I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Cara Mendidik Suami

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada CikUda :

Slm ustaz.blh bt en3 bgmn mdidik suami?suami ego & salu ckp kt isteri jgn try nk mngajarnya.wlpn bnda baik.Ape pdekatan yg prlu utk isteri?

Nak didik suami ni bukan semudah nak mendidik anak.. sbb suami2 ni dah jadi buluh meriam dah.. silap tegur, mau meletup kebabomm dan boleh menyebabkan kecederaan parah termasuk kehilangan jari dan luka2. Berbeza dengan anak2, permulaan nak mendidiknya adalah ketika baby2 lagi.. masa tu masih lagi di tahap rebung, boleh nak lentur2 ikut kita suka. Nak corak2kan pun takde masalah. Itulah beza antara orang tua dan orang muda. Juga itulah hikmahnya menjadi manusia.. Ustaz Love tengok cerita Red Cliff, tengok kuda beranak.. tak sampai beberapa minit, anak kuda tu dah boleh berjalan. Bukan macam manusia, ambil masa bertahun baru boleh berjalan dan berlari. Jadi, proses pendidikan manusia ni memang panjang dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk masa yang lama.

Jika nak didik mereka2 yang berada di bawah kita (seperti anak, kucing, ayam, kambing dsb) memerlukan kesabaran dan fokus yang tidak sedikit, apatah lagi nak mendidik mereka2 yang berada di atas kita (spt suami.. maksud Ustaz Love dari sudut darjat dan ketaatan, bukan dari sudut posisi).. lagi la memerlukan kesabaran tahap gaban dan fokus yang tak sedikit.

Kalau setakat tegur sikit je, lepas tu kata dah penat menegur, itu belum cukup lagi. Masih jauh lagi perjalanannya untuk mendidik suami ni.

Bila kita bercakap soal ego, sebenarnya ia merupakan lumrah manusia.. setiap orang ada egonya yang tersendiri.. tak kira lelaki mahupun perempuan, suami mahupun isteri. Namun, setiap perkara itu ada hadnya.. bila dah melebihi had yang sepatutnya, maka ia akan mendatangkan mudarat kepada pemiliknya.

Kebiasaannya ego ini dikaitkan dengan lelaki.. nampak bayangan ego ni macam sombong, gagah perkasa, hati kering dsb.. berbeza dengan wanita yang lebih dikenali dengan kelembutan.. sebab itu tak dapat dipisahkan perkaitan lelaki dengan kekerasan dan wanita dengan air mata. Namun, kalau lelaki terlalu ego, ia dah tak memberi manfaat kepada lelaki itu, melainkan akan menjadikannya bodoh sombong.. pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh ditegur.. begitu juga kelembutan wanita, kalau terlalu lembut, orang dah tak panggil lembut, tapi lembu..

Berbalik pada persoalan CikUda berkaitan suami yang ego ini..

Sebenarnya, ego memang diperlukan oleh seorang suami. Tanpa sifat ego, agak susah beliau nak kawal rumahtangga.. sama seperti nakhoda kapal.. dengan keegoannya, beliau mampu mengawal kapal walaupun dilanda ribut yang menggila serta anak2 kapal yang pelbagai gaya. Sedikit keegoan tidak memberi masalah sangat, namun jika terlalu ego, ia akan merosakkan diri dan orang lain.

Akibat terlalu ego, maka semua yg dilakukannya dikatakan baik, walaupun ada yang menegur, dia takkan menerima teguran tersebut.. lebih2 lagi teguran daripada orang yang di bawahnya (spt isteri, anak2, adik2, anak buah dsb). Even seorang alim pun belum tentu mampu untuk menerima teguran anak muridnya dengan berlapang dada, apatah lagi orang awam.

Jadi, untuk memberikan teguran atau mendidik orang yg lebih atas, memerlukan kesabaran dan hikmah yang tinggi. Umpama menarik rambut daripada dalam tepung.. Jangan disebabkan sikap terburu2 kita dalam nak menegur, ia memberikan masalah lain yang lebih besar lagi.. contohnya nak tegur suami malas mandi.. silap tegur pulak masa suami tengah penat ke, tengah tengok bola ke.. mau berlaku perang walaupun puncanya kecik je.

Jadi, cara teguran perlu diperhalusi.. waktu untuk menegur juga perlu diteliti.. dan siapa yang menegur itu pun perlu diberati.. supaya sang penegur tak makan hati.. akhirnya lara membawa ke mati.. cewahh..

Jika kita dah tahu memang kalau kita tegur akan mendatangkan masalah yg lebih besar, maka mintalah bantuan orang2 yg lebih dihormati oleh suami itu untuk menegur (spt mak ayah ke, mak ayah mertua ke dsb).. insyaAllah, teguran mereka itu mudah nak meresap masuk.. sbb suami itu akan membuka hati pada orang yang dihormatinya.

Ustaz Love ada baca satu artikel berkenaan minda separa sedar (sub-conscious mind) yang banyak memberi kesan kepada kelakuan manusia.. Mungkin boleh gunakan kaedah ini untuk menasihati suami.. iaitu menegurnya ketika beliau dah tido.. bila kita bercakap2, insyaAllah beliau mendengar, cuma mungkin tak mampu nak balas sebab terlalu mengantuk.. tapi kalau suami dah berdengkur tu, tak payah la bercakap apa pun.. buat sakit hati je.. kihkih.

Ada satu petua yang Ustaz Love dapat daripada orang tua (ye la.. takkan petua orang muda plak kan).. kalau dah dapatkan perhatian suami (suami mudah mendengar nasihat, lembut hati dsb), maka jagalah antara pusat dan lutut suami.. iaitu jagalah keperluan makanan dan seks suami.. insyaAllah, bila suami kenyang lepas makan, nak mintak belikan emas sekilo pun suami boleh belikan.. kihkih.

Dan yang paling penting, kena doakan suami tu bersungguh2.. bangun tahajjud tengah2 malam, doa menangis2 pada Allah semoga Allah lembutkan hati suami.. sebab Allah itu pemilik hati2 manusia.. bila2 masa saja boleh bertukar daripada buruk kepada baik dan sebaliknya. Jangan dicuba amalan2 yg lain seperti ilmu penunduk ke, nasik terkangkang ke dsb.. bukan saja jatuh kepada syirik, bahkan hidup takkan diberkati oleh Allah.. pelbagai masalah baru akan timbul disebabkan meminta kepada pertolongan makhluk jin dan syaitan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. memang susah kalau nak tegur suami..my hubby tak terkecuali…tq for the tips–kena jaga antara pusat&lutut yer…dua2 pun me lemah tu…ie tak reti/tak berapa rajin masak and tak berapa cemerlang part dot dot dot…byk nak kena improve ni..

    1. itulah pesanan orang tua2.. Ustaz Love cuma menyampaikan saja.. mungkin ada benarnya, dan mungkin juga ada yg tak betulnya πŸ˜‰

  2. Salam ustaz,

    terima kasih atas tips2.. Alhamdulillah saya bersyukur dikurniakan suami yg tak tinggi ego nya.. selalu bersabar dlm apa juga keadaan.. kdg2, sy pun tensen, sbb ‘sabar’ sgt, smpai masa jadi bergerak perlahan.. saya yg kene bising2 baru nk bergerak laju.. lepas ni ustaz harus buat artikel peranan suami dlm daily life, supaya saya boleh print dan paste dlm bilik.. hehe

    1. Salam puan momo..

      Memang sesuai sangat la suami yg slow dapat isteri yg bermulut laju.. kihkih πŸ˜€

      InsyaAllah, nanti Ustaz Love cuba buatkan entry pasal tu πŸ˜‰

  3. Tq ustaz buat en3 pasal ego suami. Sy mmg tercari2 cara yg terbaik utk menasihati suami kerana sllnya akan berakhir dgn perang dingin… Sy mmg ada practiskan apa yg ustaz tulis cuma sy tak berapa nak sabar. Biasalah ladies ni suka prompt result! Kihkihkih. Tq ustaz

    1. Praktis itu bermaksud berlatih lagi dan lagi sampai kita tiada lagi.. tak kira sama ada dah dapat hasil atau belum berhasil, kita akan teruskan usaha. jadi, jangan putus asa.. sbb kita bukan setakat ‘mencuba’ untuk sehari dua, tapi kita nak bawak sampai ke syurga πŸ˜‰

  4. Assalamualaikum ustaz,,kalau suami saya tahu agama tapi dia tidak mempunyai adab sesama manusia.,Bila saya dan anak2 menegur dia anggap dirinya perfect dan selalu berkata orang lain tak tahu agama,dan tak mahu dengar teguran orang lain,,terlalu ego,,saya bersabar selama nie,,dan menahan kesedihan niy seorang diri,,,apa patut saya buat dan macam mana saya ingin menegur suami saya?

  5. Salam ustaz,sy tensen sgt2 dgn suami sy.pemalas!smp mak sy pon komplen..malu saya dan tertekan sbb sume bnd sy kene buat wpon sy mengndung ke,bersalin ke n anak pon dah msk dua..yg plg sy segan sbb suami sy ni alim orgnya,suka brckp dan tegur org psl agama,tp dri sndiri x cermin.saya dah xreti nk defend suami sy bile mak sy komplen2..dah bnyk kali tegur tp mmg xjalan..mcmmn..

  6. Assalamualaikum Ustaz,

    Mohon sedikit pandangan ustaz… Apakah hak seorg suami ke atas brg peribadi isteri eg surat2 (rasmi/tidak serta email), telefon termasuk mesej2 di dalamnya. Suami saya suka membuka dan membaca surat2, email2 serta mesej2 dlm handphone saya… Samada saya sedar atau tidak… Kadang2 mesej2 yg diterima agak peribadi (eg perihal peribadi sahabat etc) dan tidak sempat dipadamkan terlebih dahulu sebelum sampai ke tangan suami. Seingat saya, waktu belajar dulu pernah dengar ustaz sebut yg surat tu adalah amanah, dan siapa yg buka dan baca surat org lain dianggap pecah amanah… Bolehkah ustaz tlg jelaskan???

    Jazakallah

  7. saya pernah buat macam yang ustaz cakap ni bila saya ada masalah dengan suami..

    “Jika kita dah tahu memang kalau kita tegur akan mendatangkan masalah yg lebih besar, maka mintalah bantuan orang2 yg lebih dihormati oleh suami itu untuk menegur (spt mak ayah ke, mak ayah mertua ke dsb).. insyaAllah, teguran mereka itu mudah nak meresap masuk.. sbb suami itu akan membuka hati pada orang yang dihormatinya”

    tapi ustaz, mak mertua saya jenis tak boleh sentuh anak-anak dia..dengan kata lain sume anak2 dia betol la. so terpakasa la saya pendam dalam hati j..sedih~~~

    1. kalau macam tu, minta tolong dengan bapa mertua.. atau abang ipar.. atau sesiapa saja yg dihormati oleh suami.. tapi semua itu selepas puan sendiri berbincang dengan suami.. kalau tak jalan, baru minta bantuan.. jangan ikutkan pengalaman dulu dan menyangka suami takkan berubah untuk selamanya.. dan jangan terus meminta bantuan orang lain jika puan tak berbincang dulu dengan suami.. nnt suami akan anggap puan tak menghormatinya dan membesar2kan masalah.. ditakuti akan timbul masalah lain yg lebih besar..

  8. Assalamualaikum.. ustaz. suami saya sangat susah nak bangun pagi. Paling awal dia bangun pun pukul 9 lebih. Suami saya agak rajin juga tapik agak kurang pandai mencari rezeki. Mana saya nak buat ustaz? Saya tiada tujuan nak aibkan suami tetapi saya tiada tempat untuk minta panduan. Moga Allah ampuni saya sekiranya saya salah. Terima kasih ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme