I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bimbingan Ibadah Buat Muallaf

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Daniel :

Salam ustaz.. nak tanya, aku ni muallaf lama dah.. tapi tak tau cara sembahyang. Selama aku jadi muallaf, xda bimbingan aku dapat, terjadi la segala dosa2 yang skeg aku menyesal skali.. aku nak buat solat taubat, tapi solat biasa pun xpandai cmne.. Ustaz ada idea x cara2 atau panduan mahir bersolat dengan kadar cepat ? Pasal aku teringin nak cepat2 mahir solat.. tlg reply kat email aku ye klau x keberatan? terima kasih ustaz..

Ustaz Love tak keberatan nak jawab di e-mail, cuma Ustaz Love rasa ada sesuatu yang dapat Ustaz Love kongsikan daripada situasi ini kerana isu seperti ini tak tertakluk pada muallaf ataupun Muslim baka (dilahirkan oleh mak ayah yang Muslim). Kebanyakan orang mempunyai keinginan nak dapatkan sesuatu dengan cepat, tak kira la benda2 keduniaan mahupun yang berkaitan dengan akhirat.

Sebab itulah ramai orang terlajak daripada batasan bila dah terlalu laju.. sepatutnya kena berhenti masa lampu isyarat bertukar merah, tapi disebabkan terlalu laju, maka terlanggar lampu merah hingga menyebabkan berlakunya kemalangan. Sepatutnya kena kena pijak anak tangga satu persatu, tapi disebabkan nak cepat, dilangkahnya 3 anak tangga sekaligus sampai tergelincir dan tergolek2 jatuh ke anak tangga yang pertama. Disebabkan nak cepat makan, main telan2 je makanan tu (kalau kunyah jadi lambat nak makan) sampaikan tercekik makanan.

Itu gambaran kalau nak buat sesuatu kerja terlalu cepat atau dengan kata lain terlalu gopoh dan terburu2. Walaupun ada saranan di dalam al-Quran agar kita bersegera ke arah kebaikan, tetapi bukanlah bermaksud kita kena melakukannya secara terburu2 dan tergopoh-gapah. Melakukan sesuatu dengan terburu2, akan menghasilkan natijah yang kurang sempurna.. Mandi koboi menyebabkan tahi mata setepek melekat disebabkan terburu2 mandi dan tak sempat nak gosok2 apa yang patut.. Terburu2 menjawab soalan dalam exam juga boleh menyebabkan tertinggal point2 penting, dan mungkin lebih teruk lagi ada soalan yang tertinggal.. kononnya nak jawab soalan cepat2, nak balik bilik bagi hilang stress.. Bila ingat2 balik, rupanya ada soalan yang tertinggal, lupa nak semak.

Tiada kebaikan pada sikap terburu2 ni.. kalau terburu2 dalam urusan dunia pun kita dah nampak keburukan hasilnya, bagaimana pula kalau kita terburu2 dalam urusan akhirat? Sebab itulah dalam agama, istiqamah (berterusan melakukan sesuatu amalan) itu sangat dipentingkan.. istiqamah itu menunjukkan kualiti, biar pun kuantiti amalan yg kita lakukan sikit je.. contohnya baca al-Quran sehari satu muka surat.. tiap2 hari kita baca, tak pernah tinggal.. walaupun nampak macam sikit, tapi itu lebih baik daripada kita baca 10 juzuk al-Quran hari ni, lepas tu kita dah tak baca dah.. tahun depan plak kita sambung baca… dengan amalan yg istiqamah itulah, maka ia memberi kesan terhadap kehidupan kita di dunia dan akhirat.. walaupun titisan air yg jatuh berterusan selama beberapa tahun, ia mampu memberi kesan (menyebabkan lekuk) pada batu berbanding jumlah titisan yang sama dikumpulkan dalam satu bekas, tapi dicurahkan sekaligus..

Dalam perkara ibadah yang kita nak bawa ke akhirat, maka lagi memerlukan istiqamah dan kesabaran yang tinggi. Tiada jalan short-cut untuk menjadi seorang doktor, engineer, lawyer, ahlil muzik dsb, begitulah juga tiada jalan pintas untuk mempelajari agama Islam ni. Kalau seorang ahlil muzik memerlukan penguasaan ilmu asas nota2 muzik (itu belum masuk bab kemahiran.. sbb ada yg boleh membaca nota muzik, tapi tak mampu nak main gitar, sbb dia cuma belajar main biola), maka adakah agama ini cukup dengan kita belajar satu dua kitab, dan kita pun rasa dah cukup?

Setiap perkara punya asas (dasar). Kalau nak bina sebuah kondo 100 tingkat (yg ni rumah, bukan kondom.. jangan silap paham), maka binaan asas (sistem piling konkrit yang dipacakkan jauh ke dalam tanah) juga kena sedalam 100 tingkat supaya binaan tu kukuh.. bayangkan kalau sebuah kondo dibina tanpa asas yg kukuh (macam nak buat rumah setinggan, pacak je atas tanah), tak sempat siap pun binaan tu dah tentu akan runtuh.

Begitulah juga dalam bab agama ni.. kalau asas tak kukuh, macam mana kita nak belajar cabang2 agama yg pelbagai? Kalau bab thaharah (bersuci) pun kita tak berapa mahir, macam mana kita nak masuk bab hukum hudud, khilafah dsb? Sebab itulah ramai yang terkeliru dengan pemahaman sendiri.. sebab malas nak kukuhkan bab asas (terutama bab akidah), maka jadilah kita sebagai ahli taqlid buta.. taksub kat ustaz itu ini, hentam ulamak itu ini.. baca satu dua hadis, kemudian buat huraian sendiri.. rasa takjub dengan kebolehan diri sehingga jadilah kita orang yang sesat dan menyesatkan orang lain.

Jadi, nasihat Ustaz Love, tak kira la berapa pun usia kita (masih muda ke, dah jadi ayam pencen ke dsb), atau berapa lama kita beragama Islam (sama ada sejak lahir ataupun muallaf), maka belajarlah agama daripada asas. Asas bersuci, asas bersolat, asas mengaji dsb.. Untuk mahir dengan cepat, maka carilah Ustaz2 yang boleh mengajar kita secara khusus.. jangan malu2 dalam bab agama ni.

Setiap orang bermula dengan tak tahu, bila dah belajar baru pandai.. tapi kalau sikap malu tak bertempat itu yang menjadi penghalang, sampai bila2 pun kita takkan maju. Baik dunia, mahupun akhirat, kedua2nya memerlukan ilmu. Kerana ilmu itu akan menunjukkan cara dan menjadi stereng bagi sebuah kereta.. Kalau kita ada semangat agama yg kuat sekalipun, tapi tidak disalurkan dengan betul (menurut petunjuk ilmu), maka semangat itu boleh menggerakkan kita masuk ke dalam longkang.. umpama sebuah kereta yg mempunyai enjin berkuasa kuda (kenapa kuasa kuda, bukan kuasa unta ke, kuasa kambing ke), tapi stereng takde.. maka selaju mana pun kereta tu boleh pergi, tapi tak mampu sampai ke tempat yang dituju (sbb takde stereng).

Jadi, belajarlah agama (tak kira la belajar solat ke, belajar mengaji ke) mengikut kaedah yang betul iaitu dengan cara berguru.. VCD, youtube dsb itu cuma boleh digunakan sebagai alat bantuan saja. Soal lambat atau cepat, itu tak perlu kita serabut2.. yg penting, kita teruskan belajar sampai la kita mati.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. bg yg muallaf nih bukan ade kelas khas ke utk dorg belajar agama…ke dorg kene cari sendiri…ade ustaz sy kt ukm ade buat kelas utk yg baru memeluk islam…

    1. memang ada kelas asas akidah dan fardhu ain untuk para muallaf yg dianjurkan oleh PERKIM dan NGO.. selanjutnya, para muallaf itu sendiri yg akan menentukan sama ada mereka nak menambah lagi ilmu, atau belajar setakat itu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme