I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jawapan Terhadap Entry “AZHAR IDRUS BUKAN NABI DAN BUKAN WALI !! AGEN IBLIS ?!! MAAF TELAN WALAU PAHIT !! “

Salam…

Ustaz Love ada terbaca entry di sebuah blog yang bertajuk seperti di atas di sebuah blog.. blog itu memaparkan hujjah berikut :

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)”
(Dikeluarkan oleh al Dailami)

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)

Ustaz Love cuma nak jawab balik guna hujjah yg digunakan pihak jabatan agama yang berada di bawah pemerintah iaitu fatwa JAKIM.. bukan fatwa Dewan Ulamak PAS ke, Pemuda PEACE ke dsb..

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam

Tarikh Keputusan:

1 Jan, 1970

Keputusan:

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan bahawa:

1.Nyanyian dan Muzik tanpa atau dengan alat muzik adalah harus berpandukan kepada dalil-dalil berikut:

Keterangan/Hujah:

Dalil dari al-Quran

a) Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11:
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki

Istinbat dari ayat di atas:
Sahabat-sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyaniyian yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan al-lahwu itu. Rasulullah saw juga tidak menempelak perbuatan itu. Ertinya: Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus

b) Firman Allah di dalam Surah al-Anaam ayat 32
Maksudnya: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan( yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan.

Istinbat dari ayat di atas:

Allah SWT menggambarkan penghidupan dunia ini seluruhnya ibarat permainan dan sukaria (al-laywu) kedua-duanya harus.

c) Firman Allah di dalam Surah al-Anbia” ayat 16-17
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu ntuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak melakukannya (17)

Istinbat dari ayat di atas:

Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara: i-mainan dan ii- kegembiraan (lahwu). Kefua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).

Dalil dari as-Sunnah

a) Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Istinbat dari hadis:

Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.

b) Daripada Khalid bin Zakwan katanya: Ar-Rabi” binti Ma”waz berkata: Telah dating mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada dihadapnku sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan persembahan nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan senikata memuji pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami diperistiwa perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian dengan menggunakan lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang alan berlaku esok hari. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa: tinggalkan lirik itu dan teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan sebelumnya. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan A

Istinbat dari hadis:

Rasulullah saw menghadiri majlis perkahwinan yang serikan dengan nyanyian wanita-wanita muda menggunakan alat muzik. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Yang dilarang adalah lirik lagu yang jelas bertentangan dengan hokum syarak. Tidak ada insan( (walaupun ia Rasulullah) yang mengetahui apa yang akan berlaku besok. Nabi melarang lirik dan tidak melarang nyanyian.

Dari keterangan al-Quran dan as-Sunnah di atas menunjukkan bahawa nyanyian atau kegembiraan adalah harus. Namun demikian rasulullah saw menegur lirik yang didengarinya dan melarang penyanyi menggunakannya.

2. Di zaman ini nyanyian dan hiburan, ada yang telah bercampur baur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak, sama ada persembahannya atau seni katanya. Dari situasi itu, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian:

i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat
iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/garis-panduan-hiburan-dalam-islam

Jadi, sebelum melemparkan tuduhan, kaji dulu. Jangan memalukan pihak pemerintah dengan menggunakan kaedah sebegini. Sekalipun nak melakukan penolakan, tak perlu la sampai nak tuduh orang sebagai “ejen iblis”.. apatah lagi yg dituduh itu adalah orang alim.. belajarlah menghormati orang alim, sekalipun kita adalah orang jahil.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

82 Comments

Add a Comment
    1. Waalaikumussalam…

      Yang menentang pun ada di kalangan yg kata memperjuangkan agama.. tapi sibuk dok jadi ketam yg tarik kaki ketam yg lain.. 😉

  1. orang jahil cop orang alim sebagai agen iblis…padahal ustaz ni bercakap, dia aada ilmu..yg blogger tu main copy paste je..

    banyak blog2 yang dibuat oleh orang2 macam ni..kata ulama taknak dengar, main ikut logik akal sendiri..mungkin dah rasa cukup pandai ada degree/master/phd, boleh cakap dalam semua perkara

    1. Ustaz azhar bukan ulama tulen sebab ajaran yang diberi ada kata-kata kesat. Rasulullah tidak mendidik manusia dengan cara mengutuk dan mencaci. Tk.

        1. kalau dah ada tanda2 munafik (spt yg dinyatakan dlm al-Quran dan Hadis), takkan nak cop sebagai org bertakwa? 😉

      1. ni salah topik ni.. semangat sangat nak nilai alim ulamak, sampai tak perasan topik perbincangan (berkaitan isu alat muzik, dan bukannya isu akhlak) 😀

      2. Salam pejuang Islam…

        aku rasa ko mesti dah pernah dengar ceramah UAI kat youtube. and mesti ko dengar dia duk sebut ‘bodo’ selalu kan?

        fyi, orang negeri pantai timur dah memang caranya macam tu.sama kes macam Nik Aziz punya ceramah. orang yang x paham maksud memang akan confuse…

        lenggok ayat dalam negara kita ni pelbagai, aku sarankan kita belajar la loghat2 negeri lain skali…

        kata2 kesat? aku dengar loghat Melaka pun aku kata diorang mencarut dan kurang ajar.

        1. betul tu.. lain padang, lain belalangnya.. terima kasih pakli kerana sudi berkongsi pandangan 😉

    2. orang memang suka cakap benda yg bukan dalam bidangnya.. bila orang tegur, dia marah plak.. mereka2 inilah yg membawa watak ‘bodoh sombong’ dalam masyarakat 😉

    1. peliknya, bila pemimpin2 mereka merasmikan program hiburan yg terkinja2 dan bercampur gaul, takde plak nak sebut sebagai agen iblis ke.. ataupun tak payah sebut, sebab semua orang dah tau? kihkih 😀

      1. terkinja itu benar katenye…pendekatan islamik gune perspektif berbeza dituduh pulak mcm2…

  2. ni la jadinya…niat nak mempalit tahi ke muka org alim, terkena ke badan sendiri….jahil agama tp sesuka hati nak menegur yang bergelak ustaz or ulama…tegur cara baik xper la jgk, ni tahap memfitnah…harap dijauhkan la…

    1. ini ibaratnya meludah ke langit.. langit tu tak kena pun ludahan tersebut, sebaliknya muka sang peludah yg terkena balik ludahnya 😉

    1. Waalaikumussalam..

      Kalau kita sedar kita bodoh, insyaAllah, kita akan terselamat drp buat2 pandai.. kalau tak sedar diri bodoh, yg ni memang payah 😀

    1. dalam membersihkan politik menggunakan agama, kena berhati2 supaya tak mengotorkan agama disebabkan berpolitik 😉

    1. kalau diasingkan (agama dan politik), jadi sekular pulak.. jadi, untuk mengelakkan kekeliruan, maka rujuklah kepada alim ulamak, dan bukannya bermusuh dengan mereka 😉

  3. betul tu ustaz…kalau kita rujuk dengan alim ulamak, dan bukannya bermusuh dengan mereka. maka isu mcm ni tak timbul..

    1. masalahnya, bila kita takut nak berdamping dgn alim ulamak sbb takut kena betul2 atas batang hidung 😀

    1. orang yg sedar dirinya sakit, tak kisah kalau diberikan ubat2 yg pahit dan kena tahan kat wad dan melalui pelbagai pemeriksaan.. orang yg sakit tapi tak sedar dirinya sakit, biasanya akan mempertikaikan kenapa dia nak kena makan ubat2 pahit dan kena ikut cakap doktor 😀

    1. memang pun.. orang yg biasa duduk dlm bilik gelap, tiba2 datang cahaya, matanya akan terasa silau.. cepat je dia nak salahkan kehadiran cahaya (yg menyebabkan matanya silau), sedangkan cahaya itulah yg diperlukan untuk menerangi bilik yg gelap 😉

  4. Assalamualaikum wbt,
    terima kasih atas penjelasan ini.. saya yang kurang ilmu agama ni jadi serba salah dibuatnye..
    adekah ini salah satu bentuk fitnah dajjal?

    1. Waalaikumussalam…

      Jangan serba salah.. jika ada sebarang kekeliruan, bertanyalah kepada alim ulamak.. kalau tak tahu nak tanya siapa2, tanya saja kat alim ulamak di JAKIM.. insyaAllah, ramai yg boleh membantu 😉

      Bab fitnah dajjal tu, Ustaz Love no komen 😀

  5. Entah la…. kekadang manusia nie jadi BUTA kerana gila berpolitik…. sampaikan benda yang baik pun nak dituduh buruk…. Dia duk bagitau orang lain pasal main gitar tu jer…. soal jawab lain taknak pulak disentuh… Lagi satu…. majlis maksiat lain kenapa tidak disentuh? Sebab sama parti ek…huuhuhu

    ENTRI TERKINI:
    SPM dapat full A1!! Tapi rosak!! Tapi kan…. benda nie perkara biasa…. Kenapa??? Jom baca di sini…..

    http://wacanaku2009.blogspot.com/2012/01/pelajar-cemerlang-spm-rosak-akhlak.html

    1. manusia yg berpenyakit hati, akan sentiasa melihat2 keburukan saudaranya walaupun keburukan itu sebesar kuman sekalipun.. sedangkan beliau punya pilihan yg luas untuk melihat kebaikan saudaranya yg terlalu banyak itu 😉

  6. assalamualaikum ustaz..
    saya nk bertanya..saya dari dulu lagi confuse..tnya rmai org,, tapi smua jwab x confirm..
    berkaitan alat muzik ni..
    dulu ada yang bagi tahu saya..alat muzik yang bertali ni haram hukum memainkannya..katanya..di akhirat kelak Allah akan petik tali perut kita..
    maaf ustaz,,saya ni xtahu..saya cuma nak tahu..macam mana ye?
    harap diberikan penjelasan..klau ustaz boleh emailkan kpd saya pnjelasan nya..terima kasih..:(

    1. waalaikumussalam…

      dalam bab alat muzik (tak kira bertali atau tidak) memang ada khilaf ulamak.. ada yang mengharamkan secara mutlak sebarang bentuk alat muzik, ada yg mengharamkan alat muzik bertali dan seruling (tetapi mengharuskan gendang, dram dan alat muzik yg diketuk).. ada juga yang mengharuskan apa juga alat muzik..

      kita tak perlu keliru dalam bab khilaf ini.. kita sentiasa mengetatkan hukum ke atas diri sendiri dan berlapang dada dengan pandangan yg lain.. itu antara adab2 dalam hukum yg berlaku khilaf.. tak perlu nak saling tuduh-menuduh.. sbb hanya mereka2 yg berniat jahat saja yg selalu menggunakan perkara2 khilaf ini untuk mewujudkan keraguan dan persengketaan sesama Islam.

      WA

  7. Salam Ustaz Love
    Najah terkejut jap..Ya Allah..Ni la agaknye kesan bila org JAHIL tp berlagak alim(berilmu)
    smpai hati ckp mcm tu kat UAI..

    1. Salam najah..

      Orang2 jenis ni, jangan kata ulamak, perintah Allah dan Rasul pun boleh dihina2 😉

  8. jgn politikkan agama la…tp dlm politik kene berlandaskan agama yg sebenar..
    nak berdakwah pon kene fitnah..tp yg arti sexy2 adegan peluk2 tu tak berkesah pon…

    1. itu antara mehnah dan ujian dalam berdakwah.. itu baru sikit kalau nak dibandingkan dengan apa yg Nabi s.a.w. dan para sahabat kena semasa berdakwah 😉

  9. alamak ustazlove,,,,gua salah masuk page lah,,,,sorry,,,,rupanya ni bukan tulisan blog,,,,,asal,,muhuhuhuuh ok blah

    1. cuba beradab sikit..guna bahasa “gua””lu” ikut sedap rasa, tak kira masa, tempat..dengan ustaz, dengan sesapa pon gunalah bahasa yg sopan..

  10. salam ustaz.
    lama tak tinggal komen sini
    pasal muzik,pokok pangkalnya hati dan iman kita.
    jgnkan muzik,tapi semua benda..
    selagi mana benda tu melalaikan kita dan buat kita terbuai2 khayal,memanglah jatuh haram jadinya.
    satu:
    tgk video tu sampai abis..
    dua: UAI dulu cikgu muzik,otai lagi.tapi sebab dtgnya kesedaran dia dalam menjlnkan dakwah agama,dai menuntut ilmu dan berdakwah.lain guru/ustaz,lain cara dakwahnya.ade yg blog mcm ustazlove sndiri ni kan,ade yg vlog mcm UAI ni.

    satu lagi,kita punya masyarakat yg ade penyakit jangkitan.jangkitan menyebarkan hadis palsu,surah2 yg copy sini sikti,sana sikit,dah jadi buat pnduan.
    ni semua bahana org bodh sombong yg enggan mencari ilmu.
    lepas tu sebarkan dan tudh orang itu brgitu dan begini.

    lagi pula,motip sebenarnya bahan hebahan dlm blog2 ni pun kita dah haram maklum.intinya politik busuk.jdi,klu tak berkudis dgn kutukan dari orang – orang yg mengomen,tentulah kerna ade imbuhan besar?!
    wallahualam.
    tak berani ku nak berkat sedemikian,tapi akal manusia kdg2 kan terlebih pnjng…

    *quote dari zizan: jgn sampai jadi najis!!

    we no more have Rasullah s.a.w today.but,pembawa dan pembimbing agama kita nilah yg harus dan wajar dicontohi.
    takkan lah nak contohi artis?!no reason la.kita siap bgi mkn dia lagi adelah…

    *ni la natijah masyarakat yg rosak,.

  11. assalamualaikum ustaz…first time singgah kat sini.

    kesian dengan penulis asal ni. suka2 mengata orang alim sebagai ejen iblis, kononnya dia ada ilmu yang tinggi dalam agama. harapnya penulis blog tersebut bertaubat dan belajar untuk kenal diri sendiri

    1. waalaikumussalam…

      cara serangannya macam serentak.. ada juga blog lain yg mengatakan Ustaz Azhar berzina dsb.. ini merupakan taktik lapok ‘mereka’ bila dah takde modal 😀

  12. Salam,

    PAS melakukan ijtihad at-tanzil dalam memboleh dan menghalalkan amalan politik demokrasi . Ini adalah ijtihad yang kafir kerana :

    1.Hukum fiqh tidak membenarkan untuk dilakukan ijtihad untuk mengamalkan sesuatu aqidah yang kafir;

    2. Sudah wujud ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang yang melarang kita dpd mengamalkan agama demokkrasi yang kafir (60:4; 4:60; 35:10) – justeru tidak boleh berijtihad;

    3. Amalan demokrasi menyebabkan kita melakukan perbuatan-perbuatan yang kafir seperti berikut :

    a. Kita berkuasa untuk memerintah manusia;

    b. Kita buat undang-undang;

    c. Kita jalan dan kuat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;

    d. Kita mengabdikan manusia kpd kuasa manusia;

    e. Kita wujudkan sistem manusia menyembah manusia;

    f. Kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat serta yang kita sembah.

    PAS adalah kafir kerana ia mengamalkan agama demokrasi yang kafir.

    Sekian, terima kasih.

    Wan Solehah al-Halbani

    Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

    1. sebaik2 manusia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. pun ada juga yg tak puas hati, apa la sangat manusia biasa yg lain ni 😉

  13. saya suka ust azhar xdak 1 soalan pun yg xblh jwb ceramah dia slalu dgr wpun xbape nk fham tp bila hari2 dgr msti blh fham

    1. Penceramah pantai timur dan utara memang agak susah nak buang loghat (accent) masing2.. apatah lagi kebanyakan video Ustaz Azhar dirakamkan semasa kuliah beliau di Terengganu.. Ada satu video Ustaz Love tengok Ustaz Azhar ceramah dalam loghat Kedah.. kihkih 😀

  14. Salam Ustaz Love,

    Adakah taat dan patuh kpd undang-undang demokrasi ciptaan manusia bagi kita di Malaysia ini bererti manusia menyembah manusia (Taubah 31) dan oleh itu kita jadi kafir?

    1. Salam Wan..

      Adakah dengan taat dan patuh pada undang2 jalanraya (yg tentunya terhasil drp undang2 demokrasi), menjadikan kita kafir?

    1. Ustaz Azhar dah jarang guna bahasa ganu yg pekat2.. kalau dia guna bahasa tganu Kuala Berang, orang tganu pun ada yg tak paham nnt 😀

      1. salam ustaz love,

        isunya selain ini takper lagi, khilaf, tapi kalau la pernah dengar macam mana dia kutuk syaikh al-albani, cara dia perli orang yg pegang pasal babi dan anjing najis (dia cakap dalam video dia habih tu boleh la makan lemak babi, yg haram makan daging babi, lemak babi boleh la makan), tuduh geng ustaz yg masuk UMNO dapat 15k sebulan (cuba selindung dgn istilah dengar kabo), ustaz2 yg masuk tu dia pernah cakap masuk parti sekular, keluar islam…sekular mau ikutkan total sepweration of state and religion, malaysia lagu tu ka? diakui tak ‘sempurna’ tapi sekular sesat terkeluar dari islam tu berat tuduhan tu

        pernah jugak dia cakap jgn ulamak saudi terajang orang yg baca qunut, jgn beli kitab ulamak saudi buat bla bla…banyk lagui, cuma malas mau cakap…sekarang ni dia setaraf la degfan abu syafiq, zamihan dan sewaktu dengannya (wahabi slayer)

        ustaz love jugak mesti tahu hassan al-saqaf, ni antara ‘rujukan’ UAI…..

        orang yg kena ‘kutuk’ oleh dia setakat ni takder satu pun perkataan benging, sesat apa semua keluar dari mulut dia, walhal UAI bengong, sesat dan sewaktu dengannya keluar dgn amat ringan sekali…..

        apa2 pun saya first time komen blog ustaz, sebelum ni suka baca blog ustaz mengenai kesesatan syiah dan penyelewengan mereka, dan bab2 cintan semestinya…dan saya pernah membaca tulisan ustaz mengenai ‘wahabi’ dan saya rasa pandangan adil…saya pun ada tak setuju dgn ‘wahabi’ ini di mana ada pandangan mereka yg ‘keras’, tapi takder lah guna ‘sesat’ pada mereka…

        ustaz love boleh cari video di internet (yg bukan edit punya, dari pengikut dia, bukan dari yg ustaz love cakap ‘pendengki’ pada dia)….

      2. saya pun tidak bersetuju dgn cakap UAI agen iblis, tapi sama2 sesatkan orang, dua2 2 x 5 sahaja…

        and to quote ustaz love punya komen dulu:

        Siapa yg menyatakan wahabi ini sesat, maka dia sebenarnya telah menyesatkan golongan yg tidak sesat.. Jakim pun dah kata wahabi tak sesat..
        Wasabi plak memang sedap dimakan bersama sushi sehingga terkembang kempis hidung

        Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/02/soal-jawab-mana-lebih-bahaya-syiah-atau-wahabi/#ixzz1rV2fymxf

        1. “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (az-Zumar : 9)

  15. pada pendapat sya apa yng telah ust azhar anjur kan adalah lagi baik untuk menarik anak2 muda dari perkara maksiat, rasanya tak perlulah kita nak mencari salah orang..ada baiknya kalau kita mencari orang masih belum tahu ke mana hala tujunya dan kita perbetulkan..

  16. Salam Ustaz. Setahu saya Garis Panduan Hiburan negeri Perlis itu tidak diwartakan, oleh itu tidak boleh di anggap sebagai fatwa yang mutlak dan hujah yang mengharuskan muzik di lihat agak lemah dan hadis yang mengharamkan muzik tidak pula di bincang dan dihuraikan. Saya gagal menemui fatwa yang di buat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan muzik, tapi saya berpendapat perkara yang diragui akan hukumnya adalah lebih baik kita tinggalkan…Wallahualam

    1. pewartaan itu bukanlah menunjukkan bahawa ia bukan keputusan majlis fatwa, sebaliknya ia berbalik kepada bidang kuasa agama yg menjadi milik kerajaan negeri. fatwa merokok juga banyak negeri yang tak mewartakannya..

    1. syukur alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi mendoakan kebaikan buat Ustaz Love.. jazakallahu khairal jaza’

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme