I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Antara Awan Nano Dengan Berat Nanang

Salam…

Pertamanya, Ustaz Love ingin mengucapkan tahniah kepada Hafiz kerana berjaya mempertahankan anugerah vokal terbaik dalam anugerah Juara Lagu ke 26 yang sebelum ini juga dimenanginya bagi kategori yang sama serta berjaya menjadi juara. Ustaz Love minat lagu Awan Nano ni atas 2 faktor.. pertama pengajaran daripada lagu itu, yang mengisahkan tentang seorang bapa yang begitu mengambil berat tentang anaknya, namun agak terlambat untuk anak itu menyedari iaitu selepas kematian bapanya.

Keduanya sebab vokal penyanyinya yang memang mantap. Walaupun setakat pakai t-shirt dan track-suit, namun ia tak mengganggu kualiti vokal nyanyiannya. Faktor tambahan adalah setiap kali dengar lagu ni, terus terlintas watak Johan yang meniru gaya hafiz berlari masa Maharaja Lawak dulu.. ingatkan Johan dijemput buat larian selingan atas pentas.. kihkih.

Kemudian, Ustaz Love juga ingin mengucapkan tahniah kepada pengurusan dan pegawai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor) yang berjaya menganjurkan kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dihadiri oleh ribuan jemaah serta diikuti oleh berpuluh ribu pelayar yang menontonnya secara live-streaming. Ustaz Azhar ni terkenal dengan tag “Berat Nanang (66)”.. Ustaz Love nak terjemah pun tak berapa pandai, tapi faham la maksudnya (sbb Ustaz Love pernah menetap di Pantai Timur beberapa tahun).

Ustaz Love tak berhajat nak buat perbandingan antara kedua2 majlis ni.. Cuma Ustaz Love sekadar nak menyampuk dan mengulas sikit isu berkaitan. Jika difikirkan secara waras, dah tentu la program Ustaz Azhar Idrus itu lebih baik dan bermanfaat.

Cuma, dalam kita ghairah untuk mengajak dan melakukan kebaikan, sepatutnya kita kena banyakkan targhib (iaitu memberi galakan dengan menceritakan tentang syurga, pahala, kenikmatan dsb yang boleh didapati daripada amal) dan kurangkan memberi tarhib (iaitu memberi ancaman dosa, neraka, siksaan dsb). Walaupun dalam al-Quran menceritakan tentang siksa neraka, tetapi lebih banyak lagi nikmat2 syurga yg diceritakan dalam al-Quran.

Dengan memperbanyakkan targhib, maka kita akan dapat mengelakkan perselisihan faham.. berbanding kita menggunakan kaedah tarhib yang boleh menyentap perasaan orang sehingga menjauhkan diri daripada niat nak melakukan kebaikan. Apatah lagi kalau tarhib itu disertai dengan kata2 yang agak melampau seperti menggelarkan orang lain dengan gelaran buruk dsb.

Alangkah bagusnya kalau kita dapat ajak orang lain sama2 melakukan kebaikan.. hati kita pun akan gembira, orang yg diajak juga takkan keciwa.. berbanding kita terus mengecop atas dahinya sebagai jahil, munafiq, fasiq dsb.. hati kita pun rasa tak tenteram, orang yg mendengarnya juga akan tersentap dan keciwa.

Jadi, tahniah buat semua yang berjaya.. namun, kita kena sentiasa ingat yang kejayaan kita atas dunia ini adalah sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.. dan kejayaan kita di akhirat nanti adalah apabila kita diselamatkan daripada dicampak ke dalam neraka dan dimasukkan ke dalam syurga..

Sama2 la kita beringat πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. kihkih.. ini sekadar selingan buat mereka2 yg suka menggelar orang lain sebagai dajjal la, ahli maksiat la dsb semata2 sbb mereka menonton AJL πŸ˜€

  1. sepetutnya pergi since meru dgn sek 24 tu dah dekat la sgt klu lalu blkg (kg budidman ke sek 13)
    tpi bpk dgn laki ku dah kena semput.
    lupakan sajalah
    blik btu caves blik,dah keletihan.
    askar 2 org tu asyik perang
    tgk gulliver’s travel kejap
    lepas tu tido
    nak stream pun bb kena blok

  2. aritu g langkawi dlm feri mcm ustaz azhar idrus tu jek…pkai jubah sume…tp patsu nmpk dia isap rokok pulak…bukan kot…segan nk tegur mase tuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme