I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Benci Kepada Pakcik

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang menggunakan nama samaran “Aku Taat Pada Yang Satu“. Ustaz Love pendekkan jadi ATPYS :

salam ustaz love..pertama sekali saya mintak maaf sebab saya tak tau nak tanya ustaz kat bahagian mana kat blog ni , jadi saya tulis je kat bahagian komen ni. Saya ada sorang pakcik tapi saya ada satu perasaan yg sgt ketara yg sepatutnya takde pada seseorang anak buah kpd pakciknya. iaitu perasaan benci. Saya sedang berusaha utk menolak perasaan ni tp semakin sy menolak makin tu jugak perasaan tu membuak2. Saya takut jugak dan saya sentiasa berdoa agar dijauhkan segala perasaan tu. Setiap kali saya nampak dia muka saya berubah , perasaan sy yang tadinya gembira seronok tibe2 jadi benci. Dulu sy tak benci dia sbb sy jarang jumpe dia. Tapi skg ni dia baru jugak pindah dekat ngn rumah saya jadi setiap hari dia dtg , kdg2 buat keje dia kat rumah saya membuatkan saya tak selesa memandangkan saya tinggal berdua dgn ibu saya. Sekarang ni kat rumah saya ada baby kakak saya yang baru lahir dan setiap hari pagi pagi dan setiap masa dia akan datang rumah saya. Saya tak kesah kalau dia dtg utk tengok baby tapi perlu ke sampai sarapan rumah saya. Dan utk pengetahuan ustz love dia sudah berkahwin. Kadang2 tu dia datang tak kira masa ikut suka dia hanya semata matanak minum air kat rumah saya. Saya sgt tak sukakan situasi ni. Dalam semua ahli keluarga pakcik makcik saya dia lah satu satunya pakcik yang saya benci. Saya takut dengan perasaan ni jadi saya mintak pendapat ustaz agar beri pendapat dan nasihat agar saya dpt buang jauh2 perasaan ni. Terima kasih.

Ustaz Love sebenarnya tak pasti nak jawab macam mana.. sbb Ustaz Love tak nampak pun apa puncanya yang menyebabkan saudari ATPYS (pelik tak? panjang sangat la nama samaran tu) membenci pakcik itu. Kalau diikutkan, tahap pakcik2 ni sama macam bapa juga (walaupun bapa saudara / pakcik itu adalah sebelah ibu yg tak boleh menjadi wali nikah) sebab mereka adalah mahram dengan saudari. Mungkin saudari ada alasan tertentu yang menjadi punca kebencian terhadap pakcik itu.. tapi berdasarkan apa yang saudari nyatakan di atas, sebenarnya takde sebab pun saudari nak membenci pakcik itu.

Walaupun pakcik itu lebih muda daripada kita sekalipun, tetapi atas pangkatnya sebagai adik kepada ibu kita, maka kita kena menghormatinya. Jika dia bergaduh dengan ibu kita pun, tak sewajarnya kita masuk campur.. kerana kita ni peringkat2 bawah.. sebagaimana jika ibu berselisih faham dgn ayah dan kita tak layak masuk campur, begitu jugalah urusan antara adik beradik ibu bapa kita. Tanggungjawab kita adalah menghormatinya dan melayaninya sesuai dengan pangkat pakcik kita.

Soal dia nak makan kat rumah kita, nak minum, nak berak, nak kentut hatta nak tido di rumah kita sekalipun, bukan menjadi persoalan kepada kita.. kerana dia adalah adik kepada ibu kita. Ibu kita itu kakaknya (berpusing2 plak ayat ni.. kihkih). Bahkan kalau dia nak bermanja dengan ibu kita pun, kita tak patut berasa cemburu dan sakit hati sekalipun.. sbb dia bermanja dengan kakaknya (iaitu ibu kita).

Jadi, bila kita memahami di mana letaknya kedudukan pakcik itu di sisi ibu kita, maka kita akan dapat menerimanya sebagai sebahagian ahli keluarga kita. Bahkan kalau dia nak datang makan pun, kita boleh tolong masakkan untuknya sebagai menghargai adik kepada ibu kita. Kita nak mengada2 dengan dia pun takde masalah sebab dia adalah adik kepada ibu kita (tapi jangan buat perangai mengada2 tu depan isterinya plak.. nanti cemburu plak makcik tu.. kihkih).

Ustaz Love suka ulang2 kenyataan yg pakcik itu adalah ‘adik kepada ibu kita’ supaya kita dapat menyedarinya dengan lebih tepat (sbb kalau sebut pakcik2 ni nampak macam jauh sangat.. tapi kalau sebut ‘adik kepada ibu’ atau ‘abang kepada ayah’ maka nampak macam rapat sikit).

Ustaz Love ingat lagi masa zaman Ustaz Love berkhatan dulu.. pakcik Ustaz Love datang daripada utara turun ke KL dan bercuti seminggu semata2 nak menguruskan Ustaz Love (sbb ayah Ustaz Love kena stroke). Dan Ustaz Love dah anggap pakcik Ustaz Love ni dah macam ayah sendiri (dia adik bongsu arwah ayah Ustaz Love). Kiranya Ustaz Love lebih rapat dengan beliau berbanding pakcik2 yang lain.

Nasihat Ustaz Love, carilah jalan agar kita dapat melihat kebaikan pakcik tu dan cuba rapatkan diri dengan beliau. Simpan kemas2 dalam kepala bahawa beliau adalah adik kepada ibu kita. Bayangkan kalau suatu hari nanti, adik kepada kakak kita (anak saudara kita) berperasaan dan berperangai yang sama macam yg kita lakukan terhadap pakcik tu sekarang ni, apa perasaan kita agaknya? Sedangkan kita singgah2 rumah kakak kita tu adalah disebabkan dia kakak kandung kita.. bukannya kakak orang lain. InsyaAllah, lama2 nanti kita akan dapat menerima kehadiran pakcik itu dengan perasaan yang sangat menyenangkan sekali.

Kalau tak berjaya juga menghapuskan perasaan benci itu, cubalah kawal kelakuan kita jangan sampai perasaan itu diterjemahkan dengan perlakuan yang tak sepatutnya terhadap pakcik itu. Kelak, kita juga bakal menyebabkan ibu serba-salah dan berkecil hati, kerana anaknya sendiri berkelakuan tak sepatutnya terhadap adik kesayangannya.

Itu kalau pakcik itu adik kandung ibu kita la.. kalau dia adik kandung ayah kita plak, maka tak sewajarnya dia melepak tak tentu masa kat rumah saudari.. sbb antara beliau dengan ibu saudari, mereka adalah mahram sementara, dan masih perlu menjaga aurat sama macam bukan mahram.

Sebenarnya, amat susah sekali Ustaz Love nak jelaskan dalam entry memandangkan maklumat agak kurang lengkap (pakcik itu pakcik sebelah ibu ke atau sebelah ayah.. ayah saudari ada di mana dsb). Mungkin dekat komen nanti, saudari boleh terangkan balik.

Akhir sekali, selalulah berdoa semoga Allah mengubah hati kita dan mengeratkan hubungan kita dengan ahli keluarga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. emmm…byk persoalan plak kpd kemusykilan ini…sbb kenapa rasa benci tu timbul? pelik…sbb kalau me dgn my anak2 sedara sgt rapat sbb taraf mcm anak sendiri gak πŸ™‚

    1. setiap keluarga ni kadang2 berbeza.. even duduk sebelah rumah pun, ada yg tak bertegur sapa bertahun2.. sebab itu masalah keluarga ni merupakan masalah yg terlalu rumit untuk diceritakan kepada umum πŸ˜‰

  2. sy pun sama gk mcm saudari yg td tuu….sy pun ada perasaan yg sama mcm saudari terhdap seorg pak cik….tp sy ada sebab tersendiri knp sy mmbnci dia…..sbb yg x blh nk d nyatakn krna sy msh respect dia w’pun sy x suka pd nya…..

    1. kalau boleh, buangkanlah perasaan benci tu.. kerana ia menyebabkan perasaan sakit hati.. boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.. adalah lebih baik memaafkan beliau dan berlapang dada.. kemudian mencari jalan agar ‘sebab’ untuk membenci itu tak berulang kembali πŸ˜‰

  3. sy rase sy pham ape yg saudari nih rase…sbg seorg pmpn kite rase xselesa n xselamat kalau ade org lelaki xkisah la sedara ke ape asyik dtg umah kite…dlu ade sorg ank buah ayah sy dtg umah sy sbb nk cari keje…nk dekat 2minggu dia duk umah sy…n dia salu kacau sy time nk study buat2 taye mcm2…siyes rase xselamat…nk tdo pon xnyeyak…td kn saudari tu ade tulis yg dia tinggal berdua ngan ibu dia jek kan…

    1. kalau anak buah ayah yg melepak kat umah kita, memang la kita patut rasa tak selesa.. sbb anak buah ayah itu adalah merangkap sepupu kita (bukan mahram dengan kita).. sedangkan dalam kes di atas, yg selalu melepak kat rumahnya itu adalah pakciknya sendiri πŸ˜€

      1. ala xkesah la mahram ke bukan….tetap rase xselesa…lelaki zaman skang nih kita kene hati2…sy xselesa gile bila pakcik2 suke peluk bahu…bajet mcm rapat jek kan ank buah-pakcik….pdhal kdg2 tuh saje nk amik kesempatan…myb ustaz xrase cmtu sbb ustaz lelaki…hoho

        1. sbb tu para pakcik makcik ni kena memahami situasi anak2 buah.. bukan setakat pakcik makcik je, bahkan mak ayah sekalipun.. apabila anak2 / anak2 buah dah akil baligh, layanan untuk mereka pun kena berubah.. sbb mereka bukan lagi budak2.. even masa kecik2 dulu, kita yg selalu dok kencing berak atas ribanya..

          soal nak amik kesempatan tu, Ustaz Love tak dapat nak komen.. sebaiknya kita bersangka baik dengan keluarga, dan dalam pada masa yg sama, kita kena berhati2.. kalau asyik berfikir negatif je, duduk dalam bilik pun kita takkan rasa selamat dan tenteram πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme