I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Antara Mak Dan Anak, Siapa Yang Patut Beralah?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada jasmeen :

ustaz,
sy nk tny klu mak ngan ank bergaduh spe yg ptt mengalah dlu??…sbb sy plik mama sy kte sye ego tp ap yg sye tgk mama sy lg ego.. sye kdg2 x thn ngan perangai mama.. sy x nk krg ajar ngan mama tp perangai mama yg wat sy jd krg ajar… mama x pnh langsung phm perasaan sy.. stiap kli kmi gdh sy akn phm perasaan dye… sye akn pkir mse lampau dye yg dye x pnh hidup dlm keadaan cam sy… yela sbb dye idup dikelilingi laki(adq2)…so dye x pnh rse prasaan sye.. kdg2 mama slalu slhkan sye wlupon sye x wat pon stu bnde tu or mama x nh tny nape sye wat sesuatu..
sye pkir dlu tau b4 sye wat sesuatu .. msti ad rasionl ap yg sy wat… mama asyik nmpk ap ygsye wat tu sume slh… sye da pnt nk gado ngan mama… sy x nk jd ank derhake.. sye x nk mama pkir sy idup ni sbb nk menyusahkan dy je…tlg lar sy ustaz ap ptt sye wat

Kalau ibu yang mengalah dulu (dalam keadaan tak puas hati) natijahnya tetap sama.. begitu juga kalau saudari yg mengalah dulu.. pada pandangan Ustaz Love, isunya di sini bukanlah persoalan siapa yang patut mengalah dulu, sebaliknya bagaimana untuk mengelakkan konflik. Jika tiada konflik dan pertentangan, dah tentu takkan timbul persoalan siapa yang nak berkeras dan siapa yang nak berlembut (mengalah), kan? Hari ini mungkin saudari mengalah, mungkin pada waktu yg lain, saudari tak puas hati asyik kena mengalah je.. kucing kalau tiap2 hari kena tendang (walaupun asalnya ia manja dan chumel), sampai satu masa, beliau pun akan hilang sabar lalu mencakar dan menggigit tuannya.. apatah lagi kita manusia, bila dah bengang, kadang2 tak nampak dah siapa kat depan kita..

Sebab itu dalam menangani konflik ini sangat2 memerlukan kesabaran. Sebab, tanpa kesabaran, pemintaan kita kepada Allah melalui doa pun tak lengkap caranya.. kerana Allah menyuruh kita meminta pertolonganNya dengan sabar dan solat.. Bila tak sabar, maka kita dalam keadaan marah. Seorang yg berada dalam keadaan marah, maka yg menguasai pemikirannya ketika itu adalah nafsu marahnya, dan menenggelamkan kewarasan akalnya. Bila nafsu marah dah menguasai akal, maka akan keluarlah daripada mulutnya perkataan2 yang tak sepatutnya diucapkan.. yg mana kalau difikir balik bila dah hilang kemarahan itu, akan mendatangkan kekesalan terhadap diri sendiri. Berapa ramai orang yang kehilangan kawan, bahkan terputus hubungan keluarga dsb disebabkan terlepas cakap (sbb bercakap masa tgh marah).. bahkan ada yang bercerai-berai disebabkan terlepas talak kerana perselisihan kecil.. akhirnya menyesal sendiri sbb tak boleh nak tarik balik atau undo.

Konflik ini akan selalu berlaku bila kita duduk sekali.. tak kira la mak dengan ayah ke, anak dengan mak ayah ke, sesama adik beradik ke dsb.. bila berlaku pertentangan pendapat, maka akan berlakulah pergeseran. Dalam istilah sains pun ada satu bab tentang daya geseran ni (force of friction) bila ada daya yang menolak dan ada daya yang menarik.. macam kita gosokkan tapak tangan secara bertentangan (satu ke arah atas dan satu ke arah bawah), maka akan berlakukan pergeseran yg akan menghasilkan haba.. dan seterusnya mengeluarkan api (yg ni Ustaz Love tambah je.. kihkih).

Kalau takde perselisihan, takde la berlaku pergeseran atau pertentangan.. Mak nak jalan ke depan, kita pun nak jalan ke depan.. insyaAllah, takkan berlanggar antara satu sama lain (melainkan mak tiba2 berhenti secara mengejut sehingga kita tak sempat nak brek). Tapi kalau mak nak jalan ke belakang, kita plak nak jalan ke depan, maka kemungkinan untuk bergeser bahu atau terlanggar secara berdepan (dengan impak yg kuat) itu tetap ada potensinya untuk berlaku.

Jadi, ada beberapa kaedah untuk menyelesaikannya.. sebelum itu, sila pastikan brek kaki dan brek tangan kita berfungsi dengan baik.

Berdasarkan pengalaman kita dalam sesi bertengkar dan bergaduh ni sebelum2 ini, biasanya kita dah boleh nak menjangka sesuatu perbualan atau perbuatan itu boleh menjurus ke arah pertengkaran atau pergaduhan yg berlanjutan atau tak. Jadi, kalau kita dah nampak nak menuju ke arah tu, cepat2 la kita tekan brek dan berhati2 takut orang menghala ke arah kita tak sempat nak tekan brek.. boleh cepat2 kita mengelak. Kita hanya mampu memberhentikan kereta yang kita pandu, tetapi kita tak mampu nak membuat orang lain memberhentikan kereta mereka. Jadi, kalau dah nampak macam nak bergaduh, kita cepat2 la diam atau mengelak daripada meneruskan perbualan pasal topik itu. InsyaAllah, kita boleh mengelakkan pergeseran ataupun hentaman yg mampu membawa maut.

Cara yang lain adalah dengan mengikut arus perjalanan ibu itu.. Jika ibu kata A, kita angguk je.. ibu kata B pun, kita angguk jugak.. kalau ibu tak kata apa2, jangan la kita angguk apa2.. insyaAllah, cara ini boleh mengelakkan pergeseran dan pertentangan.

Cara yg lain adalah dengan meyakinkan ibu untuk mengikuti arus perjalanan kita.. tapi cara ni la yg paling susah.. natijahnya juga memang best iaitu kita takkan rasa sakit hati, sbb ibu bersetuju dengan pandangan kita dan kita pun takde modal nak bergaduh dengannya.

Bila kita tengok ketiga2 cara ni, nampak macam susah nak buat walaupun ia bukanlah satu perkara yg mustahil untuk dilakukan. Maka, dah tentulah cara yg lebih mudah daripada ketiga2 cara di atas adalah dengan bersabar dan redha. Mengalah itu bukan bermaksud kita kalah, tapi itulah kekuatan dan kemuliaan seorang anak yang memahami tahapnya berada di mana. Kalau syurga pun berada bawah tapak kaki ibu (kira tempat paling hina bagi manusia adalah pada kaki), maka muliakah kita jika kita bersikap keras terhadap ibu?

Kita mungkin mempersoalkan, sampai bila kita nak bersabar dengan karenah ibu? Tapi, pernahkah kita bertanya, berapa lama lagi agaknya masa yg tinggal untuk kita melihat karenah ibu sebelum salah seorang daripada kita pergi meninggalkan dunia dan tak kembali?

Jadi, nikmatilah hari2 bersama ibu ini sebelum suatu masa nanti kita akan meninggalkan ibu untuk berada di samping seorang suami. Bersabarlah untuk sedikit masa je lagi.. Pada masa ini, jika kita berasa hati dengan ibu sekalipun, adalah lebih wajar kita berdiam daripada bercakap sehingga mengecilkan hati ibu. Diam, gi bilik air amik wuduk dan tunaikanlah solat sunat 2 rakaat.. berdoa pada Allah semoga Allah memberi ketenangan hati kepada kita dan melembutkan hati ibu untuk memahami perasaan kita. Itu je yg patut kita lakukan.. jangan sekali2 melampaui batas dengan berbalas cakap dengan ibu semata2 nak puaskan hati kita dalam masa yg sekejap..

Ustaz Love doakan semoga saudari diberi kesabaran yg tinggi serta ketabahan hati dalam menghadapi ujian ini.. bila kita bersabar, insyaAllah, kita akan merasai betapa manisnya buah hasil daripada kesabaran suatu masa nanti (mungkin masa kita menjadi ibu nnt, kita akan mengelakkan daripada mengulangi perbuatan yg sama yg dilakukan oleh ibu kita.. berbeza jika kita tak sabar dan redha, ia akan menjadi dendam yg berpanjangan.. kelak, kita akan balas dendam pulak kat anak2 bila kita dah jadi ibu nanti.. tapi, Ustaz Love tak dapat la nak jadi ibu, sbb Ustaz Love ni lelaki.. kihkih)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Comments

Add a Comment
  1. kenkadang setelah kita jadi ibu,baru lah kita tahu kenapa waktu dulu2 ibu kita berperangai seperti itu…..
    Beruntungnya saudari masih ada ibu….klau dh x de ibu mcm UL dan kakjem ni barulah tau bertapa berharganya ibu itu…..

    1. masa ni, kalau Ustaz Love dan kakjem nak berlembut dengan ibu pun, sudah terlambat.. apa yg mampu dibuat hanyalah berdoa (T – T)

    1. what u give, u get back.. kalau hari ni kita berkeras dengan ibu, tak mustahil anak2 kita nanti akan berkeras dgn kita.. dan cucu2 kita akan berkeras dengan ibu bapa mereka (anak2 kita).. akhirnya ia menjadi saka warisan iaitu keluarga yg anak2nya akan berkeras dengan ibu bapa 😉

    1. gunakan la masa yg ada ni untuk tgk ibu puas2.. biar la dia kata kita buang tebiat pun.. kihkih 😀

    1. bersyukurlah kerana mempunyai mak yang sporting.. tapi lagi bersyukur kalau anak2 semuanya sporting 😀

  2. Salam Ustaz,

    Harap Ustaz dalam keadaan sihat sejahtera

    Mcm mn kalau si ibu yg xpernah nak nampak salah sendiri, tp asyik menyalahkan ank2. Bagaimana cara kita nk menegur atau saya perlu buat xtahu dan pendam perasaan saya?

    1. Salam Tvivo..

      Bukan ibu je, semua orang pun memang selalunya tak nampak kesalahan sendiri.. sbb tu perlukan orang lain untuk menjadi cermin yg menunjukkan kesalahan kita. Cuma, ibu2 ni lebih power drp anak2.. sbb tu selalu ibu2 akan nampak kesalahan anak2.. bukanlah bermaksud mereka tak sedar kesalahan mereka, tapi dah memang tanggungjawab mereka untuk menegur anak2.. kalau nak tunggu mereka perfect tanpa salah dan silap, sampai kiamat pun mereka tak tak boleh nak tegur anak2.

      Bagi anak2 yg rasa dirinya tak bersalah (tapi dituduh bersalah oleh ibu bapa), maka anak2 ini kena berani berhadapan dgn mereka. Ajak mereka berbincang, dan bukannya bergaduh. Gunakan perkataan yg paling sopan untuk menerangkan situasi sebenar. Soal mereka nak terima atau tak, itu nombor 2.. yg penting, kita berusaha menjelaskan keadaan dulu.

      Kalau mereka tak terima, maka tak perlu panjang2kan lagi cerita.. amik wudhuk, solat 2 rakaat dan mengadulah pada Allah.. insyaAllah, hati kita akan tenang dan tak menyimpan apa2 dendam. 😉

  3. Assalamualaikum ustaz, saya tak tahu nak tanya ustaz dekat mana so saya tanya dekat sini jelah. Saya tak faham dengan peragai ayah saya tu. Bila saya lipat baju banyak-2 macam dalam dua atau tiga bakul sorang-2. Sedangkan kakak saya tu tidur je. Ataupun dorang tengah tengok tv. Ayah saya tu tak marah pun kakak saya tu. Tapi bila saya tak tolong kakak saya lipat baju walaupun baju tu sikit je. Mesti dia akan marah saya. Saya ni suka bergurau. Ada satu hari tu, saya main cakap je nama ikan tu. Lepas tu, ayah saya kata yang saya ni gila sebab kata nama ikan tu salah. Sedangkan saya hanya main-2 je. Ada tu pula, itu kesalahan adik saya. Tapi dia tu asyik nak lebihkan adik saya tu. Macam nak menangkan dia je. Baru-2 ni ayah saya marah bila saya menjawab. Bukannya saya ni suka sangat nak menjawab. Tapi itu bukannya kesalahan saya. Sebab itulah saya menjawab. Tak akanlah saya nak senyap je walaupun kesalahan itu saya tak buat. And ayah saya tu suka sangat cakap yang saya pemalas. Saya pernah kata yang kata ibu bapa itu ialah doa. Tapi ayah saya tu cakap, kalau dah pemalas tu memang pemalaslah. Bila saya vacuum je mesti ada je yang tak kena. Ayah saya kata yang kalau suruh saya vacuum mesti tak akan jadi punya. Tapi saya tengok oke je. Tahun ni saya pekse, jadi saya selalu balik lambat. Lepas saya dah balik, mandi semua. Saya nak tidur kejap sebab malam nanti saya nak belajar. Tapi bila saya mula nak lelap. Ayah saya marah saya suruh saya bangun. Saya bukan nak apa, saya just nak ayah saya tu cakap elok-2 dekat saya suruh saya bangun. Bukannya dengan tengking saya. Saya pun ada hati dengan perasaan. Apa yang saya patut buat? Adakah saya just perlu senyap je bila ayah saya marah, walaupun itu bukan kesalahan saya? Saya stress sangat. Kadang-2 saya rasa menyesal kenapalah saya keluar dari asrama dulu. Minta maaf sebab panjang. Saya tak tahu nak bagitahu ni dekat siapa. T__T

    1. Macam ni la.. Hana cari masa yang sesuai untuk slow-talk dengan ayah.. jangan menjawab masa ayah tengah marah.. tapi bila tengok ayah tengah lapang dan mood ok, cuba berterus-terang dengan ayah.. sbb kadang2 ayah2 ni selalu terlepas pandang bab2 perasaan anak2. bila Hana dah bagitau nanti, insyaAllah ayah akan sedar dan akan berubah. Yang penting, Hana kena berani berterus-terang. Jangan simpan2 perasaan tu.. takut2 nanti Hana akan meletup dan berkurang ajar dengan ayah.

      Bila ayah marah, Hana jangan menjawab.. sebaliknya amik wuduk dan solat hajat.. berdoa dan menangislah masa tu.. bila dah tenang sket, baru gi jumpa ayah untuk terangkan perkara sebenar.. insyaAllah, semasa Hana bertenang dan ayah pun bertenang, lebih mudah nak berkomunikasi berbanding semasa masing2 nak melepaskan perasaan.

      Banyakkan bersabar ye..

  4. Thanks saya pun ada masalah dengan mak saya. Saya nak cari jalan penyelesaian nya by google apa yang patut.Tapi lepas baca semua kat atas ni,baru rasa lega sikit.

  5. Assaalamualaikum…
    ustaz,sye nk tye..klu kte kurang ajar gn mak kte and then kte dh mintak maaf after marah kte dh rede..tpi mak kte asyik ungkit psl hal yg kte gado tu..klu sekali dua x pe..ni byk kli..sye dh lme sabar..but some time terlepas gak lh..maaf sye tu mcm x de nilai utk dye..harap ustaz blh jwp…

    1. Bila kita ikhlas meminta maaf, kita takkan mengharapkan balasan drp kemaafan kita itu. Kita hanya mengharapkan Allah juga mengampunkan kita dan meredhai kita. Jadi, sama ada ibu mengungkit2 kesalahan kita, atau melupakannya selepas kita kita meminta maaf, tiada kaitan dgn perbuatan kita memohon maaf itu. Biasakan mulut kita untuk meminta maaf. Saudari dah melukai hatinya. Bukan mudah beliau nak melupakan sekalipun telah memaafkan.

  6. Salam Ustaz . Ayah dan ibu saya menjual kuih secara kecilan . Bila malam ayah saya suka lepak di kedai warung sampai pagi . Kekadang kalau ibu tersalah cakap , ayah mudah melenting dan panas baran dan mereka selalu bergaduh di hadapan adik beradik saya . Saya anak sulung perempuan dah sudah bekerja beberapa bulan lepas tamat belajar . Saya tak suka dengar mak ayah saya gaduh sampai satu malam saya dengar ayah saya kata jikalau mak saya meminta maaf padanya pada hari raya , dia takkan maafkan mak . Saya memerlinya perlu ke dia berkata seperti itu ? Dia berkata dengan marah mak saya tak menjalankan kewajipan seperti memasak untuk dia , tapi mereka balik berniaga bersama macam mana mau ada peluang memasak , dan di dapur pun tak banyak bahan yang boleh digunakan untuk memasak kerana kami bukannya orang senang , gaji saya tampung sewa rumah selebihnya saya simpan untuk masa depan dan belanja . Oleh kerana saya tak tahan dengar amarahnya , saya cakap yang dia lepak di kedai warung sampai pagi boleh bersama kawannya yang entah apa² . Dia berkata saya melawannya . Saya menegurnya lagi yang dia tu pentingkan diri sendiri . Dia pula seperti mahu melepaskan ibu dan adik beradik sewa rumah dan biar dia sendiri . Dia kata apa nak jadi , jadilah dia dah bosan dengan semua ni . Saya kata kalau macam ni saya akan keluar dari rumah ni , dia kata nak keluar keluarlah . Saya menyampah dan geram pada ayah . Mak saya langsung tidak bertanyakan pada saya . Ayah saya kata saya sudah habis belajar tinggi melawan dan mengungkit . Angah saya habis duit gaji dia tak pernah melawan padahal angah saya selalu cakap belakang tentang ayah kerana ibu selalu mengadu pada kami tentang pertengkarannya dengan ayah . Saya kecewa dengan ayah . Bagi saya ayah sudah gagal menjadi ketua keluarga . Dia tak solat apatah lagi mengaji dan menjadi imam . Dia cuma tau melepak , dia kata tak perlulah menegur dia pasal solat . Saya menyampah ada ayah yang panas baran dan egois . Mak saya melawan pun sebab saya dah hilang sabar dengan dia . Saya tak tau apa yang saya harus lakukan sekarang cuma dalam kepala saya nak keluar dari rumah secepatnya dan tinggal 2 orang adik saya yang masih sekolah , seorang SPM seorang lagi UPSR . Apa pandangan ustaz dan apa yang harus saya lakukan ? Terima kasih ustaz .

    1. Saudari sudah tentu tak mampu nak ubah perangai ayah, sebab bukan saudari yang pegang hatinya. Saudari juga tak mampu nak berikan dia hidayah. Jadi, saudari tak payah susah2 nak fikir perkara yang di luar kemampuan saudari. Saudari cuma mampu untuk mengubah diri sendiri saja.

      Fokuskan pada pembaikan diri. Pertama sekali saudari kena buang perasaan marah, benci dan sebagainya terhadap ayah saudari. Caranya adalah dengan memaafkan segala perbuatannya yang saudari anggap sebagai suatu kesalahan. Dengan itu, saudari akan menjadi lebih adil dalam menilai dan melayan ayah saudari, sesuai dengan kedudukannya sebagai bapa.

      Sifatnya yang tidak bertanggungjawab dan suka melepak di warung, tidaklah menjadi tiket untuk saudari boleh menyakiti hatinya dengan menyindir dan meninggi suara terhadapnya. Ingat tahap saudari di mana, dan dia di mana. Jangan sampai disebabkan mengikut perasaan marah, saudari melakukan perkara yang boleh menyebabkan saudari menjadi anak derhaka.

      Saudari kena banyakkan berdoa untuk ayah. Itu yang dia perlukan sekarang ini. Dan itu juga yang saudari perlukan sebenarnya. Berdoalah sungguh2 semoga Allah mengubah kehidupan saudari, meluaskan rezeki, mengubah hati ayah menjadi seorang yang bertanggungjawab dan sebagainya. Jangan putus asa dalam meminta pada Allah. InsyaAllah, jika saudari menjaga diri dan kelakuan seorang anak yang solehah dan bersungguh2 mendoakan ibu bapa, pasti Allah akan mengabulkan permintaan saudara. Kuncinya, kena banyak bersabar dan redha. Serahkan pada Allah untuk mengubah perangai ayah.

  7. Assalammualaikum,ustz.Saya nk tnya..
    Sya bergaduh ngan mak ayah saya.sya baru tingkatan1.alhammdulillah sya dpt 5A UPSR. Sya seprti diabaikan. Sya anak bonsu dlm 5 adk bradik.
    Sya bergaduh bnyk kali ngan mak sya dan ayh.sya slalu sngt mengalah dgn deme… Smua mula dri mak sya.sya bergaduh ngan mak sya tentang sesuatu pastu dia komplain kat ayah sya tpi dia ubah cite kut suke dia.
    Ayh slh phm jdi,kluar la ayat yg sprti gila bodoh

    Sya slalu nk trgkn ngan ayt sopan pada ayah saya tpi dia slalu potong ayat saya.
    Ia membuatkan sya rsa stress.
    Semenjak sya stress,kputusan peperiksaan sya merosot dri top ten jdi no 14

    Pa yg sya perlu lakukan,sya x blh trs merosot?

    1. Apa yang adik perlu buat adalah berhenti bergaduh dengan mak. Mak adalah orang yang kita kena hormat dan sayang, bukannya kita buat lawan bergaduh. Mungkin juga keputusan peperiksaan adik jatuh bukan disebabkan stress, tapi disebabkan kurang keberkatan sebab selalu bergaduh dengan ibu. Ilmu tak lekat di kepala.

      Jika adik ubah sikap, insyaAllah ibu dan ayah juga akan semakin menyayangi adik. Pelajaran adik juga akan jadi cemerlang, bukan setakat top 10, tapi boleh dapat top 3..

  8. mungkin betul jugak,terima kasih ustaz,tapi harini mak n ayah sya pla yg bergaduh
    Haih 😂😂😂

  9. ustaz! saya harini bgaduh dgan mak saya…saya seorang pelajar f5 n tahun ni sya spm dan spm tinggal seminggu je lagi …but saya terbegaduh plak ngan mak sya just kerana perkara kecil…..sya sbenarnya nak fokus ngan spm minggu ni but klau tak buat kerja konfirm mak sya melenting..and sbenarnya dalam semua adik beradik sya yg paling tension dan gaduh ngan mak …kekadang sya sanggup tak tidur malm to get the good result to make my mother proud of me but mak langsung tak nak pham aabout my feeling and sya jgak selalu kena banding oleh mak ngan abang sulung sya knon die tak mlawan lah sya mlwan lah dia selalu tlong mak buat kerja lah tp dlam pemerhatian sya dia tak pernah pun buat semua tu n semuaa tu adalh kerja sya …mohon penjelasan ok

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme