I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

Salam…

InsyaAllah, tengah malam ni akan berlaku gerhana bulan penuh iaitu bermula sekitar 8.46pm (malam ni) dan berakhir pada 12.18am (11 Disember 2011). Untuk mengikuti perkembangan gerhana bulan ini, boleh layari facebook Malaysia Lunar Eclipse..

gerhana sekitar 10.16pm.. gambar ihsan website di atas

Pada kesempatan ini, ada baiknya kita sama2 gi amik wuduk dan menunaikan solat sunat khusuf (gerhana bulan). Cara2nya adalah seperti berikut :

Solat sunat khusuf ini adalah solat sunat yang dituntut. Boleh melakukannya dengan cara solat sunat yang biasa iaitu solat sunat 2 rakaat.. tetapi cara yg lebih baik adalah melakukan solat sunat dua rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali qiam (berdiri membaca al-Fatihah dan surah). Ringkasannya adalah seperti berikut :

1. Niat – solat sunat gerhana bulan (khusuf) kerana Allah Taala semasa – semasa takbiratul ihram.

2. Baca al-Fatihah

3. Baca surah.. lagi panjang lagi baik.. spt surah al-Baqarah

4. Rukuk

5. Bangun daripada rukuk dan qiam.

6. Baca al-Fatihah

7. Baca surah.. sebaiknya baca surah Aali Imran.

8. Rukuk

9. I’tidal (bangun dari rukuk)

10. Sujud

11. Duduk antara 2 sujud

12. Sujud kedua

13. Qiam (bangun daripada sujud)

Rakaat kedua pun buat cara yg sama iaitu rukuk 2x dan qiam 2x macam di atas.. surah yg lebih baik dibaca adalah surah An-Nisaa’ dan al-Maidah.

Sebaiknya solat ini dilakukan secara berjemaah. Dan bacaan dilakukan secara jahr (suara nyata / kuat mcm solat Isyak). Kalau solat sorang2 pun takpe.. kalau nak pegang al-Quran pun takpe.. sbb solat sunat.

Bukan selalu dapat peluang nak solat gerhana bulan ni.. jadi, jangan lepaskan peluang ini.. Sebaik saja selesai membaca entry ni, sila la amik wuduk dan lakukan solat sunat gerhana bulan.. sebelum tamat tempohnya iaitu sekitar 12.18am nanti.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz love..pertama sekali saya mintak maaf sebab saya tak tau nak tanya ustaz kat bahagian mana kat blog ni , jadi saya tulis je kat bahagian komen ni. Saya ada sorang pakcik tapi saya ada satu perasaan yg sgt ketara yg sepatutnya takde pada seseorang anak buah kpd pakciknya. iaitu perasaan benci. Saya sedang berusaha utk menolak perasaan ni tp semakin sy menolak makin tu jugak perasaan tu membuak2. Saya takut jugak dan saya sentiasa berdoa agar dijauhkan segala perasaan tu. Setiap kali saya nampak dia muka saya berubah , perasaan sy yang tadinya gembira seronok tibe2 jadi benci. Dulu sy tak benci dia sbb sy jarang jumpe dia. Tapi skg ni dia baru jugak pindah dekat ngn rumah saya jadi setiap hari dia dtg , kdg2 buat keje dia kat rumah saya membuatkan saya tak selesa memandangkan saya tinggal berdua dgn ibu saya. Sekarang ni kat rumah saya ada baby kakak saya yang baru lahir dan setiap hari pagi pagi dan setiap masa dia akan datang rumah saya. Saya tak kesah kalau dia dtg utk tengok baby tapi perlu ke sampai sarapan rumah saya. Dan utk pengetahuan ustz love dia sudah berkahwin. Kadang2 tu dia datang tak kira masa ikut suka dia hanya semata matanak minum air kat rumah saya. Saya sgt tak sukakan situasi ni. Dalam semua ahli keluarga pakcik makcik saya dia lah satu satunya pakcik yang saya benci. Saya takut dengan perasaan ni jadi saya mintak pendapat ustaz agar beri pendapat dan nasihat agar saya dpt buang jauh2 perasaan ni. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme