I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Sedih Diaibkan Tok Kadi

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Suka Duka :

Salam Ustaz,
Hanya inginkan meluahkan rasa terkilan dan pedihnya hati kerana telah di aibkan di depan khalayak ramai oleh seorang kadi dimana dalam satu majlis pernikahan anak saudara perempuan saya.
Saya adalah orang kuat keluarga yang banyak membantu sekiranya ada majlis perkahwinan ataupun majlis-majlis lain.
Dalam majlis yang dihadiri oleh ramai saudara mara kedua-dua pihak pengantin serta jiran tetangga, kadi telah bertanya kepada pengantin perempuan ” adakah awak suka”. Saya secara tidak sengaja telah terkeluar perkataan ” tentulah sukakan?….dan meminta anak saudara saya ckp suka..suka” dan secara tak langsungnya menjadi bahan ketawa dan meriahlah majlis tersebut.
Tapi apa yang saya terima dari kata-kata kadi tersebut adalah seperti berikut ” usah pedulikan perempuan yang menjerit tadi kerana perempuan yang berkata tadi adalah seorang janda” Ya Allah semua mata memandang kepada saya, malunya dan tebalnya muka saya, kerana beliau menggunakan microphone.
Sehingga hari ini saya tidak boleh lupakan setiap inci perkataan yang di ucapkan oleh kadi tersebut.
Tiba -tiba saya teringatkan suami dan anak-anak saya yang berada dimajlis tersebut kerana secara tidak langsung mereka juga tentu rasa malu.
Duhai Ustaz,
Saya cuma ingin bertanya:-
1. Adakah kesalahan gurauan saya ini (saya tidakpun menjerit) patut di tegur oleh kadi tersebut dengan melemparkan kata-kata yang tidak sedap didengar?
2. Bagaimana tuduhan nya mengatakan saya adalah seorang janda, sedangkan saya mempunyai suami dan kami hidup dengan aman.
3. Bagaimana saya mahu berdepan dengan ahli keluarga yang lain, perlukan saya memohon maaf pada ahli keluarga kerana ketelanjuran gurauan saya?
4. Bagaimana untuk melupakan perkara tersebut, walaupun saya telah melakukan solat taubat dan beristigfar sebanyak-banyaknya.
5. Setelah majlis tersebut saya terus jatuh sakit akibat menangis setiap kali teringat kejadian tersebut.

Saya perlukan nasihat dan panduan untuk merawat hati saya supaya tenang dan dapat mengembalikan kehidupan harian saya seperti asalnya.
Jawapan dan nasihat dari ustaz amat saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah yang dapat membalasnya.

Inilah akibatnya bila dah terlepas cakap.. baik puan, mahupun tok kadi itu, kedua2nya dah terlepas cakap.. bila puan terlepas cakap, maka mungkin perbuatan itu telah mengaibkan anak saudara puan.. bila tok kadi terlepas cakap, maka ia telah memberi keaiban kepada puan.

Dalam kes ini, apa yang Ustaz Love nampak, ia bermula dengan kesilapan puan sendiri. Mungkin akibat terlalu gembira, sehingga tidak dapat mengawal perasaan dan menyebabkan mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya. Apabila tok kadi bertanyakan persetujuan kepada pengantin perempuan, maka yg sepatutnya menjawab adalah pengantin perempuan itu sendiri atau orang lain yg diwakilkan oleh beliau untuk menyatakan persetujuan (disebabkan malu dsb). Orang2 kat sebelah, sepatutnya kena tumpukan perhatian dalam majlis.. kerana pernikahan termasuk dalam perkara ibadah, bukan boleh buat main2.. gurau2 dsb.. kalau nak gurau2 juga, tunggu lepas selesai akad nikah.. nak gurau sampai menangis pun takde sapa nak larang..

Kita kena faham situasi pernikahan ini.. bagi seorang pengantin perempuan yg masih dara (ataupun dah takde dara, tapi belum pernah bernikah.. pendek kata, bukan janda), maka cukup persetujuan beliau itu dinilai dengan diamnya beliau.. sebab diam itu menjadi tanda persetujuan. Manakala bagi janda pula, diperlukan persetujuan lisan beliau..

Mungkin sebab itu tok kadi sebut macam tu.. mungkin juga beliau nak melawak, tapi melawakkan seseorang di hadapan orang yg ramai, sudah tentu memalukan orang tersebut.

Jadi, menjawab persoalan puan :

1. Walau apa pun alasannya, perbuatan puan itu sendiri telah salah dari sudut batasannya.. sebab puan telah terlanjur dalam berkata2, sehingga (mungkin) terpaksa ditegur oleh tok kadi dengan cara yang tak berapa sesuai. Manakala tok kadi itu pula tidak sepatutnya mengeluarkan kata2 begitu, tak kira la untuk menegur atau melawak.. kerana ini majlis orang, maka kena la saling hormat menghormati.

Ustaz Love tak nafikan, ada kalangan tok kadi ini sebenarnya bukanlah semestinya ahli agama (terutama tok kadi tua2).. bila disebut kadi (qadhi), sebenarnya bukanlah tugas beliau menikahkan orang semata, bahkan lebih daripada itu adalah memberi panduan hukum hakam syariat Islam kepada masyarakat.. tok2 kadi ini sebenarnya adalah penolong kepada pendaftar nikah.. mungkin juga disebabkan beliau menjadi bilal di sebuah masjid (suara sedap waktu azan), maka pihak masjid menyokong permohonan beliau untuk menjadi jurunikah (penolong pendaftar nikah).. dan setelah ditemuduga, dan berjaya, maka jadi la jurunikah (tok kadi)..

Jadi, tak hairan jika ada jurunikah itu sendiri yg tak berapa mahir bab2 dakwah, hukum hakam agama yg lain dsb.. Ustaz Love pernah menjadi saksi sebuah pernikahan.. member jadi jurunikah.. kebetulan dalam majlis tu ada ahli keluarga pengantin yg berpengalaman menjadi jurunikah puluhan tahun.. siap beliau plak yg macam nak menikahkan pasangan, tegur itu salah, ini tak betul.. sepatutnya buat macam ni dsb.. sehingga memalukan jurunikah yg asal (member Ustaz Love).. bila ditanya masa makan (selepas majlis akad nikah selesai), rupa2nya beliau itu hanyalah seorang guru sekolah.. patut la tak macam Ustaz gayanya..

Berbalik kepada persoalan puan tadi, bukan persoalan jerit tak jerit di sini.. tapi yg menjadi masalah bila puan mencampuri urusan yg bukan menjadi urusan puan (atas nama nak bergurau dsb).. jadi, akibatnya puan kena terima.. itu belum ditanya lagi bagaimana perasaan anak saudara, adakah beliau terasa hati dengan gurauan puan itu?

2. Jika ianya memang benar tuduhan yg dilemparkan kepada puan, dalam keadaan tok kadi itu mengetahui bahawa puan adalah isteri orang, maka itu merupakan satu fitnah yang disengajakan.. jika tok kadi tu tak tau (yg puan adalah isteri orang.. beliau agak2 je), maka itu merupakan satu tuduhan liar (fitnah) yg tak disengajakan.. tapi, jika beliau sekadar bergurau, maka ianya adalah suatu gurauan yg melampaui batas.. sbb orang yg berilmu dan berakhlak, takkan bergurau berkaitan status perkahwinan ni (janda ke, duda ke dsb).. apatah lagi status ‘janda’ itu sendiri masih lagi dipandang sebagai suatu keaiban dalam masyarakat Melayu.

Maka, adalah lebih baik puan dengan suami berjumpa dengan tok kadi tersebut.. dan bertanya secara terus-terang apa maksud kenyataan beliau pada masa itu.. jika beliau bergurau, maka nasihatkan je tok kadi tu jangan bergurau benda2 macam tu.. tok kadi ni pun manusia biasa je.. takde la dgn beliau pakai kopiah itu, menjadikan beliau suci daripada dosa dan kesalahan. Selesaikan secara berdepan.. jangan simpan2 dalam hati.. mungkin juga tok kadi itu tak sedar yg beliau telah mengaibkan orang dgn kata2nya itu..

3. Puan kena bertanya terus terang dengan ahli keluarga, adakah perbuatan puan itu mencederakan perasaan mereka.. jika mereka rasa tercedera, maka puan kena minta maaf.. sbb memang jelas puan telah terlepas cakap.. sekalipun mereka menyatakan yg mereka takde berasa hati sekalipun, adalah lebih baik puan meminta maaf.. kerana dengan itu, ia akan lebih menenangkan hati puan.

4. Untuk bertaubat daripada kesalahan, bukan setakat melakukan solat taubat saja.. tetapi yg lebih penting adalah puan kena menyesal atas segala kesilapan, dan meninggalkan perbuatan salah itu serta berazam tidak melakukannya lagi.. jika kesalahan itu dilakukan sesama manusia, maka kena memohon maaf kepada orang yg kita lakukan kesilapan itu dan memberikan gantirugi atas kerosakan yg kita telah lakukan kepada beliau.. insyaAllah, dengan puan memohon maaf kepada ahli keluarga dan tok kadi (mungkin juga tok kadi berasa terganggu dengan puan sehingga menyebabkan beliau melakukan sindiran tersebut), akan menenangkan hati puan.

5. Perkara yang telah berlalu itu, jadikan la sebagai pengajaran.. jangan terlalu difikirkan sangat perkara itu.. bukanlah dengan menangis atau meratap, puan dapat membetulkan kembali kesilapan itu.. sebaliknya, dengan memohon kemaafan, insyaAllah akan memberikan seribu ketenangan. Ustaz Love sangat faham situasi orang yg suka bergurau ni, sbb Ustaz Love sendiri seorang yg suka bergurau.. tapi kadang2, kita tak sedar ada antara gurauan kita itu menyebabkan orang berasa hati dengan kita.. apatah lagi gurauan2 yang tak kena pada tempatnya..

Tak ada apa yg kita boleh lakukan atas perkara yg telah berlaku.. apa yg mampu kita lakukan hanyalah memohon maaf kepada pihak2 terbabit dan berharap agar permohonan maaf kita diterima, dan memohon ampun kepada Allah s.w.t.. kerana sebaik2 orang yg melakukan kesalahan itu adalah mereka2 yang bertaubat.

Juga banyakkan melakukan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, memberi sedekah dsb.. amalan2 sunat ini akan membantu menguatkan hati kita, dan memberikan keberkatan dalam hidup..

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan ketenangan hati dan menunjukkan jalan keluar kepada puan dalam menyelesaikan masalah ini.. insyaAllah, amin..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum Ustaz Love. Suka berkunjung di blog ustaz 🙂

    Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kadang-kadang kerana terlalu ‘excited’ menyebabkan kita terlupa dan hanyut sejenak.

    Sekadar nak menambah sikit ya ustaz 🙂

    Buat akak Suka Duka:
    Anggaplah itu teguran dari Tuhan. Allah tegur sebab Allah sayang, agar kesilapan sama tak berulang. Agar perkara ni dapat diselesaikan dan tak dibawa ke akhirat kelak 🙂

    Be strong akak! Smile because Allah loves you 🙂

  2. salam alaikum ustaz n akak suka duka.

    kadang2 kita terlupa dalam situasi mana kita berada n dalam keadaan macam mana yg membolehkan kita bergurau.

    seeloknya akak jadikan perkara ni satu pengajaran. (mungkin niat akak nak ceriakan suasana, cuma tersalah tempat je. mungkin sebab dah ramai yang buat camtu. mungkin..)
    tapi ingat, walau macam mana kita fikir @ bersedih sekalipun, benda yang lepas xkan mungkin dapat kita tarik balik. jadi apa yang boleh dibuat, macam yang ustaz jelaskan. jumpa n berbincang dengan tok qadhi tu dengan cara yang baik n sopan. mungkin cara menegur @ melawak dia memang camtu. 😛

    n satu lagi kalau akak x mampu jugak lupakan perisitwa tu, belilah buku2 motivasi yg boleh naikkan balik semangat akak. cthnya buku “Jangan Bersedih @ Don’t Be Sad @ La Tahzan”. (saya x dpt komisen pon promote buku ni.. hehe). sebab buku ni pada saya amat berkesan utk kita naikkan motivasi n lupakan peristiwa2 lama.

    n kalau baca al-Qur’an tu, faham2kan sekali maknanya. jangan setakat baca untuk tambah pahala (macam mentaliti sesetengah masyarakat kita).

    sekadar berusaha menolong setakat termampu. semoga akak sekeluarga beroleh kebahagiaan dunia n akhirat.

    – to err is human, to forgive is divine. –
    – maafkan n lupakan kesalahan manusia terhadap kamu, nescaya kamu menjadi orang yang paling bahagia. –

    1. waalaikumussalam…

      terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan itu.. Ustaz Love sangat menghargainya.. semoga ianya boleh dijadikan panduan 😉

  3. Semua org pernah dimalukan didepan khalayak ramai… Bezanya… Ada yang ambik hati. Ada yang buat tak tahu aje…

    Yang ambik hati mula lah rasa malu berpanjangan dan paling teruk sampai timbul rasa dendam. Dan perasaan itu tidak membawa kebaikan apa2 pun, malah membawa kesan negatif pada kita sendiri. Padahal org keliling yg tgk kita dimalukan ari tu dah tak ingat dah pun pasal tu.

    Cara nak lupakan peristiwa yang memalukan tu mmg susah. Tapi kena usaha gak lah. Sbb itu salah satu masalah tekanan mental tahap rendah. Rakyat malaysia ni semakin banyak mengalami tahap tekanan mental yg kronik. Semuanya bermula dari himpunan pelbagai masalah peribadi yang kecik2 lama2 menjadi kronik.

    Aku ada tips mudah utk ringankan tahap tekanan mental rendah ni seperti tak leh lupakan peristiwa lama mcm diatas ni. Ceritakan pada orang yang paling korang sayangi secara detail. InsyaAllah anda akan mendengar respon yang terus boleh lenyapkan terus masalah hati korang. (Selalunya orang yang paling menyayangi kita adalah pendengar yang baik)

    Selebihnya kita berserah pada yang Paling Mendengar…

    1. Jauh lagi kalau nak sampai tahap kaunselor tu.. mungkin lebih sesuai jadi kaunter pertanyaan 😀

  4. Salam Ustaz. Saya ada soalan nak tanya ustaz … kalau saya nak berkahwin dengan seorang wanita yg berstatus janda, adakah tok kadi akan memberitahu kepada semua yang hadir di ari akad nikah tu yg wanita yg bakal saya nikah tu adalah janda .. Boleh ke kalau kita minta tok kadi rahsiakan status wanita tersebut atas sebab sebab tertentu

    1. insyaAllah, tok kadi takkan cerita status pengantin.. bukan termasuk dlm bidang tugas tok kadi.. tapi ada baiknya saudara rancang elok2 dengan tok kadi, sebab kemungkinan tok kadi akan minta izin persetujuan pengantin perempuan secara lisan dan tulisan.. kalau ada orang yg mengapit pengantin ketika itu, dah tentu mereka akan tahu tentang perkara ini.. sbb keizinan seorang janda itu diambil melalui lafaznya.. WA

  5. Assalamualaikum Ustaz Love.

    Saya nak bertanya sama ada Ustaz ada tak contoh taklik nikah Kelantan dalam bahasa rumi.

    Terima Kasih Ustaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme