I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Program Menghina Rasulullah Anjuran Kelab Taat Suami Diserbu

Salam…

Akhirnya, Program menghina Rasulullah anjuran Kelab Taat Suami telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) :

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam menyerbu sebuah banglo di sini yang dijadikan lokasi forum kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) yang didakwa dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ketika serbuan, kira-kira 50 ahli KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan haram al-Arqam, tergamam apabila sepasukan anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang di kawasan perumahan mewah di Persiaran Harimau itu, 10 anggota penguatkuasa JAIPk yang menaiki dua van merampas komputer riba dan poster berkaitan kempen berkenaan serta mengambil keterangan daripada peserta.Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Namun, serbuan dipercayai ada kaitan dengan kempen yang dikatakan merendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW, selain mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.

Siasatan juga bagi menentukan kegiatan kumpulan itu ada unsur-unsur Aurad Muhammadiyah kerana keseluruhan ahli KTS dan syarikat terbabit adalah bekas ahli al-Arqam, selain ada gambar besar pengasas kumpulan itu, Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia dalam premis berkenaan.

Sementara itu, KTS menjemput wartawan untuk menghadiri persidangan media mengenai program yang pada mulanya dijadualkan pada waktu pagi tetapi ditunda waktu petang. Namun, sesi berkenaan bertukar kepada sesi soal jawab bersama Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar Ahmad dan Hamdan serta empat ahli KTS Perak.
Ahmad Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.

Beliau berkata, kempen yang bermula serentak di sini, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu juga mahu menghebahkan bahawa seks dalam Islam lebih hebat daripada seks yang dicanangkan oleh masyarakat Barat dan Yahudi.

“Seks suci Islam harus dibezakan dengan seks haram yang dipelopori Barat dan Yahudi. Nabi (Muhammad) adalah insan yang sangat takut kepada Tuhan, jadi Allah bagi keistimewaan diberi tenaga manusia yang kuat dalam seks dan memberi layanan terbaik kepada isteri sebagai balasan kuat ibadat kepada Allah,” katanya.

“Jadi, kempen ini sebenarnya untuk menaikkan darjat Nabi sehingga ke taraf `superhero’ dan menjadi contoh umat manusia, bukannya untuk merendahkan kedudukan baginda,” katanya.

Sumber.

Ustaz Love mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa agama JAIPk yang mengambil tindakan yang pantas dan tepat pada masanya. Jika sebelum ini mereka merasakan yang tindakan mereka itu bebas dilakukan, namun kali ini mereka tersilap langkah apabila mensabitkan nama Rasulullah s.a.w. dalam dakyah mereka itu.

Kebodohan mereka jelas terserlah apabila mengambil tema seks sebagai tema sambutan Maulidur Rasul.. sedangkan bukan itu matlamat perjuangan Nabi s.a.w.. tiada Nabi di atas muka bumi ini yang diutuskan untuk menyeru manusia kepada seks. Seks itu adalah fitrah manusia yang tak perlu dijadikan matlamat perjuangan.. jika mereka mengatakan bahawa seks itu perlu diperjuangkan kerana ia merupakan keperluan, nyatalah mereka itu terlupa yang manusia lebih perlukan makanan berbanding seks. Kenapa tak perjuangkan isu kenaikan harga makanan ke, kempen menanam beras suci ke dsb? Sedangkan kita semua mengetahui yang makanan itu diperlukan manusia untuk hidup sekurang2nya sekali sehari, sedangkan seks suci itu takde la sampai 365 hari nak kena buat dalam setahun (sbb isteri pun dalam sebulan ada waktu cutinya.. itu belum masuk waktu pantang bersalin, sakit, penat dsb).

Tak salah nak mengajarkan tentang seks Islam.. tetapi gunakan saluran yang betul.. bukan secara semberono sehingga mengaitkan nama Nabi s.a.w. sebagai tokoh seks.. Bayangkan kalau orang cakap :

“Aku rasa, ayah kau memang patut dinobatkan sebagai tokoh seks suci sebab berjaya berpoligami sampai 4 orang isteri dan mempunyai 24 orang anak”

Agak2, itu penghargaan ataupun penghinaan?

Tiada satu tokoh pun atas dunia ini yang sanggup dinisbahkan sebagai tokoh seks, hatta Maharaja China yang mempunyai gundik sampai beribu orang pun tak sanggup dipanggil simbol seks. Kalau kita sendiri tak sanggup dinisbahkan sebagai tokoh seks, bagaimana pula kita sanggup nak nisbahkan Nabi s.a.w. sebagai tokoh seks suci?

Hanya mereka2 yang dah sakit jiwa dan akidah saja yang sanggup menghina Nabi s.a.w. dengan cara sebegini. Semoga mereka2 yang terlibat (sama ada secara langsung, atau menjadi penyokong) dapat bertaubat dan meninggalkan kekarutan ini. Belajarlah agama yang betul daripada guru yang betul.. insyaAllah, pemikiran akan menjadi betul.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. salam Tini..

    Peranan mereka masih lagi sama mcm semasa dalam al-Arqam dulu, iaitu menjadikan wanita sebagai objek seks dan mempromosikan seks sebagai salah satu daya tarikan mendapat penyokong dan orang2 yg bersimpati.. sehinggakan al-Arqam dan poligami tak dapat dipisahkan, padahal poligami itu sendiri bukanlah tuntutan agama, sebaliknya keharusan dalam agama..

    Akibat terlalu lama mempromosikan seks dlm jemaah, mereka2 ini dah hilang perasaan malu menceritakan aktiviti seks (mcm Ummu Jah cerita seks Abuya). Niatnya nak promosi seks cara Islam, tapi caranya itu menjatuhkan maruah orang Islam sendiri 😉

    1. Inilah salah seorang ustaz yang suka buat fitnah, bukan nak tanya atau selidik dahulu (dari sumber yang tepat) baru buat kenyataan malah percaya cakap media (yang memang dipegang yahudi atau pengikut yahudi dan nasara – buktinya banyak slot lebih kepada hiburan dunia dari akhirat) begitu juga dengan akhbar tidak mengaitkan sesuatu kejadian dengan allah seperti kes kemalangan, kecurian dsb. Apa yang mereka promosikan adalah salah satu daripada cabang agama bukannya ikut2 suka. Beginilah orang yang suka menilai daripada berbuat. Hai, ustaz dunia-ustaz dunia…

  2. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Ana rasa yang kita terlalu emotional & subjective with regards to the subject matter.Nabi Muhammad {SAW} is EVERYTHING TO US,EVERYTHING.Ana quote,”The male sexual organ is not created for one”-a scientific & biological research findings by the West.Kalau lah ada manusia lelaki yang mengaku dia “bahagia” secara spiritually or for whatever reasons with MONOGAMY,he seems to be the BIGGEST LIAR.Kalau ada pun,itu hanya terkechuali sahaja.Ana harap ini bukan lah satu keterlaluan.Kalau ulama berhujah yang POLIGAMI itu satu keharusan,ana kurang terima.Apa bezanya pulak antara Saidatina Aishah {RA} bersabda tentang sexual Baginda dengan Ummu Jah???.OWC ke,KTS ke atau pun POLIGAMI,jemaah ini menyampaikan sesuatu dakwah on a BLATANT approach.Sesuatu yang masyarakat cuba elak kerana beberapa sebab kejahilan atau dikaburi oleh budaya yang bukan islamik.Kalau lah jemaah ini membuka sebuah restoran makan dengan menggalakkan pengunjung mengambil wudhu & menghadap kiblat sebelum menjamu selera,atau duduk di lantai melipatkan kaki kanan separas bahu kanan,makan sedulang,memisahkan antara kaum lelaki & perempuan yang tak bermuhrim,memakan dengan tidak melebihi 2 lauk,tidak meminum selepas kadar 40 minit dan lain2 lagi di anggap SALAH di sisi agama???.Sedia maklum,yang kita “diundang atau diajak” Nabi balik ke zaman dia.Kalau lah tak ada tuntutan ini,tak ada lah perjuangan.Dan kalau tak ada perjuangan,ISLAM tinggal nama sahaja lah.Ini matlamat musuh2 ISLAM sejak 1400 tahun.LAMA TU.Apa ALLAH mafhum,dorang langgar.Apa Nabi sabda,dorang langgar.Kita ikut sedaya upaya apa yang ALLAH mafhum & kita ikut sedaya upaya apa yang Nabi sabda.BE PROACTIVE.Jangan cemburu & iri hati bila ada insan yang boleh MENZAHIRKAN KEBENARAN.How would we know???.JUST ASK THE LITMUS PAPER LAH,insya’Allah.Kalau nak berhujah tentang AN’NISA,mungkin terlalu panjang.Itu sebab Allah perintahkan HIJAB,Masha’Allah.Apa2 yang SANGKAL KEBENARAN datang dari minda yang terlalu jauh dari zaman TULEN.We have been MOULDED to follow the KAFIR

  3. Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah atau uswah hasanah atau contoh yang baik bagi orang mukmin pada seluruh kehidupan baginda samada urusan dunia mahupun Akhirat. Firman Allah di dalam Al-Quran:

    ( لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) الأحزاب: 21

    Para mufassirin dan ahli loghah mengatakan jika satu kalimah itu nakirah, maka ia bermakna umum. Kita lihat kalimah ‘Uswatun’ di sini nakirah, bererti Rasulullah SAW menjadi contoh, dan ianya umum pada semua perkara kecuali datang dalil yang mengkhususkan pada kes-kes tertentu. 

    Berdasarkan ayat ini, baginda SAW adalah contoh suri tauladan kita semua dari persoalan paling asas seperti aqidah, seluruh rubu’ ibadah yang asas hinggalah persoalan makan, minum, berpakaian, berekonomi, bergaul, berhibur bahkan dari sudut perhubungan suami isterinya pun baginda adalah contoh terbaik buat kita. Menafikan Rasulullah SAW adalah contoh teladan dalam hubungan suami isteri bererti menafikan ayat ini. Oleh itu menyatakan Rasulullah SAW tokoh seks suci bukan sesuatu yang memalukan kerana:

    1. Perhubungan seks antara lelaki dan perempuan setelah bernikah adalah halal malah jika cukup syarat-syaratnya dikira ibadah kepada Allah. Adakah menceritakan sesuatu yang halal malah suatu ibadah itu dan mengaitkannya dengan Rasulullah SAW adalah kelucahan yang melampau, memalukan dan penghinaan yang dahsyat kepada baginda SAW? Bahkan baginda adalah contoh suami terbaik. 
    Ustz mengatakan persoalan seks suami isteri adalah perkara yang memalukan dan tak patut dikaitkan dengan Allah dan Rasul,. Seolah-olah ustz menafikan perhubungan seks yang halal adalah ibadah. Jika ia bukan ibadah, maka samada ia termasuk perkara yang harus, makruh atau haram. Dengan ertikata yang lain ia adalah lagha dan sia-sia atau maksiat dan berdosa. Di mana ustz belajar? Tanpa memetik satu pun ayat Al-Quran ataupun Hadis.dengan berani ustz menuduh GISB yang mengatakan Rasulullah tokoh seks suci adalah suatu kenyataan yang sangat memalukan dan satu penghinaan yang sangat dahsyat kepada Rasulullah SAW.
     
    2. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, Allah berfirman: “Isteri-isteri kamu adalah tanah ladang kamu, maka datangilah tanah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai.”

    Perlu diambil perhatian, bila sesuatu ayat itu tidak difahami maka, ia perlu dijelaskan kerana mustahil boleh diamalkan dengan tepat jika tidak difahami. Oleh itu ramai ulama yang Allah anugerahkan ilmu di kalangan sahabat, tabien, tabiut tabiein dan seterusnya menerangkan maksud kehendak Allah dengan ayat Al-Quran yang lain, hadis-hadis ataupun ijtihad seperti menerangkan ayat di atas. Adakah pada ustz semua ini memalukan?

    3. Banyak hadis-hadis menceritakan panduan dari Rasulullah SAW tentang seks diantaranya: (mafhum hadis) hendaklah lakukan ‘foreplay’ seperti berkucup mengulum lidah sebelum berjima’. Ini bukan perkara yang memalukan, ini adalah ilmu yang perlu di sampaikan. Ia adalah amanah Tuhan. 

    3.1 Sabda Rasulullah SAW: 

    “Janganlah antara kamu melakukan hubungan badan dengan isterinya seperti binatang. Sebaiknya mereka melakukan dua perkara terlebih dulu. Sahabat bertanya, apa dua perkara itu? Rasulullah menjawab kucupan dan kata-kata mesra.” (Hadis riwayat Dailami). Ertinya, ada kesamaran yang tidak difahami oleh sahabat, mereka bertanya lalu Rasulullah SAW terangkan. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab pemimpin dan guru menerangkan sesuatu yang kurang difahami dalam soal hubungan kelamin dan ia bukan memalukan. “La haraj fid din” (tiada yang memalukan dalam soal agama).

    3.2 Imam Bukhari meriwAyAtkn.

    Dari Aisyah berkata, “Aku dan Nabi SAW pernah mandi bersama dari satu bekas. Ketika itu kami berdua sedang junub. Baginda juga pernah memerintahkan aku memakaikan kain, lalu beliau mencumbuiku sedangkan aku sedang haid.”

    Apakah menurut ustAz hadis-hadis Rasulullah SAW begini dikira memalukan dan penghinaan. Kalau begitu, siapa contoh ustaz dalam perhubungan suami isteri? Sebenarnya siapa yang membaca novel lucah, siapa pula yang membaca hadis Rasulullah SAW? 

    4. Para sahabat juga tidak malu berbincang soal hubungan suami isteri bila keadaan memerlukan, seperti riwayat di bawah. 

    Dari Malik dari Yahya bin Sa’id berkata, “Seorang lelaki bertanya kepada Abu Musa Al Asy’ari; “Aku pernah menghisap payudara isteriku hingga air susunya masuk ke dalam perutku. Abu Musa menjawab; Menurutku isterimu setatusnya telah berubah menjadi mahrammu.” Abdullah bin Mas’ud pun berkata; “Lihatlah (Bagaimana) kamu boleh berfatwa begini kepada lelaki ini?!” Abu Musa bertanya; “Bagaimana pendapatmu dalam hal ini?” Abdullah bin Mas’ud berkata; “Tidak berlaku hukum penyusuan kecuali bila masih pada masa penyusuan. (sebelum bayi berumur 2 tahun sahaja)” Kemudian Abu Musa berkata; “Janganlah kamu semua menanyakan suatu perkara kepadaku selagi orang alim ini (Ibnu Mas’ud) masih berada bersama.”

    Sangat jelas di riwayat di atas lelaki itu menceritakan perlakuannya dalam berhubung bersama isterinya. Tidak pula sesama sahabat itu janggal membicarakannya. Ia dibolehkan atas dasar ilmu dan dasar ini sangat jelas dalam Islam.

    5. Maka kita perhatikan ramai ulama besar, pewaris ilmu dari Rasulullah SAW dan sahabat yang menerangkan persoalan seks dengan detail jika keadaan memerlukan seperti:

     5.1 Imam Malik, diriwayatkan beliau berkata; 

    “Imam Malik berkata; Tidak mengapa desahan/mengerang panjang ketika berjimak” (Kassyaf Al-Qina’’An Matni Al-Iqna, vol.18 ms 409) 

    Pada ustaz ini memalukan, pada kita semua, ini diperlukan kerana ia adalah ilmu. Imam Malik, Tuan Guru kepada Imam Syafie pun menerangkan hal ini, supaya semua orang faham.Fekah itu faham, tapi kalau hafaz Quran sahaja tanpa faham, macam burung kakak tua menghafaz kata-kata. La yanfa’.

    5.2 Imam Abu Hanifah (Hanafi). As-Syarbini dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj mengambil riwayat dialog antara Abu Hanifah dengan muridnya Abu Yusuf;

    “Abu Yusuf bertanya kepada Abu Hanifah tentang seorang lelaki yang saling sentuh menyentuh (untuk merangsang) kemaluan dengan isterinya. Abu Hanifah menjawab; Tidak mengapa, dan aku berharap pahala keduanya besar.” (Mughni Al-Muhtaj, vol.12 ms 68) Sehebat-hebat Imam Hanafi, Imam Mazhab yang pertama, sebelum kedatangan Imam Malik dan Imam Syafie pun membincangkan soal seks dan menjadi catatan hingga sampai kepada kita. Peliknya ada orang di akhir zaman menolak perbincangan ini.

    5.3 Mujahid ketika memberi panduan bagaimana contoh cara berseronok dengan isteri ketika isteri dalam haid. Imam At-Thabari meriwayatkan;

    عن ليث قال: تذاكرنا عند مجاهد الرجل يلاعب امرأته وهي حائض، قال: اطعن بذكرك حيث شئت فيما بين الفخذين والأليتين والسرة، ما لم يكن في الدبر أو الحيض

    تفسير الطبري (4/ 380)

    “Dari Laits beliau berkata; kami berbincang dekat Mujahid tentang seorang lelaki yang mencumbu isterinya ketika haid. Mujahid berkata; “Tusukkan zakarmu di manapun yang engkau hendak di celah dua paha, dua punggung dan pusat. Selagi tidak di dubur atau di faraj ketika haid” (tasfir At-Thobari, vol; 4 ms 380)

    Sangat jelas perkataan Mujahid, seorang ilmuan Islam menerangkan cara menyelesaikan masalah seorang suami bila isterinya haid. Apakah Mujahid melanggar hukum atau ada umat akhir zaman yang jahil tentang isu ini tetapi merasa cukup alim untuk menyatakan pendapatnya?

    5.4 Imam Sayuti pula mengarang kitab khas tentang Fekh Jimak dengan nama:

    “Hijaunya pepohonan untuk mengenal ilmu senggama”

    Di dalamnya membahaskan secara detail bagaimana berhubung suami isteri samada dari sudut posisi, gerakan, teknik mencapai puncak dan lain-lain. Siapa boleh nafikan keilmuan Imam Sayuti, salah seorang ulama tersohor Mazhab Syafie. Mujaddid dan Mujtahid, pakar dalam 12 cabang ilmu, kitabnya sahaja lebih 600 buah. Beliau juga ingin menyumbangkan kefahamannya tentang seks untuk panduan umat Islam. Tak malu ke Imam Sayuti mengarang buku seks begini? Sebenarnya malu dalam perkara begini, itulah yang salah, yang menyimpang dari Islam. 
    Jadi kalau ulama-ulama itu pakar seks dan hukum hakam mengenainya, sudah tentulah Rasulullah SAW paling pakar kerana dia bapa semua ulama, pakar semua perkara dalam Islam. Kalaulah para sahabat dan ulama besar tidak malu membincangkan persoalan seks, sekarang kita hendak ikut sahabat dan ulama besar atau ustaz yg melebelkannya sebagai kelucahan melampau.
    B. Bila GISB highlight kan persoalan Seks Suci Islam ini,org mempersoalkan, adakah kedatangan Rasulullah SAW ke dunia untuk tujuan seks semata-mata?
    Mengapa membuat kenyataan tanpa melihat realiti. Apakah org nampak GISB hanya perjuangkan seks semata-mata. Hampir seluruh sistem Islam GISB telah cuba bangunkan di seluruh dunia demi membela Rasulullah SAW seperti kehidupan berjemaah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, hiburan, media dan penerangan dll. Kehidupan berumah tangga Islam yang sebenarnya dan Seks Suci Islam juga salah satu juzuk dalam kehidupan yang diperjuangkan oleh GISB, lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan yahudi yang menggunakan seks haram mereka sebagai senjata.

  4. “Islam itu permulaanya asing,dn nanti akan kembali asing sperti prmulaannya,maka beruntunglah orang2 yg asing itu.”(Muslim)

  5. Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah atau uswah hasanah atau contoh yang baik bagi orang mukmin pada seluruh kehidupan baginda samada urusan dunia mahupun Akhirat. Firman Allah di dalam Al-Quran:

  6. Btol jugakn..saya pon tak pernah terfikir.byaklah sangt hadis2 Nabi tentang hubungn suami isteri untuk dijadikan contoh.kenapa kita nk pertikaikn benda2 tu.terima kasih hamba Allah,kerana menerangkan hal ini.lepas tu bila saya tengok asal nama arqam je sesat.sbb prnah difatwakn sesat suatu ketika dhulu.takkan kita asyik nak ikut fatwa je,tanpa mlihat pandangan sendiri..betul ataupun tidak.sampai makanan yg ada nama arqam pun dirampas.pelik.mkanan tu mna lah sesat.tp sbb ada nama arqam.saya ni bkanlah pengikut arqam,tp saya sokong perjuangannya.teruskan lah Perjuangan.!!moge mndapat balasan yg baik dr Allah.

    1. ada orang sufi berkata melalui kasyaf beliau org arqam ni tak akan bertaubat dari amalan mereka walaupun pemimpin mereka dah meninggal,buktinya sekrang mereka masih menunggu dan berharap dgn pasti bahwa Abuya akan hidup semula dan masih memimpin mereka,walhal sepatutnya mereka insaf dan sedar apabila segala ramalan mereka gagal dan tidak dizohirkan,maknanya Allah swt tidak berpehak kepada jemaah mereka..sepatutnya apabila meninggal saja Abuya dan ramalan beliau tdk berlaku,WAJIB bagi ahli2 arqam berundur dari jemaah mereka dan mencari guru mursyid yg lain dari tareqat muktabar yang lain ie naksyabandiah,Idrisiyyah,qadiriyyah dll(bagi ahlinya yang masih ingingkan pimpinan dan berjuang dalam usaha untuk ‘dekat’ pada Allah) dan bagi ahli yg tidak berniat begitu,adalah lebih baik mereka menjadikan didri mereka merapatkan diri dgn jemaah2 islam biasa ie ahli masjid dll..sudah cukup2 lah sudah!! itu lah bukti yang paling benar Dari Allah swt,apabila DIA tidak menjadikan apa2 yang diramal oleh al arqam ie daulah islam,kemunculan imam mahdi pada tahun2 sebelum ini dll..bertobatlah!!,kalau betul2 kamu ihklas untuk berjuang di jalan Allah setelah diperlihatkan oleh Allah akan kegagalan Abuya dalam ramalan beliau semasa hayay beliau..ikutilah perjuangan tareqat muktabar yg lain yang insyallah,kamu akan diperlihatkan segala kesilapan didalam jamaah kamu..tafaddal…

  7. Suka2 je nak kata kami xbertaubat. Umujah dah mengaku taubat dan terima hakikat Abuya dah xde. Kami pun dah boleh terima Abuya tak kan kembali… So jgn memandai2 lagi nak cakap2 pasal kami… Kami manusia biasa yg nak hidup bahagia juga. Kami org Islam yg sayangkn Allah dan rasul. Yg teringin nak masuk syurga dan tak nak masuk neraka. Org kasyaf lapisan rendah, senang je nak pandang serong dengan orang lain kann…

    1. awak kasyaf lapisan ke berapa? kehkeh.. kasyaf sangat sampai tak tengok tarikh bila post ni diterbitkan 😀

  8. salam ustaz love…ape prkmbangn ye tntang jemaah ni..makin besar cawangan bahkan nmpk megah lg….bleh sye tnye…slame brtahun² ustaz love bongkar tentang kesesatan jemaah ni ape yg ustaz da bangunkn utk islam itu nmpak indah..??

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme