I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sikap Kita Terhadap Ulamak Yang Berkhilaf

Salam…

Kebelakangan ini Ustaz Love mengesan satu fenomena yang agak tak berapa sihat.. iaitu fenomena menghina alim ulamak.. Jika dulu, hanya alim ulamak saja yang menghina alim ulamak yg lain, tapi kebelakangan ini ia diambil alih oleh kalangan orang awam (bukan ulamak) yang mendapat sokongan ulamak tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan masyarakat.

Budaya mencerca ini bukanlah satu budaya yang baik, tak kira sama ada yg melakukannya itu orang biasa, apatah lagi alim ulamak. Tapi kelihatannya seolah2 ia menjadi satu fenomena baru bila alim ulamak menggunakan kader2 (pengikut2 mereka) untuk menyebarkan salah faham dan cercaan terhadap orang lain.

Kita perlu memahami bahawa alim ulamak juga manusia biasa yang tak terlepas daripada salah dan silap. Namun, adakah dengan kebaikan yg mereka curahkan menyebabkan kita menjadi pentaksub dan pentaqlid buta sehingga menerima bulat2 apa yang dikatakan (tanpa mengkaji dan menyelidik dulu sebelum disebarkan) ataupun kita menjadi orang nombor satu yg menghina dan mencerca mereka atas satu dua kesilapan yg mereka lakukan?

Dalam menangani fenomena seperti ini, tak dapat tidak kita perlu kembali kepada Allah dan RasulNya..

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (an-Nisa’ : 59)

Zaman Nabi s.a.w. dulu, bila para sahabat berselisih pendapat, mereka akan berjumpa dengan Nabi s.a.w. untuk meminta keputusan yang tepat.. sbb pandangan Nabi s.a.w. itu adalah wahyu. Bila Nabi s.a.w. dah tiada, masih lagi wujud golongan sahabat yg melihat sendiri amalan Nabi s.a.w. dan meriwayatkan hadis2 berkenaan hukum-hakam. Bila sahabat2 dah tiada, masih lagi wujud golongan tabi’en yang belajar sendiri daripada sahabat yang bersifat ‘adalah (adil).. selepas itu, tiada lagi jaminan sebaik2 kurun (kurun yg paling baik spt dinyatakan dalam hadis adalah kurun Nabi s.a.w., para sahabat dan tabi’en). Perpecahan banyak berlaku selepas zaman tabi’en bila masing2 menggunakan kepakaran ilmu untuk berijtihad, kemudian wujudnya pengikut2 yang taksub dan berkeras dalam menegakkan pendapat alim ulamak pujaan mereka dan menjatuhkan ijtihad alim ulamak yang lain.

Budaya ini bukan baru di kalangan golongan agama.. ada aliran madrasah yang merendah2kan aliran pondok.. pelajar2 pondok meremehkan pelajar2 agama di universiti.. bahkan sesama aliran pondok pun ada yg menjatuhkan tok guru pondok yang lain. Ustaz Love sendiri tak berapa pasti apa tujuan mereka.. cuma yang Ustaz Love nampak, bila hujjah ilmu diletakkan di belakang, maka yang akan digunakan adalah hujah nafsu.. tak dapat nak berhujjah secara ilmiah, digunakan kaedah membunuh karakter dengan menghina peribadi alim ulamak, ahli keluarganya  dsb. Lalu para pengikut dan anak muridnya pun menjaja hujjah tok guru mereka dalam keadaan taksub dan bertaqlid buta sehingga tak sedar yang mereka dah melampaui batas dalam tindakan mereka.

Agak susah bila kita taksub dengan seseorang, lalu dipergunakan pula oleh orang yg kita taksubkan itu untuk melakukan ‘kerja2 kotor’nya.. supaya beliau dapat cuci tangan bila berlaku masalah, dan yg akan kena teruk adalah kader2 mereka yg membawakan ideologi mereka. Kadang2 kita rasa macam dah hebat dah (maklum la, kita ni cuma orang awam.. tapi ada ulamak yg menggunakan khidmat kita untuk membantunya) dan kita pun buat apa saja demi mendapatkan keredhaannya sehingga terlupa akan adab ikhtilaf (berselisih).

Kebanyakan orang awam macam kita ni, memang susah nak faham adab2 iktilaf ni sbb kita lebih suka ikut rasa hati.. kalau kita rasa nak marah, kita hentam je.. dah tak fikir dah perasaan orang lain.. kalau kita rasa nak kutuk orang, kita kutuk dengan bersungguh2nya seolah2 dah tiada satu pun kebaikan pada orang yg dikutuk itu.. dan seolah2 kita ni langsung takde salah dan silap.. itulah sikap kiita yang selalu melampau dalam setiap perkara.

Zaman teknologi maklumat ni, segala2nya memang pantas. Kalau dulu, nak dengar ceramah ustaz2 hebat (zaman tu antara ustaz2 hebat mcm Dato’ Dr. Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Shamsuri dsb), maka biasanya orang nak kena tunggu lama untuk mendapatkan kaset rakaman tu. Kalau nak tgk live, satu je channel yg sediakan perkhidmatan tu, iaitu TV1 setiap Khamis malam Jumaat dalam slot Forum Perdana (jaman tu Dr. Hassan Ali jadi moderator, bukannya panel). Sekarang ni sangat mudah dan pantas.. nak tgk youtube boleh, dengar ceramah live streaming pun boleh..

Maka, ada yang menggunakan medium ni untuk menyebarkan manfaat kepada orang ramai.. walaupun yang tukar sebar itu tak dapat apa2 sampul pun (bayaran), tapi dilakukan dengan niat untuk menyebarkan kebaikan.. sekalipun lenguh tangan2 fokus kamera henset masa Ustaz tengah ceramah, edit video lagi, upload ke youtube lagi dsb.. dengan jasa2 mereka inilah, ramai Ustaz2 dah menjadi terkenal spt Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Dr. Asri (MAZA), Maulana Asri Yusof dsb dan memberikan manfaat yang bukan sedikit kepada masyarakat.

Namun, dengan status sebagai manusia biasa, alim ulamak juga tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mereka mungkin tersilap dalam ijtihad mereka, namun ijtihad mereka atas ilmu, mereka tetap mendapat pahala.. Namun, apakah kesalahan mereka ini harus kita perbesar2kan sehingga menenggelamkan jasa dan khidmat bakti mereka sebelum ini?

Tidak lain dan tidak bukan, jika kita masuk campur apatah lagi menjadi agen perselisihan ummah, ternyata hati kita ini sedang menderita sakit. Sepatutnya, bila kita melihat saudara seIslam berselisih, kita cari jalan untuk mendamaikan mereka.. bukannya menambahkan lagi petrol dalam bara api..

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al-Hujurat : 9-10)

Jadi, marilah sama2 kita muhasabah diri.. adakah selama ini kita pernah terlibat menjadi agen perdamaian atau menjadi agen perpecahan.. jangan terlalu taksub dengan Ustaz2 kesukaan kita, sebaliknya ambillah apa yang bermanfaat daripada mereka dan berlapang dada dengan Ustaz2 yang kita tak berapa suka caranya.. Jangan sampai kita memberikan gelaran2 yang buruk sedangkan gelaran itu lebih layak dipakai oleh kita sendiri.

Pastinya alim ulamak itu lebih banyak manfaatnya berbanding ahli maksiat yang mungkin lebih banyak salahnya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. kat mana boleh saya contact ustaz? email sebagai contoh supaya saya boleh bertanyakan soalan2 kepada ustaz dan harap ustaz ada pandangan mengenainya..

    1. budaya taksub bukan saja melanda masyarakat Melayu, bahkan masyarakat Islam sedunia juga.. ada yg taksub dgn ulamak Arab Saudi, maka mereka menolak mentah2 ulamak nusantara.. ada yg taksub ulamak pondok, disesatkan pula ulamak kontemporari spt DYQ.. itu belum masuk yg taksub mazhab masing2 😉

      1. terima kasih, say atak perasan entry ini…

        khilaf memang orang tau, tapi ‘adab’ pun penting gak…setakat ni satu pihak dah mintak maaf, tapi satu pihak tidak pernah mintak maaf dan tak pernah tarik kata2 dia….

        1. biarlah urusan minta maaf itu antara mereka.. jangan sampai kita pula yg kena mintak maaf dgn mereka 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme