I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ikhlas Dalam Amalan

Salam…

Apabila menyebut tentang sesuatu amalan baik, fokus pertama yang selalu diteliti adalah subjek ikhlas.. sebab ikhlas ini dikaitkan dengan perbuatan baik saja.. dan tak diterima konsep ikhlas pada perkara2 maksiat dan dosa.. tiada istilah ikhlas membuka aurat, ikhlas berzina, ikhlas minum arak, ikhlas makan babi dsb.. Perbuatan2 maksiat dan dosa, tidak memerlukan proses pembersihan, sbb ia dah sememangnya kotor.. Umpama tahi, takde sorang pun manusia atas muka bumi ini yang berjaya menyucikan tahi sehingga tahi menjadi bersih dan boleh dimakan.. kihkih.. Manusia cuma mampu membersihkan pakaian yg terkena tahi, membersihkan tempat yang terkena tahi ataupun membasuh punggung yg ada sisa tahi selepas berak..

Berbeza dengan amalan kebaikan.. ia asalnya adalah suci dan bersih.. tetapi bila dicemari dengan maksiat, dosa dan perbuatan keji serta munkar, maka amalan kebaikan tadi boleh jadi tercemar dan akhirnya terpaksa dibuang sbb telah tercemar.

Ustaz Love bagi contoh susu.. susu asalnya berwarna putih (atau kekuningan bagi susu awal ibu dan susu awal lembu). Bila dicampur dengan coklat, maka jadi la susu coklat.. kalau campur dengan kopi, jadi kopi susu (biasanya orang tak campurkan kopi ke dalam susu, sebaliknya mencampurkan susu ke dalam kopi). Namun, sekiranya susu itu bercampur dengan tahi, orang tak panggil susu tahi kemudian meminumnya dengan penuh selera.. sebaliknya orang buang je susu tu.. walaupun tahi yg masuk dlm susu itu sikit je (kalau nak dinisbahkan dengan susu segelas itu), tetapi tahi yg sikit itu telah mencemarkan susu yg suci.. sehinggakan susu itu bertukar menjadi najis dan haram diminum.. kalau terminum juga, mungkin kita dok teringat2 berkenaan susu tahi itu dan tekak kita akan menjadi loya walaupun peristiwa itu telah berlaku sekian lama.

Begitulah amalan baik yang dilakukan.. walaupun besar macam mana pun amalan itu seperti jihad fi sabilillah.. iaitu peringkat tertinggi pengorbanan terhadap agama, jika dilakukan dengan niat yang tak ikhlas (nak dapatkan gelaran syuhada’) maka amalan itu akan ditolak oleh Allah.. begitu juga dengan orang berilmu yang mengajarkan ilmunya, jika niatnya supaya orang memanggilnya ulamak, maka kebaikannya menyebarkan ilmu itu juga tidak diterima.. begitulah juga dengan seorang dermawan, jika niatnya semata2 nak dapatkan pujian atau supaya dipanggil seorang yg pemurah, maka sedekahnya yg mulia itu tidak akan diterima Allah.

Hanya mereka2 yang ikhlas dalam melakukan amalan saja akan diterima amal kebaikan mereka. Namun, keikhlasan ini bukanlah semata2 pada permulaan sesuatu amalan.. Ustaz Love nak bawakan contoh susu dan tahi juga.. harapnya sesiapa yg membaca entry ni dah makan dulu la.. supaya tak teringat2 semasa makan nanti.. kihkih..

Jika kita nak minum susu, tetapi awal2 lagi kita masukkan tahi dalam mulut kita, maka susu itu akan bercampur dengan tahi lalu masuk ke perut dan bakal menyebabkan penyakit. Maka, manfaat susu itu akan hilang disebalik mudarat tahi itu. Begitu juga dalam proses kita nak minum susu itu, kita selangi dengan makan tahi.. minum susu, lepas tu makan tahi.. kemudian sambung minum susu, lepas tu makan tahi.. maka, ia juga mendatangkan mudarat dan kebaikan susu itu akan ditenggelami oleh mudarat tahi itu. Begitu juga kalau kita minum susu dah habis segelas, siap pakej sendawa.. kemudian kita pun gosok gigi nak pergi kerja.. dalam perjalanan ke tempat kerja tu, kita makan tahi dalam kereta.. maka, tak sempat susu itu nak bagi manfaat kepada tubuh badan kita, mudarat tahi itu telah mendahuluinya..

Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, kita perlu menjaga niat semata2 kerana Allah dan tidak bercampur dengan niat yg selainnya.. jika tiba2 datang perasaan itu, cepat2lah istighfar agar kita dapat mengembalikan niat itu kembali betul di atas landasannya. Niat yang ikhlas ini bukanlah semata2 nak kena jaga sebelum melakukan sesuatu amalan, sebaliknya kena jaga juga semasa kita melakukan amalan dan selepas selesai amalan itu dilakukan.

Jadi, kalau kita ambil contoh menutup aurat, niat yang ikhlas menutup aurat semata2 kerana Allah itu bukanlah sebelum kita menutup aurat saja, sebaliknya semasa kita menutup aurat juga dan kena jaga niat itu sampai la ke akhir hayat kita. Jika kita ikhlas menutup aurat kerana Allah, kemudian semasa memakai tudung, timbul pulak perasaan riak dan kita pun menunjuk2 betapa kita menutup aurat sambil menghina mereka2 yang belum mampu menutup aurat, agak2nya kebaikan menutup aurat kita itu diterima atau tidak. Itu bab kebaikan, jangan campur aduk pula dengan bab mematuhi perintah Allah.

Soal kita ikhlas atau tak ikhlas, bila Allah perintahkan, maka kita kena lakukannya.. kalau kita tak buat, maka kita akan berdosa. Sebab itu dalam satu kaedah usul ada menyatakan, meninggalkan dosa dan maksiat itu adalah lebih diutamakan daripada melakukan perkara makruf dan kebaikan. Sekalipun kita melakukan amal yg baik itu tanpa niat yg ikhlas, itu lebih baik kerana kita mengelakkan diri daripada mendapat dosa kerana meninggalkan perkara yg wajib. Kena berusaha untuk istiqamah (melakukan amal secara berterusan.. iaitu berterusan menutup aurat, berterusan melakukan solat 5 waktu, berterusan melakukan sedekah, berterusan melakukan zikir dsb) sehinggalah datang keikhlasan itu.. kerana ikhlas itu boleh hadir sekelip mata, tetapi kebanyakan amalan yg dilakukan dengan keikhlasan itu bermula dengan istiqamah.

Bagi yang dah mampu istiqamah, maka kekalkanlah istiqamah itu untuk diri kita, sambil mengajak orang lain untuk sama2 melakukannya.. sbb kita perlu mengubah suasana agar kita tak terpengaruh dengan suasana.. Kalau kita dah pakai tudung, tapi kita tak dakwah kawan2 kita untuk pakai tudung dan tutup aurat, ditakuti kita akan terpengaruh dengan kawan2 itu sehingga terikut dengan akhlak dan perbuatan mereka. Cara terbaik adalah menjauhkan diri (sekiranya kita yakin kita tak mampu nak kawal diri dan takut terpengaruh dengan perbuatan mereka).. tetapi ada cara yg lebih baik, iaitu mengajak dan mendakwah mereka untuk sama2 menutup aurat dan melakukan kebaikan yg lain.

Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan kita berasa diri kita hebat sbb dapat melakukan kebaikan berbanding orang lain.. sehingga kita tak dapat nak jaga niat dan berubah menjadi riak dan ujub (takjub) dengan amalan sendiri. Sedangkan hakikatnya, kita sendiri tak tahu amalan kita ini akan diterima Allah atau tak.. ditakuti kita penat2 melakukan amalan, tapi disebabkan riak dan ujub, amalan itu tak diterima Allah di akhirat nanti.

Dan cubalah sedaya mungkin menjaga niat kita terutama sekali selepas melakukan sesuatu amalan.. berapa ramai orang yg kecundang dalam amalan mereka, bila suatu masa mereka bersedekah dengan ikhlas, beberapa tahun kemudian, mereka mengungkit2 kembali pemberian mereka itu.. sehingga akhirnya kebaikan itu hilang sekelip mata macam tu je..

Bukan senang nak beramal dengan ikhlas.. lebih susah lagi untuk mengekalkan keikhlasan selepas melakukan amalan.. maka, sama2 la kita muhasabah diri agar kita dapat memelihara keikhlasan amalan kita tanpa bercampur dengan najis kehidupan dunia.. cewahhh.. dan berdoa semoga Allah mengekalkan keikhlasan dalam diri kita.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. kdg2 bukan kite sengaja nk bgtau kebaikan kite..kalau ade org taye ke…kire xikhlas ke?tp mmg ssh nk elak dpd rase riak kan…dlm hati mst nk blagak jek…hoho..

    1. ikhlas ni bukan perkara mulut (lisan), tapi perbuatan hati.. jadi, sekalipun mulut bercakap, atau perbuatan menunjukkan sesuatu amalan (spt menderma masuk TV dsb), bukan itu penilaiannya. Oleh kerana ianya perbuatan hati, maka tiada siapa pun yg tahu seorang itu ikhlas ke tak.. bahkan tuan punya perbuatan itu pun tak tahu kadang2 dia ikhlas atau tak.. hanya Allah saja yg akan menilai keikhlasan sesuatu amalan di akhirat nanti πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme