I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Selepas Pelacur, Rasulullah Pula Dikaitkan Sebagai Tokoh Seks Suci

Salam…

Kelab Taat Suami tak habis2 dengan kontroversi yang tak sudah2.. terbaru, mereka melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” yang akan bermula 25 Januari 2012 sehingga 5 Februari 2012.. sempena Maulidur Rasul. Untuk maklumat lanjut, boleh baca di sini..

Bagi sesiapa yang dah lama mengikuti perjalanan blog ini, sudah tentu mengetahui pendirian Ustaz Love terhadap bekas pengikut al-Arqam yang karut ni. Sebelum ni, mereka berasa takjub dengan istilah ciptaan sendiri (mengumpamakan isteri sebagai pelacur kelas atasan, seks suci Islam dsb), kali ni mereka bertambah berani menggunakan Rasululllah s.a.w. sebagai bahan istilah rekaan mereka yang terbaru.

Bagi Ustaz Love, ini antara kesan dan akibat daripada kelemahan pihak berkuasa dalam menyekat golongan sesat seperti ini daripada bertindak sewenang2nya. Kalau zaman Tun Mahathir dulu, dah lama diorang ni kena sumbat masuk ISA.

Ustaz Love terasa bengang sampai ke kepala bila membaca tentang perkara ini. Kebodohan apakah yg melanda pemikiran mereka ini sehingga tak nampak perkara lain untuk diperjuangkan selain seks.. seks.. dan seks? Sedangkan Rasulullah s.a.w. diutuskan bukan semata2 untuk mengajarkan seks, tetapi untuk mengajarkan tentang akidah dan syariah.

Adakah dengan meletakkan topik2 seks dalam setiap ucapan dan penulisan mereka, maka ia akan memberikan impak kepada masyarakat sekaligus menjadikan mereka berminat dengan perjuangan seks ini? Adakah ini ajaran yg diajarkan oleh arwah Abuya sebelum ini?

Kalau dulu, Ustaz Love tak berapa heran sangat dengan istilah2 mereka ni.. tapi bila mereka dah membabitkan Rasulullah s.a.w. dalam memperkenalkan dakyah mereka, maka ini merupakan suatu perkara yg sangat melampau.

Nasihat Ustaz Love kepada pihak Kelab Taat Suami itu, taatlah suami anda.. tak perlu nak sibuk2 pasal kehidupan seks orang lain, sedangkan kehidupan seks anda sendiri belum tentu sempurna.. dan berhentilah daripada menggunakan nama Rasulullah s.a.w. dalam dakyah anda semua. Jangan sampai mencabar kesabaran umat Islam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. saja nak share ceta.. dulu msa tengah blajar pasal ajaran sesat time fom 5 tu..sblum2 ni ana memng tak tau apa2 pasal al-arqam ni..sampailah ustazah ana tersasul menyebut nama al-arqam..drapda blajar pasai ajaran taslim,bahai dan khawarij trus kmi(pljar2) tukar topic ke al-arqam..sejujurnya kmi semua tak ta pun pasai al-arqam ni,bukan ana sorang rupa2nya.. memng ana dpt lihat muka ustazah ana berkerut msa tersasul tu.nmpak sgt ustazah ana tak brapa suka nak berckp psl al-arqam.. tp kami ni bukan jenis fhm bhs,so tanya juga..ustazah mcm berat ajer nak ckp,lma ustazah tenung luar klas,ustazah hnya ckap al-aqram dah x macam al-aqram dahulu.. nampak muka ustazah mcm tersembunyi 1001 kesah..kita orng pun diam la,x tnya dh..then ustazah blik topic asal..lma2 bru ana tau pasai al-aqram ini(cari snri lepas pristwa ustazah tersasul tuh).. memng rasa bengang habissss dah dgn kelakuan mereka,perckapan mereka..sakit hati ni dgr suma ni..

    1. sesiapa yg pernah hidup sezaman dengan al-Arqam (membesar dengan nasyid mereka, produk2 keluaran mereka, buku2 agama dsb) insyaAllah, masih lagi dapat mengingati betapa manisnya zaman itu. Namun, disebabkan salah matlamat dalam perjuangan, maka berkait2 masalah sehingga merosakkan perjuangan dan akhlak mereka.. hasilnya boleh dilihat sekarang (daripada kekarutan bekas2 pengikut al-Arqam yg masih setia dengan perjuangan mereka yg dahulu).

  2. assalamualaikum ustaz. salah seorang ahli keluarga saya juga terjebak dgn Global Ikhwan sejak beberapa tahun lepas. sudah lah masih muda remaja (awal 20-an) sudah dijodohkan dengan anggota mawaddah, kemudian berkhidmat dengan GI secara sukarela. dia juga nampaknya terlalu taksub dengan jemaah sehingga tak boleh meninggalkan jemaah tersebut. kesian pada isteri dan anak-anak yang terseksa memiliki suami/ayah yang tak puas hidup muda lagi. akhirnya isteri jadi mangsa pukul suami kerana mereka dibiarkan terkontang kanting sebagai pasangan muda tanpa pimpinan atau nasihat sewajarnya. saya sangat-sangat-sangat-sangat marah dengan jemaah GI ini. saya harap sesuatu dapat dilakukan oleh Jabatan Agama Islam, dan saya mohon ustaz terus bongkar mengenai kesesatan Al-Arqam ini. mereka terlalu taksub dgn pemimpin mereka yang dah takda tu sedangkan sebagai umat Islam cukuplah bersaksi Allah itu Esa dan Nabi Muhammad itu sebagai pesuruh-Nya..bukan taksub pada Abuya yang juga manusia biasa adanya

    1. waalaikumussalam Anon..

      insyaAllah, selagi ada ruang dan peluang, Ustaz Love akan berjuang untuk menjelaskan perkara sesat seperti ini, tak kira la berkaitan al-Arqam ke, Syiah ke dsb.. doakan semoga Ustaz Love dapat terus istiqamah πŸ˜‰

  3. Global Ikhwan terus berjuang walau disakiti…itulah ujian dan sunnatullah dlm perjuangan…moga2 mendapat pahala yg besar di sisi Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme