I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Petua Orang Tua Perlu Ditafsir Secara Bijak

Salam…

Masa tengah mandi, tiba2 melintas idea ni.. mungkin disebabkan aroma sabun yg menyucuk hidung, sehingga menyegarkan kepala otak lalu akhirnya timbullah idea nak buat entry ni.. kihkih.. nasib baik idea ni tak timbul masa tgh melepas.

Petua orang tua ini bukan kepunyaan orang Melayu saja, bahkan orang Cina pun ada petuanya sendiri, begitu juga India, Arab, Mat Salleh, Mat Afrika dsb. Kebanyakan petua ini lahir melalui pengalaman.. contohnya petua terpegang benda panas, maka cepat2 kena pegang cuping telinga.. kenapa tak pegang ketiak ke, pegang hidung ke, pegang bibir dsb? Semua itu disebabkan kita belajar melalui pengalaman orang dulu2, kalau terpegang benda panas, cepat2 pegang cuping telinga, dan ternyata ianya ‘menjadi’.

Begitu juga dengan pelbagai petua2 kesihatan, petua2 pemakanan, petua pemakaian, petua pergaulan, petua kehidupan berumahtangga dsb. Kebanyakan petua ini didapati melalui pengalaman, dan ada yang telah disahkan melalui kajian yang dilakukan oleh para saintis.

Di sebalik petua2 yang berguna ini, ada juga terselit petua2 yang tiada manfaat jika diteliti dari sudut tersurat (zahir), sebaliknya jika difikirkan dari sudut tersirat (maksud tersembunyi), ternyata ia mengandungi manfaat juga. Cuma perlu dijelaskan pemahaman itu agar tak tersilap faham.

Ustaz Love teringat masa kecik2 dulu, arwah mak Ustaz Love selalu marah kalau Ustaz Love duduk atas bantal.. ye la, masa tu Ustaz Love kurus, punggung pun ada tulang je.. duduk plak atas simen, memang sakit la.. jadi, terpaksa gunakan bantal sebagai alas. Kata mak Ustaz Love, jangan duduk atas bantal nanti punggung tumbuh bisul.

Oleh kerana Ustaz Love ni anak bongsu yg agak nakal, Ustaz Love pun buat ujikaji untuk menentukan kesahihannya. Sebab macam tak logik perkaitan antara bisul dan bantal.. kalau betul bantal tu menyebabkan bisul, maka dah tentu kepala Ustaz Love ni akan penuh dengan bisul. Ustaz Love senyap2 masih meneruskan aktiviti duduk atas bantal tu.

Sampai la satu hari (tak pasti plak adakah disebabkan ketajaman punggung Ustaz Love) bantal tu pecah, lalu bertaburanlah kekabu bantal tu (masa tu, bantal mak Ustaz Love jahit sendiri, isinya kekabu). Ustaz Love pun bagitau kat mak, dan macam biasa, mak Ustaz Love akan berleter tanpa henti. Dan terselit salah satu katanya “orang dah kata jangan duduk atas bantal.. kan dah pecah bantal tu”.. Itulah maksud tersirat yang sebenarnya.. tapi, mungkin disebabkan masa tu Ustaz Love kecik lagi, jadi mak Ustaz Love gunakan bahasa yg paling mudah supaya budak2 ikut dan tak banyak songel (budak kecik memang banyak tanya).

Begitu juga dengan petua2 lain spt menyanyi masak memasak, tak kahwin sampai ke tua.. mungkin maksud tersiratnya, supaya anak2 dara fokus masa memasak (maklum la, masa tu guna dapur kayu.. bukan mudah nak kawal api mcm guna dapur gas / dapur elektrik).. juga supaya air liur tak tersembur2 masuk dalam makanan..

Jika kita memahaminya daripada sudut tersurat, maka dah tentu nampak betapa salahnya petua itu.. bahkan jika diukur dari sudut akidah, ia boleh merosakkan akidah jika meyakini perkara itu (spt soal jodoh, hidup mati dan yg berkaitan takdir ada kaitan dengan benda2 yg disebutkan dalam petua dsb.. sedangkan perkara itu adalah termasuk dlm perkara ghaib yang hanya Allah saja yang tahu).

Sebenarnya, kebanyakan orang tua menggunakan kefahaman mereka berdasarkan segala yg ada di sekeliling.. sebab itu masyarakat dulu mudah dididik, sebab proses dan alat pendidikan itu ada di sekitar mereka saja. Ustaz Love bagi contoh, kalau kita tengok peribahasa orang dulu2.. banyak diambil daripada kehidupan sehari2.. contohnya, peribahasa “kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.. yang memberi maksud disebabkan suatu masalah yg kecik, kita selesaikan dengan cara yang tak betul, masalah itu takkan selesai, bahkan kita sendiri yg akan ‘selesai’.

Zaman dulu2, orang tido pakai kelambu untuk mengelakkan nyamuk.. sbb tu kita tak jumpa peribahasa “kerana marahkan nyamuk, sembur ridsect” ke, pasang ubat nyamuk ke, pasang perangkap nyamuk (yg elektrik tu ke).. dan orang lebih memahami peribahasa itu sbb mereka kenal siapa nyamuk, dan apa itu kelambu.. Kalau kita tanya kat anak kita, kelambu tu apa? Mungkin mereka tak dapat nak jawab, sbb sepanjang hidup tak pernah kenal apa itu kelambu.. dan agak susah mereka nak menerangkan maksud peribahasa berkaitan (sekiranya ditanya dalam soalan periksa) sbb tak tahu rupa bentuk dan penggunaannya.

Tapi, yang satu ini, Ustaz Love tak pasti sama ada beliau memahaminya secara tersurat, ataupun tersirat..

sumber

Mungkin beliau silap fokus kepada isu nyamuk, sedangkan hakikatnya mungkin orang tua beliau cakap macam tu supaya beliau dapat simpan kasut di dalam rumah.. kalau simpan kat luar, nanti hilang dicuri orang. Tapi beliau fokuskan pada nyamuk (mungkin beliau tak suka nyamuk, sehingga menimbulkan idea kepada orang tua beliau berkaitan nyamuk itu).. dan sampai sekarang Ustaz Love masih tak boleh nak berhenti gelak.. kihkih πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
      1. betul tu. petua2 mungkin boleh mbtaenmu, tapi apa2 pun bergantung pd rezeki kita juga. Kalau cepat alhamdulillah. Kalau lambat pun, mungkin ada sebab musabab lain.

  1. Haha teringat pulak pesan org2 tua kata kat anak dara, jgn duduk atas tangga nnt takde org datang meminang? Smpi mcm tu sekali.. πŸ˜€

    1. orang tua2 dulu jaga betul anak2 dara ni.. sbb tu kalau org tua2 bersembang kat ruang tamu, anak2 disuruh gi masuk dapur dan jangan menempel muka.. apatah lagi kalau menempel muka kat atas tangga πŸ˜€

  2. betul jugak sebenarnya petua2 org tua neh kann,, hehe
    bila difikirkan balik lucu pon ada,
    kalo dulu kecik2, slalu xpuas ati dengan petua cmneh sbb mak slalu gunakan. kononnya nasihat ayat sempoi la, tapi ada hikmah rupanya. ^__^

    1. memang ada hikmah.. sbb org tua2 dulu memang suka guna bahasa tersirat ni.. cuma kita la yg kena bijak mentafsirnya agar tak berlaku salah faham πŸ˜‰

  3. Assalamualaikum.

    Ustaz, boleh tolong terang hukum adat, akal dan syara’ untuk orang awam serba ringkas dan applikasi nya?

    Syukran.

    1. Waalaikumussalam..

      InsyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry.. kalau ringkas2 sangat, nanti jadi silap faham..

  4. teringat masa kecil dulu, hidung slaelu berdarah. mak sumbatkan daun sireh ke dlmhidung saya. lepas tu, bila hidung berdarah saja, terus cari sireh… πŸ˜€

    1. apa yg sunnahnya? yg sunnah adalah memberikan alas untuk duduk kepada tetamu.. dan bantal yg dimaksudkan adalah alas duduk, bukannya bantal spt yg kita faham untuk lapik kepala masa tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme