I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Penyakit Was-Was Yang Kronik

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada saya (saya tu adalah nickname.. bukan Ustaz Love yg bertanya pada diri sendiri.. kihkih) :

Assalamualaikum ustaz

Ini simptom yang dialami oleh ibu sy. was-was yang kronik. dah banyak kali cuba berubat dengan pengamal perubatan Islam tapi x ada kesan. untuk membaca Bismillah pon terpaksa berusaha berkali-kali. inikan pula Al-Fatihah. itu sebabnya mengambil masa yang lama untuk solat. sebelum solat pon dah baca surah An-Nas berkali2…tapi sama juga. harap beri pandangan ustaz

Penyakit was2 ni merupakan antara penyakit yang melanda kebanyakan manusia. Tinggal kronik tak kronik je lagi. Ustaz Love pun biasa gak was2 dah terkentut ke belum.. kihkih.. tapi itu ada kaedah usul fiqh yang boleh menyelesaikannya iaitu keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak (اليقين لا يزول بالشك). Maknanya, kita pakai je konsep yakin.. sama juga macam kita was2 dah rakaat ke-3 ke, rakaat ke-4 dalam solat Zohor, maka ambillah yg paling sikit (rakaat ke-3) sbb kita lebih yakin yg kita berada pada rakaat ke-3 berbanding rakaat ke-4 yg kita ragu2.

Kecuali kalau memang dah ada bukti2 nyata yang menghilangkan keraguan.. contohnya kita was2 kita dah terkentut ke belum, cek2 spender ada tahi, memang sah la batal wudhuk.. kihkih.

Berbalik pada persoalan saudari / saudara itu, penyakit was2 ini kalau ikut istilah perubatan dimasukkan dalam kategori OCD (Obsessive-compulsive Disorder). Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok kat sini.. kalau Ustaz Love yang terangkan kang, jadi ajaran sesat plak nanti.. kihkih..

Jangan sempitkan pada satu cara saja.. Cuba banyak cara.. ada kemungkinan dengan pengambilan ubat2an tertentu, penyakit itu akan dapat dikawal.

Dalam al-Quran (surah an-Naas ayat 5 dan 6) dinyatakan bahawa penyakit was2 ini boleh jadi berpunca daripada syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Jin yang masuk ke dalam tubuh manusia membisikkan perkara2 yang jahat, juga manusia yang menghasut manusia yang lain juga termasuk dalam kategori syaitan yang mendatangkan was2 kepada manusia.

Penyakit was2 itu tak mengira orang.. hatta orang alim sendiri pun banyak yang mengalami penyakit ini. Ustaz Love sendiri pernah berkawan dengan member yang alim, tetapi penyakit was2 sangat kronik sehingga sampai ke tahap terpaksa menyediakan pakaian lain untuk solat (sbb was2 pakaian yg dipakai itu tak bersih).. ambil wuduk sampai basah habis baju dengan seluar.. itu belum masuk bab takbiratul ihram.

Ustaz Love juga pernah berjumpa dengan seorang ustaz yang alim. Berborak dengan beliau, seolah2 macam membaca kitab.. ingatan yang kuat (walaupun dah agak berumur), tapi bila nak solat, berkali2 angkat takbir sampaikan kadang2 Ustaz Love yang solat di sebelahnya (atau kadang2 jadi imam) sangat terganggu dengan aktiviti takbir yang berulang2 itu. Tapi yang peliknya, bila takde orang yang nak jadi imam (imam ada hal dsb), dia akan naik jadi imam dan takbir sekali je (takde nak ulang2 takbir). Inilah antara masalah was2 yang merupakan salah satu daripada penyakit jiwa juga.

Jadi, nasihat Ustaz Love, saudara / saudari bawalah ibu berjumpa dengan pakar perubatan untuk mengenalpasti jenis penyakit itu dan ambil medication yang sesuai. Dalam masa yang sama, banyakkan membaca surah An-Naas dan berdoa semoga Allah menghilangkan penyakit was2 itu.

Semoga Allah menyembuhkan penyakit ibu tersebut dan memudahkan ibadah beliau. InsyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

Add a Comment
  1. ha sama la ustad sy pun ada kawan cam tu, mmg agak terganggu bila dia membace surah berulang2 dgn nada agak jelas…dia pun dah jenuh berubat…amik wuduk pun lama dan kuyup mcm baru mandi. pastu ada baju spare bawak.

    tp sy lak kekadang tu terwas2 time solat, lupa dah masuk rakaat bape tp sy buat mcm ustad ckp la…anggap dah rakaat ke 3 x yakin dah ke 4.

    1. kena nasihatkan kawan tu jumpa pakar psikiatri.. amik ubat.. jangan biarkan macam tu je, nanti lama2 penyakit tu akan semakin teruk.

      kalau was2 bilangan rakaat solat, kita amik jumlah terendah yg kita paling yakin.. contohnya kita was2 sama ada dah rakaat ke 2 ke, rakaat ke 3 (dalam solat Zohor contohnya), maka amik la rakaat ke 2 dan sambung lagi 2 rakaat.. sebelum bagi salam, sujud sahwi 2x..

    1. orang yg ada sakit mcm ni, memerlukan rawatan pakar.. sbb ia termasuk dlm penyakit jiwa, bukan semata2 boleh selesai dgn nasihat.. 😉

  2. salam ustaz, macam mana nak post n minta pandangan ustaz ye… saya tak jumpa link nak soal jawab dengan ustaz pun. kepada sesiapa yg tahu tolong reply..

    1. sy tolong jwb kan..

      Cik Gee, jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan buh jer kan ruangan komen ni. Insyallah nt ustad jwb la berdasar kan no giliran anda ye sbb sy ni pun masih menunggu no giliran sy ni kihkihkih….

  3. amalan jaja..baca ini sebelum niat solat. alhamdulillah..lebih tenang dan dapat fokus.

    bacaannya adalah:

    ” robbi a’uu zu bika min hamazaatish shayaathin..

    waa a’uu zu bika robbi aii yahdhuruun..”

    ***sorry xdpt tulis dgn arabic, sbb labtop xde keybod arabic..

    1. jika sakit kepala yang biasa, makan panadol, insyaAllah akan hilang sakit kepala.. tapi kalau sakit kepala kronik, maka memerlukan ubat yg khusus untuk mengurangkan kesakitannya 😉

  4. sebenarnya apa yang ustaz katakan ni semuanya betul.. memang saya pernah mengalaminya.. dari form1 – form5 dan juga sekarang tetapi tak seteruk yang macam dulu-dulu.. penyakit yang saya hadapi ni sebenarnya salah bapa saya sendiri, dia beritahu dia pernah mengejek kawan dia yang juga was2 ketika membuka pintu berulang2 kali.. masuk ke pejabat keluar pejabat berulang2 kali.. pegang pintu tombol hampir 10 kali.. akibatnya anak sendiri terkena.. saya nak belajar pun terpaksa berulang2 kali sampai saya malas nak belajar.. seperti juga solat. sampai saya malas nak solat.. takut penyakit terbawak2 lagi.. nasib saya dah ditakdirkan macam ni

    1. Ustaz Love kurang setuju jika dikatakan masalah was2 saudara itu berpunca daripada perbuatan bapa saudara. Kita tidak mengetahui perkara ghaib, jadi bagaimana dengan pastinya kita melakukan tuduhan sebegitu? Berapa ramai orang yg suka mengutuk orang lain, tapi anak2nya elok dok ada.. tak jadi pun mcm yg selalu dikutuknya pada orang lain.

      Jadi, apa2 pun, kembalikan saja pada Allah.. itu lebih menenangkan jiwa.. berbanding nak serabut2 kepala fikir siapa yg jadi puncanya.. bila yakin bahawa penyakit itu daripada Allah, kesembuhan itu juga daripada Allah, maka kita tak akan putus asa meminta pada Allah 😉

  5. conclusion.. kalau nak selesaikan bende ni .. senang sahaja .. tak perlu pergi berubat dekat mana2.. cuma search dekat youtube “penyakit was was”.. nanti dekat situ ada video ustaz azhar..atau pun click link video ini..http://www.youtube.com/watch?v=5mw3n96z8N0 video tu bila korang tengok mesti anda rasa macam apa yang saya rasa.. harap-harap video ni ada sikit memberi kita kesedaran..

    kadang-kadang kalau kita terfikir bnde2 karut terutamanya.. bab2 pasal roh kita ataupun diri kita , kita tak perlu obses sangat pasal bende tu.. sebab tu semuanya kerja Allah.. jangan mudah terpedaya.. bazir masa je.. elakkan daripada melihat cermin terlalu lama..

    1. setiap penyakit ada ubatnya.. penyakit was2 juga ada ubatnya.. yg penting kita berikhtiar mengubatinya.. dan pergi berubat dekat mana2 itu juga merupakan salah satu ikhtiar.. yg penting, kena yakin bahawa Allah saja yg boleh menyembuhkan penyakit 😉

  6. haha.. kadang2 rasa diri saya ni macam dirasuk pun ada.. susah kalau hidup macam ni.. semuanya ada limit..

    1. hidup atas dunia ini merupakan ujian.. baik susah mahupun senang.. jadi, banyakkan bersabar dan berharap pada Allah.. insyaAllah, kita takkan hilang punca 😉

      1. saya mcm abg Mental cuma saya baru form 1 saya nak tanya abg Mental abg mental duduk asrama x .saya nak tanya ustaz love pula saya kalau solat sunat saya baca al fatihah saya x sangkut tapi kalau solat fardhu saya dok kerja sangkut ustaz kalau nak solat ni kita kena buat relaks ataupun santai saja ka maksud saya kita tenangkan hati saya orang Kedah Selamat Hari Raya

        1. solat ni memang kena santai.. jangan stress.. jangan terlalu fokus sampai hilang fokus.. baca fatihah macam biasa..

  7. salam..sy nk tanya,mcm mna nk rawat was2 ni sbnrnya…klu rsa trbatal wuduk,tp x yakin,nk bt mcm mna??nk truskan solat atau ambik wuduk smula?mcm mna nk mudah bgun pagi wlupun mcm2 usaha dh dlakukan??trima kasih..

    1. peganglah pada kaedah “keyakinan itu takkan dapat dihilangkan oleh rasa syak / was2”. kalau rasa ragu2 terbatal wuduk (contohnya rasa macam terkentut), selagi tak terasa getaran di punggung atau mendengar bunyinya, maka teruskan solat. kalau betul2 yakin memang terkentut sekalipun tak dengar bunyi, maka hentikan solat dan amik wuduk. soalnya di sini antara yakin dan ragu2.

      cara nak mudah bangun pagi adalah minta tolong mak spray muka dengan air cili.. kiki

  8. Salam wbt, ustaz.

    Saya pun terkena penyakit was was nie,
    Macam dah kronik pun ada,
    Kena was was ibadah dan was was aqidah.
    Allah.
    Masa nak wudu’ sampai kuyup,
    Nak takbir sampai berkali-kali,
    Kalau setiap kali nak solat mesti kena tukar baju lain.

    Lepas tu saya sentiasa diganggu bisikan murtad, walaupun saya taknak pun.
    Sampai syahadah tu dah jadi macam zikir,
    Tapi bisikan tu lagi mengganggu masa solat,
    Lagi nak rasa dekat dengan Allah lagi kuat bisikan tu.

    Ustaz rasa apa cara terbaik?
    Patutkah saya berjumpa pakar psikologi?

  9. Assalamualaikum
    saya nak tanya betul ke pengantin perempuan boleh tambah syarat-syarat taklik tu.Adakah tok kadi akan tanya pengantin perempuan dulu ada apa-apa nak tambah atau sudah memang telah disediakan.
    bagus juga kalau isteri boleh tambah sebab kuranglah penganiayaan suami kepada si isteri.
    kalau syarat taklik tu boleh tambah kuranglah kes2 yang dera isteri sama ada secara fizikal ataupun mental.
    terbela nasib isteri-isteri di luar sana

  10. Assalamualaikum.. Macam mana klu berulang ulang solat sebab rasa was was rasa mcam terkentut…nak ambil wuduk pn terasa macam kentut..perlukah saya qada solat yang saya rasa was2…penat pikir..adakah sah solat saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme