I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Teguran Buat Anak Remaja

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada puan Norul :

Assalam Ustaz love….saya baru berkahwin lbh kurang 3 bulan.Suami seorang duda beranak 3.Alhamdulillah dia sgt mnyayangi saya dan bertanggungjawab orgnya.Antara saya dan suami boleh memahami cuma ada beberapa perkara terutama dalam mndidik anak2.Jika ank no.2 dan no.3 bolehlah didik dan memang mereka sygkan saya sebagai ibu baru cuma yang berumur 17 tahun sudah agak besar untuk saya menegurnya terutama dalam hal2 kebersihan,tggungjawab dan tentang masalah haid yg kurang diambil tahu tentang kebersihannya.mslhnya sekarang dia seringkali memberi alasan datang bulan bila disuruh ayahnya bersolat.Ayah jarang yg ambil tahu tentang haid tapi sy ibunya tahu tentang haid.sudah 12 hari datang haid agak pelik juga bila diberi alasan datang bulan bila disuruh bersolat.macammana sy hendak menegur anak remaja saya dgn berhemah?

Pertamanya, Ustaz Love ingin mengucapkan tahniah kepada puan kerana baru mendirikan rumahtangga.. iaitu dengan suami berpakej.. pakej suami dengan anak sekali.. hehe.. maaf.. Ustaz Love bergurau..

Anak remaja terutama perempuan ini memang menjadi cabaran kepada mana2 ibu bapa sekalipun.. sebab waktu ini, mereka terperangkap di tengah2 iaitu antara zaman kanak2 dan zaman dewasa.. Sebab itu kadang2 kita melihat tingkah laku anak remaja ini macam orang dewasa.. berfikiran macam orang matang.. dan dalam keadaan lain pula, mereka bersikap seperti kanak2, mudah merajuk, mengada2 dsb. Maka, kadang2 ibu bapa sendiri tak berapa pasti macam mana nak berinteraksi dengan anak2 remaja ni.. sama ada nak melayannya macam kanak2 ataupun nak melayannya macam orang dewasa.

Kalau kita tersilap menegur, mungkin akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Sebab itu dalam Islam diajarkan cara menegur anak2 ini mengikut 3 peringkat.. iaitu peringkat belum mumaiyiz, peringkat selepas mumaiyiz sehingga sebelum baligh dan peringkat baligh sehingga dewasa.

Mumaiyiz ini adalah sekitar umur 7 tahun.. mungkin lebih awal daripada itu.. ada sesetengah ustaz kata, kalau seorang budak itu dah dapat bezakan antara tahi ayam dan nasik, maka kira mumaiyiz la.. tapi Ustaz Love lebih suka amik umur 7 tahun, sebab Nabi s.a.w. pun ada perintahkan supaya ibu bapa menyuruh anak2 menunaikan solat apabila usianya mencapai 7 tahun. Maknanya, sebelum umurnya 7 tahun itu adalah peringkat pertama. Kaedah teguran pada waktu ini adalah menerangkan mana yg betul, mana yang salah.. dan sentiasa mengulanginya (suruhan atau larangan).. jangan jemu2 untuk menegur atau melarang anak2 yang mumaiyiz ini. Teguran dan larangan hendaklah diberikan dengan penuh kasih sayang..

Peringkat kedua adalah peringkat antara mumaiyiz sehingga sebelum baligh.. pada peringkat ini, boleh menggunakan sedikit kekerasan dalam mendidik.. sbb itu Nabi s.a.w. menyuruh ibu bapa merotan anak2 (jika tak solat) dan memisahkan tempat tidur mereka ketika berusia 10 tahun. Waktu ini ibu bapa kena bertegas sekiranya anak2 degil, kena gunakan rotan. Juga kena berikan kebenaran kepada guru2 untuk merotan anak2 jika mereka melakukan kesalahan. Marahlah atau rotanlah mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan pada usia ini.. dengan syarat pukulan itu adalah untuk tujuan mendidik, dan bukan pukulan yang boleh mencederakan.

Peringkat ketiga adalah peringkat selepas akil baligh.. bagi anak perempuan, akil baligh itu ditentukan dengan kedatangan haid.. kebiasaannya sekitar umur 9 tahun dah ada yang akil baligh.. berbanding anak2 lelaki, sekitar umur 13 tahun baru baligh.. tapi kalau nak cerita pasal baligh ni, jadi panjang plak entry nanti. Biarlah Ustaz Love teruskan pada kaedah menegur anak2 remaja ini.

Pada ketika ini, ibu bapa tidak lagi patut menggunakan kaedah pertama (menentukan betul salah sesuatu perbuatan) atau kedua (marah dan pukul).. sebaliknya hendaklah menjadi seorang kawan kepada anak2.. sentiasa menjadi pendengar setia mereka dan menegur mana2 yang tak betul dengan cara yang paling berhikmah.. kiranya jadi macam kaunselor la.. dan bukannya jadi mcm hakim ke, peguam ke, apatah lagi nak jadi mcm polis (walaupun bapa itu merupakan seorang anggota polis). Waktu ini, anak2 remaja memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan pandangan mereka, dan bukannya memerlukan seorang hakim yg suka menjatuhkan hukuman atau polis yang suka soal siasat mereka.. dekatilah mereka dengan cara yg paling lembut..

Namun, cara ini hanya akan berkesan sekiranya cara pertama dan kedua itu diikuti dari awal.. dan bukannya secara terbalik.. waktu kecik2, apa yg anak buat semuanya tak ambil kisah.. biarkanlah, budak2.. apa mereka tahu.. kita cuba nak sedapkan hati dengan kenyataan sebegitu.

Bila dah mumaiyiz pun kita berlonggar2 lagi dalam mendidik anak.. anak kena rotan kat sekolah, kita plak sibuk nak bertumbuk dengan cikgu.. akhirnya, bila anak2 dah remaja (akil baligh) dan berperangai teruk, baru kita nak pukul mereka.. lalu larilah mereka dari rumah.. sbb waktu itu bukan lagi waktu yg sesuai untuk mengajar dengan pukulan.

Berbalik pada persoalan puan (pehh.. punya la panjang muqaddimah.. kihkih), pertamanya kena pastikan dulu berapa lama anak perempuan itu datang haid.. ada kemungkinan haidnya keluar lama.. sbb dalam mazhab Syafie pun, ditentukan masa paling lama seseorang itu haid adalah 15 hari. Kiranya kalau 12 hari (2 minggu) itu, ada kemungkinan beliau masih lagi dalam keadaan haid.

Puan boleh menentukannya dengan bertanya pada beliau.. atau cek iPad (maksud Ustaz Love, tuala wanita) yang dipakai.. atau apa2 jua kaedah yg boleh menentukan berapa lama beliau uzur.

Jika beliau berbohong mengatakan uzur, sedangkan tak uzur, maka puan boleh mendekatinya dengan cara menceritakan tentang kepentingan solat.. dan ancaman sekiranya meninggalkan solat.. ambil masa untuk memberi bimbingan kepada beliau.. sbb kita tak nak beliau pura2 berubah.. kita nak kesannya untuk jangka masa panjang.. jadi, sikit2 puan kena mendekatinya, jadi kawan rapatnya.. supaya mudah puan nak mencucuk jarum dakwah ke dalam hatinya..

Dan yang lebih penting, puan kena bangun malam dan lakukan solat hajat.. berdoa semoga Allah membuka hati beliau untuk berubah ke arah kebaikan.. Soal bapanya yang tak ambil berat sangat itu, puan boleh abaikan dulu.. sbb biasanya hal2 orang perempuan ni, orang perempuan juga yang lebih sesuai untuk menguruskannya.

Cuma kalau boleh, ajaklah suami solat berjemaah sekali.. supaya tiada lagi suruhan (untuk solat), sebaliknya digantikan dengan dakwah (ajakan) untuk sama2 menunaikan solat.. itu lebih sesuai berbanding menyuruh anak solat, tanpa ada contoh daripada ibu bapa yang sepatutnya menjadi imam kepada anak2..

InsyaAllah, lakukan sedikit demi sedikit.. yang penting, istiqamah.. kerana dengan istiqamah itulah yg akan memberikan kesan, walaupun kepada hati yg sekeras batu..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz,

    boleh kupaskan sedikit aurat muslim dgn non-muslim ? bolehkah muslim pergi gunting rambut dgn non-muslim ? kalau di Malaysia x mengapa ada option yg byk, bagaimana pula dgn di negara yg muslim adalah minoriti ? adakah dikira sebagai terdesak dan harus hukumnya ? boleh ustaz perjelaskan sedikit beserta dgn hukum hakam ? Terima kasih..

  2. Salam, ustaz sy nk luahkan masalah sy, sy mempunyai seorang ayh….ayh sy x solat, x puasa, bole dikira berapa kali sy nampak ayh sy solat. Sy sgt sedih.. dah macam2 cara, daripada nasihat baik2, smpai la perli..sy malu. Ayh sy x mcm ayh org lain. Dah la khidupan kami sekeluarga bukanlah senang sgt, mak yg byk membantu. Mak yg keje keras. Sy x kata ayah sy x kerje, cume nampak mak yg lebih kuat mambanting tulang 4 keratnya. Lagi 2 thn umo ayah sy akan cecah 60 thn, sy pernah dengar org kate kalo selepas 40 thn x bertaubat, maka hati dh tertutup kearah kebaikkan. Tiap2 kali lps solat sy akan doakan Allah bg hidayah kt kedua ibu bapa sy. Sy dah kata, ayah kene blajar solat, nanti mcm mana nk jadi wali kalau x tunaikan apa yg wajib. Nampak mcm usaha sy sia2.
    Even kalau kami sekeluarga berjalan2 mkn angin pon, bile berhenti kat masjid utk solat.. ayah sy lebih rela lepak kt perkarangan masjid.betapa sedih nya sy tgk keadaan keras nya hati ayh sy. Ustaz ada x cara nk selesai kan ni, sy sedih kalau tgk muka ayh sy gelap mcm x bercahaya, keruh… ayh sy jugak seorg yg pemarah, kdg2 kasar bahasa percakapan nya, juga pernah mengeluarkan kata2 yg x elok. Skrg menjadi masalah bile sy tegur adik2 sy, adik sy akan ckp buat apa nk solat. Ayh pon x solat…sobsob .. sgt sedih. Bulan pose pon ayah sy selamba mkn nasik, hari jumaat x pergi solat jumaat, sy bukan nk bukak keburukan atau kekurangan ayh sy, tp sy sgt sedih, risau, malu. Knp mcm besar sgt dugaan kami..membesar dgn keadaan yg agk susah, ketua kluarga pula x tunaikan suruhan Allah. Tapi ayh sy bertanggungjwb jugak kdg2..Cuma bab solat, puasa dan lain2 kearah keagamaan dia kurang. Macam mana ni ustaz, mcm mana ayh sy nk jadi wali kalau dia x solat. Sy berangan angan, nk kumpul duit, pergi umrah or haji same2 mak dan ayh sy, tp tiap kali sy sebut psl tu, ayh sy mcm x berminat pon. Sedih la ustaz, bila pk psl ni sy akan menangis. Sy selalu fikir apelah nasib mak ayh sy kt sane nnt, sy selalu doa supaya Allah bls jasa n kebaikkan yg sy buat kpd mak ayh sy..boleh ke mcm tu ustaz?contoh sy nk sedekah sy akn niat dlm hati,ya Allah blsla pahala sedekah ni kpd mak dan ayh sy..tp sy tahu, belum cukup,sebab sy pon bukan la ank yg baik sangat,cume sy tengah berusaha nk menjadi anak yg baik….ustaz tlg la bg tips..doa atau cara..ustaz tlg doakan ayh dan mak sy juga yer….sgt sedih T_T

    1. Salam adik (nampak mcm Ustaz Love ni muda je.. kihkih)..

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry.. adik sabar banyak2 ok? 😉

  3. sy ni mcm2 msalah tp sy pendam,sy sendirian kwn2 smua ketepikan sy,sy xde cacat cela pon,sy rase x guna bg diri sndiri.Kadang2 sy terguris hati dgn diorang,sy muda lg,tp x de kwn,mak ayah pon mcm xde je.smua krja sy buat x kena,Disebabkan itu,sy x pernah bergaul dgn orang pon,setakat pergi dan balik sekolah,pendirian dah hilang,Saya x tahu ape ptot sy buat,fikiran sntiase berkecamuk,stiap mlm sy menangis tp lpas tu sy x tahu knape sy menangis,pleaseape ptot sy buat

  4. Assalaimualaikum ustaz, saya ada seorang ibu yg suka pilih kasih, suka ugut, pukul. Ibu saya selalu pilih kasih antara sy dgn abg sy sampai sepupu rapat sy pun perasan. Ibu sy selalu puji abg sy depan saudara dan org luar tp saya? ibu sy selalu nak memburuk-burukkan sy dpn saudara n org luar. Sakit hati allah jelah tahu ustaz. Pastu ibu sy selalu mengugut sy supaya dpt result yg cemerlang. 24 jam dia suruh sy study study study. STRESSS ! dh lah sekolah ada kelas tambahan, pukul 4 petang bru balik dari sekolah pastu malam ada tusyen pulak.tusyen pulak setiap malam ada kecuali hari sbtu n ahad. dalam seminggu tu 2 hari je mase rehat tu pun ada homework kena buat homework yg cikgu bagi. Disebabkan dia selalu mengugut, sy selalu menipu dalam semua result sy. Pdhal ada result sy yg teruk tp sy ckp ok sebab takut kena marah. Kalau marah macam beri nasihat takpe jugak. Pernah sekali tu saya jujur tentang result sy pastu ibu saya maki2 saya, bandingkan saya dengan org lain, kata saya bodoh lah malas nak belajar la. Mase sy kecil dulu saya tak pernah melawan kalau saya kena maki atau marah, tapi bila sy masuk sekolah menengah. Saya start melawan ibu saya. Adakah berdosa ustaz jika saya melawan ibu saya untuk menuntut hak saya? Ibu saya selalu dgr ceramah tapi perangai dia mcm sy pun tak tahu nak ckp. Dia tu dengar sgt ceramah kalu tentang ibu bapa. Kalu ceramah ibu bapa.. dia pasang kuat2 supaya nk suruh sy dgr. Tapi bila tentang anak je terus ibu saya tukar channel lain. Kadang2 saya rasa dia bukan ibu kandung saya. Pernah jugak dia tampar pipi saya. Sebab nya nak tahu tak ustaz? sebab nya saya teman kakak saya basuh kereta dekat carwash dari petang sampai malam. Dah masa kitaorang pergi ronda2 mase petang mcm pukul 6 lebih camtu, byk carwash dh tutup. Pastu kakak decide basuh kereta kat bandar pastu kitaorg solat maghrib dekat masjid. Pastu kitaorg terus pergi dekat carwash and balik rumah dalam pukul 9 malam cam tu. Yang kena marah bukan kakak saya tapi saya plak kena marah. Padahal saya dah explain kat dia. Keesokannya masa nak pergi sekolah, dia dtg sekali lagi dekat saya then marah2 tak tentu pasal. Pastu saya melawan la tp sy melawan dgn suara perlahan je. Tapi dia tampar pipi saya. Saya pergi sekolah mate bengkak sbb menangis. Kawan2 tanye kenapa mate bengkak? Pastu saya ceritalah. Kawan2 sy pulak macam keluarga saya. Kawan2 saya sering bagi nasihat dan tenangkan hati saya, Ada ibu bapa pun rasa macam tak ada. Rase macam nak bunuh diri pun ada harap saya tahu je betapa berdosa bunuh diri. Apa yg patut saya buat ustaz? telan je semua makian ibu bapa saya? sabar? patut ke saya tegur ibu bapa saya? diamkan diri je? berdoasa ke saya? Tolong bagi pandangan sikit ustaz.

    1. Memang jelas hukumnya berdosa melawan ibu. Ustaz Love pun tak pasti hak apa yang adik nak pertahankan. Daripada cerita adik ni, sebenarnya adik terlalu stress belajar dan kurang minat terhadap pelajaran. Melakukan sesuatu yang kita kurang minat, memang akan mendatangkan stress. Cuba bandingkan bila kita melakukan sesuatu yang kita minat, contohnya main facebook, 24 jam online pun kita tak terasa penat. Apatah lagi jika hasilnya menyukakan hati kita (contohnya status dapat banyak like, share, komen, pujian dsb).

      Bila adik dah lemah dalam pelajaran, memang la ibu akan memaksa untuk fokus. Ibu adik mungkin bukan seorang guru yang faham teknik2 untuk belajar. Sebaiknya, adik usahakan dulu supaya datang minat untuk belajar dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Bila adik dah cemerlang, takkan ibu nak burukkan adik dekat orang lain lagi, kan? Mesti berkilo2 pujian ibu akan cerita pasal adik kat orang lain.

      Ibu juga tak salah bila memukul adik sebab melawan. Cuma pukulan tu sepatutnya bukan di muka. Adik keluar malam sedangkan adik seorang perempuan. Kalau jadi apa2 pada adik dan kakak, siapa yang akan susah nanti? Ibu adik cuma nak jaga keselamatan adik saja. Mungkin ibu tak sanggup nak marah kakak sekali sebab kakak dah besar, tapi bila ibu marah adik, kakak pun pasti akan terasa bahawa perbuatannya keluar malam itu adalah salah. Nak basuh kereta bukan satu keperluan yang mendesak, boleh basuh kereta keesokannya.

      Sepatutnya adik bersyukur kerana punya ibu yang ambil berat tentang adik. Kalau ibu buat tak peduli saja, mungkin lagi sakit hati adik. Percayalah, ibu buat semua tu untuk kebaikan adik.

      Suatu masa dulu, arwah ayah Ustaz Love sangat garang. Kalau tak pergi sekolah agama sebelah petang, dia tarik telinga Ustaz Love sampai terkencing. Hasilnya, alhamdulillah, Ustaz Love dah jadi orang.. hihi

  5. Assalamualaikum ustaz love,

    Saya mempunyai masalah mendidik adik ipar perempuan saya.mak dan ayah mentua saya bercerai ketika adik ipar saya masih kecil(dalam 6 atau 7 tahun mcm tu). Selepas mak ayah mntua bercerai, ayah mntua yng mnjaga anak2, kerana alasan mak mentua saya, mak tak berkerja jadi mak tak boleh sara anak2) . Bila ayah yg jaga, anak2 perempuan 2 orang ni tak de tmpt nak mengadu dgn seorang ‘mak’. Soal solat, dtg haid, aurat, kebersihan..dsb di ambil mudah.
    Tak lama kemudian ayah selalu tinggalkan rumah bila berkenalan dgn perempuan indon. Secara x langsung saya dan suami plak yg mnjadi penjaga sepenuh masa.

    Okeh ckup pengenalan keadaan. Masalah saya..saya buntu xtau mcm mana nak nasihat adik ipar saya. Dia mula memberontak, dgn alasan stress mak ayah bercerai, hati dia keras. Belajar malas. Bila cek hp mula berwassap wechat dgn lelaki..nak kiss la nak peluk la..abang2 plak jenis xtahu cara nak menegur dan kadang2 saya rasa abg2 ni mcm lepas tgn dan manjakan sgt adik perempuan. Saya pernah di sound oleh suami katanya saya ni org luar. Jangan masuk campur lebih2 sgt. Masalahnya saya yang kena ngadap perangai adik perempuan ni.

    Selain bangun solat malam, mohon pada Allah. Boleh tak saya marah diorang dgn tegas?boleh tak saya pukul? Sungguh saya buntu..

  6. assalamualaikum ustaz,

    Ustaz saya ada anak perempuan remaja…bersekolah asrama….Beliau berkenalan dengan lelaki remaja yg umur sebaya dengan beliau melalui facebook. Beliau ada menceritakannya kepada saya…..dan saya ada memaklumkan kepada dia untuk berhati hati…..kawan tak dak masalah sekiranya tahu batas batas…..jangan berlebihan….nampak mcm dia faham dan dia menyatakan beliau faham. mulanya lega dalam kecuakan….
    setiap kali balik dari asrama beliau akan ber chat…dengan remaja lelaki ni ni….dan dia mula suka membaca buku buku novel (pd mulanya lega sbb nampak anak telah timbul minat membaca….tapi sebagai ibu ada kerisauan….tertanya juga alamk betolka aku buat ni….sbb buku dibaca berbentuk novel cinta)
    kekadang bertanya jugak pd anak saya ni (nak tau status)…dan dia akan menceritakanya (lega lah rasanya kerana dia masih mahu bercerita)…tetapi dalam cerita ceritanya …saya dapat rasakan ..dia sudah ada bibit suka @ sayang @ tertarik kepada remaja tersebut…dan saya juga membaca perbualan beliau melalui wassup (tak sengaja…terbaca..tapi niat mmg nak baca..tetapi terfikir private + cy dia)……(mula rasa risau…..adehh macam mana ni …saya risau..dia tak dpt control…atau membezakan perasan tu…)
    Untuk makluman ustaz saya sering cakap dengan dia…..berhati hati….berhati hati…(terfikir almk salah perkataan ke perkataan berhati hati…dia jelas tak dgn perkataan tu)
    Oleh tu ustaz saya mohon bantuan macam mana saya nak bercakap atau maklumkan kepada dia agar dia tahu tindakan dia…dan dia jelas…dan agar dia tidak pergi terlalu jauh….

    boleh ustaz…bantu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme