I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pen Al-Quran Digital

Salam…

*** Ini adalah sticky post (entry melekit) untuk 2 hari ***


Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai ‘home tutor’ kepada mereka.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:

1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.

2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.

3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai ‘home tutor’ mereka.

Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.

Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gadjet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.  Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.

Dapatkan maklumat lanjut di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum. Nak tanye kalau kte pkai pen al-quran untk blajar ngahji adakah ainye salah dari sisi agama? Adakah allah akn menerimanya? Mntak tlon btolkan klau ade yg slah. Dan hrap ustaz bleh bgi jwapan secepat mungkin.

    1. Tiada masalah untuk menjadikan pen al-Quran sebagai alat bantuan pengajaran. Namun, menggunakan pen itu sebagai satu2nya guru untuk kita belajar adalah kurang tepat. Sebab pen itu tak mampu nak menegur kalau kita tersilap baca. Juga kita tak dapat melihat kaedah sebutan yg tepat di bibir. Kita hanya mampu mendengar saja jika menggunakan pen, namun jika kita berguru dengan guru al-Quran, kita akan dapat melihat, mendengar dan belajar dengan lebih tepat. WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme