I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Perniagaan Borong : Tiada Lagi Orang Tengah

Salam…

Sejujurnya, bidang perniagaan bukanlah dalam bidang kemahiran Ustaz Love. Even Ustaz Love pernah nak jual perfume, tapi disebabkan tiada bakat, last2 perfume tu buat pakai sendiri je.. kihkih.. Cuma mungkin disebabkan pergaulan bebas (maksudnya pergaulan luas) dengan segenap lapisan dan pembacaan, maka ada la serba sikit info berkenaan perniagaan. Ditambah dengan minat untuk berniaga (walaupun skill takde), membuatkan Ustaz Love berasa gembira untuk bercerita tentang perniagaan ni.

Perniagaan ni sebenarnya luas.. macam2 jenis ada.. ada yang jenis SLM (Single-Level Marketing aka Direct Selling), MLM (Multi-Level Marketing) dsb.. ada juga jenis perniagaan atas angin (ala2 macam jin jugak.. kihkih) iaitu perniagaan yg mengambil keuntungan atas angin.. tak perlu jual barang, tak perlu cari pelanggan.. tau2, duit masuk.. modalnya cuma air liur..

Tapi kali ni, Ustaz Love nak cerita sikit pasal perniagaan borong. Ustaz Love pun tak ingat masuk kategori perniagaan mana.. rasanya masuk dalam perniagaan peruncitan (ingat2 lupa.. last belajar subjek Perdagangan masa jaman sekolah dulu). Ada 3 pihak terlibat iaitu pemborong, peruncit dan pembeli. Bila sebut pemborong, maka mereka adalah.. aisey.. rasa kelu je jejari runcing Ustaz Love ni nak menulis ayat skema.. macam nak jawab periksa plak.. kihkih..

Senang cerita, pemborong ni penjual jugak.. tapi mereka jual secara borong kepada peruncit.. peruncit plak beli sikit2 untuk dijual kepada pembeli.. jarang pembeli yg nak beli terus daripada pemborong, sbb pembeli biasanya nak beli untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual balik. Bila beli sikit2, maka kosnya akan lebih mahal berbanding beli daripada pemborong, tapi memerlukan modal yang besar jugak kalau nak beli banyak2.

Sebab itulah tak ramai orang kita yang jadi pemborong.. kebanyakannya cuma buka kedai runcit atau kedai2 kecil yang mendapatkan barang2 daripada pemborong.. kemudian ambil untung sikit daripada harga belian. Contohnya kalau beli kicap daripada pemborong dengan harga RM4 sebotol, maka dapat la untung RM0.50 kalau jual kepada pembeli dengan harga RM4.50. Tapi agaknya, berapa modal yg pemborong tu bayar untuk membeli barang2 secara pukal (banyak2) daripada pengilang / pengeluar? Dah tentu lebih murah daripada itu.. bayangkan kalau kita dapat beli terus daripada pengeluar / pembekal barang tanpa melalui pemborong dan peruncit.. dah tentu harganya berkali ganda lemon murahnya.

Itu baru intro.. kihkih..

Sebenarnya, Ustaz Love nak cerita tentang perniagaan borong di China. Siapa2 yang tak pernah kenal barang2 China, boleh tengok kat Petaling Street atau kedai2 cenderamata (mcm kedai RM2). Barang lawa2, tapi harga murah. Even artis pun ada yang bukak kedai jual beg dari China (tak perlu la Ustaz Love sebutkan nama artis itu.. kihkih). Mungkin ada yang menyimpan hasrat nak jual barang2, tapi tak tahu nak amik dari mana. Kalau ada pembekal pun, harganya agak mahal. Jadi, kalau nak jual balik, mungkin terpaksa ambil untung yang sikit.

Jadi, Ustaz Love nak memperkenalkan seseorang yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Beliau adalah En. Shahabudeen Jalil. Beliau merupakan salah seorang pengarah Lot.my dan merupakan pemilik blog shahabudeenjalil.com. Blog beliau memang sempoi. Penuh dengan ilmu keusahawanan serta maklumat2 yang sangat berguna untuk dijadikan panduan sekiranya kita ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Gaya penulisan beliau yang ringkas tetapi padat menyebabkan maklumat yg ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah, walaupun kita takde apa2 basic keusahawanan.

Ternyata, apa yang beliau kongsikan bukanlah merupakan cakap2 kosong semata2 (macam yang selalu kita baca dekat website2 perniagaan yang selalu membicarakan persoalan teori, tetapi bila masuk bab praktikal, pengalaman yillek.. zero) bahkan kredibiliti beliau sebagai seorang usahawan telah terbukti dengan kejayaan beliau membimbing ramai usahawan bumiputera menceburkan diri dalam keusahawanan.

Bak kata orang tua2, kalau kita nak berjaya, maka kita kena la ikut jalan2 orang yang berjaya. Kalau nak berjaya sebagai doktor, kena la ikut jejak langkah mereka2 yang menjadi doktor, baca pengalaman mereka, dapatkan nasihat mereka.. insyaAllah, kita takkan teraba2 dalam dalam kegelapan. Begitulah juga kalau kita bercita2 nak menjadi usahawan yang berjaya, maka kena la ikut jejak langkah dan panduan daripada mereka2 yang berjaya dalam bidang ini. Adalah sesuatu yang pelik sekiranya kita nak menjadi seorang usahawan, kita jadikan seorang guru sebagai mentor.. walaupun sekarang ni ramai cikgu2 yang berniaga (mungkin sebab ramai prospek daripada kalangan ibu bapa murid2.. kihkih), tetapi itu bukanlah core-business mereka. Kepakaran mereka adalah dalam bidang mengajar, sedangkan perniagaan itu adalah sampingan saja. Berbeza dengan yang memang betul2 usahawan dan ahli perniagaan.. kalau nak dibandingkan ilmu dan pengalaman, dah tentu usahawan juga yg perlu diambil sebagai mentor sekiranya kita ingin menceburkan diri dalam perniagaan.

Program Memborong di China diadakan di Jerlun, Kedah dan dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Nak ikut pun, bukan boleh main ikut2 je. Nanti jadi taqlid buta sehingga tak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Itu antara punca bisnes kita tak menjadi. Orang cerita pasal bela arnab, kita pun sibuk nak bisnes bela arnab.. orang cerita pasal skim tanaman cili berkelompok, kita pun sibuk nak tanam cili.. akhirnya, cili berlonggok, jadi busuk sebab tak pandai nak jual.

Sebab itu, kalau nak berjaya di dunia dan di akhirat, maka perlukan ilmu. Sebab dengan adanya ilmu, ia menjadi panduan kepada kita untuk memilih mana yang betul dan mana yang salah, mana yang lebih banyak untung dan mana yang lebih kurang untung dsb. Umpama kita berada dalam bilik yang gelap, kita dok nampak macam ada benda yang terjuntai2 kat siling rumah. Mungkin kita ingat itu tali dan tak mempedulikannya.. namun, bila kita dah petik suis lampu dan lampu menyala, baru la kita boleh pastikan adakah benda yang terjuntai2 itu tali ataupun ular.

Lot.my dianugerahkan Anugerah ICT NEF-Awani sebagai The Best New Media Application

Itu kalau kita celik dalam gelap.. bayangkan kalau kita buta dalam terang, sama juga situasinya. Macam kita main permainan si buta. Orang celik jalan depan, si buta pegang bahunya. Si buta tu akan ikut je mana orang di depannya pergi. Kalau orang depannya tu jalan masuk longkang, si buta pun akan masuk jugak longkang. Berbeza kalau kita celik. Orang jalan ke arah longkang, bukan setakat kita tak ikut dia masuk longkang, bahkan lebih daripada itu, kita mungkin dapat selamatkannya daripada jatuh longkang. Maka, memang penting untuk kita menjadi celik. Kalau nak jadi usahawan pun, kena jadi usahawan yg celik, iaitu dengan cara menuntut ilmu keusahawanan.

Jadi, bagi sesiapa yang berhasrat untuk menceburkan diri dalam keusahawanan (khususnya perniagaan borong barangan di China), En. Shahabudeen Jalil, melalui syarikatnya Anzac Consultancy menawarkan kursus borong barangan import dari China dan juga menganjurkan trip2 keusahawan ke China untuk memborong sekaligus melancong ke tempat2 yang menarik di sana.

Dengan pengalaman yang luas serta fasiliti yang lengkap, kursus yang dihadiri bakal memberikan pengetahuan yang lebih jelas serta pemahaman yang lebih tepat berkaitan perniagaan yang ingin dijalankan. Walaupun pada waktu ini kita cuma ada keinginan untuk berniaga, tapi tak tahu lagi nak berniaga apa, insyaAllah selepas menghadiri kursus yang dianjurkan, idea perniagaan yang ingin kita jalankan akan dapat dicernakan (cewahh)..

Apatah lagi jika dilanjutkan dengan mengikuti trip pemborong ke China, bukan setakat ilmu teori saja yang didapati, bahkan boleh praktikkan sekali ilmu tu. Tapi, kenapa nak ikut trip? Kenapa tak pergi sendiri2? Sebenarnya kalau ikut trip, ia lebih memudahkan kita untuk membeli dalam jumlah yang banyak. Ini kerana, kita cuma beli apa yang kita nak. Soal penghantaran akan diuruskan melalui penghantaran kargo. Ia lebih menjimatkan daripada membeli barang2 dan bawak naik flight sbb bagasi ada had2 berat tertentu. Kalau lebih had, maka kena tambah lagi duit.

Lagi satu, bila kita pergi secara berjemaah, maka semangatnya tu lain sikit.. macam kita shopping kat dalam negara jugak, kalau gi shopping sorang2, silap2 takde benda pun yg kita beli nak bawak balik. Tapi, kalau shopping dengan kawan2, kita boleh mintak pandangan daripada kawan2 tentang barang yang kita nak beli, ok ke tak ok ke.. apatah lagi kalau kita gi shopping dengan diiringi oleh mentor usahawan borong yang berpengalaman luas seperti En. Shahabudeen Jalil. Dengan panduan yang akan diberikan oleh beliau sepanjang trip, akan menambahkan lagi ilmu dan pengalaman para peserta dalam bidang yang diceburi.

Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bisnes perniagaan borong ini (sangat digalakkan bagi para peniaga online yang menjual melalui blogshop, facebook dsb bagi mendapatkan pilihan barangan yang lebih luas dengan harga yang jauh lebih murah), bolehlah mengunjungi blog dan website perniagaan En. Shahabudeen Jalil :

Blog : http://www.shahabudeenjalil.com

Website Kursus Borong : http://www.kursusborongchina.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. Pingback: Testimonial | BGC

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme