Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Soal Jawab : Cara Memperolehi Ketenangan Jiwa

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada serai :

salam ustaz.pertama skali trima kasih krn blog ustaz tlh byk mbantu mrawat jiwa sy dlm mcari redha Allah..berusaha taubat nasuha..ksh sy krg lbh mcm lia..mnta ustaz tlg bntu beri cara mperoleh ktenangan jiwa..spy x dhntui dosa2 lalu..adakh slagi taubat sy msh blm ditrima Allah,sy xkn mperoleh ktenangan?tlg bantu ustaz..

Bila menyebut tentang ketenangan jiwa ini, ia sangat abstrak.. sbb tiada kaedah pun yang dapat mengukur ketenangan itu.. macam mana nak ukur kalau ia tak nampak dengan mata, ye tak? Mungkin ada yang berkata, dengan bermeditasi, jiwa akan menjadi tenang. Jadi, ramai yg menumpukan pada amalan atau kaedah tertentu seperti mengamalkan yoga, zikir tarekat, pengambilan ubat2an tertentu dsb semata2 untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Malah ada yang lebih advance bila menggunakan bahan terlarang seperti dadah, ganja, arak dsb untuk menghilangkan perasaan terganggu untuk lalok seketika.

Namun, sebarang usaha untuk mendapatkan ketenangan melalui jalan yang singkat, maka hasilnya juga akan bertahan dalam masa yang singkat juga. Contohnya, kita mengambil dadah untuk rasa high.. rasa macam terbang tanpa sayap.. tapi sekejap je la.. bila dah habis kesan dadah itu, maka akan timbul pula masalah baru iaitu ketagihan.. jadi, menyelesaikan masalah dengan masalah, hanya akan menghasilkan masalah yang baru sedangkan masalah yang lama masih belum selesai.

Untuk menyelesaikan masalah yang menyerabutkan fikiran, maka perlu kembali kepada punca masalah itu dulu. Umpama benang yang berserabut dan bersimpul2, takkan selesai jika kita tak cari puncanya dan menguraikannya dengan penuh kesabaran dan fokus. Ada kaedah yang lebih mudah, iaitu memotong saja benang yang bersimpul dan berserabut itu.. namun, sudah tentu benang yang dipotong itu takkan dapat digunakan lagi dan terpaksa dibuang serta digantikan dengan benang yang baru. Kalau kita sayang nak buang, dah tentu kita terpaksa luangkan masa kita yang tak sedikit untuk menyelesaikannya dengan sabar dan tidak terburu2.

Jadi, bagi apa juga masalah, kembalilah kepada puncanya. Jika masalah itu melibatkan perhubungan, maka carilah punca masalah dalam perhubungan itu. Lepas dapat kenalpasti apa puncanya, maka fokuskan pemikiran dan usaha untuk mencari jalan menyelesaikannya. Selagi tak jumpa punca masalah, selagi itulah kita akan teraba2 dalam mencari penyelesaiannya. Macam kita sakit kepala, macam2 ubat dah kita telan.. panadol la, ponston la.. tak cukup dengan tu, apa juga petua kita cuba.. makan herba itu ini.. Ustaz Love teringat dengan kisah seorang selebriti yang mengadu lemah2 badan, lalu beliau pergi berurut. Tapi akhirnya beliau disahkan kena demam denggi dan tak dapat diselamatkan.

Bila dah jumpa punca masalah, maka barulah fokus rawatan kita takkan tersasar.

Berbalik pada persoalan saudari serai, untuk mendapatkan ketenangan hati, maka selesaikanlah dulu masalah yang menyebabkan hati tak tenang itu. Jika tak boleh dah nak diubati, maka putuskanlah dan buangkanlah ia. Selepas tu baru fokus pada usaha2 pembersihan hati.

Ustaz Love tak pasti apa masalah saudari serai sama ada masalah tak dapat restu ibu bapa ataupun masalah terlanjur dengan suami orang.. cuma Ustaz Love nak bagi contoh saja. Kalaulah ia berkaitan dengan masalah terlanjur, maka fokus yang patut ditumpukan adalah pada menyelesaikan dulu masalah terlanjur itu. Bertaubat nasuha dengan meninggalkan perbuatan tersebut, serta menyesal dan berazam tidak melakukannya lagi. Selepas saudari dah lakukan perkara ini, maka barulah saudari boleh fokuskan pada pembersihan hati. Selagi saudari tak bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut, selagi itulah saudari takkan tenteram walaupun saudari solat taubat sampai lebam2 dahi atau berzikir sampai kering air liur.

Jika saudari dah pun meninggalkan perbuatan tersebut dan berazam untuk tidak melakukannya lagi, maka saudari boleh fokuskan pada kehidupan sekarang.. sentiasa sibukkan diri dengan aktiviti2 luar dan mengurangkan aktiviti2 persendirian.. elakkan termenung, bersendiri dsb.. dan rancanglah kehidupan sehari2 dengan lebih teratur (buat jadual daripada pagi sampai la ke malam). Bila cara hidup dah teratur, insyaAllah ia akan memberi kesan pada kehidupan rohani dan jasmani kita. Bila jasmani kita sihat (kita rajin bersenam mengeluarkan peluh dsb), insyaAllah ia akan mempengaruhi daya pemikiran kita. Otak kita akan lebih cergas dan lebih optimis serta tak terlalu serabut memikirkan masalah.

Dari sudut rohani pula, maka saudari boleh jadikan amalan:

1.Setiap pagi (selepas solat Subuh) dan setiap petang (selepas solat Asar) untuk berzikir :

- subhanallah walhamdulillah walailaha illallah wallahu akbar – 100x

- selawat (Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad) – 100x

- istighfar – 100x

2. Solat tahajjud

3. Membaca al-Quran

4. Berdoa setiap kali selesai melakukan ibadah.

Itu sekadar cadangan Ustaz Love.. terpulang atas kekuatan saudari untuk mengamalkannya. Apa yang penting adalah istiqamah (berterusan melakukan amalan) walaupun sedikit, daripada banyak tapi jarang2 dilakukan. Tapi lebih baik lagi banyak amal, dan dilakukan dengan istiqamah.

Tentang persoalan sama ada Allah menerima taubat kita atau tak, kita serahkan saja pada Allah. Apa yang penting, kita berusaha untuk bertaubat daripada dosa2 kita dan berharap dengan sepenuh hati semoga Allah menerima taubat kita.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan ketenangan hati kepada kita semua, yang mana ia tak dapat dibeli dengan apa2 pun nilai harta di dunia ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
    1. betul2.. membaca al-Quran itu juga sebagai salah satu cara mengingati Allah (zikrullah) yg akan memberikan ketenangan hati ;)

  1. salam ustaz.
    saya harap soalan saya tidak menganggu ustaz.
    saya cuma nka tanya cmna nak biar kan diri nie btul2 insaf.
    saya tahu akibat, kesan sesuatu perbuatan tapi saya still buat gak. saya nak tau sgt jawapan nya.

    1. salam koknlak..

      untuk dapatkan keinsafan, memerlukan kesedaran.. daripada kesedaran itu, lahirnya muhasabah (koreksi diri).. daripada muhasabah itu, lahirnya keinginan untuk meninggalkan maksiat dan dosa serta memperbanyakkan kebaikan dan pahala.

      Mulakan dengan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur.. insyaAllah, ia membantu dalam proses islah (pembaikan diri) ;)

      1. salam ustaz.
        terima kasih atas nasihat yang diberi.
        macam mana langkah nak memulakan muhasabah diri?

        1. salam koknlak..

          mulakan dengan memaafkan semua orang sebelum kita tidur.. kemudian bila dah istiqamah, teruskan dengan penilaian diri sebelum tidur.. nilai balik dosa2 yg dilakukan sepanjang hari dan istighfar atas dosa2 kecil serta bertaubat atas dosa2 besar.. lebih membantu sekiranya ada catatan (buku ke, diari ke dsb) yg mencatat setiap amalan yg kita lakukan setiap hari.. supaya kita boleh menilai prestasi kita, makin banyak amal kebaikan, atau makin banyak amal keburukan ;)

  2. “ketenangan hati tak dapat dibeli dengan apa2 pun nilai harta di dunia ini.” —100% betul…duit tak dpt beli ketenangan hati & jiwa..hanya Allah yg mampu memberi anugerah dan rahmat ketenangan hati

  3. of course…………..semua dikembalikan kepada pribadi kita masing masing……nak buat apa kita hidup di dunia ni…apa pula yg sudah kita tinggalkan selepas kita meninggal nanti………

  4. salam, ustz sye nak tanye macm mane nk jdi anak yg solehah?masalahnye sye x ske cre mak bapak sye tgor sye..dieorg sllu hilgkn mood sye nk brsme Allah walhal sye bru nk dktkn diri kpdnye..camne ni?

    1. berterus-terang dengan mak yg saudari tak suka dengan cara beliau menegur saudari. Tapi jangan sampai berkasar, menengking dan berkurang ajar dengan beliau.

  5. Ustaz love,mak sy sntiasa lebihkan kakak sy dr adk bradik yg lain…hati dan perasaan sy mnjdi tdk tnteram..sy sllu skit hati terhdap mak sy krna lbhkan kakak sy..berdosakah sy??ank drhka ke sy ni?sy hrap ustaz love dpt jlskan..

    1. selagi ia tidak dizahirkan dengan perbuatan (spt menengking ibu, bercakap kasar dsb), maka ia tidak dikira berdosa. Sebaiknya dipadamkan perasaan sakit hati itu agar tidak melarat dan berpanjangan sehingga menyebabkan terzahir sifat derhaka itu. Banyakkan istighfar dan sentiasa melihat kebaikan ibu yg masih banyak untuk dinilai dan maafkan ibu atas segala perbuatan yg saudari rasa salah di mata saudari.

      hidup ini kena banyak memberi.. jangan banyak menuntut.. barulah hati akan tenang sentiasa..

  6. Tapi,wajarkah se0rang ibu menghna anaknya sndri dgn prkataan2 buruk (b0d0h,bangang,setan) kpd anknya sndri??sedangkan anaknya tidak brsalah dan hnya membisu seribu bhsa apbla se0rg ibu kndungnya sndri yg menytakan sdmikian…siapakah yg hrus diprsalahkan,anak atau ibu??

    1. jika nak tahu soal siapa salah atau siapa tak salah, memang sampai ke sudah takde pengakhirannya. walaupun ibu bersalah, tetapi anak tidak boleh melawan atau bersikap derhaka dengan ibu. jangan membisu seribu bahasa lalu menyimpan dendam, sebaliknya carilah jalan memenangi hati ibu dan berdamai. tak guna bermusuh dengan ibu sendiri. hidup saudari juga yg akan tunggang-langgang nanti.

    1. berdosa menyakitkan hati ibu bapa, tak kira la ibu bapa tu menangis ke, ketawa ke.. kalau kes saudari ni, ibu bapa menangis sbb simpati dengan saudari.. jadi, takde kaitan dgn perbuatan saudari.

  7. kalau la kita dh terangkan perkara yang sebenar pada orang tu. tpi bagi dye itu adalah alasan. macam mana??? ini dah kali kedua hubungan saya dan kawan2 saya retak. bagi mereka perkara kecil adalah besar. mereka suka mendengar sebelah pihak jew. bila saya mengalah dan minta maaf, mereka tak minta maaf balik. bagi mereka, saya sorg jew salah. saya dah lama sabar and diam jew. tpi mereka menggunakan perkara tu dengan cara lebih kurang mcm balas dendam. mereka kadang2 mendesak saya untuk berbaik dengan seseorang pada hari yg sama kitorg gaduh. bila saya minta masa, mereka seolah2 tak nak bg. mereka push saya smpai sye dh buntu, tak tahu nak buat ape. kawan2 yang lain ada cakap, diam kn jew dengan apa yang mereka nak buat dan jangan layan mereka sangat walaupun dh berbaik sebab diorg mungkin boleh guna kan kelemahan saya untuk menggenakan saya balik. mereka tahu nak menang jew. tolong bagi pendapat. saya dh tak tahu nak buat apa lg :(

Leave a Reply

Your email address will not be published.


two + = 8

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site