I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Merancang Keluarga Dengan Kondom

Salam…

Topik ini mungkin agak tak munasabah bagi segelintir golongan. Namun Ustaz Love rasa nak teruskan juga memandangkan ada beberapa isu di sebaliknya.. Jadi, para pembaca dinasihatkan menggunakan budibicara sendiri dalam membaca entry ini.

Kondom bukanlah sejenis rumah kediaman (singkatan kondominium adalah kondo, bukan kondom) tetapi sejenis alat macam getah yang digunakan untuk tujuan seksualiti. Kebiasaannya dikaitkan dengan seks luar nikah (zina, pelacuran dsb) kerana ia bertujuan untuk menghalang berlakunya kehamilan dan mengelakkan penyakit khususnya penyakit kelamin. Ia juga dikaitkan dengan ‘safe sex’ iaitu seks selamat yang menggunakan perlindungan (protection).

Itu menurut pandangan umum masyarakat khususnya bukan Islam. Ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai masalah berkaitan seks luar nikah ni, yang penting mengamalkan seks yg selamat (guna kondom). Bahkan ada di kalangan masyarakat Melayu (yg perasan jadi mat salleh) siap bagi pesanan kat anak2 dia supaya memakai kondom untuk keselamatan. Bukannya nak pesan kat anak2 pasal hukum haramnya berzina tu..

Disebabkan itu, isu kondom ni menjadi satu isu yang taboo (pantang) dan jarang diperkatakan secara terbuka oleh masyarakat kita. Bahkan kalau nak beli kondom di kedai pun, biasanya mereka akan malu2 nak beli.. sorok2 nak tunggu takde orang kat kaunter.. ala2 macam beli tuala wanita jaman dulu2 (jaman dulu, orang pempuan kalau nak beli tuala wanita pun, siap sorok2 dan balut dengan kertas suratkhabar sebelum masukkan dalam plastik.. malunya mereka kalau orang tau yg mereka tgh period).

Ada pro dan kontra juga sebenarnya berkaitan isu kondom ini.. Ustaz Love teringat ada satu isu suatu masa dulu (tapi tak berapa pasti sangat.. cuma ada kaitan la dengan pemberian kondom percuma kepada pelacur.. kalau tak silap). Ada pihak yg mengutuk sekeras2nya pemberian kondom itu dengan menganggap ia bakal menggalakkan aktiviti perzinaan. Penganjur pula mempertahankan tindakan mereka kerana mahu mendidik masyarakat untuk mengamalkan seks yang selamat, iaitu menghindari diri daripada penyakit berjangkit spt gonorrhea (kencing bernanah), siplis, AIDS dsb.

Apa pun tanggapan mereka, kena kembali kepada asas agama.. iaitu seks yg paling selamat adalah seks dengan pasangan yang dinikahi secara sah. Itu asasnya. Walaupun seks dengan pasangan luar nikah itu dilakukan dengan menggunakan kondom sekalipun, ia masih lagi bukan seks yg selamat, sebab ada seksaan dan azab yang menanti bagi mereka2 yang berzina. Walaupun mungkin selamat di dunia, tapi tak selamat di akhirat, maka dikira tak selamat juga.

Fokus perbincangan kali ni, Ustaz Love nak bawak kita menelusuri kepentingan penggunaan kondom bagi pasangan yang bernikah.. jadi, bagi pasangan yg belum bernikah, tiada kepentingan untuk menyimpan kondom ni.

Sesetengah keluarga mengamalkan perancangan keluarga untuk memastikan kestabilan keluarga itu sendiri.. kalau setiap tahun beranak (sangat produktif mengeluarkan anak), mungkin bakal menyebabkan situasi kewangan yang tak stabil.. sbb baby2 ni memerlukan belanja yang banyak. Bagi ibu2 yang bekerja, maka anak2 terpaksa diletakkan di nurseri yang menelan belanja yg bukan sedikit. Jadi, salah satu cara merancang keluarga adalah menggunakan kondom.

Pada pandangan Ustaz Love, jika sang ibu menyusukan sendiri anaknya dengan kerap sehingga umur 2 tahun, maka kelahiran boleh dijarakkan. Ustaz Love tak berapa pasti sejauh mana kebenarannya, tapi menurut orang2 tua, selagi anak menyusu badan, maka susah nak berlaku kehamilan yang baru.

Ini bagi mereka2 yang merasakan perlunya merancang kelahiran anak la.. kalau yang rasa tak perlu merancang, hentam je la nak beranak kembar setahun sekali pun.. takde masalah.. kihkih.

Penggunaan kondom juga adalah diwajibkan bagi mereka2 yg mempunyai pasangan yang berpenyakit berjangkit yg boleh mengancam nyawa spt AIDS. Seks adalah keperluan dalam perkahwinan.. tapi, penyakit itu bukanlah pengakhiran kepada segala2nya.. memang agak berisiko (takut kondom tu bocor ke dsb), tapi itu lebih baik daripada tak dapat nak tahan nafsu, lalu terbuat tanpa apa2 perlindungan.. lagi kesian kalau benih yang ditaburkan itu membuahkan pulak hasil (mengandung).. dengan mak ayah sekali dengan anak sama2 dapat penyakit.

Juga bagi wanita2 yang berisiko jika mengandung (spt ada ketumbuhan ke dsb) yang boleh mengancam nyawa.. maka, adalah lebih baik memakai kondom ketika melakukan hubungan, daripada sibuk2 nak gugurkan anak selepas itu. Sakit pun dapat, tekanan perasaan lagi sbb terpaksa gugurkan kandungan dsb.

Maka, dah tiba masanya untuk kita membuang rasa prejudis terhadap kondom itu (bagi pasangan yang bernikah secara sah).

Cuma yang menjadi isunya bila penjualan kondom ini dilakukan secara terbuka.. tak kira tua muda, Islam atau non-Muslim, semua boleh membelinya. Maka di sini, menjadi tanggungjawab penjual untuk memastikan ianya dijual pada pihak yang sepatutnya (kalau tgk budak2 sekolah yang beli, maka jangan jual. Bagi je ceramah free kat beliau).

Juga para ibu bapa bertanggungjawab untuk sentiasa melakukan spot-check kepada anak2nya (cek bilik, beg sekolah, wallet dsb) untuk memastikan tiada kondom dalam simpanan mereka. Walaupun kita disuruh bersangka baik, tapi sangka baik itu kena bertempat.. anak yang belum bernikah, nak simpan kondom buat apa? Nak buat belon untuk birthday party? kihkih.

Ibu bapa juga perlu memastikan kondom2 ini disimpan dalam peti simpanan selamat (peti besi ke.. bersama2 dgn duit dan barang kemas.. kihkih).. jangan biarkan bersepah merata2.. takut ada baby dalam rumah amik makan, boleh tercekik nanti.

Maka, tiadalah salahnya pada kondom yg kita selalu memandang keji itu.. sebaliknya yg keji adalah perbuatan manusia yang menyalahgunakan kondom itu untuk perkara2 yang dilarang oleh agama. Lepas ni, siapa2 yang dah sangka buruk kat kondom tu, boleh la pergi minta maaf kepada beliau.. kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. salam ustazlove,sorry lari tajuk.. berdosakah kita mengambil wuduk sedangkan kita tau kita tengah datang haid?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme