I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Benda Yang Sama : Kita Suka vs Kita Tak Suka

Salam…

Tiba2 je idea ni terlintas.. jadi tanpa membuang masa, Ustaz Love teruskan menaip di blog walaupun idea tu sebenarnya masih lagi kabur2.. Idea ni muncul bila Ustaz Love teringat yang Ustaz Love makan telur rebus dengan kicap tamin semalam. Apa kaitannya? Kaitannya adalah pada sesuatu benda yg sama tapi kadang2 orang suka, kadang2 orang tak suka. Sedangkan kalau difikir2kan, benda tu sama je.. tapi kenapa sikap kita berbeza?

Mari sama2 kita kaji.. cewahh…

1. Bau telur.

KITA SUKA : makan telur rebus, telur goreng, telur bistik, telur bungkus dan segala macam jenis telur yg dimasak.

KITA TAK SUKA : kentut yang berbau telur

2. Bau ketiak

KITA SUKA : bau ketiak baby walaupun masam.. juga ketiak suami walaupun mandi seminggu sekali.

KITA TAK SUKA : bau ketiak orang masa berhimpit2 dalam bas.. siap buat muka tak puas hati dekat orang yg ketiaknya berbau.

3. Peluh

KITA SUKA : Badan berpeluh sebab nampak sihat, dan kita suka bersenam semata2 nak keluarkan peluh

KITA TAK SUKA : Ketiak berpeluh dan rasa macam nak muntah bila tengok orang yg suka angkat2 ketiaknya yg basah.

4. Kahak

KITA SUKA : Berdehem2 ketika solat atau ketika suara tersangkut disebabkan kahak, lalu menelannya tanpa rasa bersalah.

KITA TAK SUKA : Bila tengok orang meludah dengan kahak yang pekat dan tiba2 kita terasa kembang tekak.

5. Darah

KITA SUKA : Picit jerawat sampai meletup2 menyembur darah dan nanah.. kita berasa sangat puas melihat darah mengalir keluar.

KITA TAK SUKA : Tengok darah bersepah2 atas jalanraya sebab kemalangan.. ngeri katanya.

6. Korek Hidung

KITA SUKA : Korek hidung terutama semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

KITA TAK SUKA : Tengok orang lain korek hidung.. nampak pengotor katanya.

7. Ikan

KITA SUKA : Makan isi ikan dan berhati2 agar tak tercekik tulang.

KITA TAK SUKA : Makan tulang ikan, tapi kita bagi tulang tu kat kucing.. ingat kucing tak takut ke tercekik tulang?

Cukup la dulu 7 point untuk sama2 kita fikirkan.. Sekadar entry selingan.. kihkkih πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme