I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Virus Gambar Lucah

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada runload :

ustaz saya nak tanya baru2 ni di gemparkan virus di (FB) bah kan virus tersebut mampu membawa ke fitnah .disebabkan tersebar nya gambar lucah melalui nama kita sendiri, sedang kan ianya tidak dibawa masuk oleh tuanya sendiri. mcm mana ustaz” virus tersebut boleh menuduh kwannya ke fitnah sehingga dia sanggup mengatakan kwannya minat gambar lucah dan penyebar? ustaz saya takut pekara ini boleh merenggangkan persahabatan.

Zaman ini memang zaman fitnah. Ditambah lagi dengan dunia tanpa sempadan ni, mudah2 je fitnah tu nak tersebar, berbanding zaman dulu yang terpaksa nak mengikuti perbincangan ahli mesyuarat tingkap yang menyebarkan umpat dan fitnah di belakang rumah sambil makan asam… kihkihkih.

Zaman sekarang ni, tak perlu nak bergerak keluar ataupun membuang air liur nak bercakap, boleh je mencipta fitnah dan menyebarkannya. Kadang2 kita tak tau pun siapa yang mereka2 fitnah tu (kalau tau, boleh la gi cili mulutnya), tau2 dah tersebar. Inilah antara fitnah tanpa sempadan yang terhasil daripada dunia tanpa sempadan (maya). Macam2 jenis orang atas dunia ni. Ada yang sebarkan fitnah nak puaskan hati, ada yang saja suka2, ada yang diupah dsb. Yang paling kesiannya adalah mangsa yang tak bersalah dan tak tahu apa2.

Termasuk dalam kes ini adalah fitnah yang disebarkan melalui virus. Zaman sekarang ni virus memang pelik2. Ustaz Love punya laptop pun dah terkena virus sampai menjadi biol buat beberapa hari. Harapnya, lepas dah sembuh ni, takde la virus yang menjadi saka dalam laptop dan kembali menyerang pada masa akan datang.. kihkih.

Dalam menangani masalah virus ni, setiap orang kena berhati2 terutama yang rajin melayari internet dalam laman2 web. Kena pasang anti-virus dan selalu update (kalau guna pirate punya anti-virus, memang susah nak update sbb update tu untuk original version saja). Jangan biarkan laptop tanpa perlindungan. Begitu juga kena selalu berhati2 ketika berkongsi file sama ada melalui e-mail ke, pendrive ke, sebab itu antara cara yang mudah nak dijangkiti virus.

Virus facebook ni antara virus yang biasa menyerang mereka2 yang selalu main facebook. Kalau main X-Box, memang takkan kena virus facebook ni.. kihkih. Ustaz Love ada terbaca beberapa status member yang memberikan amaran tentang virus ni.

Antaranya virus ni macam robot yang menghantar komen melalui chat di facebook, seolah2 macam member kita yang hantar. Kemudian dia suruh klik url yang diberikan. Bila kita klik, maka facebook kita pun diserang virus. Virus tu boleh buat macam2 termasuk menghantar gambar, komen dsb. Termasuklah menghantar gambar2 lucah.

Ustaz Love rasa macam tak sesuai plak nak cerita pasal virus tu, sebab Ustaz Love bukanlah pakar facebook atau pakar virus. Cuma, apa yang boleh Ustaz Love nyatakan, kita kena berhati2 sentiasa. Begitu juga jika kita menerima maklumat atau gambar2 yang pelik, kena sahkan dulu dengan tukang hantar tu, sama ada betul dia yang hantar atau bukan. Kita kena menyelidik dulu sebelum membuat sebarang tuduhan. Takut2 kita sendiri yang salah, lalu kita menyalahkan orang lain plak. Kesian member tu.

Ada baiknya mereka yang terjebak dengan virus ini, menerangkan perkara yang sebenar kepada pihak terbabit (contohnya kawan yang menerima gambar lucah itu) dan meletakkan status atau apa2 juga cara yang membolehkan maklumat tu sampai kepada kawan2 kita. Soal mereka nak terima atau tak, itu persoalan kedua. Yang penting, kita dah berusaha untuk memberikan penerangan.

Jangan terlalu percaya berita yang kita baca melalui alam maya ni. Kalau betul, takpe. Kalau tak betul, macam mana? Even nak menentukan jantina seseorang itu pun payah (dalam alam maya ni, ada je lelaki yg menyamar jadi wanita dan sebaliknya, tapi Ustaz Love ni bukan wanita tau.. kihkih), apatah lagi nak menentukan kesahihan sesuatu berita. Sahkan dulu sebelum kita percaya, agar kita tak terlibat dalam penyebaran fitnah yang kita tak tahu betul salahnya.

p/s : Terima kasih diucapkan kepada pengunjung2 yang sudi mendoakan kesihatan laptop Ustaz Love.. Ustaz Love sangat menghargainya.. tochey mama (T _ T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. virus mcm ni dah biasa menyerang myspace dan friendster dulu..twitter pon ada jugak, x pasal2 ada twit dr benda2 tak baik..giliran facebook pulak..

    kesimpulannya jgn klik yg url sembarangan..kdg2 terlajak klik boleh undo, tp bab virus ni taknak gostannn dahhh

    1. kalau dalam blog Ustaz Love ni, takde masalah nak klik apa2 pun.. sbb kebanyakan link adalah link iklan.. kihkih πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme