akan memandang dan memuji wanita lain. Di samping bermain games…

    Terima kasih.

    1. Ustaz love.. Bersambung dgn pertanyaan saya sebentar tadi.. Si Z akan mencuba untuk menyentuh tangan saya kadangkala walaupun ditolak beberapa kali. Dan masa sama meminta untuk bercouple. Saya tertekan sebab saya rasa berdosa kerana keluar dengan lelaki dan terasa dinodai bila tangan saya disentuh. Dia pernah berkata dia ingin berkawan dengan saya dan meminta saya untuk mengajarnya berubah lebih baik sebab dia mengaku dia lelaki nakal.. Ustaz love, kadangkala saya berfikir saya perlu tinggalkan dia kerana Allah. Dia telah mengubah saya menjadi lebih jahat. =( Dan mungkin saya tergoda dengannya disebabkan nafsu juga dan rasa ingin dicintai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


four + 7 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site