I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Blog Ustaz Love Dah Beralih Arah?

Salam…

Dah lama rasanya Ustaz Love tak buat entry pasal halatuju blog ni. Sebelum ni, macam2 genre entry Ustaz Love tulis.. sampaikan ke review filem Tamil pun Ustaz Love buat jugak.. Belum masuk lagi topik2 berkaitan tips dan panduan, termasuk yang agak teknikal. Akhir2 ni, Ustaz Love kerap buat entry berkaitan soal-jawab agama, termasuklah sesi kaunseling dan motivasi.. sehingga ada yang bertanya, Ustaz Love tak penat ke mendengar masalah orang lain?

Sebenarnya, Ustaz Love tak pernah penat mendengar.. sbb di blog ni, Ustaz Love cuma membaca dan menulis, bukannya mendengar dan bercakap.. kihkih. Walaupun agak banyak soalan2 yang memerlukan jawapan yang segera, Ustaz Love terpaksa tangguhkan jawapannya demi memberikan jawapan yang terbaik (ikut penilaian Ustaz Love la.. kalau ikut penilaian orang lain, mungkin biasa2 je). Juga ikut mood Ustaz Love sendiri, kadang2 rasa nak buat entry soal jawab, kadang2 nak buat entry review filem.. kihkih.

Namun, pada pandangan Ustaz Love, blog ni masih lagi berjalan dengan arah yang sepatutnya.. Ustaz Love tak pernah berniat sebelum ni untuk menjadikan blog Ustaz Love sebagai blog hukum hakam, blog soal jawab dan yang seangkatan dengannya, sebab Ustaz Love bukanlah alim ulamak yang mempunyai ilmu yang tinggi. Cuma niat Ustaz Love sekadar ingin membantu mana2 yang terdaya Ustaz Love bantu.

Ia bermula dengan suka2.. Ustaz Love suka mendengar masalah orang dan cuba membantu mana2 yang patut (walaupun masalah Ustaz Love sendiri pun terasa macam tak mampu nak menanggungnya). Dengan membaca kisah kehidupan orang lain, kadang2 dapat menyedarkan kita betapa bertuahnya kehidupan yang kita ada sekarang.. walaupun mungkin sebelum ini kita merasakan yang masalah kita ini terlalu berat berbanding orang lain.

Juga dengan menjawab soalan2 dalam entry, memberi peluang kepada pengunjung2 lain untuk berkongsi pandangan dan pendapat. Mungkin ada pandangan yang lebih tepat dan bernas yang dapat diberikan (spt dalam satu entry berkaitan tuntutan nafkah yg mendapat komen daripada seseorang yg bertanggungjawab secara langsung dan berpengalaman dalam urusan tersebut).

Dan kekerapan entry soal jawab sejak akhir2 ni berpunca daripada banyaknya soalan yang Ustaz Love janji nak jawab dalam entry, tapi ditangguhkan sehingga mencapai puluhan soalan. Ada yang dah berjanggut menunggunya.

Jadi, Ustaz Love harapkan agar jangan terlalu berharap dengan jawapan di blog Ustaz Love ni. Dapatkan juga 2nd atau 3rd opinion (pendapat ustaz2 lain) sama ada merujuk kepada mereka, atau membaca blog2 mereka. Ustaz Love tak berdedikasi sangat untuk menjawab soalan2 ni.. sbb blog hanyalah tempat Ustaz Love menulis suka2. Ada masa, Ustaz Love tulis banyak2 entry.. ada masanya Ustaz Love cuma update iklan je.. kihkih.

Ustaz Love cuma berharap, apa juga penulisan Ustaz Love kat entry di blog ni dapat dikongsi manfaatnya.. tak kira la entry review filem ke, entry soal jawab ke, entry makan2 ke.. supaya ia boleh menjadi bekalan buat Ustaz Love di alam seterusnya nanti.

Dan Ustaz Love mengucapkan terima kasih atas penghargaan dan sokongan anda semua terhadap penulisan Ustaz Love. Doakan semoga Allah kurniakan ilham dan kerajinan yang luarbiasa, supaya blog ni akan sentiasa hidup dengan entry2 terbaru yang bermanfaat sehingga sampai ke tahap Ustaz Love mampu menulis lebih panjang daripada ini.. iaitu menulis novel cinta.. err.. novel agama.. πŸ˜€

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

Add a Comment
  1. assalammualaikum ustaz, jika dah siap bagi tau saya , ustaz tag nama saya tau
    Nur Ashikin Ismail, tq ustaz

    1. mama zharfan..maaf mama ni pensyarah kat uia ker? erm..nur nak tanya skit..usrah dkt uia lbih byk dn meluas ker brbandng dkt uitm,um dsb?

      1. ada baiknya Nur bertanya di blog mama zharfan.. mungkin beliau tak perasan kalau bertanya di sini πŸ˜‰

    1. Salam JT..

      artis ni banyak gossip.. Ustaz Love paling tak suka gossip sbb ia lebih dekat dengan umpat dan fitnah.. semoga Allah jauhkan..

  2. maaf..ana lbih suka mmbca entry disini drpad bertnya..disebabkn ana masih bru disini,ana lbih suka mmbca entry2 tahun leps dn mgkn beri komen sikit2..tiada menunggu tiada tertunggu..hihii..

    1. terima kasih kerana sudi membaca entry lama2.. jarang ada orang yg nak baca entry lama2 ni πŸ˜‰

  3. Salam Ustaz..Saya nk tnya satu soalan..boleh ke tidak pengamal perubatan bunuh jin..sebab dia degil xnak keluar dr dlm bdn manusia..harap ustaz buatkan entry tuk mslh saye ni yer..TQ Ustaz..:)

  4. hurm bole aja ustaz nak wat novel cinta islamik mcm habiburrahman el-shirazy,(ayat2 cinta-paling hangat,bumi cinta,dlm mihrab cinta,ketika cinta berbuah syurga,ketika cinta bertasbih)taufiqurrahman,muhammad el-natsir(tahajjud cinta),ustaz muhammad masykur a.r.said(mukjizat cinta) fatimah syarha(ape ntah nma novel dya panjng bebenor),dr.farhan hadi-suami kak fatimah syarha(denyut kasih medik)erm..ramai lagi la ader..yag ni yag mungkin top la..ini hnya pandngn ana jer..

    1. itu novelist tahap tertinggi tu.. Ustaz Love tak mampu nak sampai ke tahap penggunaan bahasa yg mereka gunakan.. tapi susah jugak nak cakap, sbb belum mula apa2 lagi πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme