I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berdosa Besar Menjadi Pak Sanggup?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada musz :

salam ustaz….

Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara…salah satunya dosa besar menjadibapa sanggup …

mintak penjelasan ustaz????
http://www.informasi.my/70-senarai-dosa-besar/

tu link nya…

Kitab al-Kabaair merupakan antara kitab besar karangan ulamak terkenal iaitu al-Hafidz az-Zahabi, seorang ulamak muhaddith. Namun, seingat Ustaz Love, kitab ni ada 2 versi.. satu versi asal (yg cuma mengandungi dalil ayat al-Quran, hadis dan kata2 golongan salaf (spt Sahabat dan tabien serta tabi’ tabien)) dan satu lagi versi yang mengandungi banyak hadis2 palsu, munkar serta kisah2 pelik. Dan dalam kitab al-Kabaair yang ditahqiq oleh Dr. Mahyuddin Mistu, ada 76 dosa2 besar, bukan setakat 70. Bahkan ada di antara bahagian2 yang dinyatakan dalam kitab itu tidak dianggap sebagai dosa besar seperti bergambar di baju (bila solat), tidak istibrak kencing dsb. Ustaz Love mendapati, dengan menyebarkan senarai itu tanpa penjelasan yg sepatutnya, maka boleh menyebabkan kita terjerumus dalam kesilap fahaman terhadap agama.

Ustaz Love bagi contoh bab bergambar di baju (bila solat). Dalam kitab al-Kabaair, yang dinyatakan adalah melukis gambar pada baju, dinding dsb.. tetapi tiada pula dikhususkan hanya dalam solat? Adakah kerana penulisnya suka memakai baju bergambar, maka dia pandai2 letak yg haramnya adalah ketika solat? Kalau kita kaji lagi, sebenarnya bab gambar ini pun ada khilaf ulamak. Ustaz Love ada jelaskan dalam entry sebelum ni.

Itu belum masuk bab perbezaan manhaj (metodologi) ahli hadith dengan ahli fiqh. Banyak perkara yg perlu dikaji sebelum menetapkan sesuatu hukum, agar kita tak tersalah memberi hukum.

Setakat pengkajian Ustaz Love pada kitab al-Kabaair yang ditahqiq oleh Dr Mahyuddin Mistu, Ustaz Love tak menjumpai apa yang dikatakan menjadi bapa sanggup itu sebagai salah satu dosa besar. Ustaz Love pun tak pasti daripada mana sumber ini (kalau ikut link di atas, sumbernya daripada Oh! Islam). Yang ada cuma bab iaitu :

Tapi maksudnya bukan menjadi bapa sanggup, sebaliknya ia merujuk kepada dakwaan anak itu bukan anak bapanya, tetapi anak orang lain. Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah menyatakan bahawa ini sebahagian daripada perbuatan qazaf (menuduh zina terhadap seorang yg suci) iaitu apabila mengatakan anak itu bukan anak bapanya, bermakna secara tak langsung ia memberi pertuduhan bahawa ibunya telah berzina.

Imam Nawawi rahimahullah sewaktu mensyarahkan bab ini, mendatangkan ayat al-Quran :

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.” (al-Ahzab : 58).

Keadaan ini sama situasinya yang berlaku kepada Usamah bin Zaid dan Zaid bin Harithah apa bila ada yang menyatakan Usamah bin Zaid itu bukan anak Zaid bin Harithah kerana kulit Zaid putih, sedangkan Usamah hitam.. sehinggalah Allah menzahirkan seorang lelaki yang menyatakan bahawa Usamah itu memang anak Zaid dan disahkan oleh Nabi s.a.w.

Atau boleh juga dimaksudkan dengan seorang anak yg menafikan bapanya tu sebagai bapa, atau menyatakan bahawa dirinya adalah anak kepada seseorang (dalam keadaan dia mengetahui bahawa itu bukan bapanya). Perbuatan ini boleh menimbulkan masalah terutama dalam bab perwalian, pewarisan harta dsb yang berkaitan dgn nasab.

Jadi, jika difikirkan secara terbalik, seorang bapa yg mengaku anaknya itu adalah anaknya (sedangkan dia mengetahui bahawa itu bukan anaknya), juga dikira melakukan perkara yg menyebabkan dosa besar. Tetapi, ini bukanlah kategori bapa sanggup yg kita bincangkan (sebelum ini). Sebab ulamak telah menjelaskan tentang perkara ini, iaitu keharusan menikahi wanita mengandung luar nikah, tetapi mengharamkan menasabkan anak dalam kandungan wanita itu. Cuma dalam mazhab Syafie ada sedikit kelonggaran iaitu jika anak itu dilahirkan lebih daripada 6 bulan drp tarikh pernikahan, maka diharuskan untuk menasabkan anak itu.

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, sekiranya wujud istilah ‘bapa sanggup’ dalam kitab itu, maka ianya bermaksud bapa yang menasabkan anak yg bukan anaknya kepada dirinya dalam keadaan dia mengetahui itu bukan anaknya (faham tak? sekali dah baca kitab, nak tulis pun dah terikut ayat kitab.. kihkh)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. begitulah lebih kurang maksudnya.. kerana tiada larangan untuk menikahi wanita yg terlanjur sama ada beliau mengandung atau tak..

    1. salam..

      memang agak mencabar pemikiran.. jarang2 Ustaz Love buat entry macam ni.. yg tukang baca pun dah tercabar pemikiran, apatah lagi yang tukang tulis 😀

  1. herm..maaf ustaz..ana lmbat pick up..hehe..ap mksud ustaz [ jika anak itu dilahirkan lebih daripada 6 bulan drp tarikh pernikahan, maka diharuskan untuk menasabkan anak itu.] bole tlong jelaskn?adeh..

    1. maksudnya, jika berkahwin dengan wanita yg terlanjur, kemudian anak lahir selepas daripada 6 bulan dari tarikh nikah, maka harus dinasabkan dengan bapa.. kalau kurang daripada itu, maka anak itu tidak boleh dinasabkan dengan bapanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme